Monday 26 April 2010

Hanya Dia 23



BAB 23




MASIH terbayang lagi di ruang mata Maisara bagaimana mesranya Ilyana dan Fariz sewaktu dia dan Hanum terlihat mereka ketika keluar malam minggu yang lalu.
Menyesal dia menurut kemahuan Hanum yang meminta dia menemani ke rumah ibu saudaranya. Kebetulan, rumah ibu saudara Hanum berdekatan dengan gerai mee rebus yang cukup terkenal di situ. Lantas mereka membuat keputusan untuk ke sana.
Ketika mereka berdua sedang enak menjamu selera, dia terpandangkan sepasang manusia di bawah rimbunan pohon-pohon besar yang tidak jauh dari situ. Walaupun keadaan di situ agak kelam, namun kereta yang diparkirkan tidak jauh dari pasangan itu cukup meyakinkan dia siapa pasangan itu.
Lebih menyakitkan hati apabila terlihat pasangan itu berpelukan di tempat awam seperti itu. Memang melampau! Baik Fariz mahupun Ilyana, kedua-duanya tidak beradap!
Sehingga saat ini, walaupun berkali-kali dia memberitahu dia tidak kisah tentang kejadian itu, namun masih terbayang di ruang matanya saat Ilyana memeluk Fariz erat.
Ah.....Ilyana......Layakkah wanita seperti ini yang tidak tahu menjaga maruah diri menjadi ibu Aiman. Pelajaran apakah yang bakal dididik Ilyana kepada anak itu?
Maisara menjadi buntu apabila mengingatkan Aiman.
Dia teringat semula kata-kata Zack.
“Dia mungkin boleh menjadi isteri Encik Fariz, tetapi dia bukan seorang ibu yang baik untuk Aiman.”
Maisara bangun lalu mundar mandir di dalam kamar tidurnya. Dia berfikir dan terus berfikir.
Aku perlu lakukan sesuatu demi masa depan Aiman! Semuanya hanya untuk Aiman!

Di beranda biliknya, Fariz mengelamun sendirian. Sesekali matanya memerhatikan Aiman yang sudah lena di katil bayinya.
Di saat ini, matanya masih belum mahu lelap. Setiap kali dia ingin menutup mata, pasti kata-kata Ilyana berdesing di telinganya.
“Kenapa you pilih Maisara? Sedangkan Maisara sudah ada Zack!”
Zack!!! Zack!! Zack!!
Hanya nama lelaki itu yang terngiang-ngiang di telinganya. Kenapa Zack masih mendekatkan dirinya dengan Maisara? Bukankah dia telah memberi amaran kepada lelaki itu?
“Bukan Maisara seorang saja yang layak menjaga Aiman?! Kalau you beri peluang, tentu masih ramai lagi yang mampu memberi kasih sayang mereka pada Aiman!” Ilyana mempersoalkan keputusannya.
“Kenapa hanya Maisara? You nak hancurkan hubungan Maisara dengan Zack?” Ilyana terus mengasaknya dengan pelbagai persoalan. Fariz masih terus membisu.
“Takkanlah kerana permintaan arwah isteri you, you terpaksa terima. Come onlah Fariz, Maisara tak mahukan you. Lagi pun, you sendiri tak de perasaan pada dia, kan? Kalau you dengan Maisara berkahwin tentu perkahwinan you takkan bahagia!”
“Sebelum ni rancangan you untuk membuat Maisara cemburu memang tak berhasil. Kenapa? Sebab Maisara tak cintakan you!”
“Ini bukan soal cinta Ilyana......Ini soal Aiman! Hanya Maisara saja yang berhak menjadi mama Aiman!”
Fariz menarik nafas panjang lalu dilepasnya perlahan. Biar apa pun sahaja alasannya, hanya Maisara sahaja yang layak berada di sampingnya dan menjadi mama Aiman.
Maisara.......Hanya Maisara yang layak untuk menjaga Aiman. Hanya dia!!
Fariz bertekad. Walau apa pun jalannya, dia perlu mendapatkan Maisara. Demi Aiman! Demi Suhana! Dan demi cintanya!

Thursday 15 April 2010

Hanya Dia 22



BAB 22




FARIZ memegang tiang besi dan menghadap cerunan bukit yang disinari dengan cahaya kawasan perumahan yang jauh kelihatan dari atas bukit. Kemudian dia beralih memandang Ilyana seketika yang sedang duduk di bangku dan memandangnya. Dia beralih semula ke posisi asal.
Dia menghela nafas. Perlukah dia berterus terang dengan Ilyana? Dia khuatir jika apa yang bermain di fikirannya dan keluarganya adalah satu kesilapan. Dalam situasi begini, dia merasa terhimpit. Di telan mati mak, di luah mati bapak. Bukankah dia juga yang bersalah? Dia yang menjebak Ilyana dalam perkara ini.
“Kenapa Fariz? You macam stress je.....” Ilyana sudah jemu menunggu. Sedari tadi Fariz hanya menyepikan diri.
Fariz beralih memandang Ilyana dan bersandar di palang besi yang menjadi penghadang tebing bukit itu.
“I harap you tak salah faham....” ujar Fariz dengan hati yang berat.
Tapi menurut firasatnya kata-kata mama dan papa ada benarnya. Dia sendiri berfikiran seperti mereka.

“MAMA tak suka dengan Ilyana!” ujar Rosnah serius.
“Mama......” Fariz menghela nafas. “Mama, kan tahu Ilyana tu cuma nak tolong kita. Lagi pun mama dan papa yang rancang semua ni!”
“Itu mama fahamlah. Memang mama dan papa yang rancang semua ni. Tapi Ilyana tu bukan macam nak tolong kita. Dia hanya memburukkan keadaan!”
Rosnah memeluk tubuh. Memang benar, apa yang dilihat dan diperhatikannya, Ilyana cuba melebihi had yang mereka rancang. Setiap hari gadis itu akan bertandang ke rumah dengan alasan rindukan Aiman.
Tetapi dari gayanya tidak menampakkan seperti itu. Gadis itu lebih banyak meluangkan masa dengan Fariz. Ke sana, Fariz! Ke sini, Fariz! bukan Aiman yang digendongnya, tapi Fariz yang diekorinya.
“Habis tu sekarang awak nak Fariz buat apa?” tanya Ismail yang sedari tadi mendiamkan diri.
Rosnah memandang Ismail lama sambil otaknya ligat berfikir tindakan yang selanjutnya.
“Fariz cari orang lain! Ilyana......” Rosnah beralih kepada Fariz. “....buang dia dari rancangan kita!”
“Cari orang lain?” Fariz menggarukan kepalanya. “Kalau macam tu, nampak sangat macam Fariz ni desperate!”
Rosnah tertawa kecil mendengar kata-kata Fariz.
“Mama ni!! Fariz serius ni!”
“Macam ni jelah......” Ismail memandang isteri dan anaknya. “Memandangkan rancangan ni tak menjadi seperti yang dirancang.......kita batalkan je!”
Fariz dan Rosnah diam seketika, cuba berfikir dengan mendalam cadangan Ismail.
“Mama setuju!” Rosnah bersuara akhirnya. “Kita batalkan rancangan ni dan kita fikir rancangan lain!”
Fariz sudah tertunduk memandang lantai dan kedua-dua tangannya memegang kepala. Rosnah menggeleng kepala melihat Fariz. Dia tahu Fariz tertekan.
“Fariz........mama faham situasi Fariz.” Dia memegang bahu Fariz lembut. “Tapi mama dan papa hanya mahu yang terbaik untuk Aiman. Fariz pun mahu macam tu, kan?”
Fariz mengangkat wajah lalu memandang mamanya. Rosnah tersenyum lalu menganggukkan kepala. Fariz turut mengukirkan senyuman.
Ya......memang benar kata mama. Semuanya untuk Aiman!

“FARIZ!!!” Ilyana menampar bahu lelaki itu yang tenggelam bersama angannya. Bahu Fariz terhenjut sedikit kerana terkejut. Ilyana di sisinya dipandang sambil mengurut dadanya.
You ni......mengelamun je.......” Bibirnya memuncung ke depan. “Apa maksud you I salah faham?”
“Tak.....tak.....bukan macam tu......” Fariz menggaru belakang telinganya yang tidak gatal.
I cuma......tak nak you salah faham hubungan kita....” ujar Fariz lambat-lambat.
Ilyana menjungkitkan keningnya. Kini dia faham. Mungkin sikapnya telah dapat di hidu Fariz.
I fahamlah Fariz! I tahulah! I ni cuma nak tolong you dapatkan Maisara! Tu je.......” Kedengaran rajuk dari suaranya. Fariz mula merasa bersalah.
I faham.....tapi lately, you macam....a little bit to far......”
“Ni mesti orang tua you ada kata apa-apa!” Ilyana menjeling Fariz sambil memeluk tubuhnya.
Kalau bukan pasal orang tua Fariz, tak mungkin Fariz akan berkata begitu! Ilyana masih memandang lelaki itu. Dadanya mula bergetar menahan marah.
“Bukan macam tu.....” ujar Fariz cuba mempertahankan tuduhan Ilyana. “Diorang tak de kaitan dalam hal ni. Cuma, mungkin I rasa lakonan you......terlebih sikit! Lagi pun I cuma minta you berlakon kalau Maisara ada. Bukan setiap hari.....”
Ilyana menghembus nafas lalu berjalan menjauhi Fariz. Dia diam seketika seperti melayani perasaannya sendiri.
I tak sangka niat baik I disalah ertikan.......” Ilyana tertunduk. Sedih. Airmatanya bergelinang. Dia memandang Fariz.
“Sampai hati you Fariz!!” Kini dia sudah teresak-esak.
Fariz mula tidak keruan. Dia memandang sekelilinga. Kelihatan beberapa mata sudah mula memandang mereka. Dia menghampiri Ilyana dan memegang bahu wanita itu.
“Janganlah macam ni.........” Fariz tak tentu arah. Esakan Ilyana semakin sayu ditelinganya. “Okey.....I’m sorry......I’m sorry......”
Ilyana menyapu airmatanya lalu mendongak kepala memandang Fariz di depannya.
“Maafkan I, okey?”
I tak pernah berniat jahat dengan you! I cuma nak tolong you! Tapi I tak sangka.......” Ilyana menggelengkan kepalanya.
“Setiap kali di depan Maisara, I cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia cemburu. Apa yang I lakukan semuanya dengan niat untuk bantu you.” Sisa-sisa esakan masih berselang-seli dengan suaranya.
I tak de simpan apa-apa niat pun. Setiap hari I ke rumah you sebab I rindukan Aiman. Sejak I kenal Aiman, I mula sayang dengan dia. Takkan itu pun salah?!”
“Tak pelah Fariz.......” Ilyana menyapu airmata yang masih bersisa di pipinya. “Kalau you tak suka, mulai dari saat ini, I takkan ke rumah you lagi. Bila-bila you perlukan I, call I. Baru I datang cari you!”
“Ilyana......Ilyana......” Fariz mengurut dahinya. Persaan bersalah benar-benar menguasai fikirannya sekarang.
I tak bermaksud nak lukakan hati you.......Maafkan I, okey.....” Dia merenung mata yang sayu itu.
“Tak pelah, Fariz.....” Ilyana mengukirkan senyuman. Lega Fariz melihat senyuman itu.
“Maafkan I, okey.......” Fariz mengulangi kata-kata maaf.
Ilyana menganggukkan kepalanya.
I tak nak berburuk sangka dengan you lagi. So......I dah bincang dengan family I....” Fariz berpaling membelakangkan Ilyana. “......rancangan ni dihentikan dan you tak perlu lagi berpura-pura di depan Maisara.”
“Kenapa?” terkejut Ilyana. Di dalam hatinya mula menyumpah-nyumpah keluarga Fariz.
Tak guna!!
“Biarlah.......I tak nak menyusahkan you lagi. Soal Maisara, biarlah I sendiri cari jalan lain.”
Tak guna!!! Tak guna!!
Ilyana menggenggam penumbuk menahan geram. Kenapa rancangan ini perlu dibatalkan?! Sedangkan rancangan inilah jambatan untuk dia tiba ke destinasi yang diidamkannya.
“Maksud you??” Seraut wajah sedih mengundang pilu di hati Fariz. “I dah tak boleh nak jumpa Aiman?”
Fariz tersenyum mendengar soalan itu. Dia memegang bahu Ilyana.
“Bila-bila masa saja Ilyana.......” Fariz tersenyum. “Kedatangan you di alu-alukan.”
Mata Ilyana terpancar kegembiraan. Tanpa segan silu, Ilyana terus mendakap tubuh Fariz.
Fariz terkejut di awalnya tetapi kemudian memikirkan kemungkinan Ilyana terlalu gembira setelah dia memberi keizinan untuk bertemu dengan Aiman, lalu dia membiarkan sahaja.
“Terima kasih Fariz......” Tubuh itu dipeluk erat. Senyuman menguntum dari bibirnya.

Thursday 8 April 2010

Hanya Dia 21


BAB 21


MATA Zack meliar mencari kelibat Maisara yang hilang bersama sekumpulan pekerja di bangunan itu. Nasibnya agak baik apabila dia terlihat kelibat Maisara yang beriringan dengan Hanum. Pantas dia berlari anak menghampiri mereka.
“Maisara!” lengan Maisara dicapai.
Maisara yang agak terkejut kerana tiba-tiba lengannya ditarik pantas beralih. Hanum di sebelahnya turut melakukan begitu.
I hantar you balik!” ujarnya.
Maisara mula kelihatan tak keruan. Dia melirik Hanum di sebelah. Terjungkit-jungkit kening Hanum seolah-olah mengusiknya.
“Tak payahlah Encik Zack. Saya balik dengan Hanum je.”
Memang sejak keretanya meragam dahulu, abah terus memaksanya untuk menjual kereta itu. Dan sekarang dia akan menumpang kereta Hanum ketika pulang dari kerja. Di waktu paginya pula, dia akan keluar bersama abah. Pak Kassim akan menghantarnya dahulu sebelum terus ke pejabat abah.
Zack beralih memandang Hanum.
“Do you mind.......?” dia bertanya.
“Oh....arg....oh tak....tak.....” Hanum menggelengkan kepalanya. Dia memandang Maisara.
“Tak pelah Sara. Kau balik dengan Encik Zack jelah....” tanpa menunggu jawapan Maisara, Hanum berlalu pergi.
“Hanum!!” Panggil Maisara sambil langkahnya diatur untuk mengekori jejak Hanum.
“Sara!” pantas Zack menggenggam pergelangan tangan Maisara. Langkah Maisara terhenti. Dia memandang pergelangan tangannya yang digenggam kemas.
“Sorry....” Zack menarik semula tangannya. Maisara memandang sekeliling, cuba mencari kelibat Sofea. Dia khuatir jika Sofea melihat dia bersama Encik Zack. Pasti akan berlaku pertengkaran antara mereka lagi.
Dia menghembus nafas kelegaan apabila bayang Sofea tidak ada di situ.
“Ada apa Encik Zack?” tanya Maisara. Sejak akhir-akhir ni sikap Encik Zack berlainan sekali padanya. Layanan yang diberikan Encik Zack adakalanya melebihi layanan seorang majikan kepada pekerjanya hingga membuatkan Maisara merasa seram.
Hatinya memberitahu Encik Zack mempunyai perasaan padanya. Namun, akalnya selalu membangkang. Mungkin Encik Zack berbaik dengannya setelah mengetahui dia mempunyai hubungan persaudaraan dengan Fariz. Tentu saja Encik Zack mahu menjaga hubungan baiknya dengan Pengarah Infera Emas itu.
“Jom kita keluar!” ajak Zack tanpa berselindung. Terkedu Maisara seketika.
“Hmm.....” Otak Maisara cuba memikirkan alasan.
“Please, Sara. I need to talk to you!” rayu Zack.
Maisara mengeluh. Dia memandang Zack.
“Kita bincang esok kat office jelah, Encik Zack....” ujar Maisara cuba mengelakkan diri.
“No, Sara. Office is not for personal thing!”
“Personal thing?” tercengang wajah Maisara. Zack tersenyum melihat wajah itu.
“Nanti I explain, okey?”
Maisara mengeluh lagi........

ILYANA membelek-belek perlbagai tas tangan yang tergantung di butik Carlo Rino. Setelah memilih satu yang sesuai dengan citarasanya, dia mengambil dan membayar di kaunter.
Setelah itu dia berjalan keluar dari butik sambil matanya tidak lepas memandang kanan dan kiri. Melihat baju-baju dan aksesori-aksesori yang mungkin menarik minatnya.
Sambil meliar memandang di sekitar, tiba-tiba matanya menangkap sepasang manusia yang sangat dikenalinya. Dia membuka cermin mata hitam yang menutupi matanya dan memandang lagi sepasang manusia itu. Tercengang dia seketika.
Namun tiba-tiba hatinya berbunga riang. Ah.....segala-galanya memudahkan dia untuk mencapai cita-citanya.
Cermin mata hitamnya dipakai kembali lalu dia menghampiri pasangan itu.
“Hai Zack!!” Dia menegur.
Zack yang sedang beriringan dengan Maisara terkedu seketika melihat kelibat di depannya. Begitu juga dengan Maisara.
“Hai Sara!!” Ilyana berpaling pula kepada Maisara.
“Kenal ke?” tanya Zack terkejut sambil pandangannya silih berganti antara Maisara dan Ilyana.
Of courselah......” Ilyana memeluk bahu Maisara. “Ni buah hati you ke?”
Zack memandang Maisara lalu tersenyum.
No......teman sepejabat,” ujar Zack akhirnya. Kalaulah dia bisa mengenalkan Maisara sebagai kekasihnya........alangkah bahagianya dirasa.
Jawapan yang diberikan Zack itu membuatkan wajah Ilyana berubah. Tetapi kemudian dia tersenyum kembali.
Selama dia kenal Zack, dia cukup arif dengan sikap lelaki itu yang sukar untuk keluar dengan wanita melainkan wanita itu istimewa di hatinya.
“Don’t tell me she is just a friend!” Ilyana memandang Zack dengan jelingan.
“For now on...yeah.....but one day I hope I can introduce her as my special friend!”ujar Zack sambil memberi petunjuk kepada Maisara tentang perasaannya.
Wajah Maisara merona merah mendengar ujaran Zack. Dia menjeling Zack sekilas sebelum berpaling memandang Ilyana.
Actually, Encik Zack ni bos I,” beritahu Maisara. Dia tidak mahu Ilyana salah ertikan hubungannya dengan Encik Zack.
“Oh....I see....” Ilyana tersenyum lagi. “But one thing for sure.......Zack, dia takkan keluar dengan mana-mana perempuan melainkan perempuan tu special untuk dia,” ujar Ilyana pada Maisara sambil menjeling Zack yang sudah tersenyum sumbing.
Maisara menelan air liurnya.
“Okeylah......I tak nak ganggu both of you. So, I think I better take a move now,” Ilyana meminta diri. “Bye.....Have a nice date!!”
Ilyana bergerak sambil tangannya melambai mereka berdua. Zack memandang Maisara yang masih lagi terarah kepada Ilyana.
“Maisara.....” panggil Zack. Maisara berpaling. “Shall We?”
Mereka berdua berjalan menuju ke Restoran Anggerik yang terletak di tingkat bawah Queensbay Mall.
“Terima kasih,” ucap Zack kepada pelayan setelah menu pesanan diambil. Gadis yang tersenyum manis itu menundukkan sedikit kepalanya lalu berlalu pergi.
“Encik Zack dah lama kenal Ilyana?” tanya Maisara.
“Lama.” Terangguk-angguk kepala Zack. “Sebenarnya, dia tu sepupu saya,”
“Sepupu?” Maisara agak terkejut sedikit.
Aduh!!! Masalah betullah........
“Kenapa Maisara?” tanya Zack. “Awak macam tak selesa dengan dia.”
“Eh....tak delah.....Mana ada Encik Zack,” pantas Maisara mengelak.
Memang dia kurang senang dengan Ilyana. Tapi mana mungkin dia beritahu tentang itu pada Encik Zack. Apatah lagi bila mengetahui mereka berdua adalah sepupu.
Zack tersenyum memandang Maisara. Walaupun gadis itu menafikannya, dia dapat merasakan perasaan itu.
“Saya faham kalau awak kurang senang dengan Ilyana,” ujar Zack. “Saya harap awak tak ambil hati. Memang begitu sikap dia. Biasalah, anak tunggal dan sering dimanjakan!”
“Encik Zack tentu tahu hubungan Ilyana dengan Encik Fariz, kan?”
“Hubungan?” Zack mengusap dagunya sambil berfikir. “Maksud awak?”
“Takkanlah Encik Zack tak tahu......” Maisara cuba mencungkil rahsia. “Kan Ilyana tu sepupu Encik Zack......”
“Maksud awak.......diorang tu ada.......special relationship ke?” soal Zack yang masih tidak mengerti. Di dalam hatinya sudah berdebar. Ilyana ada hubungan dengan suami orang?
Maisara menganggukkan kepalanya mengiakan soalan itu.
“What?!” Zack kelihatan terkejut sedikit.
“Kakak awak tahu ke tentang hal ni?” Zack menunjukkan rasa kurang senang dengan berita yang di dengarnya.
“Kakak?” Maisara agak terkejut dengan soalan itu tetapi kemudian dia mengerti. Mungkin Encik Zack masih belum mengetahui perkara sebenarnya.
“Kakak saya dah meninggal, Encik Zack....” sayu hatinya ketika berkata begitu. Zack terkedu seketika.
“Maaf.....”
“Tak pe.....” Maisara kembali tersenyum.
“Jadi, Maisara tak suka hubungan Ilyana dengan Encik Fariz?”
“Bukan itu masalah Encik Zack....” Maisara memandang Zack lama. Perlukah dia meluahkan kegusarannya tentang Ilyana? Bolehkah Encik Zack terima seandainya dia memberitahu dia tidak yakin Ilyana mampu menjaga Aiman dengan sebaik-baiknya?
“Jadi, apa masalahnya?” Zack memandang tepat ke anak mata Maisara. Dia benar-benar mahu tahu masalah yang membelengu gadis itu.
“Aiman.....” Maisara bersuara setelah merasa yakin untuk bercerita dengan Zack.
“Aiman? Siapa Aiman?”
“Anak Encik Fariz dan arwah kakak saya.......” Maisara diam seketika.
Zack memandang wajah sugul di depannya. Kini dia mengerti apa yang membuatkan Maisara kurang senang dengan Ilyana. Tapi kegusaran Maisara memang kena pada tempatnya. Seandainya Fariz tidak mempunyai anak dengan arwah isterinya dahulu, tentu saja tiada masalah. Tetapi.......
“Ilyana.......Saya tak yakin Ilyana mampu menjaga Aiman dengan baik.”
Pantas kepala Maisara terangkat memandang Zack. Itulah yang ditakutinya! Memang dia dapat merasakan perkara yang sama. Tetapi dia tidak menyangka, Zack juga berfikir seperti itu.
“Walaupun dia sepupu saya, tak semestinya saya akan berpihak pada dia,” Zack merenung Maisara. “Ilyana dibesarkan dengan kemewahan dan kemanjaan yang lebih dari keluarganya. Segala kemahuan dia, pasti diturutkan. Mungkin kerana itu dia sedikit sombong.”
“Cara kehidupannya juga agak kebaratan. Dia sedikit liar dan suka menghabiskan masa di kelab malam,” Zack tertunduk seketika. “Dia mungkin boleh menjadi isteri Encik Fariz, tetapi dia bukan seorang ibu yang baik untuk Aiman.”
Terdengar keluhan dari bibir Maisara.
“Maisara jangan risau. Kalau benar Ilyana pilihan Encik Fariz, tentu ada sebab yang pasti dia yakin dengan pilihannya. Tak mungkin Encik Fariz langsung tak ambil kisah tentang anaknya sendiri, kan?” Zack tersenyum cuba menghilangkan kegusaran Maisara.
Melihatkan senyuman dari bibir Zack, Maisara turut mengukirkan senyuman walaupun senyuman itu nampak tidak lahir dari hatinya.
Aiman.............