Friday 29 April 2011

Putera Arab Ku!









AKU selalu berfikir dan berangan sendiri. Kadang-kadang tu bila tenggelam dalam anganan, perut yang lapar pun terasa kenyang. Angan-angan tu terlalu indah tak seperti kenyataan. Dalam angan-angan ku aku selalu bahagia dan gembira bersama putera khayalan ku. Tetapi hakikatnya aku adalah gadis yang masih belum punya putera impiannya.

Dalam anganan ku aku selalu menjadi Cinderella, Snow White, Rapunzel dan pelbagai lagi watak Fairy Tales. Dan putera raja ku akan datang dan membawa aku pergi bersama kudanya. Seperti angan-angan Preity Zinta dalam cerita Chori chori Chup Ke Chup Ke.

“Woiiittt……” Tiba-tiba masuk Zana dan menyergah aku yang sedang hanyut dalam anganan.

“Ops…..!!!” Terkejut aku dengan sergahannya. Satu cubitan singgah di bahu Zana dan dia berteriak kecil sambil mengosok-gosok bahunya.

“Padan muka kau!! Tulah lain kali bagi terkejut aku lagi!!” Aku menjelingnya yang masih tersengih-sengih.

“Kau tu tak de lain asyik berangan je!!” Zana menjeling.

Aku membetulkan posisi duduk aku dan menarik bantal ke dalam pelukan ku.

“Angan-angan tu indah……Sebab tulah aku suka!!” jawab ku dengan selambanya. Zana mencebik dengan jawapanku.

“Angan-angan tu memang indah. Tapi lebih indah kalau kau jadikan angan-angan tu satu kenyataan!” ujar Zana yang sudah sememangnya tahu isi kandungan anganan ku.

Aku mengeluh. Memang aku teringin sangat nak jadikan angan-angan aku satu kenyataan tapi masalahnya, aku masih belum jumpa putera raja yang boleh membuatkan hati aku berhenti berdegup.

“Nak buat macam mana…..tak de orang nak kat aku ni.” Aku pun berpura-pura sedih.

“Yelah tu…..” Zana sikit pun tak termakan dengan wajah sedih aku tu. “Si Zaid dengan Munir tu punyalah kemaruk dekat kau, kau buat layan tak layan je! Pas tu sibuk tak de orang nak kat kau!” Dia menjeling geram.

Aku ketawa meliha reaksi Zana. Aku tahu dia bukan benar-benar marah dengan aku. Cuma mungkin dia semakin bosan dengan alasan aku.

“Memanglah diorang suka kat aku tapi nak buat macam mana hati aku tak suka kat diorang…” jawab aku.

“EEiii…..kau ni!!!” Giliran Zana pula mencubit aku.

“Aauuchhhh…sakit lah weiiii!!!” Aku menjerit. Mak oiiii memang sakit lorh……Sampai merah lengan tangan aku.

“Hah!! Padan muka kau. Sedarlah kawan!! Jangan asyik berangan je!! Sebab angan-angan gila kau yang asyik tunggu putera raja tulah aku ni yang jadi mangsa tau!!”

“Eh….apa pulak kaitan putera raja aku dengan kau?” Sengaja aku main-mainkan Zana sedangkan aku sedia tahu dia yang selalu jadi mangsa perantaraan lelaki-lelaki yang mahu berkenalan dengan aku.

“Kau kan……” kali ni aku lihat Zana tak main-main. Dia kelihatannya benar-benar marah. Dia bangun dan merampas bantal yang ada dalam pelukan aku. Sekali, dua kali, tiga kali dan berkali-kali dia memukul aku dengan bantal.

“Okey…okey…sorry….” Aku tetap mengangkat tangan sebagai penghalang walaupun sebenarnya tindakan Zana sedikit pun tidak menyakitkan tubuh ku.

Zana yang sudah penat memukul aku lalu kembali terduduk di sebelah ku. Satu keluhan dilepaskan. Aku lihat wajahnya muram dan tiada seri.

“Kau ni kenapa Zana? Ada yang tak kena ke?” Tanya aku yang mula risau dengan keadaan Zana.

“Audra……kau tahu tak yang Zaid dengan Munir tu dah kena tindakan tatatertib?” Tanya Zana.

“Betulkah ni beb? Kenapa?” Dahi aku mula berkerut. Sebenarnya, aku ni memang tak berapa ambil tahu tentang mereka berdua. Tak minat.

“Kenapa? Sebab kaulah…..” Ujar Zana lemah.

“Uh?” Aku tercengang. Apa pula kena-mengenanya dengan aku.

“Diorang berdua tu berebutkan engkau. Asalnya Cuma balas-balas mulut je tapi lama-lama terus naik kaki tangan semua.”

“Hah? Sebab aku? Kenapa pulak? Aku tak de apa-apa pun dengan diorang berdua tu!” Ini tak boleh jadi ni. Apasal aku yang tak tahu apa-apa ni boleh jadi penyebabnya.

“Si Munirlah yang mulakan dulu. Kau macam tak tahu perangai dia. Bila kau tak nak kat dia, mulalah dia buat cerita yang bukan-bukan pasal kau. Si Audra tu tak layak untuk dia. Si Audra tu bukannya lawa sangat pun demand je lebih. Si Audra itulah….inilah…Bila dengar kat Zaid, Zaid mengamuklah sebab diakan suka dekat kau dari dulu lagi!”

“Munir kata macam tu kat aku. Oh….ini tak boleh jadi ni!! Dia dah jolok sarang tebuan!! Tahulah nasih dia!!” Aku sudah mengepal-ngepal penumbuk aku. Zana menggelengkan kepalanya melihat tingkah ku.

“Apasal?” Aku bertanya. “Kau tak percaya ke aku nak cepuk dia?”

“Tak…Bukan aku tak percaya. Sangat percaya! Tapi aku nak nasihat sikit. Munir tu lelaki! Kau tu perempuan. Kalau kau ada black belt ke, ilmu silat ke, tak pelah jugak kau nak bedal dia. Ini tak pasal-pasal nanti kau yang jadi mangsa.”

Aku menelan air liur. Betul jugak kata Si Zana ni. Kang tak pasal-pasal aku pulak yang terlantar kat katil hospital.

“Dari kau sibuk-sibuk nak bedal Si Munir, baik kau ucap terima kasih ke, maaf ke kat Zaid sebab dia dah susah payah pertahankan kau.”

Ish…..inilah yang payahnya. Kenapa pulak aku nak kena minta maaf dan ucap terima kasih. Dia yang cari pasal, siapa suruh.

“Kau kalau diam tu mesti tak nak lah tu.” Macam tahu je apa yang ada dalam kepala otak aku Si Zana ni. Dia menjeling melihat senyum sumbingku.





PAGI itu seperti yang dijanjikan aku bergerak juga turun ke tasik. Ini semua gara-gara Zana. Dia yang beria-ia menyuruh aku berjumpa dengan Zaid. Tapi betullah jugak kata Zana, aku sepatutnya berterima kasih kerana Zaid dah bersusah payah membela aku sampai dia jugak dikenakan tindakan tatatertib. Dengar kata Zaid dan Munir digantung kolej selama dua minggu.

Tapi yang pastinya bagi aku, selain ucapkan terima kasih dan minta maaf pada Zaid, aku ada sebab lain bersetuju untuk berjumpa dengannya. Aku nak terangkan pada Zaid yang aku sikit pun tak punya perasaan padanya. Dan yang paling penting aku mahu dia tahu ada seorang puteri yang lebih layak menerima cintanya dari aku.

Kebetulan tempoh hari, aku terbaca diari Zana. Aku tahu memang salah besar membaca peribadi orang. Tapi aku teruja nak tahu bila diari yang dibiarkan terbuka ataupun mungkin terlupa nak tutup itu tercatat beberapa kali nama aku di situ.

Barulah aku tahu yang Zana menyimpan perasaan pada Zaid. Patutlah dia kelihatan kecewa bila Zaid dan Munir bergaduh kerana berebutkan aku. Tapi yang paling aku tersentuh bila Zana rela melepaskan cintanya demi kabahagiaan aku dan Zaid. Apa mangkuk betul kawan aku ni. Nak bahagia macam mana kalau bertepuk sebelah tangan. Aku tak sukakan Zaid. Dia tak membuatkan jantung aku berhenti berdegup. Hahaha….gila betullah aku ni!

Sampai saja kat tasik aku nampak kelibat Zaid sedang menunggu aku di kerusi bawah pohon rending. Aku mendekatinya.

“Assalamualaikum….” Aku menyapa.

“Waalaikumsalam….” Dia menjawap salam ku lalu mempersilakan aku duduk.

“Eh, tak pelah. Tak manis orang tengok,” ujarku. Aku lihat wajah Zaid ceria menerima kedatangan aku. Ini petanda bahaya. Dia mungkin dah salah faham dengan persetujuan aku untuk berjumpa dengannya. Sebelum dia terus salah faham lebih baik aku berterus terang je.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak dah membela saya dari fitnah Munir,” aku memulakan mukadimahnya. Dia terus melihat aku seolah-olah memberi sepenuh perhatian. Ah…biasalah lelaki, esok kalau dah declare lain pulak ceritanya.

“Saya juga nak minta maaf, gara-gara awak membela saya, last-last awak pulak yang dikenakan tindakan tatatertib.”

“Eh, tak pe……” Pantas dia memintas percakapan ku. “Untuk awak saya sanggup buat apa saja!” Beria-ia sahaja aku melihatnya. Tapi entah kenapa aku tak rasa apa-apa dengan kata-kata itu.

“Begini sajalah. Biar saya berterus terang. Saya tak punya perasaan pada awak!” Dengan penuh keyakinan aku memberitahu sambil merenung ke dalam matanya untuk menyakinkan dia dengan kata-kata itu.

“Perasaan boleh dipupuk. Awak belum betul-betul kenal saya. Kita boleh cuba kalau awak mahu….”

“That’s it! Kalau saya mahu! Tapi sekarang saya tak mahu!!” Aku bertegas lagi. Dia ingat perasaan ni boleh main cuba-cuba ke?

“Kenapa? Apa kurangnya saya?” dia bertanya.

Argh….soalan ni memang aku tak reti nak jawab. Aku pun bukannya kenal Zaid dengan rapat. Manalah aku tahu apa kurangnya dia! Lagipun, bukankah manusia ni diciptakan seimbang. Ada kurang dan ada lebihnya sendiri. Jadi persoalan ni tak sepatutnya dibangkitkan.

Kalau secara fizikal, Zaid memang tak ada kurangnya. Dia boleh dikategorikan dalam lelaki yang kacak. Punya ketinggian dan tegap. Tapi, nak buat macam manakan. Hati tak boleh dipaksa!

“Maaflah kalau saya dah buat awak kecewa. Bagi saya, secara lahiriahnya tak de apa-apa yang kurang dengan awak. Tapi….”

“Tapi….?” Keningnya terangkat menunggu kata-kata selanjutnya dari ku.

“Awak tak membuatkan…….” Aku masih ragu-ragu untuk meneruskan kata-kata selanjutnya. Keningnya semakin terangkat bila aku diam. “………Awak tak membuatkan jantung saya berhenti berdegup!”

“What?!” Dia hamper ketawa dengan kata-kata ku. Muka aku terasa panas dengan tawanya itu.

“Jadi awak mencari lelaki yang boleh membuatkan jantung awak berhenti berdegup?!” Tanya dia bersama sisa tawanya.

Tatkala ini aku rasa macam nak pelempang je Zaid ni. Aku serius boleh pulak dia gelakkan aku. Melihatkan wajah aku yang sudah merah padam ketawa Zaid terhenti.

“Sorry…..” ujarnya kemudian. “Saya ingatkan awak main-main je.”

“Saya tak main-main memang betul! Saya mahukan seorang putera raja yang boleh membuatkan jantung saya berhenti berdegup bila saya lihat dia!” Serius kata-kataku. Sengaja aku tambahkan putera raja di depan. Biar dia fikir dia tu langsung tak de dalam senarai idaman aku.

Tak kisahlah kalau dia nak gelak pun. Yelah, ikut logik putera raja manalah yang nak kat gadis kampung macam aku, kan. Tapi kali ni dia tak gelak pulak. Dia diam je. Aku pulak yang terkeliru.

“Saya ingatkan nak kahwin dengan Putera William. Tapi dia pulak dah nak kahwin dengan Kate. Melepas saya!” gurau ku apabila melihat kebisuannya.

Dia tersenyum.

“Okey…..” Dia memandang aku. “Saya harap awak akan jumpa dengan putera raja awak!” Dia bangun dan meminta izin untuk pergi.

Eh, takkan dah nak pergi? Aku belum masuk jarum untuk dia berkenalan dengan Zana.

“Tapi saya ada puteri cantik sebagai ganti,” ujar aku kemudiannya. Dia terkejut tapi kemudian tersenyum.

“Siapa?” tanyanya.

“Kawan baik saya,” beritahu aku. “Tapi awak jangan salah sangka. Dia langsung tak tahu apa yang saya beritahu ni. Tapi secara peribadi saya rasa dia lebih sesuai untuk awak. Awak boleh cuba kalau awak mahu.” Aku memulangkan semula kata-kata itu padanya. Dia hanya tersenyum.

“We’ll see…” ujarnya lalu berlalu pergi.

Aku duduk dibangku seorang diri. Mengeluh sendirian. Aku memang gila! Aku tahu, aku selalu mengatakan aku gila kerana mengimpikan seorang lelaki yang boleh membuatkan jantung aku tiba-tiba berhenti berdegup. Lebih tak logik aku selalu menganggap aku ni puteri raja yang menunggu puteranya untuk datang mengambil aku. Hailah…..malang betul nasib mak aku melahirkan anak yang suka berangan macam aku ni. Hahaha…tapi suka-suka berangan pun, aku selalu dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Credit to me!

“Tuan Puteri sedang menunggu putera raja mana untuk datang ambil Tuan Puteri?!” satu suara asing tiba-tiba menyapa dan mengganggu anganan ku. Pedih betul ayat sindirannya yang disusuli dengan ketawa sinis. Aku berpaling untuk melihat gerangan yang entah dari mana datangnya.

Berdiri seorang lelaki sedang bersandar di pohon di mana aku sedang berada. Kacak! Sumpah memang kacak! Kategori lelaki macam ni memang boleh buat jantung aku berhenti berdegup walaupun dia mungkin bukan putera raja. Tapi ayat-ayat yang bisa itu tidak membuatkannya berhenti malah lebih pantas jantung aku berdegup menahan marah.

“Awak ni siapa?!” Aku merenungnya tajam.

“Tak de siapa-siapa,” selamba je dia menjawab sambil menyinsing lengan kemejanya sehingga ke paras siku.

Lalu melonggarkan tali lehernya dan membuka butang di leher. Lelaki itu kelihatannya seperti seorang lelaki yang bekerjaya. Aku terus terpaku dengan tingkahnya. Nampak berkarisma sekali.

“Kenapa pandang macam tu? Apa jantung Tuan Puteri berhenti berdegup melihat saya?” Sinis sekali bunyinya menambahkan kelajuan jantung aku. Mukaku terasa panas sekali.

“Awak ni siapa nak ambil tahu hal orang!” Aku mengecilkan mataku memandangnya. “Awak curi-curi dengar ye!!” Aku sudah bercekak pinggang.

“Pleaselah….tak de masa saya nak ambil tahu hal budak-budak tak matang ni! Saya dari tadi dah ada kat sini. Baring-baring di sini. Awak dengan kawan awak tu yang mengganggu ketenteraman saya. Tapi okeylah jugak, boleh jadi hiburan untuk saya.”

Wah!!! Mamat ni sudah menguji kesabaran aku. Lancang betul mulut dia! Aku menghampirinya dengan mencekak kedua-dua pinggangku untuk menunjukkan rasa marahku. Dua langkah sahaja dengannya aku berhenti. Tingginya mamat ni! Melangut aku memandangnya.

Dia memandangku sambil menjungkit-jungkitkan keningnya seolah-olah sedang mempermainkan aku.

“Agak-agaknya, putera raja manalah yang nak dekat puteri yang……..” dia memandang aku atas bawah dan ke atas semula.

“…..yang pendek macam awak ni?”

Wah!!!! Kurang asam betul mamat ni! Suka-suka hati dia je nak mengata aku terang-terangan macam tu. Dada aku berombak kencang. Aku betul-betul dah hilang sabar dengan mamat ni. Tanpa berfikir panjang, aku yang dikatakan pendek ni terus melompat lalu menggunakan kepala aku sebagai senjata dan sasarannya adalah hidung mamat tu yang mancung. Lebih kurang macam aksi dalam bola sepak bila player menggunakan kepala untuk mendapatkan bola. Begitulah aku membidik hidungnya.

“Aaauuuuhhhhh….!!!!” Dia memegang hidungnya.

Padan muka!!! Tanpa menunggu lebih lama aku terus melarikan diri. Kalau aku terus berdiri di situ tentu teruk aku. Yelah dia kan lelaki. Aku ni perempuan yang sebenarnya tak berani tapi buat-buat berani.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



TAMAT pengajian aku bekerja di sambilan di sebuah syarikat bekalan bahan mentah, Warisan Syed. Bolehlah walaupun sekadar sambilan. Mana tahu kalau syarikat tu nak ambil aku terus bekerja dengan diorang bila melihat prestasi aku nanti.

Yang paling bestnya, Zana pun diambil bekerja sambilan di syarikat tu. Zana sekarang sudah bahagia dengan Zaid. Tak sangka Zaid menurut cadangan aku. Aku tumpang bahagia dengan kebahagiaan diorang. Tapi aku jugak yang masih berseorangan. Masih belum jumpa putera raja idaman aku!

Pagi itu kami diminta oleh Cik Farah, setiausaha peribadi Pengarah Warisan Syed untuk mengemas bilik stor. So, tanpa banyak soal kami pun bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah, pekerja sambilan mestilah kuat bekerja untuk mendapat perhatian syarikat. Manalah tahu kalau ada rezeki.

Sedang mengemas, Cik Farah memanggil Zana untuk pergi bersamanya. Atas tujuan apa, aku tak pasti. Agak lama juga aku bersendirian di bilik stor yang menyimpan beribu-ribu fail. Sesekali aku membelek dan membaca isi kandungannya. Semuanya berkenaan dengan perjanjian kontrak dan tender.

Ketika melangkah masuk tadi, aku lihat di depan pintu tertulis dengan besar perkataan ‘SULIT’. Hai….senang-senangnya diorang bawa masuk pekerja sambilan macam kami ke dalam bilik tu. Tak takut ke diorang kalau kitorang curi maklumat dalam ni?

Lebih kurang sejam menghilang, Zana muncul. Tapi berlainan sekali sikapnya. Tersenyum-senyum. Tersengih-sengih. Apahal pulak kawan aku ni?

“Hei!!” Aku menyiku Zana. “Apahal kau ni?”

“Audra!!!!” Dia menjerit kesukaan. Macam kera dapat bunga.

“Apa??!!!”

“Aku jumpa dengan Pengarah, Syed Zikri!!” ujarnya.

“Syed Zikri? Dah tu?” berkerut kening aku. Jumpa dengan Pengarah pun boleh jadi terencat macam tu ke?

“Kau tau tak…….Handsome mautlah!!!!” Zana sudah mula mengambil minat aku dengan berangan-angan. Tak de lain berangan dia dengan Syed Zikri lah tu!

“Hei!! Sudahlah!! Habis Zaid kau nak letak mana?” Aku sudah menyinga. Dulu beria-ia mahukan si Zaid. Bila dah menjadi, ada hati pulak berangan dengan orang lain!

“Isshhh…..Zaid tetap aku punya! Yang ni aku rasa sesuai untuk kau. Putera raja!!” ujarnya.

“Putera raja mana pulak ni?” Aku semakin keliru dengan bahasa Zana.

“Putera raja Arab!!” ujarnya.

“Petera raja Arab??” Aku menggarukan daguku. “Arab ada raja ke?” Tanya aku yang sememangnya tidak tahu apa-apa tentang negara itu.

“Ada kot!!! Sebab Firaun tukan raja. Adalah agaknya!” balas Zana. “Eh, tapi bukan tulah maksud aku! Maksud aku putera Arab tapi made in Malaysia!”

Aduss…..aku menepuk dahi. Aku makin tak faham dengan Zana. Apalah agaknya yang dibuat Pengarah tu sampai Zana jadi mereng macam ni.

“Eeeiiiii!!!!” Zana mencubit aku geram bila melihat wajah acuh tak acuh aku. “Aku betul-betul ni! Putera Arab tu maksud aku, Syed Zikri! Pengarah Warisan Syed ni! Handsome maut!! Sesuai jadi putera raja kau!!”

Barulah aku mengerti maksudnya dengan ‘Putera Arab but made in Malaysia’! Ada-ada saja si Zana ni.

“Yelah….memang sesuai sangatlah dengan putera impian aku. Tapi masalahnya, aku ni sesuai ke dengan dia?” Tanya aku.

Memanglah aku suka sangat berangan tapi aku masih waras dan sedar diri. Kalau betul pun suatu hari nanti aku berjumpa dengan putera raja yang bisa membuatkan jantung ini berhenti berdegup, tapi adakah aku layak untuk dia. Aku cumalah gadis kampung yang tak punya apa-apa!



ESOKNYA aku menerima berita dari kampung. Kata mak, Kak Long pulang ke kampung dengan beg bajunya. Dia bawa Iman sekali. Kata mak, Abang Long bergaduh dengan Kak Long sebab nak kahwin lain. Berdesup darah naik ke muka bila aku terima berita tu. Itulah lelaki! Waktu susah, si isteri setia disampingnya dan memberi semangat. Bila berjaya mula lupa diri. Dah tu cari pulak pengganti lain. Siaplah kau Abang Long. Kesian Iman, anak saudara aku yang masih kecil tu. Tak pasal-pasal dia jadi mangsa.

Aku rasa macam nak balik terus je ke kampung jumpa dengan Kak Long. Tapi Kak Long tak bagi. Dia nak sendirian tenangkan fikiran. Mak pun kata macam tu. Mak tak mahu aku pulang dulu dia mahu Kak Long tenangkan fikiran dulu. Mungkin ada benarnya. Lagipun aku tak boleh terus balik kampung macam tu. Aku perlu buat permohonan cuti dulu.

Tapi sebelah pihak yang lain kata, aku perlu pulang segera. Kalau bukan kerana Kak Long pun, aku perlu pulang kerana Iman. Pasti Iman juga merasa tempiasnya. Kak Long mahu sendirian merawat lukanya, bagaimana dengan Iman? Aku perlu pulang. Tak pe…..Esok aku akan minta izin Cik Farah untuk berjumpa dengan Pengarah dan berterus terang dengan masalah aku. Maklumlah, pekerja sambilan. Apa-apa saja semuanya perlu ada kebenaran dari Pengarah.



DENGAN borang permohonan di tangan aku melangkah menghampiri Cik Farah. Inilah pertama kali aku akan bertentang mata dengan Syed Zikri. Mungkinkah dia setampan yang dikatakan Zana? Eh…..apasal ke situ pulak fikiran aku. Sepatutnya aku lebih bersedia untuk kembali ke kampung demi keluarga ku!

“Masuklah Audra,” ujar Cik Farah yang baru melangkah keluar dari kamar kerja Pengarah untuk memohon kebenaran bagi pihak aku untuk berjumpa dengannya.

Aku menganggukkan kepala. Aku menarik nafas untuk menenangkan diri. Maklumlah aku perlu persiapkan diri dengan soalan-soalan yang bakal ditanyakan padaku nanti.

Aku mengetuk pintu.

“Masuk!” Jelas sekali aku mendengar suara itu. Aku melangkah ke dalam.

Aku tak nampak kelibat apatah lagi wajah Syed Zikri, Putera Arab yang dimaksudkan Zana kerana dia sedang duduk dan membelakangkan ku.

“Selamat pagi Tuan Syed!” Itulah panggilan yang perlu dipanggil untuk Pengarah Warisan Syed. Aku pun baru tahu dari Cik Farah tadi.

“Maaf, Tuan Syed tak datang hari ni. Tapi dia minta saya, Encik Zack gantikan tempatnya!”

Kelibat yang duduk di kerusi Pengarah itu bangun dan berpaling memandang aku.

Aku ternganga luas dan jantung aku berhenti berdegup. Benar! Aku rasakan dunia ini berhenti berputar! Mataku terus terpaku padanya.

“kenapa? Jantung awak berhenti berdegup?” Tanya lelaki di depan ku.

Dia…dia ni…..Aku tahu dia! Dialah mamat tu! Walaupun peristiwa tu dah lama tapi wajah itu aku kenal! Jantung aku benar-benar berhenti berdegup tapi bukan kerana terpaku atau teruja padanya tapi terkejut melihatnya.

“Audra!!” Dia memanggil aku dengan kuat sekali. Lantas aku tersedar, dunia kembali berputar dan jantung aku berdegup semula.

“Saya……” aku hilang kata-kata. Aku masih ingat perbuatanku padanya dulu. Mungkinkah dia akan membalas semula sekarang?

“Awak dengar tak saya beritahu Tuan Syed tak datang dan dia minta saya gantikan tempat dia.”

“Ya…ya…saya dengar Encik….Zack!” nasiblah telinga aku sempat tangkap namanya tadi.

“Bagus! Jadi atas sebab apa awak datang ke sini?”

Aku pun menerangkan tujuan aku yang sebenarnya. Aku lihat dia sendiri seolah-olah tak peduli dengan aku. Mungkin dia dah lupa dengan aku, maklumlah semua yang berlaku dulu dan lama sangat. Cuma aku je yang masih ingat.

“Baiklah. Saya boleh izinkan awak bercuti, tapi Tuan Syed ada beritahu saya, kalau pekerja sambila mahu cuti yang lama saya kena ikut sekali untuk pastikan semuanya benar.”

“Hah?” tergamam aku. “Adak e peraturan macam ni?” terbodoh aku sekejap.

“Tak percaya?” dia bertanya. “Cik Farah!” Dia memanggil Farah masuk ke dalam.

“Tolong terangkan pada pekerja sambilan ni tentang prosedur kita untuk pekerja sambilan berkenaan dengan permohonan cuti mengejut macam ni,” ujarnya setelah Cik Farah muncul.

“Mengikut peraturan yang ditetapkan Tuan Syed, Pengarah Warisan Syed, pekerja sambilan yang memohon cuti mendadak dan lama perlu ditemankan oleh pekerja tetap di sini!” ujarnya. Aku terdiam. Cik Farah tak mungkin berbohong!

“Jadi, siapa yang akan mengikut saya pulang ke kampung?” Tanya aku yang sudah berubah riak wajah.

“Saya!” ujar Encik Zack. Aku ternganga.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



DAH DUA hari aku dengan Encik Zack berada di kampung. Waktu mula-mula aku kenalkan Encik Zack dengan mak dan abah, aku lihat mereka kurang senang dengan sikap aku yang tiba-tiba bawa lelaki datang ke rumah.

Aku tak hairan dengan sambutan dingin diorang. Kalau aku jadi diorang, aku pun tak suka anak aku bawa entah sapa-sapa datang ke rumah.

Tapi entah jampi serapah yang dipakai mamat ni aku pun tak tahu. Tak sampai dua jam tiba di kampung aku dah dengar hilai tawa abah berbual dengannya. Wah…..hebat betul mamat ni. Boleh pulak dia buat abah aku yang garang macam rimau tu ketawa sakan! Mak pun terkejut lihat abah ketawa terbahak-bahak macam tu.

Sekarang, mamat tu dah hilang ke bendang dengan abah. Kononnya nak belajar bagai mana nak menanam padi. Maklumlah, orang bandar, mana tahu kerja-kerja kampung macam ni. Tahan ke tidak agaknya mamat tu!

Malam lepas makan aku jalan-jalan di luar ambil angin malam . Sedang seronok berangan tiba-tiba abah panggil masuk. Masuk je ke dalam aku lihat abah, mak dan kak long sudah bersila di lantai. Iman pula sedang ketawa mngekek bermain dengan mamat tu. Hebat sungguh mamat ni. Semua hati orang dalam rumah ni dah diambilnya. Aku yang balik kampung tujuannya dan menjaga Iman, alih-alih mamat ni yang dah ambil tugas aku.

“Abah ada perkara penting nak sampaikan,” ujar abah lepas Encik Zack hilang bersama Iman. Serius je bunyinya.

“Perkara apa, bah?”

“Ada orang masuk merisik kamu,” tersenyum-senyum abah menyampaikannya.

“Siapa? Ish…tak mahulah Audra. Audra tak sedia lagilah bah!” Aku sudah buat muka seposen.

“Tak semestinya kamu terus kahwin. Kenal-kenallah dulu!” ujar abah.

“Tak minatlah, bah!” Aku terus menolak. Dengan perasaan yang membengkam aku terus masuk bilik dan mengurung diri di dalam. Apalah abah ni1 pandai-pandai nak cari jodoh untuk aku! Biarlah aku cari sendiri!



“KENAPA tolak?” Tanya satu suara tiba-tiba mematikan lamunan aku. Tak payah kalih pun aku sudah tahu siapa gerangannya. Apalah mamat ni menyibuk! Aku nak bersendirian di tepi sungai ni pun tak boleh.

“Kenapa diam?” tanyanya lagi.

“Awak ni memang suka menyibuk hal orang, kan?” aku menjeling.

“Awak tahu tak orang yang merisik awak tu putera raja tau! Awak ingat senang ke ada putera raja yang mahukan perempuan macam awak ni?” tanyanya menambahkan lagi sakit hati aku. Aku ingatkan dia dah tak ingat pada aku. Rupa-rupanya dia masih ingat!

“Lupakan jelah Putera William tu. Dia dah kahwin pun dengan Kate tu. Kalau Kate boleh jadikan impian dia satu kenyataan takkan awak tak boleh?”

“Masalahnya Encik Zack, saya tak kenal pun putera raja tu! Lagipun dia …..”

“Dia tak buat jantung awak berhenti berdegup?!” Encik Zack terus memotong kata-kata aku. Huh! Rupa-rupanya dia masih ingat dengan impian aku tu!

“Awak sebenarnya dah jumpa orang yang membuatkan jantung awak berhenti berdegup!”

Berkerut kening aku.

“Kan saya dah berjaya buat jantung awak berhenti berdegup!”

Hah? Tercengang aku. Macam mana dia tahu?

“Jangan nak perasanlah,” aku cover line. “Encik Zack bukan petera raja saya!”

“Ya…..saya sedar, saya tak layak jadi putera raja awak! Tapi lelaki yang merisik awak tu memang sesuai sangat dengan putera impian awak!”

“Encik Zack kenal? Jangan-jangan Encik Zacklah yang rancang semua ni tak? Encik Zack sengaja nak mainkan saya!”

“Tak…..Betul! Saya terima arahan dari putera raja tu. Dan saya hanya menurut perintah!”

“Siapa?” Tanya aku teruja.

“Putera Arab! Syed Zikri!” ujarnya. “Katanya sejak pertama kali melihat awak, dia sudah jatuh hati. Sebab tulah dia minta saya selidik latar belakang awak. Dan….kerana itulah saya di sini mencari maklumat tentang keluarga awak! Dan ternyata dengan maklumat-maklumat yang baik-baik dari saya, dia setuju untuk menjadi putera raja awak.”

Aku terdiam dengan cerita Encik Zack. Satu perkataan sahaja yang terlintas di fikiran aku saat ini. Gila!

“Kalau macam tu,Putera Arab ni tentu duda tak pun bujang tak laku yang dah lanjut usia. Sebab tulah dia hantar awak,kan?”

“Hai……awakkan nak putera raja. Bila dah dapat, tak nak pulak!”

“Sudahlah! Encik Zack bagitahu dekat Putera Arab tu yang saya tak berminat!”

“Awak tak berminat?!” Encik Zack buat-buat terkejut. “Awak tak nak jadi isteri Pengarah Warisan Syed. Hidup awak umpama puteri raja kalau awak terima dia!”

“Saya tak minat!!” Aku terus berlalu.



SUDAH tiga minggu aku kembali bekerja. Tak de pulak aku dengar apa-apa berita tentang Putera Arab tu dan juga Encik Zack. Pasti apa yang berlaku di kampung dulu hanya usikan Encik Zack yang nak main-mainkan aku dengan cerita Putera Arabnya. Entah-entah Putera Arab tu sikit pun tak minat kat aku! Siaplah kau Encik Zack kalau aku jumpa dengan kau!

“Audra!!” Belum habis fikir tentang Encik Zack, bayangnya muncul di depan mata. Panjang umur betullah mamat ni!

“Pilihan terakhir!” ujarnya.

“Apa?” Aku yang sememangnya tidak berminat nak bercakap dengannya menjeling tajam. Tapi dia hanya tersenyum.

“Putera Arab suruh saya datang jumpa awak.”

Dia dah mula dah dengan kisah Putera Arabnya tu. Aku rasa macam nak hantuk je hidung dia dengan kepala aku macam yang aku buat dulu.

“Apa dia nak?” selamba je aku tanya sedangkan Putera Arab tukan Pengarah Warisan Syed. Lantaklah!

“Dia minta awak bagi peluang terakhir untuk dia. Dia nak jumpa awak malam ni. Dan kalau dia boleh membuatkan jantung awak berhenti berdegup, dia mahu awak terima dia!”

Aku diam sekejap. Berfikir di mana letaknya rasional dengan permintaan ini. Manalah tahu kalau Encik Zack ni cuma nak kenakan aku.

“Peluang terakhir! Bagilah peluang kat Putera Arab ni. Kang awak yang menangis tak berlagu nanti!”

“Okey! Malam ni. Kat mana?” Tanya aku.

“Di hotel milik Syed Zikri. Audra Hotel!”

“Audra Hotel?!” Terkedu aku. Aku tak pernah dengar nama hotel ni.

“Hotel ni baru dibina. Hotel persendirian Syed Zikri. Masih belum ada perasmiannya. Mungkin bulan depan,” ujar Encik Zack. “Dia mahu awak pakai ni!”

Encik Zack menyerahkan sekotak hadiah buat aku.

“Disebabkan saya dah banyak berjasa dengan awak dan juga memandangkan awak ada hutang sengan saya, maka saya nak ajak awak lunch dengan saya.”

“Hutang? Hutang apa?”

“awak dah lupa dengan apa yang awak dah buat dengan hidung saya?!” Dia menunjukkan hidungnya. “Dua hari berdarah tau!”

Aku menelan air liur.

“Ingatkan dah lupa,” aku mula rasa bersalah.

“Never…ever!” ujarnya. Macam nak balas dendam je. “Dah jom! Ikut saya!” Dengan selambanya dia terus menarik tangan aku.

Aku yang tergamam ni terus je mengikut langkahnya. Wah! Berani betul mamat ni pegang tangan puteri impian Putera Arab. Tak takut ke dia kalau Putera Arab tu nampak?



“BETUL ke awak ni?” Tanya Encik Zack tiba-tiba sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

“Betul apa?”

“Betul ke awak memang cari putera yang boleh membuatkan jantung awak berhenti berdegup?”

Inilah soalan yang aku tak reti nak jawab. Kadang-kadang aku sendiri pun rasa macam aku ni tak waras. Tapi nak buat macam mana? Itulah yang aku rasa!

“Macam mana kalau Syed Zikri tak buat jantung awak berhenti berdegup?” tanyanya lagi.

“maknanya dia bukan pilihan saya,” ujar ku.

“Tapi kenapa awak tak nak dengan saya? Kan saya dah berjaya buat jantung awak berhenti berdegup?!”

“jangan perasanlah Encik Zack!” Aku menjeling. Malunya!

“saya tahulah. My sixth sense tell me!” Confident sungguh mamat ni!

Tapi memang benar. Dia dah berjaya buat jantung aku berhenti berdegup walaupun sebenarnya jantung aku berhenti berdegup sebab terkejut lihat dia. Lagipun bukan aku tak nak kat dia, dia tak pernah kata pun dia suka dekat aku.

Aku memandang Encik Zack. Encik Zack ni memang kacak. Ada iras-iras darah berketurunan Arab. Hidung mancung dan kulit bersih. Ada jambang-jambang halus di wajahnya. Memang kacak!

“Kan saya dah cakap! Saya dah buat jantung awak berhenti berdegup, kalau tak, takkanlah awak asyik belek je muka saya!”

Muka aku memerah menahan malu. Alamak macam mana mamat ni boleh perasan aku tengok muka dia!

“Sudahlah! Encik Zack jangan perasan sangat!”

“macam ni…..” Aku lihat wajah Encik Zack tiba-tiba je menjadi serius semacam. “Kalau saya kata saya nak melamar awak, awak nak tak?”

Aku ternganga. Betul kea pa yang aku dengar ni? Encik Zack melamar aku?!

“Habis Putera Arab….?”

“Apakata, awak balik rumah, awak fikir semasak-masaknya. Kalau awak setuju dengan lamaran saya, awak tak payah keluar dengan Putera Arab tu malam ni. Esok pagi awak datang dan beritahu saya keputusan awak.”

“Tapi….”

“Please Audra……fikir dulu….” Rayunya. Mak ooi…..first time aku dengar rayuan dari dia. Kalau tak asyik dengar sindiran je! Terusik jugalah hati aku dengan rayuannya. Hehehe…

“Tapi saya nak buat kenyataan benar. Saya bukan putera raja, saya hanyalah lelaki biasa yang sederhana yang dah jatuh cinta dengan awak sejak hidung saya jadi mangsa awak. Tak ada perempuan yang pernah lakukan macam tu pada saya!”

What?! Dia jatuh cinta dengan aku sebab aku aku dah cederakan hidung dia? Gila apa mamat ni?! Aku ingatkan dia berdendam dengan aku tapi dia jatuh cinta??!!! Mak tolong!!!



TERGELENG-geleng kepala Zana dengan tingkah aku. Kejap aku ke kanan kejap aku ke kiri. Sesekali aku lihat jam. Hamper jam lapan malam. Tapi aku masih belum bersiap lagi. Aku masih belum biasa buat keputusan sama ada mahu terima pelawaan Syed Zikri atau menerima Encik Zack yang aku sudah mula merasakan sesuatu tentangnya dari petang tadi. Jangan-jangan aku sudah jatuh cinta dengan Encik Zack.

“Apalah yang kau pening sangat ni! Kan kau nak sangat dengan putera raja, jawapannya adalah Syed Zikri!”

“Tapi……aku….” AKu benar-benar tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Apalah yang susah sangat. Kalau kau pergi pun sama tak pergi pun sama!”

“Mana sama! Kalau aku tak pergi nanti Encik Zack ingat aku terima dia!”

“Encik Zack ke, Syed Zikri ke sama je!”

“huh?” Aku terkeliru sekeja. Zana sudah tak senang duduk.

“Bukan, maksud aku Encik Zack pun ada kelebihan dia, Syed Zikri pun ada kelebihan dia. Dua-dua bagi aku sesuai untuk kau!”

Aku duduk di sebelah Zana.

“Tapi aku tak kenal Syed Zikri! Aku rasa…….” Aku memandang Zana.

“Aku rasa, aku patut terima Encik Zack. Orang kata, pipit kena terbang dengan pipit tak layak untuk helang. Lagipun boleh ke keluarga Syed Zikri terima aku. Diorangkan keturunan Syed!”

“Zaman sekarang orang dah tak kira pangkat dan darjatlah. Kalau Syed Zikri pandang tu semua, takkanlah dia mahukan kau!”

Betul jugak kata Zana. Tapi aku rasa, lebih baik aku tak payah pergi malam ni. Kalau ada jodoh aku dengan Syed Zikri adalah, kalau tak……..Hmmmmm…..lupakan je!

“Apa kata hati kau?” Tanya Zana.

Aku memegang dada aku. Jantung aku selalu berhenti berdegup bila menyebut nama Encik Zack. Dunia kenyataan akan berubah menjadi dunia impian bila nama itu disebut. Tetapi tidak ketika dia menyebut nama Syed Zikri. Dia tak rasa apa-apa.

“Hati aku menyatakan……Encik Zacklah orangnya! Ya!” Aku berdiri. Kini aku yakin dengan pilihan aku. Lagipun bukankah encik Zack orang pertama yang membuat jantung aku berhenti berdegup!



PAGI ESOKNYA aku sudah terburu-buru ke Warisan Syed. Mencari Encik Zack untuk memberitahunya tentang keputusan ku. Tapi malangnya, kata Cik Farah Encik Zack tidak masuk ke pejabat.

Jangan-jangan Encik Zack ingat aku dah terima Syed Zikri agaknya. Oh….Encik Zack!!!

Dengan rasa lemah aku menyambung tugasku seperti biasa sehinggalah Cik Farah muncul.

“Audra! Tuan Syed nak berjumpa!”

Tertalan air liur kejap. Jangan-jangan dia nak bertanya tentang penolakan aku tak. Ah…tak pe! Biar aku berterus terang je yang aku tak kenal dia dan aku tak mungkin terima dia. Mana mungkin aku hidup bersama orang yang aku tak kenal.

Seperti biasa aku mengetuk pintu dan apabila mendapat kebenaran masuk, aku pun melangkah masuk. Tubuh itu membelakangkan aku. Tak dapatlah aku melihat wajahnya.

“Semalam awak tak datang! Adakah itu bermakna awak menolak saya?” tanyanya tanpa berpaling. Tapi suara seakan ku kenal.

“Maafkan saya Tuan Syed. Bukan saya menolak Tuan Syed, tapi mungkin bukan jodoh kita,” ujarku berhati-hati.

“Jadi, awak terima lamaran Zack?” tanyanya.

Tuan Syed tahu tentang tu? Takkan Encik Zack beritahu dia? Beraninya!!

“Saya rasa saya lebih sesuai dengan dia,” ujar aku ikhlas dari hati.

“macam mana awak tahu sedangkan awak tak pernah beri peluang pada saya untuk membuktikan yang saya juga boleh membuatkan jantung awak berhenti berdegup!”

Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa.

“Sekarang, beri peluang tu pada saya!”

Tubuh yang membelakangkan aku bangun. Jantung aku berdegup laju, kencang. Bagaimanalah agaknya reaksi aku apabila melihat wajah Tuan Syed!.

Tubuh itu berpaling.

Wajah itu!!! Dunia ku berhenti berputar, masa terhenti seketika dan jantung aku juga berhenti berdegup! Berhenti sekali lagi!

“Encik Zack!!”

Dia tersenyum.

“Saya, Syed Zikri Syed Zarkasyi ingin mengambil awak, Audra Laili untuk menjadi peneman hidup saya. Sudi tak awak jadi puteri impian saya?” Encik Zack menghampiri lalu menghulurkan sebentuk cincin pada ku.

Aku tergamam. Rupanya mereka adalah orang yang sama. Pandai betul dia kenakan aku.

“Tak nak! Tapi cincin ni saya nak!” Aku terus menyambar cincin itu.

Encik Zack hanya tersenyum. Dengan adanya cincin itu ditangan ku, sudah pastinya aku bersetuju.

Setelah itu barulah aku tahu, sejak peristiwa aku mencederakan Encik Zack sehingga membuatkan dia jatuh cinta dengan ku, dia telah mencari semua maklumat tentang aku. Patutlah dengan mudah aku dan Zana diterima sebagai pekerja sambilan di Warisan Syed.

Malah Zana dan Cik Farh juga berpakat dengan Encik Zack untuk merahsiakan identity sebenarnya. Memang aku marah, tapi marah sayang. Malah Audra Hotel juga dibina khas untuk ku. yakin betul dia aku akan jadi miliknya! Dan aku juga yakin, cintaku padanya bukan kerana dia adalah orang kaya, putera raya or whatever.....tetapi kerana dia adalah dirinya sendiri!

Aku sudah menemui putera impianku! Putera hati ku!!

Dialah Putera Arab ku!!!!!!

Monday 25 April 2011

Hanya Dia 54

PERLAHAN-lahan Maisara melangkah ke dalam kamarnya setelah mengemas kamar Suhana. Dia duduk di birai katil lalu melepaskan satu keluhan berat.

Fariz yang kebetulan baru keluar dari kamar mandi bersiap untuk keluar. Dia melirik Maisara yang terpaku di birai katil dengan wajah yang sugul. Fariz menghampiri Maisara dan duduk di sebelahnya.

“Kenapa ni?” tanya Fariz.

Maisara mengangkat wajah lalu beralih memandang Fariz disebelahnya. Wajah Fariz ditatapnya lama. Ada airmata yang masih bertakung di kolam matanya. Renungan Maisara kelihatan begitu lemah.

“Kenapa ni sayang?” tanya Fariz membalas renungan itu. Dia pasti ada sesuatu yang mengusik emosi isterinya itu.

Tanpa membalas pertanyaan itu, Maisara melentokkan kepalanya ke bahu Fariz. Fariz terkedu seketika namun kemudian dia memeluk bahu Maisara.

“Ada apa ni sayang?”

Pertanyaan dari Fariz sekali lagi dengan perkataan sayang dihujungnya membuatkan airmata Maisara tumpah. Sayu hatinya mendengar. Dia menyembamkan mukanya di dada lelaki itu dan memeluk erat pinggang Fariz disebelahnya.

Fariz terkedu lagi namun dia terus memeluk Maisara dengan erat. Apa yang menganggu emosi Maisara?

Bagaimana harus aku luahkan segala kekesalan di hati ini? Bagaimana untuk aku berterus terang tentang apa yang telah aku ketahui sedangkan kau mahu keadaan lalu dilupakan saja? Begitu mulia hatimu suamiku untuk menjadi ayah kepada anak bukan dari zuriatmu sendiri. Dan untuk itu, aku berjanji aku akan setia berada di sisi mu tanpa kau ketahui yang aku telah mengetahui segala-galanya. Aiman, akan menjadi anakmu sehingga ke akhirnya....Biarlah semuanya menjadi rahsia demi kebahagiaan Aiman.

“Hei.......kenapa ni sayang?” Fariz mengangkat dagu Maisara agar bisa dia memandang mata itu.

Maisara memandang Fariz lalu menyapu airmatanya. Dia mengukirkan senyuman lalu menggelengkan kepalanya menandakan tiada apa-apa yang berlaku. Maisara memerhatikan Fariz yang seakan sudah bersiap untuk keluar.

“Abang nak ke mana?” tanya Maisara.

Ternganga Fariz seketika dengan perkataan ‘abang’ yang ditujukan Maisara untuknya. Tetapi kemudian dia tersenyum. Rasa syukur dipanjatkan di dalam hatinya. Walaupun Maisara tidak menerangkan kenapa tiba-tiba sahaja dia bersikap begitu dengannya, namun dia tetap bersyukur kerana Maisara sudah mahu menerimanya sebagai suami. Biarlah jika Maisara merahsiakan asalkan mereka bisa hidup bahagia.

“Abang ingat nak keluar sekejap,” beritahu Fariz dan membahasakan dirinya ‘abang’ juga.

“Kalau abang keluar, Sara tinggal seoranglah....” ujar Maisara manja.

Fariz tersenyum mendengar suara manja yang sudah lama tidak didengarinya. Begitu dia merindui suara itu. Fariz memandang sekeliling lalu memandang Maisara semula.

“Mana Aiman?” Baru dia sedar Aiman tiada bersama mereka.

“Umi dengan abah bawa Aiman pergi kenduri,” beritahu Maisara. “Kalau abang pun nak keluar, tinggal Sara seoranglah.”

Fariz memandang Maisara sambil tersenyum bahagia.

Syukur padaMu Ya Allah.....Hari ini merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku. Tiada apa yang lebih bererti bagiku selain dari diri ini diterima semula oleh isteri yang sangat ku cintai...

“Kalau macam tu, abang tak jadi keluarlah. Abang temankan Sara.” Tangan Maisara dicapai dan digenggam erat lalu dia mengucup jari jemari itu.

Maisara hanya tersenyum sayu melihat perlakuan Fariz. Dia sedar, selama ini Fariz tentu terluka dengan sikapnya. Tetapi dalam masa yang sama melukai hati Fariz dengan sikap dinginnya, dia juga sebenarnya merasa terluka.

“Sara minta ampun kerana selama ni Sara berkelakuan buruk dengan abang.” Ada airmata yang mengalir.

Fariz menggeleng kepala seraya menyapu airmata yang mengalir.

“Jangan mengangis, sayang. Sara berhak marah pada abang. Sara melakukan itu semua kerana hati Sara terluka.” Genggaman tangan Fariz semakin erat. “Hari ini, abang rasa bahagia sangat. Sangat, sangat bahagia bila Sara sudi memaafkan abang dan terima abang semula.”

“Abang......” Maisara menarik nafasnya. “Sara janji, walau apa pun yang berlaku suatu hari nanti, Sara akan setia berada di sisi abang dan membesarkan Aiman bersama abang. Sara akan tunaikan amanah arwah Kak Su dengan sebaik mungkin. Selama ini, Sara dah banyak sakitkan hati abang dengan sikap Sara sedangkan Sara sendiri tidak tahu punca sebenarnya apa yang berlaku.”

Terharu Fariz mendengar luahan hati itu. Tetapi kenapa Maisara berkata begitu? Hati Fariz tertanya namun persoalan itu dimatikan sahaja. Biarlah, suatu saat nanti jika Maisara mahu menceritakan padanya, dia akan mengetahui juga. Jika tidak, biarlah segalanya menjadi rahsia Maisara. Asalkan Maisara bisa menerima dia semula itu sudah memadai.

Fariz memegang bahu Maisara dan membawa Maisara berdiri bersamanya. Wajah Maisara ditatap lama dengan penuh kerinduan yang bersarang di hati. Kedua-dua tangannya memegang wajah Maisara.



MAISARA tersenyum melihat Fariz yang sudi membantunya di dapur untuk menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Terkial-kial lelaki itu memotong buah tembikai untuk dijadikan jus. Hari ini memang merupakan hari bahagia mereka berdua. Segala-galanya indah apabila dia akhirnya menunaikan kewajipannya sebagai seorang isteri.

Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama, Fariz menyatakan kesudiannya menolong Maisara di dapur. Mulanya Maisara ragu-ragu dengan Fariz namun melihatkan kesungguhan Fariz untuk menolongnya, dia membiarkan sahaja. Siapa percaya, Pengarah Infera Emas masuk ke dapur. Maisara tertawa kecil mengingatkan itu.

“Hei......kenapa ni sayang ketawa sorang-sorang ni!” Fariz yang tiba dari belakang terus memeluknya.

“Tak......tak de apa,” ujar Maisara. “Dah siap ke jus tembikai tu?” sindir Maisara.

“Oh mesti! Ingat abang tak pandai ke?” Fariz mencuit hidung Maisara. “Hari ni kita makan di luar, okey?”

“Makan di luar. Habis, yang penat-penat Sara siapkan makan malam ni untuk siapa? Umi dah telefon tadi beritahu diorang akan balik lambat!”

Maisara sudah menarik muncung panjang. Fariz tersenyum mesra. Sudah lama dia tidak melihat muncung panjang itu. Kini dia sedar, sudah berapa lama dia tidak melihat segala-galanya tentang Maisara. Senyuman tawanya, belaian manjanya, rajuknya dan semuanya. Betapa dia merindui Maisara.

“Bukan macam tulah sayang!” Pelukannya dieratkan. “Abang dah siapkan makan malam kita di laman. Semuanya abang dah siapkan!”

Maisara menjungkitkan keningnya. Fariz menyediakan makan malam mereka di laman? Tentu malam ini akan menjadi kenangan yang terindah. Tetapi bila masa pula suaminya itu menghilangkan diri dan sediakan itu semua?

“Kalau hujan nanti macam mana?” tanya Maisara.

“Takkan hujan! Abang dah tengok langit. Ada bulan, ada bintang. Maknanya, malam ni takkan hujan! Believe me!”

Maisara tersenyum. Pelukan Fariz dileraikan. Kemudian dia menyerahkan dua pinggan chicken chop untuk dihidangkan Fariz.

“Makan dah siap, minum dah siap. So, sekarang Sara naik atas, abang nak Sara berdandan cantik-cantik kemudian turun. Biar abang hidangkan semua ni!”

“Betul ke ni?” tanya Maisara, mengusik.

“You still don’t believe me? Believe me, dear! I will do anything for you.” Fariz benar-benar maksudkannya.

“So sweet.....” Hidung Fariz dicuit Maisara dengan manja.

Fariz mencapai dua pinggan chicken chop yang disediakan Maisara. Dia mengambil bau harum itu lalu tersenyum. Seleranya terbuka. Walaupun hanya chicken chop yang disediakan Maisara namun dia kelihatan benar-benar teruja. Chicken chop itu dirasakan begitu istimewa. Mungkin rasa gembira dihatinya yang membuatkan semuanya kelihatan sempurna.

Kemudian dia membawa dua pinggan chicken chop itu bersamanya dan hilang ke laman rumah. Maisara pula terus membawa diri ke tingkat atas.

Alamarinya di buka. Baju-baju yang tergantung diselaknya. Dia memilih-milih pakaian yang sesuai untuk dipakai malam ini. Tiga helai gaun yang berkenan di hati di keluarkan dan diletakkan di atas katil. Setelah mencuba ketiga-tiga gaun itu dia memilih untuk mengenakan gaun ungu gelap separas betis.

Wajahnya disolek ringkas dengan warna yang sesuai dengan gaunnya. Rambutnya yang lurus dan panjang di sikat rapi. Separuh rambutnya diikat dan disepit kemas. Kemudian dia membelek dirinya di dalam cermin. Secalit lip gloss bewarna pink lembut dikenakan untuk sentuhan terakhir. Dia mengukirkan senyuman. Ringkas dan menarik. Setelah berpuas hati dia keluar dan menuruni anak tangga sambil berlagu riang.

Langkahnya terhenti apabila melihat Fariz yang segak memakai jeans hitam dan kemeja T berjenama Guess Sport. Ringkas dan bergaya.

Fariz menghampiri Maisara dan menghulurkan tangannya. Maisara tersenyum lalu menyambut huluran tangan itu. Mereka berdua beriringan melangkah ke halaman. Pinggang Maisara dipeluk erat.

Sampai sahaja di laman, Maisara tergaman seketika sehingga langkahnya terhenti. Di depannya kini terdapat sebuah meja makan yang beralas cantik. Di tengahnya pula diletakkan tiga batang lilin. Hidangan yang disediakan bersama Fariz sebentar tadi tersusun kemas.

Walaupun ringkas namun semuanya kelihatan indah apabila membayangkan mereka akan menikmati makan malam bersama di bawah bintang-bintang yang bertaburan di langit kelam dan hanya disinari cahaya lilin dan bulan. Fariz memang romantik!

“Mari sayang!” Dengan penuh kasih sayang Fariz menggenggam jari jemari Maisara dan menarik tangan Maisara dan membawanya ke meja makan.

Fariz menarik kerusi buat Maisara dan membantunya untuk duduk. Kemudian dia duduk bertentangan dengan Maisara. Gembira dia melihat Maisara yang berseri wajahnya. Wajah yang bersolek sederhana itu kelihatan begitu jelita di bawah sinaran bulan begini.

“Terima kasih abang!” Terharu Maisara dengan setiap layanan dan pengorbanan Fariz selama ini.

“Anything will do for you, sayang!”

Masing-masing menatap wajah dan bertentangan mata. Terpancar sinar kebahagiaan dan kasih sayang yang selama ini terpendam.

Monday 11 April 2011

Lukisan Cinta 1


Sembilan tahun sebelumnya………







AMANI memegang pergelangan tangan Zaiton dengan kuat. Sambil membawa beg pakaiannya disebelah tangannya, laju dia membawa Zaiton berlari bersamanya.

Mulut Zaiton pula tak henti-henti memarahi Amani dan menyuruh Amani berjalan dengan perlahan. Sudah beberapakali dia hampir terjatuh kerana ditarik Amani.

Amani yang langsung tidak memperdulikan leteran dan amarah ibunya, terus menarik tangan Zaiton agar segera mempercepatkan langkah mereka.

“Hoi!! Tak guna kamu berdua! Tunggu!!” Kedengaran satu suara garau berteriak dari belakang.

Amani dan Zaiton berpaling ke belakang. Kelibat Jalil yang sedang berlari mengejar mereka kelihatan. Pantas mereka berdua berlari dengan lebih laju. Mereka berpegangan tangan dan disebelah tangan masing-masing memegang beg pakaian.

“Cepat mak! Dia dah semakin dekat!” Amani membawa Zaiton berlari dengan lebih pantas.

“Lepaslah! Sakit!” Dengan kuat Zaiton menarik tangannya dan menghentikan lariannya.

Amani ikut berhenti. Zaiton mengurut-ngurut tangannya yang kesakitan. Amani memandang belakang. Kelibat Jalil sudah tiada tetapi dia tahu mereka masih diekori lelaki itu.

“Cepatlah mak! Dia dah nak dekat!”

“Tahulah! Tapi janganlah macam ni! Habis baju aku!” Zaiton membetul-betulkan rambut dan bajunya.

Amani menjeling geram. Ikutkan hati dia hanya mahu berlari sendiri dan meninggalkan Zaiton bersama lelaki tak guna itu. Namun, sebagai anak yang masih mengenangkan jasa Zaiton yang mengandungkannya selama sembilan bulan dan bersusah payah membesarkannya, dibawanya juga Zaiton bersama.

Diawalnya, Zaiton memang ralat untuk meninggalkan rumah Jalil. Namun, kerana ugutan Amani yang akan pergi sendiri jika Zaiton tidak mahu mengikutnya, akhirnya Zaiton menurut juga.

“Jom!!” Zaiton menjeling Amani lalu melangkah.

Amani mengerling Zaiton dengan rasa kurang senang. Selama tujuh belas tahun usianya, tak pernah Zaiton berlembut dan bersikap manis dengannya. Walaupun Zaiton menjaganya dengan baik, dia tidak pernah merasa belaian manja seorang ibu dengan Zaiton. Dia dibesarkan dengan suasana yang menjengkelkan.

Mereka berdua meneruskan langkah. Apabila mendengar jeritan Jalil yang memekik nama mereka, mereka kembali berlari. Lorong demi lorong yang terdapat dikawasan setinggan itu dilalui. Sedaya upaya mereka cuba melarikan diri dari lelaki itu.

Setelah merasakan Jalil sudah hilang jejak mereka, mereka berhenti berehat melepaskan keletihan. Tercungap-cungap kedua-duanya.

“Dah dapat!!!”

Tiba-tiba Jalil melompat di depan mereka. Mereka terkejut. Zaiton dan Amani berpelukan. Jantung Amani berdegup kencang.

“Mana kau nak lari!!” Wajah bengis Jalil memandang mereka berdua dengan tajam. “Berani korang lari dari aku!”

Zaiton yang ketakutan memeluk Amani erat. Amani yang berdiri di hadapan Zaiton bagaikan melindungi ibunya dari dicederakan. Jantung Amani berdegup dengan lebih kencang. Nafasnya sudah tidak tentu. Adakah mereka akan kembali semula di dalam penjara Jalil? Aimatanya seakan mahu menitis.

Melihatkan wajah ketakutan Amani dan Zaiton, berdekeh-dekeh tawa Jalil terhambur. Seronok dia melihat wajah-wajah yang ketakutan itu.

“Cepat lari!! Cepat!!!” Teriak satu suara kecil.

Hafiz muncul entah dari mana lalu melompat terus ke belakang Jalil. Hafiz yang beru berusia dua belas tahun itu, terus menumbuk-numbuk muka Jalil.

“Cepat kak!! Lari!!!” teriak Hafiz lagi.

Tanpa membuang masa, Amani mencapai tangan Zaiton dan membawanya lari pergi dari situ. Di dalam hatinya mengucapkan terima kasih buat Hafiz yang datang membantu mereka.



SAMPAI sahaja di terminal bas itu, mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi panjang yang disediakan di sana. Pandangan Amani jatuh memandang orang ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing di situ. Ada yang sedang beratur membeli tiket. Ada yang masih melihat jadual perjalanan bas.

Zaiton pula sudah membuka kasut tumit tingginya dan mengurut kakinya yang keletihan. Kemudian dia membetulkan rambutnya yang sudah berserabut.

“Kita nak ke mana?” tanya Zaiton mengganggu tumpuan Amani.

Amani menoleh sekilas. Bibirnya di ketap. Dia sendiri tidak pasti arah tujuan mereka. Apa yang dia tahu, mereka perlu keluar dari rumah Jalil. Dia tidak mahu lagi berada di rumah lelaki itu mahu pun mana-mana lelaki lagi.

“Ke mana-mana saja! Asalkan kita tak perlu menumpang mana-mana lelaki lagi!”

“Gila kau!!” tempik Zaiton. “Kalau tak de lelaki macam mana kita nak hidup?” terjegil biji mata Zaiton memandang Amani. “Kau nak makan apa?! Pasir?!!”

Amani terasa matanya bertakung. Dia menahan perasaan hibanya. Ibunya terlalu bergantung harap pada lelaki, kerana itu hidup mereka merempat begini.

“Mak! Kita boleh hidup tanpa lelaki! Kita sewa rumah murah! Cari kerja!” Amani sudah merancang hidup mereka.

“Kerja? Siapa yang nak bagi kita kerja?!” Zaiton menghembus nafas geram. “Pelajaran tak de! Apa pun tak de!”

Jika diturutkan hati, dia tidak mahu menurut rancangan gila Amani yang mahu tinggalkan Jalil. Tetapi Amani sudah bertekad untuk keluar dari situ. Dia tidak mahu Amani pergi dan meneruskan hidupnya sendirian. Dia tidak yakin Amani yang masih muda itu tahu bagaimana untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan pembohongan ini.

“Saya ada simpanan sikit.” Amani menyeluk kocek seluarnya. “Kita ke bandar! Cari rumah sewa dulu!”

Apabila Amani menyebut tentang duit, pantas otaknya teringatkan sesuatu. Lantas dia menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sapu tangan yang dilipat kemas.

Lipatan sapu tangan itu dibuka perlahan. Dia tersenyum lalu mengambil sebentuk cincin yang di bungkus dengan sapu tangan itu lalu disarungkan di jari manisnya.

Amani di sebelahnya tergaman melihat cincin emas itu. Ternganga mulut dia sebentar.

“Mak curi cincin tu?! Itukan cincin arwah isteri Pak Cik Jalil!!”

Zaiton menjeling Amani yang merenungnya tajam. Memang cincin itu dicurinya. Dia tahu cincin itu satu-satunya harta yang Jalil ada dan paling dia sayangi. Pernah dia menyarung cincin itu dijarinya dahulu dan apabila Jalil melihat cincin itu dipakainya, teruk dia dibelasah lelaki itu.

“Yelah…….mestilah aku ambil! Selama aku hidup dengan dia, apa yang dia beri aku? Heh!!” Zaiton ketawa jahat. “Padan muka dia!! Dah bertahun-tahun aku hidup dengan dia! Dia janji nak kahwin dengan aku. Tapi……biar dia rasa!!”

Amani mengeluh kehampaan. Dia benar-benar yakin, dengan adanya cincin ini bersama mereka, Jalil pasti takkan melepaskan mereka dengan mudah.

Setelah membelek-belek cincin dijarinya, Zaiton membuka kembali lalu membungkusnya semula dengan sapu tangan. Dengan pantas, Amani mencapai sapu tangan itu lalu di masukkan ke dalam beg pakaiannya.

“Hei!! Bagi balik!!!” jerit Zaiton.

“Tak boleh!!! Selagi cincin ni ada pada kita, Pak Cik Jalil akan terus cari kita!” tegas Amani.

Zaiton menjeling geram. Adakalanya dia kesal kenapa dia perlu melahirkan Amani di dunia ini! Lebih baik jika dia menggugurkan kandungannya dulu daripada dia hidupnya disusahkan oleh anaknya sendiri.

Amani menjauhi Zaiton. Dia bersandar di tembok. Dia perlu pulangkan semula cincin ini pada Jalil. Dia akan mencari jalan untuk menghubungi Hafiz dan meminta budak lelaki itu menyerahkan semula cincin itu pada Jalil.

Amani berpaling semula ke arah Zaiton. Kelihatan ibunya itu sedang membawa beg pakaian dan berjalan meninggalkannya.

“Mak nak ke mana?” tanya Amani.

“Aku nak ke tandaslah! Sibuk je kau ni!!” Zaiton menjeling lalu berlalu pergi bersama beg pakaiannya.

Amani melepaskan keluhan. Pasti Zaiton mahu menukar pakaian dan berdandan semula. Walaupun mereka hidup merempat dan sentiasa mengharapkan pada teman-teman lelaki Zaiton, namun ibunya itu tidak pernah merasa malu dan sentiasa mahu kelihatan cantik.

Memang Zaiton seorang wanita yang cantik. Di usia penghujung tiga puluhan, wanita itu masih bisa menarik perhatian ramai lelaki. Dengan cara itulah Zaiton menyara kehidupan mereka dua beranak.

Dia tahu Zaiton tidak pernah menginginkan hidup seperti ini. Wanita itu tidak berpelajaran dan sering dipermainkan lelaki. Lelaki-lelaki itu semua menjanjikan kehidupan yang baik untuk Zaiton dan Amani. Tetapi bila mereka sudah muak dengan Zaiton, mereka berdua akan ditendang keluar dari kehidupan lelaki-lelaki itu.

Walaupun dia merasa benci pada Zaiton kerana melahirkannya di dunia ini dan membuatkan hidupnya merana begini, tetapi dia masih bersyukur kerana Zaiton tidak pernah membuangnya seperti bayi-bayi luar nikah yang lain di luar sana. Zaiton tetap membawanya ke mana sahaja ‘neraka’ lelaki yang dibawa. Malah Zaiton sentiasa memastikan lelaki-lelaki itu tidak pernah menyentuhnya.

Kini, Amani benar-benar bertekad. Dia tidak mahu kehidupan mereka di libatkan dengan mana-mana lelaki lagi. Mereka harus membina semula kehidupan mereka.

Anganan Amani terganggu apabila melihat sekumpulan lelaki yang mundar-mandir berjalan sambil mata mereka meliar memandang sekeliling seperti sedang mencari seseorang. Hati Amani sudah berdegup kencang.

Dari cara mereka, dia pasti mereka semua pasti orang-orang upahan Jalil. Mereka pasti ke sini untuk menangkap Zaiton dan Amani.

Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati Amani mencapai beg pakaiannya lalu berjalan masuk ke dalam tandas. Kelihatan Zaiton sedang berdiri di depan cermin sambil menyisir rambutnya. Pakaiannya sudah pun berganti baru seperti yang di sangka Amani.

“Orang-orang Pak Cik Jalil ada di luar!” Amani bersuara perlahan tetapi intonasinya ditekan.

“Hah?!” Zaiton terkejut lantas menyimpan barang-barangnya semula. “Macam mana ni?”

“Kita lari!!” ujar Amani.

“Lari lagi?!!” Zaiton keberatan. “Kita tunggu jelah. Nanti bila diorang dah tak de, kita keluarlah!”

Amani tidak bersetuju dengan Zaiton. Dia pasti jika mereka lebih lama di situ, pasti mereka akan tertangkap.

“Kita lari atau saya tinggalkan mak di sini!” ugut Amani. Zaiton mengerling tajam anaknya itu.

“Yelah!! Yelah!!” Zaiton mengalah.

Mereka mencapai beg pakaian masing-masing. Amani memegang tombol pintu lalu membukanya perlahan. Kepalanya terjengul keluar memerhatikan orang-orang Jalil. Setelah merasakan selamat, mereka berdua keluar dari situ.

“Itu dia!!” jerit satu suara.

Amani dan Zaiton menoleh. Kelihatan orang-orang Jalil berlari di antara sekumpulan orang-orang awam untuk menghampiri mereka. Pantas, mereka berpegangan tangan lalu berlari juga.

Anak-anak tangga untuk ke tingkat atas terminal di panjat mereka. Sedang sibuk melarikan diri, tanpa sengaja mereka terpisah. Amani yang kerisauan mencari-cari kelibat Zaiton dan tiba-tiba dia terlanggar seseorang sehingga mereka berdua terjatuh.

“Auch!!!!” jerit budak perempuan yang sudah terduduk di lantai itu.

“Maaf saya tak sengaja!!” Amani membantu budak perempuan yang berseragam sekolah itu untuk bangun.

Amani meliar memandang sekeliling. Dia terlihat beberapa orang dari kumpulan lelaki itu sudah berada di tingkat atas. Tetapi mereka masih belum menyedari kehadirannya.

Budak perempuan itu memerhatikan tingkah Amani yang kelihatannya cuba melarikan diri dari dari kumpulan lelaki yang sedang diperhatikannya. Tanpa bertanya apa-apa, pantas budak perempuan itu menarik tangan Amani dan membawanya masuk ke satu bilik seakan bilik stor.

“Siapa mereka tu?” tanya budak perempuan itu.

“Shh….” Jari telunjuk Amani diletakkan di bibir budak perempuan itu.

Amani membuka sedikit daun pintu dan mengintai ke luar. Dia mula kerisauan apabila mengingatkan Zaiton yang hilang entah ke mana. Jangan-jangan Zaiton sudah tertangkap.

Amani menutup semula pintu dengan rapat lalu memandang budak perempuan yang menolongnya itu.

“Kau boleh tolong aku?”

Budak perempuan itu terpinga-pinga sebentar namun kemudian dia mengangguk laju.

“Kau tahu mana-mana rumah sewa di bandar?”

Budak itu diam sebentar sambil berfikir. Dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk mencari rumah sewa di bandar. Dia jarang sekali ke sana. Malah tempat tinggalnya juga jauh dari bandar.

“Aku tak tahu. Tapi mungkin ayah aku tahu di mana nak cari rumah sewa!”

Lantas budak perempuan itu membuka zip depan beg sekolahnya. Dia mencapai sekeping kertas lalu menulis sesuatu. Tak sampai hatinya membiarkan perempuan itu yang kelihatan benar-benar memerlukan bantuannya.

“Nah!!” Dia menyerahkan pada Amani.

Amani membaca apa yang tertulis di situ.

“Itu nama aku dan nombor telefon aku! Nanti balik aku tanyakan pada ayah aku. Kau hubungi aku nanti ye!!”

“Tania……Nama kau Tania?” Amani bertanya lagi walaupun sudah tertulis di kertas itu. Budak itu mengangguk.

Tanpa disangka, pintu stor itu terbuka dari luar. Kelihatan berdiri seorang lelaki yang besar tubuhnya sambil tersenyum sinis pada Amani.

Tania tergamam apabila lelaki itu menarik Amani keluar mengikutnya. Dia terasa nafasnya seakan berhenti sesaat. Apa akan jadi pada perempuan tu?

Rasa simpati menyelubungi hatinya. Dia tahu, budak perempuan itu memang dalam kesusahan. Siapa lelaki tadi? Lelaki itu kelihatan jahat dan bengis. Kasihan dia….

Dalam hanyut di bawa perasaannya, tiba-tiba Tania tersepak sesuatu. Dia menunduk untuk melihat apa yang disepaknya. Sebuah beg pakaian!

Pasti milik perempuan itu. Kasihannya!