Thursday 21 July 2011

Saat Hati Merelakan 24

QISMYNA melepaskan keluhan yang panjang. Hatinya sakit. Malam-malam beginilah keretanya tiba-tiba mati. Dia cuba menghidupkan enjin lagi. Tapi hampa. Dia menumbuk stereng melepaskan marahnya.

Lantas dia keluar dari kereta dan memeriksa di mana silapnya. Tapi dia buntu. Argh! Manalah dia tahu apa yang tak kena. Dia langsung tak tahu tentang kereta. Apatah lagi nak mengesan dan membaiki kereta yang rosak.

Tangannya cuba mengetatkan wayar-wayar yang tersambung. Manalah tahu ada yang longgar menyebabkan keretanya tak boleh bergerak. Tapi hampa. Dia mengeluh lagi. Dia tahu keluhan itu menunjukkan dia telah berputus asa. Dia memang tak suka mengeluh. Tapi apa boleh buat. Dengan keadaan sekarang memang dia sudah berputus asa.

Dia menyandarkan tubuhnya di kereta dan memandang sekeliling. Hari telah pun menganjak malam. Dia menoleh sekilas jam di tangannya. Hampir jam sembilan tiga puluh malam.

Masih ada dua tiga buah kederaan yang melalui jalan itu. Namun, tiada siapa pun yang sanggup memberhentikan kereta dan memberi pertolongan. Hanya sekadar memandang ke arahnya dan berlalu pergi.

Dia sendiri tidak kisah. Maklum benar dengan masalah keadaan sekarang. Ramai benar kaki-kaki penipu yang berpura-pura memerlukan pertolongan dan akhirnya, orang yang memberi pertolongan di rompak dan dicederakan. Yang lebih malang, jika ada yang mangsa yang cuba berkeras mempertahankan haknya, akan dibunuh. Argh! Kejam sungguh manusia zaman sekarang. Manusia? Layakkah mereka bergelar manusia?

Qismyna berteka-teki seorang diri sambil melihat-lihat kenderaan yang berlalu tanpa menghiraukannya. Tiba-tiba dia teringat berita yang dibaca pagi tadi.

Mengenai lima orang pemuda yang menyamar menjadi anggota polis dan menahan sepasang kekasih. Yang lelaki dibunuh dan teman wanitanya dirogol dan diliwat hingga mati.

Rogol?! Jantungnya berdegup kencang apabila teringatkan perkataan itu. Dia tidak mahu menjadi mangsa rogol! Pantas dia mengunci dirinya di dalam kereta. Lalu dia mencapai telefon bimbit untuk menghubungi Ariff. Dalam hatinya berdoa agar Ariff menjawab panggilan telefonnya.

Maklumlah, sejak bertunang Ariff semakin sibuk. Apatah lagi sedari dulu dia memang seorang workholic. Dan sekarang, sejak bertunang dengan Manisa, dia menjadi lebih sibuk. Setiap kali kelapangan Ariff sentiasa bersama Manisa. Tapi dia tak kisah. Malah dia berterima kasih kerana Manisa talah berjaya mengubah abangnya itu.

Mak dan ayahnya juga suka dengan Manisa dan keluarganya. Pendek kata kira okeylah tu. Manisa pun baik dengannya dan Zurin. Tapi dia tak pasti bila mereka akan menamatkan pertunangan mereka ke jinjang pelamin.

Manisa juga telah diserap masuk ke dalam A2-M Sdn Bhd. Itu pun hanya sementara untuk tidak memisahkannya dengan Ariff. Apabila Manisa dan Ariff berkahwin, Datuk Arshad mahu mereka tinggal bersama-sama di Sabah dan Ariff akan berkerja di syarikat milik keluarga itu.

Dalam perancangan Tuan Malik, Ariff bakal menggantikan tempatnya. Namun, takdir menentukan sebaliknya.

Qismyna mengeluh seketika memikirkan ayahnya. Kasihan melihat lelaki itu terpaksa memikirkan semula hal syarikat setelah Datuk Arshad memohon agar melepaskan Ariff untuk bekerja dengannya di Sabah. Apatah lagi memandangkan Manisa satu-satunya pewaris keluarga itu.

Tuan Malik ada meminta abang iparnya, Zainal untuk bekerja dengannya. Namun, menantu lelakinya itu menolak atas alasan dia gemar dengan kerjayanya sekarang sebagai seorang peguam. Dia sendiri tidak pasti apa perancangan yang akan dibuat Tuan Malik.

Qismyna tersentak seketika. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Sepatutnya dia menelefon Ariff tetapi fikirannya melayang mengingatkan ayahnya.

Kemudian dia melihat telefonnya. Bateri kong! Sekarang macam mana? Apa yang perlu dilakukan. Matanya liar memandang sekeliling mencari-cari jika ada pondok telefon yang berdekatan. Tiada. Dia mengeluh. Untuk keluar dan meminta pertolongan, dia takut.

“Macam mana ni?!” dia menampar dahinya.



WES mengerling jam di deskboard. Hampir pukul satu pagi. Wes menggosokkan mata sebentar untuk menghilangkan rasa ngantuk. Badannya juga terasa letih sekali. Memang malang sungguh nasibnya. Dia sudah berkira-kira untuk pulang awal hari itu kerana telah berjanji untuk makan malam bersama Manisa dan Ariff.

Tetapi di saat akhir dia terpaksa membatalkan temujanji dengan mereka kerana harus menemui klien.

Dua hari lepas memang dia ada menerima e-mail dari salah satu kliennya yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Dia telah menyiasat kes ini dan mendapati kesilapan bukanlah berpunca dari Visma Corporation.

Namun penjelasan yang diberikan tidak diterima. Akhirnya, dia terpaksa berjumpa dengan wakil syarikat itu. Dan lebih malang lagi, perjumpaan yang dijangkakan akan tamat sebelum jam sepuluh malam berlanjutan hingga jam dua belas setengah malam.

Sebaik sahaja membelok ke kanan untuk memasuki Jalan Permai, dia terlihatkan sebuah kenderaan yang tersadai di tengah jalan. Dia memperlahan kereta. Dari belakang dia melihat nombor plat kenderaan itu. Ah! Itu kereta Fauzan! Dia cukup kenal Honda Accent hitam itu. Dia melepasi kereta itu untuk melihat pemandunya. Perempuan? Keningnya berkerut.

Wes memberhentikan kereta lalu keluar dan menghampiri kereta itu. Ya! Dia memang tidak silap. Itu kereta yang digunakan Fauzan ketika mereka bertemu di Pantai Teluk Bahang. Mungkin gadis itu adalah saudara Fauzan.

Atas dasar kasihan dan mengenali Fauzan dia menghampiri kereta itu. Dia membongkok dan menjeguk ke dalam. Kelihatan seorang gadis yang sedang enak di buai mimpi. Kasihan sungguh gadis ini. Mungkin terlalu letih agaknya. Seakan dia pernah melihat gadis itu. Tapi dia kurang pasti di mana.

Amat bahaya jika dibiarkan gadis itu terus di situ. Tambahan pula diwaktu begini, jalan di situ memang sunyi walaupun berdekatan dengan kawasan perumahan.

Wes mengetuk-ngetuk cermin kereta. Gadis itu kelihatan terkapa-kapa. Dia memandang sekeliling sebelum pandangannya jatuh pada Wes. Mungkin dia terlupa di mana dia berada sekarang.

Gadis itu masih memandang Wes. Wes memberi isyarat agar cermin kereta diturunkan. Gadis itu kelihatan ragu-ragu namun akhirnya dia menurunkan juga cermin keretanya. Itu pun hanya separuh.

“Kereta awak rosak?” Wes memulakan bicara. “Saya Wes,” dia mengenalkan diri. “Awak tak perlu takut. Saya kenal Fauzan. Ini kereta dia kan?”

Tanpa menantikan jawapan, Wes lantas mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya lalu menghubungi Fauzan. Dia bercakap sebentar lalu menyerahkan telefon kepada Qismyna. Qismyna menyambut.

Lega hatinya apabila mendengar suara Fauzan. Selepas bercakap sebentar, dia menyerahkan kembali telefon kepada lelaki itu. Kini baru dia yakin untuk menerima pertolongan dari lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia membuka pintu lalu keluar dari kereta.

“Saya Qismyna, Maya Qismyna. Panggil Qis aje.” Qismyna mengenalkan diri.

“Iskandar. Panggil Wes,” Wes mengenalkan dirinya sekali lagi. “Kereta rosak ke?” Qismyna menganggukkan kepala.

Wes menghampiri enjin di belakang. Dia memeriksa punca kerosakan lalu melangkah ke keretanya untuk mengambil peralatan yang sentiasa tersedia di bonet keretanya. Setelah itu dia kembali semula.

Qismyna hanya menunggu di sebelahnya. Dia memerhatikan Wes membaiki keretanya. Melihat dari cara Wes, dia yakin keretanya akan kembali berfungsi.

Kasihan juga dia melihat Wes yang berpeluh-peluh di malam yang dingin itu. Mungkin kerana rimas, Wes membuka butang bajunya sedikit dan menyinsing baju hingga ke siku.

‘Boleh tahan. Handsome!’ Qismyna bersuara nakal di dalam hati kemudian dia tertawa kecil. Wes berpaling mamandangnya apabila mendengar tawa dari gadis itu.

“Kenapa?”

Qismyna terpinga-pinga. Dia terasa malu sendiri. Tiba-tiba dia terpandangkan kotoran di hidung Wes. Ah kebetulan. Itu yang digunakan Qismyna untuk dijadikan alasan.

“Hidung awak. Kotor!” Wes menyapu hidungnya dengan belakang tangan.

“Tunggu.” Qismyna hilang kemudian kembali dengan tisu ditangannya. Lalu tisu itu diserahkan kepada Wes. Wes menyambut lalu mengelap hidungnya lagi.

“Bukan! Sini.” Qismyna menunjukkan tempat yang kotor dengan menjadikan hidungnya sebagai contoh. Wes cuba mengagak tempat yang dimaksudkan Qismyna.

Qismyna mencebik. Akhirnya mengambil tisu dari tangan Wes lalu menyapu sendiri di tempat yang dimaksudkannya. Wes terkedu dengan kelakuan Qismyna. Melihatkan wajah Wes, Qismyna jadi malu sendiri.

Mengapalah tangannya gatal berbuat begitu. Apatah lagi pada orang yang hanya beberapa minit baru dikenalinya. Qismyna menyumpah di dalam hati.

“Maaf. Saya tak sengaja.” Qismyna memohon maaf tanpa memandang wajah lelaki itu. Wes hanya tersenyum melihat wajah gadis itu merona merah lalu kembali pada kerja yang tertangguh tadi.

“Okey siap.” Wes tersenyum pada Qismyna. Qismyna mengukir senyuman gembira. “Boleh cuba start.” Qismyna kembali ke tempat pemandu dan menghidupkan keretanya. Alangkah gembiranya apabila keretanya berjaya di hidupkan.

Wes menutup semula bonet kereta lalu menghampiri Qismyna di depan. Sewaktu dia berada di sisi Qismyna dengan tak semena-mena dia tersepak batu lalu tersandung ke depan dan menghempap tubuh Qismyna hingga gadis itu terbaring di atas kedua-dua tempat duduk depan.

Kedua-dua mereka terkejut dan terdiam. Sempat Wes menghidu keharuman Lavendar dari tubuh Qismyna. Tiba-tiba perasaannya melonjak. Wangian itu seolah-olah membelai naluri lelakinya. Lantas dia merenung tepat ke wajah Qismyna mengharapkan sesuatu darinya.

Qismyna kecut perut melihat keanehan yang tiba-tiba ditunjukkan lelaki itu. Dia bukanlah budak tadika yang tidak mengerti renungan itu. Dia menyumpah pada dirinya dan juga Fauzan kerana percaya pada lelaki itu.

Qismyna menguatkan semangatnya. Dia tidak harus terus menyerah. Dia perlu mempertahankan dirinya walau apa pun kemungkinan yang akan terjadi. Dia menampar kuat pipi Wes. Wes terngadah.

“Astaghfirullahalazim....” Kedengaran Wes mengucap panjang. “Maaf.” Wes menjadi kalut lalu mengangkat tubuhnya dari gadis itu. Pantas Qismyna berdiri.

Tiba-tiba mereka berdua terkedu dan tergamam apabila melihatkan di depan mereka berdiri lima orang lelaki yang siap berjubah dan berkopiah putih. Mereka berdua berpandangan.....

Saat Hati Merelakan 23

WES memejam matanya rapat lalu mendepakan tangannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembuskan nafas perlahan-lahan. Puas! Itulah perasaan yang dirasakan.

Fauzan yang berdiri di belakangnya hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Dia berjalan menghampiri Wes lalu berdiri di sebelahnya. Selepas pertemuan mereka di majlis pertunangan Manisa dan Ariff di Sabah, ini kali pertama mereka bersua semula.

“Jadi di sinilah istana kau?”

“Ya,” Wes memandangnya sekilas. “Aku sering ke sini untuk menghayati keindahan alam.”

“Menghayati keindahan alam?” soal Fauzan. “Untuk apa?” Pelik benar dia dengan tingkah Wes.

“Untuk tenangkan jiwaku.” Wes menurunkan tangannya lalu berjalan menghampiri sebatang pokok dan melabuhkan pungungnya di atas batu. Matanya terus memerhatikan gerak tari ombak yang bagai mengalunkan lagu-lagu cinta di jiwanya. Fauzan di belakang membontoti dan melabuhkan punggungnya di sebelah Wes.

“Setiap kali aku ada masalah, aku akan ke sini untuk tenangkan jiwa.”

“Jadi kau tengah ada masalahlah sekarang ni. Sebab itu kau datang sini?” Fauzan cuba menjerat Wes.

“Apa pula tujuan kau datang ke sini?” Wes bertanya kembali. Fauzan tidak menjawab, hanya tersenyum.

Sememangnya mereka berdua tidak berjanji untuk berjumpa. Fauzan yang kebetulan melalui jalan itu ternampak kereta Wes yang di parkir di tepi jalan lalu dia pun mencari lelaki itu.

“Maaf kalau aku mengganggu. Cuma hati aku tergerak nak cari kau di sini.” Memang benar kata Fauzan. Hubungan dia dan Wes bukanlah terlalu rapat. Namun ada satu perasaan yang melonjak agar dia mencari Wes sewaktu dia ternampak kereta lelaki itu di situ.

Perasaannya lebih teruja mendengar kata-kata Wes. Lelaki itu menganggap pantai Teluk Bahang itu bagaikan istananya, dan bukit di Balik Pulau bagaikan syurganya. Semakin dia mengenali Wes, semakin dia teringat kepada sepupu dan bakal tunangnya, Qismyna.

Sewaktu dia dan Qismyna keluar pada hujung minggu yang lalu, Qismyna mengajaknya ke pantai di mana dia dan Wes berada sekarang.

“Apa yang kau fikirkan?” soal Fauzan apabila melihat Qismyna hanya membisu.

“Tak de apa. Cuma aku sedang menghayati keindahan alam.” Fauzan hanya tersenyum. Qismyna mengalih pandangan kepada Fauzan di sebelahnya. “Kau tahu, arwah nenek pernah berkata padaku. Andai kata kebuntuan, keraguan dan kesangsian timbul di hati, kita boleh menghilangkannya hanya dengan merenung dan menghayati keindahan alam.”

“Aku tak faham bagaimana alam mampu menghilangkan segala kekusutan.”

“Setiap kejadian ada maksudnya. Antara kita faham dan tidak. Kalau kau benar-benar menghayatinya, kau akan menemui jawapan itu.”

Fauzan cuba menumpukan perhatiannya dengan memandang ke arah laut. Lama dia berbuat begitu semata-mata untuk mengetahui sejauh mana kebenaran kata-kata Qismyna.

Akhirnya dia mengalah. Dia tak mampu untuk melakukan seperti mana yang diberitahu Qismyna. Ah! Mungkin juga Qismyna hanya bermain-main dengannya.

“Betul ke apa yang kau cakap ni? Kalau betul, kenapa aku tak rasa apa-apa pun?” Qismyna tersenyum menyindir Fauzan.

“Kau takkan dapat jawapannnya dengan hanya menghayati melalui pandangan mata tapi melalui naluri.....hati...” beritahunya seraya tangan kanannnya memegang dada.

“Hati?” Fauzan menggelengkan kepala. Bosan!

“Jauh kau termenung.” Wes menegur lantas mematikan lamunannya. Fauzan memandang Wes sambil tersenyum.

“Terangkanlah pada aku bagaimana cara kau menghayati keindahan alam?” Fauzan cuba memancing Wes. Mungkin lelaki ini boleh menurunkan ilmunya.

“Bukan mudah untuk kita rungkaikan setiap isi alam. Penuh dengan makna yang tersurat dan tersirat.” Wes tersenyum. “Kau nak tahu?” Fauzan menganggukkan kepalanya bagi mengiakan kata-kata Wes.

“Perkara asas yang perlu di lakukan adalah menghargai alam semula jadi. Cuba letakkan diri kau pada setiap kejadian Tuhan.”

“Meletak diri pada setiap kejadian?” Fauzan menggelengkan kepalanya. “Aku tak fahamlah....”

Wes mengambil sebutir pasir lalu diletakkan atas tapak tangannya.

“Apa yang kau lihat?”

“Pasir.” Fauzan menggosok-gosokkan dagunya.

“Pasir?” soal Wes. Fauzan mengangguk. Wes meletakkan butiran pasir itu di atas batu yang menghadap cahaya matahari. Pasir itu kelihatan bersinar-sinar.

“Padaku pasir itu adalah mutiara.”

“Mutiara?” Fauzan mengerutkan keningnya.

“Kau katakan ia pasir kerana kau melihatnya dengan mata kasar. Tapi kau akan katakan ia mutiara kalau kau melihat melalui mata hati....” ujar Wes. “Akal dan mata saja tak mampu membuatkan kita menghayati keindahan alam. Hanya hati....”.

“Okey...okey....” Fauzan mengangkat tangan seperti orang yang menyerah kalah. Otaknya benar-benar tak mampu untuk menerima pelajaran ini. Enam tahun di Australia pun dia tak pernah buntu seperti hari ini.

“Kau betul-betul dah mengingatkan aku pada seseorang.”

“Siapa?” tanya Wes pantas. Mungkinkah Farahymma? Gadis itulah yang banyak mengajarnya untuk menghargai keindahan alam.

“Sepupuku, Qismyna...” Fauzan menghampiri Wes lalu meletakkan tangannya dia atas bahu Wes. “....dan bakal tunangku.”

Tiba-tiba Wes tergelak kuat. Fauzan kehairanan. Dia hairan mengapa tiba-tiba Wes tertawa begitu kuat.

“Sorry.....sorry....” Wes masih tertawa.

“Kenapa kau ni?” Fauzan ikut ketawa melihat Wes ketawa walaupun dia sendiri tidak tahu punca sebenar lelaki itu ketawa.

“Kau mesti confusekan dengar apa yang aku cakap?” Wes menghabiskan tawanya yang masih berbaki. “Sebenarnya aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap.”

“Sebenarnya apa yang aku beritahu kau tadi, semua tu, seseorang yang cakap pada aku. Aku cuma cakap balik apa yang orang tu beritahu pada aku.”

Kali ini Fauzan ketawa dengan sekuat hati. Barulah dia faham kenapa Wes ketawa. Wes turut ketawa lagi.

“Aku ingatkan kau ni jiwang karat!” Kata Fauzan setelah tawanya reda.

Wes tersenyum. Memang benar. Dia hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak tahu dan tidak pernah fikirkan tentang alam dan bahasa sastera. Semua yang dikatakan pada Fauzan tadi adalah perkara yang pernah dikatakan Farahymma padanya.

“Siapa orang tu?” tanya Fauzan dengan penuh makna.

Wes memandang Fauzan lalu tersenyum tanpa memberitahu siapa yang dimaksudkannya.

Saat Hati Merelakan 22

KEDIAMAN mewah yang terletak di kaki bukit itu dipenuhi dengan orang ramai yang turut menyertai kegembiraan yang dirasakan oleh pemiliknya. Biasanya, di banglo mewah itu sunyi dan sepi, tetapi pada hari itu suasananya berlainan sekali.

Walaupun Datin Mary kurang senang dengan keputusan yang diambil oleh anak tunggalnya itu, namun setelah Manisa memutuskan sendiri untuk berpisah dengan Wes dan bertunang dengan seorang pemuda yang berasal dari semenanjung, dia terpaksa akur.

Pertunangan antara Manisa dan Wes telah ditentukan oleh keluarga oleh kedua-dua belah pihak. Namun, setelah kedua-dua mereka telah bersetuju untuk berpisah, kedua-dua keluarga terpaksa menurut.

Memang ada rasa segan sewaktu mereka datang ke rumah dengan Puan Wati dan Encik Wahid untuk mengembalikan semula cincin pertunangan. Namun, syukurlah keluarga Encik Wahid menerima dengan hati terbuka. Wes juga terlebih dahulu memberitahu ibu bapanya tentang kedatangan mereka.

Datin Mary melangkah ke kamar Manisa. Melihat anak gadisnya dihias cantik. Berbaju kurung putih dan berselendang. Walaupun sederhana, namun wajahnya berseri-seri.

Manisa melemparkan senyuman buat ibunya. Datin Mary membalas. Senyuman itulah yang diharap-harapkan sewaktu Manisa bertunang dengan Wes. Tetapi apakan daya, walaupun bertunang selama lima tahun, namun rasa cinta tidak dapat dipupuk di dalam hatinya dan Wes.

Mungkin apa yang berlaku ada hikmah dan untuk kebaikan bersama. Memang dari dulu Datuk Arshad tidak bersetuju Manisa dan Wes ditunangkan tanpa ada rasa cinta. Namun, dia yang beria-ia ingin membina hubungan dengan Puan Wati.

Sejak lapan tahun lalu, hanya Puan Wati yang sudi menjadi sahabatnya. Tiada seorang pun dikalangan yang setaraf dengannya yang sudi mendekatinya.

Sejak dia berkahwin dengan Datuk Arshad dan menjadi isteri kedua, dia sering ditomah dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Tambahan pula pengaruh Datin Sofea, isteri pertama Datuk Arshad begitu kuat dikalangan Persatuan Wanita. Dia sering menjadi bahan ejekan dan umpatan. Kononnya, dia berkahwin dengan Datuk Arshad kerana harta memandangkan jarak perbezaan umurnya dengan Datuk Arshad yang ketara.

Ketika berkahwin dengan Datuk Arshad, dia baru mencecah dua puluh tahun. Dan waktu itu, Datuk Arshad berusia empat puluh tahun. Setahun selepas mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, iaitu Manisa. Satu-satunya anak yang Datuk Arshad ada memandangkan Datin Sofea tidak dapat memberinya zuriat.

Selepas Datin Sofea meninggal dunia, dia sering dikaitkan sebagai punca Datin Sofea meninggal. Sedangkan doktor sendiri telah melaporkan kematian Datin Sofea berpunca dari kegagalan jantungnya untuk berfungsi.

Tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Dia berpaling. Datuk Arshad tersenyum padanya.

“Kenapa?” tanya Datuk Arshad. Sedari tadi dia memerhatikan isteri yang sedang termenung itu dari jauh. Datin Mary tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

“Tak ada apa, bang.”

“Wati sekeluarga dah sampai. Ada di depan. Awak pergi sambut mereka,” ujar Datuk Arshad. Datin Mary mengangguk sambil memerhati Datuk Arshad yang berlalu pergi.

Walaupun suaminya itu berusia enam puluh tujuh tahun, namun dia masih kelihatan kuat dan cergas. Sungguh pun diwajah itu telah nampak kedutan, namun Datuk Arshad masih kelihatan tampan dimatanya.

Datin Mary menuju ke ruang tamu mencari Puan Wati sekeluarga yang baru tiba. Puan Wati melambai-lambai dari jauh. Datin Mary menghampirinya. Mereka berpelukan. Seketika pelukan mereka dieratkan. Walaupun hari itu mereka sepatutnya bergembira, namun rasa terkilan di hati masing-masing masih terasa.

“Wes tak datang?” tanya Datin Mary setelah pelukan dileraikan. Dia cuma menyembunyikan rasa hatinya.

“Ada. Tu!” Puan Wati memanggil Wes yang berada bersama Encik Wahid dan Datuk Arshad. Walaupun ada rasa segan, namun Wes tetap menghampiri mereka sambil mengukirkan semyuman.

“Aunty ingatkan Wes dah tak nak datang,” Datin Mary cuba menimbulkan suasana ceria. Dia tidak mahu kerana perkara ini, hubungannya dengan Puan Wati menjadi renggang.

“Si kembar?” tanya Datin Mary apabila tidak terlihat kelibat adik-adik kembar Wes.

“Mereka ada camping. Tak dapat datang,” beritahu Puan Wati lagi.

“Marilah masuk ke dalam!” ajaknya dengan ramah. Puan Wati melangkah dengan senyuman.



DENGAN menaiki dua buah kereta yang disewa khas untuk pertunangan Ariff, mereka sekeluarga termasuk keluarga Encik Zulkifly menuju ke banglo mewah milik Datuk Arshad.

Tepat jam satu tengahari mereka telah bertolak dari Hotel Sangri-La downtown Kota Kinabalu yang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.

Dengan rasa rendah diri, mereka melangkah ke luar dari perut kereta dan masuk ke dalam banglo mewah itu setelah dijemput oleh wakil Datuk Arshad.

Dengan hantaran sebanyak dua puluh dulang bersama cincin merisik dan cincin pertunangan mereka melangkah ke dalam. Masing-masing berdebar-debar menunggu reaksi dari tuan rumah.

Setelah Datuk Arshad dan Datin Mary keluar dan menyambut kedatangan mereka dengan mesra dan penuh adab, Tuan Malik yang sedarinya khuatir dengan penerimaan keluarga itu menarik nafas lega. Dia bersyukur kerana keluarga yang berpangkat besar itu tidak sombong dan ramah melayani mereka sekeluarga.

Sebaik sahaja adat merisik dan adat peminangan selesai, mereka merakam beberapa gambar kenangan bersama Manisa dan keluarganya. Termasuk sewaktu Puan Suria menyarung cincin merisik dan juga cincin pertunangan di jari manis Manisa.

Setelah itu, mereka sekeluarga telah dibawa untuk menjamu hidangan yang disediakan. Sebuah meja khas telah ditempatkan untuk mereka sekeluarga menjamu selera. Untuk tetamu yang lain hidangan buffet disajikan.

Selepas itu mereka semua dibawa bersiar-siar melihat kawasan banglo yang besar itu. Masing-masing terpegun dengan keindahan lanskap dan struktur banglo mewah itu. Datuk Arshad dan Datin Mary juga mengenalkan beberapa tetamu yang hadir pada hari itu.

Fauzan yang turut datang bersama keluarganya mengambil segelas minuman dan berjalan melihat sekitar kawasan hadapan rumah. Sedari tadi dia menunggu Qismyna tetapi gadis itu masih di bilik bersama dengan Manisa.

Dia meneguk sedikit air sirap yang disediakan. Matanya liar memandang pada orang ramai yang menghadiri majlis pertunangan itu. Meriah sungguh majlis yang disediakan Datuk Arshad untuk anak tunggalnya.

Seketika ingatannya melayang mengingatkan Ariff yang sendirian di Pulau Pinang. Dia tersenyum sendiri. Memang sudah menjadi adat. Pengantin lelaki tidak boleh menghadiri majlis pertunangannya. Hanya keluarga di sebelah lelaki sahaja yang hadir untuk menyarungkan cincin tanda perjanjian antara kedua-dua belah keluarga.

Dia meneguk minuman di tangannya lagi. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang dikenali. Pantas dia berjalan menghampiri lelaki yang sedang bersendirian itu.

Dia menyentuh bahu lelaki itu dari belakang. Lelaki itu berpaling memandangnya.

“Fauzan!” Wes rasa terkejut.

“Kau masih ingatkan aku.” Mereka bersalaman.

Mereka berjalan ke satu sudut. Setelah agak lama berbual dan bercerita, Wes meminta diri untuk pulang apabila Encik Wahid dan Puan Wati menghampirinya. Wes mengenalkan mereka kepada Fauzan.

Sebaik sahaja Wes berjumpa dengan Datuk Arshad dan Datin Mary untuk meminta izin meninggalkan majlis pertunangan Manisa, Fauzan menemaninya hingga ke kereta.

Selepas kereta Wes hilang dari pandangan, Fauzan melangkah ke dalam mencari kelibat Qismyna yang masih belum kelihatan. Kelibat ahli keluarganya yang lain juga tidak kelihatan.

‘Mana diorang semua?!' sungutnya di dalam hati dan kemudian melepaskan keluhan kecil.

Saat hati Merelakan 21

ZILA menyusun langkah mendekati seorang gadis yang sedang sibuk menyemak fail-fail di mejanya. Gadis itu pantas mendongak memandang Zila sebaik saja dia ditegur.

“Hai Salmi. Boleh saya jumpa dengan Qis?” tanya Zila ramah sambil mengukir senyuman. Salmi turut mengukir senyuman.

“Ah.....Cik Zila. Cik Qis ada kat dalam,” beritahu gadis itu.

“Okeylah kalau macam tu. Saya masuk jumpa dia.” Zila melangkah untuk masuk ke pejabat Qismyna namun kemudian berpaling memandang Salmi.

“By the way, bukan ‘cik’ tapi ‘puan’.” Zila tersenyum lalu mengetuk pintu dan masuk ke dalam. Salmi tersenyum sendiri dengan kesilapannya. Bagaimana dia boleh lupa sababat majikannya itu sudah pun mendirikan rumah tangga. Apatah lagi melihat perut Zila yang semakin memboyot ke depan.

Qismyna yang sedang menyemak invoice untuk membuat bayaran mengangkat kepalanya apabila pintu biliknya di buka dari luar.

“Zie!” Qismyna kelihatan gembira dengan kehadiran Zila di situ pantas bangun menghampiri Zila. “Lama aku tak dengar cerita kau. Macam mana? Sihat? Anak kau ni sihat jugak ke?” Qismyna memegang perut Zila yang semakin membesar.

“Aku ni cuma tunggu hari je Qis. Tak lama lagi, keluarlah,” balas Zila. Qismyna tertawa gembira.

“Mari.....duduk.” ajak Qismyna. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa yang disediakan di situ.

“Aku dengar kau dan Fauzan akan bertunang tak lama lagi?” Zila membuka topik. Qismyna terdiam seketika lalu menganggukkan kepala. Kemudian dia mengukirkan senyuman. Keputusannya itu telah diberitahu kepada orang tuanya. Emak dan ayahnya begitu gembira mendengar perkhabaran yang dibawanya. Begitu juga dengan Ariff dan Almi.

“Baguslah kalau macam tu. Akhirnya terbuka juga pintu hati kau untuk terima lelaki lain.” Zila bersyukur pada Tuhan. Dia terlalu gembira apabila mendengar khabar itu dari suaminya Johan yang kebetulan sahabat Ariff. “Bila?”

“Selepas Pertunangan Abang Ariff dan Kak Manisa. Dua minggu lagi kami akan ke Sabah. Lepas tu, baru mereka nak uruskan pertunangan aku dan Fauzan,” jawab Qismyna.

“Tentu Fauzan gembira, kan. Yelah....dah lama dia tunggu kau akhirnya kau terima dia juga.”

“Mana kau tahu Fauzan dah lama tunggu aku?” Qismyna sangkakan hanya pada Zurin Fauzan menceritakan isi hatinya. Dia tidak menyangka Zila turut mengetahui tentang itu.

“Kau jangan salah sangka Qismya. Tak de siapa pun beritahu aku yang Fauzan dah lama ada hati dengan kau,” beritahu Zila seakan-akan mengerti bisikan hati Qismyna. “Siapa pun kalau lihat cara Fauzan yang terlalu mengambil berat tentang kau akan tahu perasaan dia. Cara dia lihat dan pandang kau. Mungkin dia tak luahkan perasaan dia pada kau, tapi dia tak pernah sembunyikan betapa kau terlalu penting dalam hidup dia.”

Ya...memang tiada siapa yang memberitahunya tentang perasaan Fauzan pada Qismyna termasuk Fauzan sendiri. Namun, sikap Fauzan yang sanggup bersusah payah berulang alik dari Malaysia dan Australia menceritakan segalanya. Dia sendiri kagum dengan sikap Fauzan yang terlalu mengambil berat tentang Qismyna.

“Aku rasa bersalah.” jawab Qismyna.

“Kenapa?”

“Semua orang tahu perasaan Fauzan pada aku. Sedangkan aku langsung tak dapat nak mengagak walaupun dia sering bersama aku.” Qismyna menghembus nafasnya.

“Sebab kau terlalu memikirkan masa silam kau hingga menutup semua pintu hati kau. Kau tak pernah melupakan kisah kau hinggalah saat ini.” Zila mengetap bibir. “Aku tahu, kau masih sayangkan Adam. Kau terima Fauzan pun kerana simpati, bukan?”

Qismyna menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Zila. Dia bukan bersimpati pada Fauzan. Hanya sekadar melakukan sedikit pengorbanan pada setiap insan yang menyayangi dirinya.

“Aku keliru Zie.” ujar Qismyna. “Aku terima Fauzan kerana ingin melihat keluarga aku gembira. Untuk melihat Fauzan yang banyak membantu aku gembira. Tapi....aku tak cintakan dia. Fauzan mahukan kejujuran dari aku. Tapi apa yang aku lakukan sekarang tidak jujur pada dia.” Qismyna memejam matanya sebentar. “Aku keliru.”

Zila menundukkan wajahnya memandang lantai. Dia simpati pada Qismyna. Dia tahu gadis itu merasa tertekan. Memang sukar untuk membuat keputusan demi masa depan apatah lagi keputusan itu berkaitan dengan insan-insan yang disayangi.

“Beginilah Qismyna. Mulai dari sekarang kau belajarlah untuk menyayangi dia. Tukar hubungan kau dari saudara pada cinta seorang kekasih. Banyak berdoa pada Tuhan agar menunjukkan jalan yang tepat untuk kau pilih.” nasihat Zila. “Sebenarnya, aku datang sini nak bagitau engkau.”

“Bagitau apa?”

“Esok pagi aku akan berangkat ke Sungai Petani. Aku nak tinggal dengan nenek aku sampai aku habis pantang.”

“Johan? ”

“Johan akan ikut sekali. Setiap hari dia akan berulang alik dari Sungai Petani ke sini.”

“Kesian dia. Mesti letih,” ujar Qismyna. Zila hanya tersenyum.

“Nak buat macam mana, aku tak de siapa kat sini. Terpaksalah. Johan pulak takkan nak duduk sorang-sorang? Mestilah dia ikut aku.....takkan dia nak ambil cuti sampai aku habis bersalin kot!” Zila tergelak kecil.

“Apalah kau ni. Aku tak maksud macam tu pun.” Qismyna mencubit pipi Zila yang tembam. “Aku gembira lihat kau tau!” Qismyna tersenyum begitu juga dengan Zila. “Nanti kalau kau dah bersalin, bagitau. Boleh aku datang melawat kau nanti.”

“Yelah tu.....Jangan-jangan janji tinggal janji! Yelah.....kau kan sibuk nak uruskan pertunangan kau nanti.”

“Insyaallah.....kalau aku ada masa, aku akan melawat kau. Kalau tak.....kita jumpa lepas kau balik pantang jelah.”

“Aku dah agak.” Zila menjeling Qismyna. Qismyna tersenyum.

Monday 18 July 2011

Percaya Adanya Cinta (Full Story)








 
AISYAH mengerling barisan kumpulan di depannya seketika. Lantas pandangannya jatuh pula pada Irfan yang masih tersenyum memandangnya. Sekali lagi dia memandang isi-isi kandungan hujah di tangannya.

Dia mengeluh lalu duduk semula.

“Apa yang tak kenanya dengan hujah tu?” Tanya Irfan.

“Tak de apa yang tak kena dengan isinya,” balas Aisyah. “Cuma tajuk pidatonya. Korang dah tak de tajuk lain ke yang lebih patriotik atau mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa.”

“Boleh kalau nak kaitkan dengan patriotik atau isu semasa. Tapi kebanyakannnya dah sering dijadikan bahan pidato. Rasanya tak salah sekali sekala kita bentangkan isu yang lebih dekat dengan jiwa remaja,” Salwa mengutarakan pendapatnya pula.

“Tak salah kalau nak cari isu yang dekat dengan jiwa remaja. Tapi tajuk ni ‘Cinta Patut Ada Dalam Jiwa Remaja’. Korang tak rasa….something is wrong?” Aisyah masih tidak setuju.

“Sekali sekala ada baiknya juga kita lari dari tajuk yang berat. Tajuk ni lebih santai untuk mereka.” Irfan menongkat dagunya.

“Betullah Aisyah….lagipun kita cuma adakan pidato ni sebagai salah satu aktiviti untuk pelajar-pelajar tu. Bukannya pertandingan,” sampuk Amri pula.

Aisyah mengeluh. Satu persatu wajah rakan-rakannya dipandang. Irfan, Salwa, Amri dan Siti. Memang benar mereka hanya ditugaskan untuk mengelola sambutan Hari Semarakkan Bakatmu untuk pelajar-prlajar sekolah menengah itu. Sambutan ini diadakan untuk setiap pelajar agar menengenahkan setiap bakat yang ada. Dan salah satu acaranya adalah pertandingan pidato.

Come onlah Aisyah. Tak salah rasanya jika kita ketepikan seketika isu-isu yang mencabar. Lagipun sambutan ni sekadar untuk mencungkil kebolehan pelajar. Kebanyakan pelajar pidato mahir dalam isu-isu semasa, politik, kritikan. Bila kita bentangkan tajuk yang santai macam ni, boleh juga kita dengar hujah dari diri mereka, pendapat mereka tentang cinta.” Irfan cuba menyakinkan Aisyah.

“Entahlah…..terserah koranglah. Lagipun rasanya semua dah setujukan? So, proceed jelah.” Tiada tanda keikhlasan dalam kata-kata Aisyah.

“Okeylah korang. Aku ada kelas ni. Jangan lupa kita ada meeting lepas sekolah nanti.” Aisyah mencapai buku-bukunya lalu keluar dari bilik guru.

“Aisyah…” Irfan mengejarnya di belakang.

Aisyah memperlahankan langkahnya dan membenarkan Irfan seiringan dengannya.

“Aisyah, maaf kalau awak kurang setuju dengan cadangan kami. Tapi saya rasa tak de salahnya dengan isu yang dibangkitkan.”

“Cikgu Irfan!” Aisyah menghentikan langkahnya. Irfan sangat mengerti dengan sikap Aisyah. Jika ada perkataan ‘cikgu’ di depan, pastinya gadis itu sedang marah.

“…..kan tadi saya kata proceed je…” Aisyah masih cuba mengawal intonasi suaranya.

“Tapi kamu tidak ikhlas!” balas Irfan kembali. “Saya tahu kamu dilantik oleh pengetua untuk menyelia sambutan ni. Tapi sekurang-kurangnya ikhlas menerima pendapat cikgu-cikgu lain.”

“Saya menerima cadangan cikgu-cikgu semua. Ikhlas saya terima. Apa yang kurang saya setuju tentang tajuk pidatonya!” Aisyah menghembus nafasnya. “Saya tahu niat cikgu-cikgu semua yang mahu larikan beban dunia seketika untuk pelajar-pelajar. Tapi bagi saya, sebagai seorang cikgu isu cinta bukanlah satu pengaruh yang baik untuk pelajar.”

Irfan tersenyum memandang Aisyah.

“Maksud awak Aisyah, cinta itu satu perkara yang tak baik?” Irfan menggelangkan kepalanya. Aisyah menjeling dengan gelengan itu.

“Bukan itu maksud saya Irfan! Cinta tak perlu diungkit di depan pelajar. Apa yang perlu kita tekankan hanyalah kejayaan!”

“Cinta juga adalah satu kejayaan jika kita tahu apa ertinya cinta,” Irfan masih menegakkan pendapatnya.

Aisyah mengelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati lalu meneruskan langkah meninggalkan Irfan. Irfan kembali membontoti Aisyah.

“Biarpun kita menyembunyikan cinta dari pelajar, tapi mereka tetap tahu apa itu cinta Aisyah!”

Sekali lagi Aisyah menghentikan langkahnya lalu memandang Irfan tajam.

“Cinta hanya membuatkan pelajar-pelajar kita leka untuk mengejar kejayaan! Mereka buta dalam hidup jika terlalu awal mengenal cinta, Irfan!”

“Kerana itu kita perlu mendengar segala hujah-hujah mereka. Kita perlu membuatkan mereka memberi pendapat mereka tentang cinta. Barulah kita akan menemui jalan bagaimana untuk menyedarkan mereka, Aisyah.”

Aisyah termangu seketika. Mungkin ada benarnya kata-kata Irfan. Tapi bagaimana jika perkara sebaliknya berlaku.

“Cuba awak lihat pelajar-pelajar sekarang. Biarpun kita mengadakan undang-undang supaya pelajar perempuan dan lelaki terbatas pergaulannya, tapi mereka tetap bebas saat mereka keluar dari pagar sekolah ini. Mungkin dengan mendekatkan diri dengan mereka dan mendengar mereka, cuba memahami kehendak mereka akan memberikan jalan terbaik kepada cikgu-cikgu untuk menyedarkan mereka yang tenggelam dengan khayalan mereka.”

Sekilas Aisyah memandang Irfan.

“Baiklah Irfan. Mungkin betul kata awak. Tapi…..” Aisyah mengurut keningnya. “Beginilah, petang karang kita bincang lain. Okey?” Aisyah terus berlalu pergi.

Irfan masih memandang Aisyah sambil tersenyum.



AISYAH membuka fail di depannya. Agenda menyuarat petang ini dibaca sebentar sebelum dia memulakan bicaranya. Setelah memberi salam untuk teman-teman yang dilantik untuk sama menjayakan sambutan ini, mereka berbincang seketika untuk mengetahui perkembangan baru.

Sehingga saat ini, sebagai peyelia sambutan kali ini aisyah berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Cuma mungkin ada beberapa perkara yang perlu diteliti kembali.

Setiap dari seorang guru akan mengendalikan dua aktiviti dan perlu mempromosikan pertandingan yang dianjurkan. Guru yang terlibat hanya mereka berlima termasuk dirinya. Guru-guru yang lain pula sudah dibedakkan tugasnya untuk sambutan yang lain.

“Bagaimana dengan semua aktiviti? Dah buat arrangement?” Tanya Aisyah.

“Semuanya okey. Macam mana? Kau setuju dengan aktiviti yang dipilih kami?” Siti bertanya.

“Okey. Aku tak de masalah. Minggu depan aku jumpa dengan pengetua. Kalau dia setuju dengan semua aktiviti yang kita cadangkan, kita teruskan.” Aisyah tersenyum. “Lepas tu kita reka poster untuk sambutan ni nanti.” Aisyah mengetap bibir. “Tapi siapa yang ada bakat nak buat reka poster?”

“Yang paling layak tentulah Irfan. Dia kan guru seni,” ujar Amri sambil mencuit Irfan. “Macam mana Irfan?”

“Insyaallah…..Kalau tugas ni disarahkan pada saya, saya akan lakukannya.” Irfan tersenyum sambil memandang Aisyah.

“Okey…..Problem solve!” Aisyah menjungkitkan keningnya.

“Berbalik dengan isu pagi tadi….” Salwa memulakan bicara perlahan, bimbang jika isu itu menjadi sensitif buat temannya.

Aisyah menarik nafas panjang lalu mengukirkan senyuman.

“Okey, tentang pidato tu ke?” Dia bertanya Salwa. Salwa mengangguk.

“Cikgu yang lain memang setuju dengan tajuk pidato tu?” Tanya Aisyah sekali lagi. Mereka yang lain menganggukkan kepalanya.

“Okeylah kalau macam tu,” ringkas jawapan Aisyah.

Mereka yang lain tersenyum dengan jawapan Aisyah.

“Tapi boleh saya tahu, asal tajuk pidato dari siapa sebenarnya?”

Mereka yang lain berpandangan lalu pandangan masing-masing jatuh pada Irfan.

“Kamu Irfan?” Tanya Aisyah.

Irfan mengangguk lalu tersenyum pada Aisyah.

“Baiklah cikgu-cikgu semua. Kalau dah tak de apa-apa kita tamatkan perjumpaan kita petang ni.” Masing-masing sudah mengemas fail sebaik sahaja Aisyah berkata begitu.

“Assalamualaikum….” Masing-masing menjawab salam Aisyah dan bergerak keluar dari bilik mesyuarat.

“Aisyah!” Irfan mengejar Aisyah. Aisyah memperlahankan langkahnya.

“Ada yang boleh saya bantu Irfan?” Tanya Aisyah seakan tidak selesa dengan kehadiran Irfan.

“Saya minta maaf.”

“Untuk apa?” berkerut kening Aisyah.

“Saya tahu kamu masih belum terima sepenuhnya cadangan saya tentang pidato tu. Tapi percayalah, semuanya ada kebaikannya.”

“beginilah Irfan, saya tak nak panjangkan isu ni lagi. Semua dah setuju dengan cadangan tu. Tak perlu diungkit lagi.”

Sebaik sahaja sampai di depan keretanya, Aisyah membuka pintu belakang dan menyimpan fail dan beg tangannya. Irfan masih di sisinya seperti tadi dan melihat segala kelakuan Aisyah.

Walaupun Aisyah sudah setuju dengan cadangan itu tetapi melihatkan reaksi Aisyah begini dia menjadi serba salah. Dia mahu Aisyah menerima cadangan itu tanpa perlu bermasam muka begini.

“Boleh kita berbual sebagai seorang kawan?” Tanya Irfan. Berkerut dahi aisyah mendengar pertanyaan itu.

“Maksud awak?”

“Sekarang kita berbual sebagai seorang pendidik dari awak dan saya. Jadi, mungkin awak belum jelas dengan maksud yang cuba saya sampaikan. Apa kata kita berbual lebih santai sebagai seorang kawan.”

Aisyah tersenyum sinis.

“Awak ni memang aneh Irfan!” ujar Aisyah. “Tak ada bezanya berbual dari sudut pendidik dan teman sebab saya adalah orang yang sama yang berpegang pada prinsip yang sama. Tak ada apa yang akan membezakan itu!”

“banyak bezanya kalau awak bersedia untuknya Aisyah!”

Irfan masih terus memandang Aisyah penuh mengharap. Andainya Aisyah sudi memandangnya sebagai seorang teman dan bukan guru yang sama-sama berjuang dalam pendidikan, mungkin Aisyah akan lebih mengerti.

“Sudahlah Irfan. Saya dah letih tentang soal ni. Bukan hari ni saja kita berbeza pendapat. Tapi sejak dari awal awak jejakkan kaki ke sekolah ni, banyak perkara yang berbeza pada kita. Jadi macam mana awak boleh expect untuk kita berbincang hal remeh macam ni sebagai seorang kawan?”

“Awak yang sebenarnya aneh Aisyah, bukan saya,” ujar Irfan kemudiannya.

“saya? Saya yang aneh?!” Aisyah menghembuskan nafas untuk menghilangkan rasa marah yang mula menguasainya.

“Cikgu Irfan, belum pun saya setuju untuk menjadi kawan awak, awak dah buat andaian sendiri.”

“Awak juga menilai saya tanpa menerima niat baik saya untuk jadi kawan awak!” Irfan masih kelihatan bersahaja. “pada awak saya juga aneh,kan? Ini kerana kita belum mengenal baik antara satu sama lain.”

Aisyah diam seketika.

“beginilah cikgu Irfan. Buat masa ni saya lebih selesa jika hubungan kita hanyalah rakan sekerja. Awak tak perlu cuba untuk memahamkan saya tentang pendirian dan pendapat awak. Sebab saya tak perlukan itu semua.”

Giliran Irfan pula terdiam.

“saya bukan cuba untuk buatkan awak faham setiap pendirian saya. Awak tak perlu faham apa-apa tentang saya jika awak tak mahu. Saya cuma mahu awak lebih mengenali pelajar-pelajar kita.”

“Tapi saya tak rasa macam tu. Apa yang awak lakukan bukan cuba menyedarkan saya untuk mendekati pelajar-pelajar kita, tapi apa yang awak lakukan sekarang hanya untuk membuatkan saya setuju jika ada pelajar-pelajar kita yang menjalinkan hubungan cinta!” Aisyah merenung Irfan . Lama. “Saya tak suka jika ada pelajar saya yang menjalinkan hubungan cinta!”

“Bukan itu maksud saya cikgu Aisyah!” Irfan juga sudah mula meletakkan kata ‘cikgu’ di pangkal depan. “Ini pidato! Perdebatan! Mereka perlu cadangkan dan bangkang juga. Dengan cara itu kita boleh cuba membaca apa yang tersirat dan tersurat di hati mereka.”

“Cikgu Irfan! Banyak perkara lain yang boleh kita lakukan untuk cuba memahami pelajar-pelajar kita. Misalnya, pengaruh buruk dikalangan remaja. Pembuangan bayi di kalangan pelajar sekolah, jenayah juvana dan macam-macam lagi. Bukan tentang cinta!”

“Aisyah, jika awak gunakan akal waras untuk berfikir tentu awak tahu semuanya bermula dengan cinta. Apa yang menyebabkan terjadinya pembuangan bayi, jenayah juvana, sumbang mahram? Semuanya bermula dengan cinta! Cinta adalah titik permulaan dalam sebuah kehidupan. Semuanya tentang cinta!” Irfan merenung wajah yang sudah mula kemerahan di depannya. “Awak hidup dan lahir di dunia ini juga kerana cinta.”

Aisyah merenung Irfan. Ayat terakhir yang diucapkan Irfan mengguriskan hatinya-‘Awak hidup di dunia ini juga kerana cinta.’

“Awak takkan mengerti apa-apa tentang saya Irfan!” Aisyah cuba menenangkan hatinya. Aisyah berpusing untuk pergi. Dia tidak mahu berdebat lebih lama dengan lelaki itu.

“Apa yang cuba saya lakukan hanya untuk menyedarkan pelajar kita agar jangan jadi hamba cinta,” ujar Irfan lagi.

Sekali lagi Aisyah berpaling memandangnya.

“Saya harap awak berjaya!” ujar Aisyah dan kemudian berlalu pergi.

Irfan mengeluh seketika. Dia bersandar di keretanya. Kenapa Aisyah selalu salah faham dengannya? Sejak dia melangkah ke sekolah ini enam bulan lalu, mereka sering tidak sependapat untuk perkara yang remeh.

Dia cuba untuk mendekati Aisyah seperti mana dia mendekati guru-guru yang lain. Tapi Aisyah sedari awal sudah membina tembok besar yang memisahkan laluannya untuk mengenali guru itu.



“AISYAH!” panggil Nek Mah lalu muncul di beranda.

Aisyah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman berpaling memandang wajah tua itu.

“Nenek nak ke mana?” Tanya Aisyah apabila pandangannya menangkap Nek Mah yang sudah bersiap untuk keluar.

“Ni hah, nenek nak ke rumah Tok Penghulu. Katanya cucunya baru datang dari bandar. Datang ke sini, nak tinggal di sini dengan atuknya,” beritahu Nek Mah. “Kamu tak kenal ke dengan cucunya tu?”

Aisyah berfikir sejenak. Seingatnya, tak de pulak dia nampak mana-mana orang baru yang masuk ke kampung ni.

“Kononnya, cucu Tok Penghulu tu guru sekolah kamu.”

Dahi Aisyah semakin berkerut. Tak de pulak sekolahnya diberitahu mana-mana kedatangan guru baru.

“Tak de pun nek,” ujar Aisyah.

“Entahlah…..Nenek pun cuma dengar cerita orang kampung. Entah betul, entah tidak budak tu cikgu sekolah kamu.” Nek Mah menuruni anak tangga. “sudahlah tu. Jom temankan nenek.”

“Malaslah, nek.” Aisyah membuat muka cemerlungnya.

“Ha….ini yang nenek tak suka! Kita satu kumpung kena berganding bahu. Kalau ada orang baru, kena pergi melawat. Tanya khabar ke apa ke…..Budak-budak sekarang ni semuanya pentingkan diri. Kadang-kadang tu jiran sebelah menyebelah pun tak kenal!” Nek Mah sudah mula berleter.

“Yelah, nek!!!” Aisyah mengerutkan wajahnya.

“Kamu tu, selagi nenek tak berleter macam tulah jugak perangai kamu tu!” Nek Mah merungut. “Dah! Jom!”

“Nantilah! Biarlah Aisyah tukar baju dulu!”

“Tak payah! Dah elok dah tu. Bukannya kita nak pergi makan kenduri.”

Jelas diwajah Aisyah yang dia tidak senang berpakaian begitu untuk ke rumah Tok Penghulu. Aisyah yang hanya berbaju T, berjeans biru dan bertudung hitam itu tetap membontoti Nek Mah. Kalau dilawan perintah neneknya, pasti sampai esok tak habis-habis dia dileteri nanti.



“ASSALAMUALAIKUM….” Nek Mah memberi salam sebaik tiba di depan rumah To penghulu.

“Waalaikummussalam……” Muncul Tok Penghulu di muka pintu. “Ha….Nek Mah…..Aisyah pun ada…”

Aisyah menghampiri Tok Penghulu lalu bersalam dan mencium tangannya.

“Ada apa hajat kamu datang rumah aku ni Nek Mah?” Tanya Tok Penghulu lalu duduk di pangkin. Nek Mah melabuhkan punggungnya di anak tangga rumah Tok Penghulu.

“Marilah duduk di sini dengan tok, Aisyah,” ajak Tok Penghulu. Aisyah menurut sambil tersenyum.

“Dengarnya cucu tok datang sini. Sajalah kami ni datang nak melawat,” ujar Nek Mah.

“A’ah betul tu. Sebelum ni dia tinggal kat bandar. Penat katanya ulang alik dari bandar ke sekolah. Sebab tulah dia nak tinggal di sini.”

“Aisyah, kamu masuk dalam. Buatkan kopi untuk tok dengan nenek kamu, boleh?” tanya Tok Penghulu.

“Baik, tok!”

“Eh…nanti! Jangan lupa hidangkan sekali cucur cempedak ni. Boleh makan sama-sama!” Nek Mah menghulurkan bekas pada Aisyah.

Aisyah menghilangkan diri di dalam dan terus ke dapur. Dia sudah biasa datang ke sini, jadi dia tidak begitu kekok untuk melakukan rumah ini seperti rumahnya sendiri.

Meliar mata Aisyah memandang sekeliling mencari cucu Tok Penghulu. Setelah merasakan rumah itu kosong, Aisyah terus melangkah ke dapur untuk membancuh minuman.

Sedang dia sedang meletakkan air untuk dimasak di dapur gas, satu suara menegurnya.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…” Suara garau itu menggusarkan hati Aisyah.

Mungkinkah itu cucu Tok Penghulu? Cucunya lelaki?

Perlahan-lahan Aisyah memalingkan wajahnya ke belakang. Terpana dia dengan susuk di depannya.

“Irfan?”

“Aisyah?”



AISYAH menung air yang baru mendidih itu ke dalam teko. Irfan masih seperti tadi, hanya memerhatikan setiap tindak tanduk Aisyah.

“Saya tak sangka Aisyah tinggal di kampung ni jugak,” ujar Irfan.

Aisyah hanya membisu. Serbuk kopi dimasukkan sedikit bersama dengan gula lalu dia mengacau-ngacaunya.

“Saya minta maaf kalau sikap saya membuatkan Aisyah marah pada saya,” ujar Irfan lagi. Irfan tahu kejadian lalu masih meninggalkan sisa kemarahan di hati Aisyah. Tapi tak disangka pula hujung minggu ini dia berjumpa dengan Aisyah. Di rumah atuknya pula.

“Aisyah…” Irfan memanggil Aisyah lagi. Dia kurang senang dengan kebisuan Aisyah.

“Saya malaslah nak cakap tentang hal sekolah. Apakata esok di sekolah kita sambung, boleh?” tanya Aisyah sambil tangannya sibuk menuang cucur cempedak dari dalam bekas ke dalam piring untuk dihidangkan.

Irfan membontoti Aisyah yang sudah keluar di laman.

“Ha…..itu dia cucu aku!” ujar Tok Penghulu apabila melihat kelibat Irfan bersama Aisyah.

“Irfan, ini Nek Mah dan ini Aisyah. Kamu dah kenal ke di dalam tadi?”

“Sebenarnya tok, Aisyah ni cikgu sekolah Irfan juga,” ujar Irfan.

“Oh…..kalau macam tu dah kenallah korang berdua ni?” Nek Mah tersenyum.

Aisyah hanya membisu, tidak berminat mencampuri perbualan mereka.

“Nek, atuk, Aisyah nak jalan-jalan sekejap,” Aisyah mahu melarikan diri dari terus berada bersama Irfan.

“Baguslah kalau macam tu. Bawa Irfan sekali jalan-jalan di kampung ni. Kenalkan pada orang kampung!” arah Tok Penghulu.

Aisyah mengetap bibir. Niatnya mahu menjauhi Irfan, alih-alih dia pula yang disuruh temankan Irfan. Irfan hanya tersenyum.

Mereka berdua berjalan beiringan. Sedari tadi Aisyah hanya membisu membuatkan Irfan di sebelahnya semakin tak keruan.

“Saya malas nak jalan-jalan. Kalau nak, awak pergilah sendiri. Saya nak ke sungai,” ujar Aisyah tiba-tiba lalu meninggalkannya.

Lega rasa hati mendengar bunyi air yang sedang mengalir. Tenang!

“cantiknya sungai ni! Bersih!”

Terkejut Aisyah dengan suara itu. Dia berpaling memandang Irfan yang menghampiri lalu mencangkung di tepi sungai. Wajahnya dbersihkan dengan air sungai.

Aisyah mengeluh. Sangkanya Irfan sudah hilang entah ke mana. Tak sangka pula lelaki itu mengekorinya. Dia berpaling untuk pergi dari situ.

“saya tak sangka dalam diri awak ada sifat sombong,” ujar Irfan tiba-tiba. Aisyah berpaling.

“Irfan! Hujung-hujung minggu macam ni, saya nak berehat. Saya nak tenangkan fikiran. Boleh tak jangan cari gaduh dengan saya.”

“Maafkan saya kalau awak rasa macam tu, Aisyah. Tapi saya tak pernah berniat untuk bermusuh dengan awak. Saya cuma mahu berkawan dengan awak.”

“saya lebih suka jika hubungan kita hanya di sekolah,” ujar Aisyah.

“Aisyah, hubungan di sekolah juga disebut ‘rakan sekerja’. Tapi awak tak pernah berbual dengan saya seperti seorang rakan. Setiap kali saya memberi cadangan dan pendapat, awak selalu menilai serong pandangan saya.”

“Maaf, kalau awak rasa saya salah dalam menilai setiap pandangan awak. Tapi saya menilai dari sudut pandangan saya. Jelas sekali yang kita banyak perbezaan.”

“Mungkin benar kata awak. Saya sendiri dapat rasakan banyak perbezaan pendapat antara kita. Jadi kenapa setiap perbezaan itu awak letakkan jurang untuk memisahkannya. Kan lebih elok jika setiap perbezaan kita cari sesuatu yang boleh disamakan, diserasikan?”

“Saya tak berminat.” Ringkas jawapan Aisyah.

“Hanya kerana saya meletakkan tema cinta dalam pidato kita?” tanya Irfan. Aisyah membisu.“Sebelum ni pun memang kita banyak perbezaan pendapat. Tapi awak tak begitu cepat melatah. Tapi kenapa sekarang? Bila saya meletakkan tema cinta pada pidato kita?”

“Awak jangan salah sangka dengan saya Irfan. Bukan kerana tema cinta itu puncanya. Macam yang awak kata, pendapat kita sering berbeza begitu juga dengan sekarang. Saya lebih cepat melatah sekarang mungkin kerana saya penyelia untuk sambutan ni. Tapi tak mengapa, saya terima keputusan itu. Jadi, tak de apa yang perlu dipertikaikan lagi Irfan.”

Irfan membisu. Entah kenapa dia merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena. Aisyah mungkin menafikannya, tapi dia tahu tema cinta itu menyebabkan Aisyah lebih menjauhkan diri darinya. Aisyah tidak suka dengan cadangannya. Dia cuba meyakinkan Aisyah dengan caranya. Tapi nampaknya tidak berhasil.

“Awak sebenarnya tak percayakan cinta!”

Pantas Aisyah berpaling pada Irfan. Irfan menoleh dan membalas pandangan Aisyah. Nampaknya tekaannya tepat. Aisyah tak percaya pada cinta!

“awak boleh menilai apa saja tentang saya. Tapi itu tak bermakna semuanya awak tahu. Awak takkan faham apa-apa!”

“Saya takkan faham apa-apa jika awak tak cuba fahamkan saya, Aisyah. Sejak dari awal awak jadikan saya musuh awak.” Irfan menarik nafas yang panjang. “Kita boleh bersahabat dan jadi teman baik seperti cikgu-cikgu yang lain. Persahabatan itu juga cinta, Aisyah.”

“Saya tak percaya dengan cinta!”

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Setiap petang usai waktu sekolah mereka berlima, Aisyah, Irfan, Amri, Salwa dan Siti akan berkumpul untuk menyempurnakan kempen sambutan. Biarpun Aisyah kelihatannya seakan menjauhi Irfan tetapi dalam soal kerja, mereka tetap menunjukkan profesinalisme dalam tugasan yang telah diserahkan pada mereka.

Petang itu sebaik sahaja pulang dari sekolah, Aisyah menyiapkan pisang goreng sebagai hidangan petang. Kebetulan sewaktu dia ke kebun pisang Nek Mah, banyak pisang awak yang berbuah. Timbul rasa keinginan untuk membuat pisang goreng.

“Hmmmm…..wanginya. Aisyah goreng pisang?” tanya Nek Mah yang baru melangkah masuk ke dapur dari kebun di belakang. Aisyah menoleh seketika.

“A’ah nek. Teringin pulak nak makan pisang goreng.” Gorengan yang terakhir diangkat masuk ke dalam piring.

“Banyak ni Aisyah. Kenapa banyak sangat goreng? Kita ni berdua je…” ujar Nek Mah.

“Aisyah ingat nak hantar rumah Tok penghulu. Hari tu dia ada kata dia teringin nak makan pisang goreng,” ujar Aisyah.

“Hmm….elok sangatlah tu. Nenek nak kirim lauk sekali. Kesian pulak tengok diorang berdua tu. Asyik makan kat warung je.”

Aisyah diam. Kalau diingatkan tentang Irfan, rasanya tak sanggup nak bersusah payah menghantar pisang goreng. Tapi semuanya dilakukan hanya kerana Tok Penghulu.

Sampai sahaja di rumah Tok Penghulu, Aisyah memberi salam. Sejurus sahaja salamnya bersambut, muncul Tok Penghulu di muka pintu. Seperti biasa, Aisyah bersalam dengannya.

“Masuklah dulu Aisyah,” pelawa Tok Penghulu setelah Aisyah menyerahkan pisang goreng padanya.

“Tak pelah, tok. Lain kali sajalah,” ujar Aisyah. “Ini nenek kirimkan lauk untuk tok,” satu lagi beg plastik yang berisi bekas makanan diberikannya pada Tok Penghulu.

“Terima kasih banyaklah, ye. Kirim salam dengan Nek Mah.” Aisyah mengangguk lalu melangkah untuk pergi.

“Baik-baik jalan tu Aisyah!” pesan Tok Penghulu lagi.

Baru sahaja berpaling untuk pergi, kelibat Irfan yang baru pulang, muncul. Aisyah semakin melangkah laju untuk mengelak dari Irfan.

“Aisyah! Tunggu!” Irfan membuka helmet yang masih dipakai di kepala, lalu turun dari motorsikal dan mengejar Aisyah.

“Aisyah,” Irfan sudah berada di tepi Aisyah. “Kita perlu bincang.”

Aisyah pura-pura tidak dengar. Dia tahu benar tujuan Irfan. Tentu sahaja Irfan mahu berbincang tentang peristiwa yang berlaku pagi tadi.

Pagi tadi, sewaktu sekolah, pengetua memanggilnya untuk berbincang tentang Sambutan Hati Semarakkan Bakatmu. Pengetua mencadangkan agar semua tema untuk sambutan itu berkisar dengan cinta. Dia langsung tak setuju dengan pendapat pengetua tetapi apa yang mampu dilakukan selain menurut arahan? Kini, bukan pidato sahaja perlu berhujah tentang cinta bahkan semuanya adalah berkisarkan tentang cinta.

Dia yakin, pasti ada dalang disebalik semua ni.

“Cikgu Aisyah!!” Irfan bersuara agak lantang sedikit apabila Aisyah tidak memperdulikannya. Aisyah menghentikan langkah lalu memandang lelaki itu.

“Ada yang boleh saya bantu, cikgu Irfan?” Aisyah kini lebih gemar menggunakan perkataan cikgu setiap kali berbual dengan Irfan. Kelihatannya Aisyah semakin meletakkan jarak untuk mereka.

“Saya tahu pagi tadi pengetua panggil awak,kan?” tanya Irfan. Aisyah hanya membisu. “Tentang tema cinta yang diletakkan pengetua, sebenarnya….”

“Cadangan siapa sebenarnya, cikgu Irfan?”

Irfan menarik nafasnya panjang sebelum dihembuskan perlahan.

“cadangan asal adalah dari saya….”

“As expected!”

Aisyah terus berlalu. Irfan mengikut langkah Aisyah.

“Aisyah, sedangkan pengetua bersetuju dengan cadangan saya, mengapa tidak awak? Leraikan sikit rasa kurang senang dalam diri awak.”

Aisyah menghentikan langkah. Wajah Irfan dipandangnya lagi.

“Apa maksud awak?”

“Beri ruang pada saya untuk terangkan maksud saya melakukan semua ni,” suara Irfan seakan merayu.

“I don’t need your expaination, Irfan!”

“Aisyah….cinta perlu dalam hidup kita. Manusia memerlukan cinta, Aisyah!”

Aisyah ketawa sinis.

“Cinta perlu dalam hidup kamu!” Aisyah menundung jarinya di dada Irfan. “…dan juga mereka semua, tapi bukan saya!” tajam matanya merenung Irfan. “awak bukan saja bawa pengaruh buruk untuk pelajar tapi juga guru-guru yang lain! Kalau awak rasa awak betul, apakata kalau awak uruskan semuanya nanti!”

Aisyah berlalu pergi dengan rasa terkilan.

“Aisyah! Bukan itu maksud saya. Saya bukan nak merampas tugas-tugas awak. Saya lakukan semua ini untuk awak, Aisyah!”

“Untuk saya?!” Aisyah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Irfan lakkukan semua ini untuknya? Tak masuk akal!

“Apa yang saya dapat bila awak lakukan semua ni untuk saya?” tanya Aisyah.

“Saya cuma mahu awak bahagia dan sentiasa gembira, Aisyah. Untuk itu awak perlu lebih mengenali apa erti cinta yang sebenarnya, Aisyah.”

“maksud awak, Irfan, saya tak tahu apa itu cinta?” Aisyah memandangnya lagi. “Saya lebih mengenali erti cinta yang sebenarnya berbanding awak! Lebih mengenalinya! Cinta itu subjek dan bukan objek yang boleh dipegang dan dicampak sesuka hati!”

Entah mengapa hati Aisyah menjadi sebak. Dia mula merasakan kolam matanya panas. Matanya dipejam sekejap untuk mengawal rasa hati.

“Cinta itu derita, Irfan!!”

Aisyah terus berlalu pergi. Terpempam Irfan dengan jawapan terakhir Aisyah. Langkah Aisyah hanya dituruti dengan pandangan matanya.

Apa yang sebenarnya terjadi dalam hidup Aisyah?



AISYAH melangkah masuk ke dalam kamar. Terus dia meniarap di atas tilam. Setitis demi setitis airmatanya mengalir. Dia menyeluk tangannya di bawah tilam. Sekeping foto dikeluarkan dari bawah bantal.

Foto lelaki itu direnungnya. Aril….

Irfan salah jika mengatakan dia tidak mengenal cinta. Dia tahu dan dia pernah merasa indahnya cinta. Tetapi cinta lebih banyak deritanya dari bahagia. Bahagia yang dirasakan hanyalah sementara tetapi deritanya berpanjangan.

Awak hidup di dunia ini juga kerana cinta.’

Kata-kata Irfan tempah hari kembali terngiang-ngiang ditelinganya.

Ya Irfan, aku lahir ke dunia ni kerana cinta dan kerana cinta jugalah aku dibuang. Kewujudanku tak diterima, Irfan! Sebaknya rasa hati bila mengenal asal usul diri. Bagaimana bisa aku percaya pada cinta setelah cinta itu telah mendustai diri sejak aku lahir ke dunia ini.

Memang pedih untuk mengakui hakikatnya hidup. Tetapi itulah yang terpaksa ditempuh Aisyah. Kepada Nek Mahlah segala terhutang budinya tertumpah. Sungguh, Nek Mah bukan sesiapa dalam hidupnya baik hubungan darah sekalipun.

Aisyah dijumpai di kebun pisang Nek Mah. Dari situlah Nek Mah menjaganya seperti cucunya sendiri. Asal usulnya tak diketahui. Jika seorang bayi dijumpai di kebun pisang, bukankah itu bermakna kewujudan bayi itu tidak diperlukan? Bukankah itu bermakna bayi itu wujud tanpa ikatan?

Dia tidak tahu siapa ibubapanya apatah lagi wajah mereka. Tetapi apa yang diketahui tentang keduanya, mereka berdua adalah hamba cinta. Mereka adalah orang-orang yang memperhambakan diri pada cinta!

Foto Aril dipandang lagi. Aril adalah cinta pertamanya. Mengenali Aril membuatkan hidupnya bahagia. Namun ada sesuatu yang menghalangnya dari mengecap kebahagiaan itu, iaitu asalnya yang sebenar.

Walaupun berat rasa hati namun akhirnya dia berterus terang juga tentang dirinya pada Aril. Ternyata, walaupun Aril pernah berjanji untuk menerima dia apa adanya tetapi semuanya hanya tinggal janji. Aril hilang tanpa berita. Dia menyepi tanpa sebarang kata.

Dia perlukan jawapan dari Aril. Jawapan yang keluar sendiri dari mulut Aril iaitu Aril tidak akan menerimanya! Hanya itu saja yang diperlukan dari Aril tetapi Aril hilang entah entah ke mana. Dalam kepayahan dia cuba mencari Aril dan pencariannya berjaya.

Sewaktu dia menemui Aril di rumah Aril, kebetulan Ibu dan bapa Aril baru pulang ke rumah. Melihat sahaja dirinya, lantas ibunya terus menghamburkan kata-kata nista.

“Anak haram! Apa yang kau buat kat rumah aku ni hah!! Dasar perempuan jijik! Kau tahu tak badi kau akan melekat di rumah ni!! Keluar kau dari rumah aku!! Keluar!!”

Masih terngiang-ngiang bagaimana dia di hina di depan Aril. Aril hanya diam membatu bagai merestui semua tindakan ibunya. Sungguh semua kasih sayang Aril padanya hilang sebaik sahaja dia mengetahui siapa sebenarnya Aisyah.

“Cinta itu derita, Irfan!”



POSTER-poster sudah mula bertampal di tembok-tembok dan tiang-tiang sepanjang jalan di sudut sekolah. Maka ramailah pelajar-pelajar yang mendaftar untuk pertandingan yang mahu disertai. Sebanyak sepuluh pertandingan di ketengahkan. Pertandingan nyanyian dan persembahan, pertandingan lukisan grafik dan seni kraf, pertandingan hafazan Al-Quran dan sini khat, pertandingan sajak dan sastera, pertandingan pidato dan seni pertahankan diri.

Guru-guru yang bersama menyelia sambutan ini bertungkus lumus cuba menjadikan sambutan ini sambutan yang terbaik. Apatah lagi Aisyah yang menjadi ketua penyelia bagi sambutan ini.

Seminggu lagi, Sambutan Semarakkan Bakatmu akan berlangsung. Pengetua sudah mula memeriksa segala persiapan guru-guru dan para pelajar.

Kini tibalah minggu yang dinantikan, selama seminggu Sambutan Semarakkan Bakatmu akan dilangsungkan.

Sebagai seorang ketua penyelia bagi sambutan ini, Aisyah perlu hadir dalam setiap acara yang berlangsung. Tetpi kebetulan hari itu, acara seni pertahankan diri dan pidato telah diadakan serentak.

Aisyah lebih memilih untuk menghadiri seni pertahankan diri berbanding pidato yang telah diambil alih oleh Irfan sepenuhnya.

Sedang dia asyik melihat acara itu berjalan muncul Lily di sisi.

“Cikgu Aisyah!”

“Ada apa Lily?” tanya Asiyah.

Lily menarik pergelangan tangan Aisyah. Aisyah yang kurang mengerti dengan tindakan Lily hanya menurut. Langkahnya diteruskan hingga tiba di dewan di mana pidato sedang dijalankan.

“Kenapa kamu bawa cikgu di sini?” tanya Aisyah.

Tanpa berkata apa-apa Lily terus berlalu pergi.

Tiba-tiba kedengaran suara Alif, pelajar pidato yang kini sedang menggulung hujahnya.

“Ada apa dengan cinta? Kita sering bertanya tentang itu tetapi tahukah kalian, cinta itu adalah segala-galanya. Definasi cinta itu luas, lebih luas dari alam maya ini. Setiap apa yang kita lakukan segala-galanya kerana cinta malah kita lahir ke dunia ini juga kerana cinta.

Para hadirin sekalian, cinta itu bukan sekadar hubungan di antara lelaki dan perempuan. Tidak! Tidak wahai sahabat pembangkang! Cinta itu sangat luas maknanya. Kasih kita pada ibubapa juga keluarga, itu adalah cinta! Sayang kita pada teman-teman, sahabat handai, itu juga adalah cinta. Berbaktinya kita pada negara, juga kerana cinta kita pada tanahair.

Sedarlah kalian, cinta itu amat diperlukan dalam hidup ini. Begitu juga sebagai seorang remaja, dalam meniti arus kehidupan dan bergelut dengan persaingan, kita perlukan satu cinta yang akan membimbing kita dan perlu kita letakkan dalam hati kita agar segala apa yang kita kerjakan akan mendapat keberkatan. Iaitu cinta yang satu adalah cinta pada Pencipta! Pada Allah s.w.t.!

Pabila kita seiringkan segala cinta, cinta pada keluarga, cinta pada teman, cinta pada ilmu, cinta pada Tuhan dan agamanya, maka, insyaallah kejayaan demi kejayaan akan mengekori kita dibelakang. Seperti kata bijak pandai, jangan dikejar kejayaan tetapi carilah kecemerlangan dan kejayaan akan datang dengan sendirinya!

Jadi di sini, saya tekankan sekali lagi bahawasanya cinta patut ada dalam jiwa remaja. Isyaallah, segalanya kekurangan akan disempurnakan. Terima kasih.”



Aisyah termangu sekejap. Kemudian, kedengaranlah pula hujah dari pihak pembangkang.

“Aisyah, benar kata awak. Cinta itu subjektif, sangat subjektif…..Hanya awak tahu dimana nilainya cinta awak.”

Satu suara menyapanya dari belakang. Aisyah berpaling. Irfan tersenyum.

“Maaf, saya yang minta Lily bawa awak ke sini,” ujar Irfan. “Aisyah, awak lihatlah bagaimana pelajar-pelajar kita mendefinasikan cinta. Mereka mengerti cinta bukan hanya perasaan seorang lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya. Cinta itu luas seperti apa yang digulung Alif tadi.”

Aisyah hanya membisu.

“Kenyataan itu memang pahit Aisyah. Tapi kepahitan itu ada ubatnya. Berserah padaNYA!” Irfan menyambung lagi kata-katanya.

“Aisyah, Allah menjadikan kamu seorang wanita yang memiliki sifat kelembutan. Saya percaya ada cinta dalam jiwa kamu. Hanya….”

“Awak takkan mengerti apa yang saya alami, Irfan. Memang mudah untuk berkata!” Jiwa Aisyah rasa terhimpit.

“Saya takkan pernah mengerti apa yang berlaku Aisyah. Tapi yang pastinya setiap manusia akan diuji oleh Penciptanya! Percayalah padaNYA Aisyah! Leraikan dendam yang bersarang dalam jiwa kamu, Aisyah!”

Tajam Aisyah merenung Irfan. Dendam? Dendam apa yang dimaksudkan Irfan?

“Sudahlah Irfan. Saya malas nak berbalah dengan awak.” Aisyah berlalu pergi.

“Belajar memaafkan orang lain, Aisyah!” Sempat telinga Aisyah menangkap kata-kata terakhir Irfan.

Irfan hanya mengekori langkah Aisyah dengan pandangan matanya. Dia menggelengkan kepalanya. Dia tahu segala cerita Aisyah. Tempoh hari, dia ada bertanya perihal Aisyah pada atuknya. Sungguh, Aisyah punya cerita derita dalam hidupnya sehingga tanpa disedari membuatkan dia menyimpan perasaan dendam dalam diri. Itulah yang dirasakan Irfan.

“Semoga Allah meleraikan dendam dalam jiwamu dan memberikan ketenangan dalam hidupmu, Aisyah.”



AISYAH duduk di pankin di bawah pohon cermai. Hujah-hujah yang disampaikan Alif masih terngiang-ngiang ditelinganya. Aisyah mengangkat kaki ke atas dan memeluknya.

“Aisyah…” panggil Nek Mah. Aisyah berpaling melihat wajah tua yang sedang merenung padanya.

“Dua tiga hari ni, nenek lihat Aisyah ayik termenung sana, termenung sini. Kenapa?”

Aisyah meyandang tubuhnya di pohon cermai.

“Selama ni, nenek seorang diri menjaga Aisyah. Nenek tak pernah berkahwin. Kenapa? Nenek percaya pada cinta?”

Nek Mah mengerutkan keningnya mendengar soalan-soalan Aisyah. Nek Mah meninggalkan parang yang dipegangnya lalu bersimpuh di sebelah Aisyah.

“Nenek percaya pada cinta, Aisyah. Cukuplah kalau nenek katakan, nenek tak berkahwin kerana Allah tak memberi nenek jodoh itu. Tapi nenek bahagia sebab Allah kurniakan Aisyah pada nenek. Hilang semua kesunyian nenek selama ni bila Aisyah muncul. Aisyahlah cinta di dunia untuk nenek!”

Tiba-tiba sahaja Aisyah menjadi sebak dengan pengakuan Nek Mah. Lantas tubuh Nek Mah dipeluknya erat lalu airmatanya mengalir deras.

“Aisyah menyusahkan hidup nenek?”

“Astaghfirullahala’zim……tak pernah terlintas difikiran nenek! Aisyah adalah segala-galanya untuk nenek. Aisyahlah yang menjadi kekuatan dan ketabahan nenek selama ni! Jangan sesekali Aisyah merasa begitu!” Tegas Nek Mah.

Pelukan Aisyah semakin erat. Hanya Nek Mah sahaja yang sudi menerimanya dan menganggapnya satu anugerah. Tapi mereka yang lain?

“Tapi kenapa ibubapa Aisyah tak sayangkan Aisyah? Kenapa mereka buang Aisyah? Kenapa Aril tinggalkan Aisyah?”

“Aisyah, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya telah tertulis di loh mahfuz lagi. Allah itu Maha Adil. Hanya Dia yang mengetahui apa yang tebaik untuk hamba-hambaNYA. Pasrah dan berserah diri pada Allah Aisyah.”

“Tapi kenapa semua ni jadi pada Aisyah?”

“Aisyah!” Nek Mah mengangkat wajah Aisyah lalu merenungnya. “Kenapa bercakap seperti orang tak beriman? Aisyah tak pernah begini!”

Airmata Aisyah mengalir. Sebak hati Nek Mah melihatnya. Tubuh Aisyah kembali ditarik ke dalam dakapannya.

“Aisyah….Kembali padaNya Aisyah. Zuhud padaNya, sayang. Leraikan dendam dalam jiwa Aisyah.”

Pantas Aisyah mengangkat wajahnya memandang Nek Mah.

“Irfan juga kata macam tu pada Aisyah. Aisyah tak berdendam dengan sesiapa!”

Nek Mah tersenyum.

“Mungkin Aisyah tak sedar. Tapi Nek Mah tahu, Aisyah marah pada ibubapa Aisyah, Aisyah marah pada Aril dan keluarganya. Aisyah marah pada mereka semua yang menghina Aisyah. Sampai sekarang rasa marah itu tetap ada, kan. Itulah dendam yang ada dalam jiwa Aisyah yang mungkin Aisyah tak sedar.”

Aisyah diam. Lama dia menyepikan diri. Bermonolog sendiri.

Belajar memaafkan orang lain, Aisyah!

Kata-kata Irfan terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun dia merasa ragu, tetapi kemudian dia bangun lalu melangkah pergi.

“Aisyah nak ke mana?” tanya Nek Mah.

“Aisyah nak jumpa Irfan!”



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Sampai sahaja di halaman rumah Irfan, Aisyah melihat Irfan sedang berehat di pankin rumah sambil memegang gitar di tangannya. Tali gitar dipetik sayu…



Tiada duka yang abadi di dunia

Tiada sepi merantaimu selamanya

Malamkan berakhir, harikan berganti

Takdir hidupkan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindu tanda cinta di jalan-Mu

Namunku percaya hati menyakini

Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali

Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati

Malam kan berakhir, harikan berganti

Takdir hidup akan dijalani….



Aisyah merasa terpukul dengan bait-bait lagu yang disampaikan Irfan. Syahdu dan penuh dengan keinsafan. Usai Irfan mengalunkan lagunya, Aisyah menghampiri dan berdiri di sisi Irfan.

“Assalamualaikum….”sapa Aisyah. Irfan menoleh.

“Waalaikummussalam..” Irfan berdiri. “Aisyah!” Terkejut dia dengan kedatangan Aisyah. Tak disangka Aisyah akan ke mari dan menegurnya begitu.

“Irfan, boleh saya berbual-bual dengan awak?” tanya Aisyah sambil tertunduk memandang tanah. Dahi Irfan semakin berkerut dengan kemuncul Aisyah yang tiba-tiba.

“Duduklah Aisyah,” pelawa Irfan. Aisyah duduk di pankin. Irfan juga duduk di pankin, sedikit menjauhi Aisyah.

“Ada yang boleh saya bantu, Aisyah?”

Irfan memandang wajah yang terus tunduk memandang ke tanah. Aisyah membisu. Berat rasanya bibir untuk memulakan kata sedangkan dia yang mulakan perang dinginnya dengan Irfan.

“Saya datang untuk minta maaf pada kamu, Irfan.” Aisyah mengangkat wajahnya memandang Irfan sebentar sebelum membuang kembali pandangannya ke tanah.

Irfan tersenyum.

“Maaf untuk apa Aisyah? Awak tak de buat apa-apa salah pada saya.”

“Saya tahu, selama ni saya layan awak dengan buruk,” ujar Aisyah dan Irfan masih lagi tersenyum.

“Saya tak pernah rasa macam tu pada awak, Aisyah. Ya…..kalau ada pun sikit salah faham antara kita, saya dah lupakan semua tu.”

“Terima kasih, Irfan.” Aisyah masih tertunduk.

“Sedangkan Allah itu Maha Pengampuan dan sentiasa mengampunkan hamba-hambaNya biarpun dosa-dosa kita seluas langit dan bumi apatah lagi kita sesama makhluk.”

Aisyah membisu. Lama. Begitu juga dengan Irfan. Dia sendiri tidak tahu untuk berkata apa.

“Aisyah….boleh saya cakap sesuatu?” tanya Irfan setelah agak lama mendiamkan diri. Aisyah menganggukkan kepalanya.

“Dalam dunia ni setiap manusia ibaratkan juri kepada kita. Adakalanya juri-juri ini membela kita dan ada juga sebaliknya. Tapi sebagai seorang muslim, kita perlu ingat dan sematkan dalam hati kita. Selain juri-juri dunia kita punya satu ‘juri’ yang sentiasa memerhati kita yang sentiasa memberi nikmat-nikmatnya pada kita. Pedulikan apa saja kata juri dunia, yang penting kita perlu takut pada Juri Yang Esa. Segala apa yang ada di dunia adalah milikNYA. Kita hanya menumpang segala yang menjadi milikNYA. Insyaallah, jika kita beriman dengan rukun iman, kita tak perlu takut dengan juri dunia yang sentiasa mencari kekurangan dan kesilapan kita.”

“Saya tahu itu Irfan. Tapi saya selalu merasakan diri saya…”

“Biarlah walau kamu bukan wali Allah seperti Rabiah Al Adawiyah. Setiap wali Allah memang sudah dikurniakan karamahnya. Biarkan kalau kamu tak dapat menjadi wanita tabah seperti Asiyah isteri Firaun atau mungkin seperti Aisyah, isteri kesayangan Rasulullah. Mereka semua adalah wanita yang dipilih Allah. Cukuplah sekadar kamu jadikan mereka contoh ketabahan untuk kamu. Kamu, Allah jadikan seperti apa yang dikehendakiNYA. Apa saja yang diberi Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.”

Aisyah diam membisu memikirkan setiap kata-kata Irfan. Lagaknya bagai lelaki itu tahu persis siapa dirinya yang sebenar.

“Tapi Irfan, mereka lahir dari keturunan yang mulia. Saya…” Ayat Aisyah mati di situ. Apa pula pandangan Irfan kalau tahu siapa dirinya yang sebenar?

“Aisyah….setiap bayi yang lahir adalah suci dari dosa. Memang benar faktor keturunan juga penting. Tapi lebih penting ialah kita terima Qadak dan QadarNYA. Bersabarlah dengan setiap dugaan Allah dan belajarlah untuk bersabar dalam bersabar. Dalam surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud:’Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan mereka itulah yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertakwa.’”

“Besar ganjarannya bagi mereka yang bersabar dalam hidupnya, Aisyah. Firman Allah lagi dalam surah al-Ra’d yang bermaksud:’Dan para malaikat masuk ke tempat-tepat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu,” ujar Irfan dengan panjang lebar. “Jadikan Al-Quran temanmu, Aisyah.”

Aisyah diam seribu bahasa. Otaknya ligat memproses setiap kata-kata Irfan. Aisyah tersenyum lalu memandang Irfan.

“Awak memang aneh, Irfan. Awak seorang guru seni tapi sekarang saya rasakan saya sedang berbual dengan seorang ustaz,” ujar Aisyah.

Irfan tersenyum dengan kata-kata Aisyah.

“Tak perlu gelaran ustaz untuk menuju jalanNYA Aisyah. Setiap hambaNYA mempunyai kewajipan untuk mencari redhaNYA. Tak kiralah siapa pun dia, baik atau tidak keturunannya. Allah menjadikan kita di muka bumi ini adalah untuk bertakwa kepadaNYA, Aisyah. Itulah tujuan manusia diciptakan Allah. Tiada yang lain selain beribadah padaNYA.”

Aisyah tersenyum puas dengan setiap kata-kata Irfan.

“Kamu pernah memandang rendah pada orang?” tanya Aisyah. Sebenarnya apa yang mahu ditanya Aisyah, adakah Irfan juga akan memandang rendah pada anak-anak terbuang sepertinya. Tetapi dia gusar mahu berterus-terang dengan Irfan.

Irfan tersenyum sambil memikirkan kata-kata terbaik untuk Aisyah.

“Saya salah seorang ‘juri’ dunia, Aisyah. Apa yang saya fikirkan atau apa pandangan saya tentang orang lain tak penting. Yang penting hanyalah Juri Yang Esa.”

Aisyah diam kehampaan. Sebenarnya dia ingin benar tahu apa pandangan Irfan.

Irfan hanya tersenyum memandang wajah itu.

“Awak tahu, saya selalu percaya ada cinta dalam hati kamu walaupun awak sering berkata awak tak percaya pada cinta. Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan bahawa Mukmin yang sejati yang layak ke syurga adalah mereka yang mencintai dan dicintai oleh manusia. Sabda Baginda:’Demi Zat yang diriku ditanganNYA, kamu tidak masuk ke syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuatkan kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu.’ Rasullullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: ‘Cintailah manusia seperti mana kamu mencintai dirimu sendiri, maka kamu menjadi muslim.”



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



AISYAH mempercepatkan langkahnya ke bilik guru. Sampai sahaja di situ, buku-buku diletakkan di atas meja lalu mencari Irfan di mejanya. Sungguh berita yang baru didengarnya sedikit sebanyak mengganggu emosinya.

“Irfan,” panggil Aisyah perlahan.

Irfan yang sedang membuat laporan mengangkat wajahnya memandang Aisyah.

“Saya perlu bercakap dengan awak,” Aisyah berlalu keluar dari bilik guru. Irfan membontotinya di belakang.

“Betul kamu nak pergi?” tanya Aisyah dengan penuh keresahan. Irfan diam sekejap. Wajah Aisyah direnungnya lama.

“Awak lupakah Aisyah. Saya hanya guru sementara di sini,” Irfan mengingatkan Aisyah semula tentang itu. “Saya akan sambung belajar semula, Aisyah.”

Aisyah diam. Sejak hubungannya dengan Irfan semakin baik sebulan yang lalu, dia merasa sedih dengan khabar yang baru didengarnya. Dia sudah mula merasa dekat dengan Irfan. Tapi sekarang, Irfan akan meninggalkannya.



IRFAN sudah ke London untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Aisyah sudah mula merasa kekosongan dalam jiwanya.

Setiap petang Aisyah akan termenung di pankin rumah di bawah pohon cermai. Warkah Irfan di renungnya. Warkah itu masih belum dibuka dan dibacanya.

Perlahan-lahan sampul dikoyak dan lembaran kertas dikeluarkannya.



Assalamualaikum Aisyah….

Tak banyak yang saya mahu nyatakan dalam warkah ini. Saya hanya mahu kamu tahu yang saya tahu segalanya tentang kamu. Dan saya sedikit pun tak pernah memandang rendah pada kamu. Kamu adalah diri kamu, seorang wanita yang Allah ciptaan sempurna sifat kelembutannya.Saya percaya ada cinta dalam hati kamu, Aisyah.

Semoga kita berjumpa lagi, Aisyah. Saya sangat berharap jika punya kesempatan itu.

Wassalam.

Setitis airmata Aisyah berguguran.

“Terima kasih, Irfan.”



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



DUA TAHUN KEMUDIAN…….



NEK MAH memandang Aisyah yang sedang ligat mengemas bajunya di dalam bagasi. Memang dia merasa ragu dengan keputusan Aisyah. Tetapi dia juga tidak sanggup melihat penantian Aisyah yang sentiasa menunggu kepulangan Irfan.

Aisyah sudahpun maklumkan pemergiannya pada Tok Penghulu. Berbekalkan wang yang disimpannya, Aisyah bertekad dia mahu mencari Irfan di London.

“Aisyah, nenek risau dengan Aisyah. Tak perlulah Aisyah ke sana. Nenek yakin Irfan akan balik semula ke sini.”

Aisyah menghampiri Nek Mah. Jari jemari Nek Mah ditaut.

“Aisyah perlu mencari Irfan, nek. Aisyah tak tahu kenapa, tapi Aisyah perlu mencari Irfan. Aisyah pergi tak lama, seminggu je. Lepas seminggu sama ada Aisyah jumpa Irfan atau tidak, Aisyah akan balik. Nenek doakan Aisyah.”

Seketika kemudian telefon berdering. Nek Mah keluar dari kamar Aisyah untuk menjawap panggilan telefon. Melihatkan Nek Mah yang sudah keluar dari kamarnya, Aisyah duduk di birai katil. Warkah Irfan diambil lalu dibacanya lagi.



Bila kini ku sesali dikau tak mungkin kembali

Saat jatuh cinta lagi adakah masih mengerti

Aku masih di sini mengira detik-detik terakhir

Kala rinduku berdarah

Masihkah k uterus menantinya

Takkan terdaya mengungkapkan rasa

Satu antara rasa yang berjuta

Hadirnya gerhana ketika terpancar pelangi yang indah

Saat tertawa berbungakan duka

Bila ada dan tiada putus ditengahnya

Hinggakan berubah untukku lafazkan semua

Aura gatra-gatra



Rindunya pada Irfan semakin dalam. Dia perlu mencari Irfan!

Di dalam hati, Aisyah sentiasa berdoa agar Allah memudahkan langkahnya untuk mencari Irfan.



AISYAH termangu sendiri memandang sekeliling pada orang-orang asing di sekelilingnya. Dia sudah tiba di Oxford dan menginap di Days Inn Oxford dengan bayaran US$25.77 satu malam.

Dan kini dia sedang berdiri di depan Oxford Universiti, memikirkan bagaimana mahu mencari Irfan.

Walaupun dia sendiri tak pasti apa kebaikannya datang ke sini mencari Irfan, tetapi dia perlu mencarinya. Itu yang dirasakan. Biarlah walau Irfan telah melupakannya sekalipun. Yang penting, dia mahu berjumpa Irfan.

Aisyah masih berdiri tegak di situ dan termangu seorang diri. Lantas dia berberpusing dan berjalan meneruskan langkahnya. Dia masih buntu di mana dia mahu mencari Irfan walaupun dia tahu Irfan belajar di sini dan tinggal di sini.

Liar matanya memandang sekeliling, melihat-lihat kemungkinan dia bisa terjumpa wajah-wajah Melayu di situ.

“Aisyah!”

Satu suara memanggil namanya. Aisyah berpaling.

Susuk tubuh itu sedang menghampirinya dan terus memandangnya.

“Aisyah! Kamu Aisyah?” lelaki itu bertanya.

Aisyah terus memandang wajah di depannya. Dengan memakai snow cap di kepalanya lelaki itu cuba dicamkan sehingga berkerut dahinya.

“Irfan?” tanya Aisyah ragu-ragu. Sungguh lelaki itu mirip dengan Irfan tetapi kulitnya lebih cerah dari Irfan.

Lelaki itu mengangguk. Aisyah tersenyum lalu menghembuskan nafas kelegaan. Akhirnya dia berjumpa juga dengan Irfan.

“Abang…..” satu suara menyapa mereka dari belakang. Kelihatan seorang wanita sedang melambai pada Irfan.

“Tunggu sekejap ya Aisyah.” Irfan berlalu pergi dan menghampiri wanita itu.

Tiba-tiba Aisyah merasa sesak di dadanya. Siapa wanita itu? Isterinya, mungkin. Aisyah terus melihat mereka yang sedang berbual-bual. Tetapi kemudian Aisyah berpaling untuk pergi.

Aisyah! Apa yang telah kau lakukan Aisyah? Untuk apa kau datang di sini?

Aisyah berjalan pergi. Dia tidak mahu tahu lagi jika kenyataan itu tidak berpihak padanya. Dia merasa malu sendiri. Malu pada dirinya! Malu pada Nek Mah dan Tok Penghulu yang tahu tujuannya ke sini mencari Irfan.

Irfan yang sedang berbual terus berpaling apabila merasakan Aisyah tiada lagi di situ. Liar dia memandang sekeliling mencari Aisyah.

“Aisyah…?” Dadanya berdegup laju.



“AISYAH!!!” teriak Irfan apabila melihat tubuh itu.

Aisyah berpaling dan melihat Irfan berlari-lari anak menghampirinya. Irfan berdiri di depannya sambil tercungap dan keluarlah asap-asap dari mulutnya.

“kenapa kamu pergi Aisyah?” tanya Irfan. Aisyah hanya menunduk. Jawapan apa yang perlu diberinya untuk lelaki itu?

“maafkan saya Aisyah sebab tak pernah pulang ke kampung,” ujar Irfan. Aisyah membisu. “Jom, kita ke tempat kamu dan ambil semua barang-barang kamu.”

Tercengang Aisyah memandang Irfan.

“Kamu mahu saya tinggal di mana?” tanya Aisyah.

“Di rumah saya…”

“Di rumah kamu bersama isteri kamu?” Aisyah bertanya lagi. Berkerut dahi Irfan tetapi kemudian dia tersenyum.

“Keluarga saya ada di sini. Dah lama kami bermastautin di sini. Yang tadi awak lihat tu adalah adik saya,” ujar Irfan sambil tersenyum. Tiba-tiba sahaja Aisyah merasa malu apabila merasakan seolah-olah Irfan bagai sedang membaca fikirannya. Dalam diam dia merasa lega.

“Kamu mahu,kan tinggal dan berkenalan dengan keluarga saya?” tanya Irfan.

“Tapi saya segan,” Aisyah sudah mula merasa ragu-ragu. “Nanti apa pulak kata diorang.”

“Mereka tentu gembira berkenalan dengan kamu. Apatah lagi kamu juga akan jadi sebahagian keluarga kami.”

Termangu Aisyah seketika.

“Maksud kamu?”

“Saya tahu kamu ke sini mencari saya, Aisyah. Kamu masih ingatkan, ketika kamu mencari saya di rumah atuk dulu, sejak itu saya dapat rasakan yang kamu akan datang mencari saya walau di mana saya berada,” ujar Irfan. “Marilah….”

Irfan sudah mahu memulakan langkah tetapi terhenti niatnya apabila Aisyah masih termangu.

“Tapi….” Aisyah masih ragu-ragu. Benarkah semua ini terjadi dalam hidupnya?

“Kamu mahukan berada di sisi saya dan menjadi teman saya untuk selamanya. Dunia dan akhirat. Kamu mahukan bersama-sama saya menghadapi segala rintangan dan dugaan dunia?” tanya Irfan.

Aisyah terpana dengan kata-kata Irfan. Bagaikan bermimpi dirasakan.

“Betulkah Irfan?” Aisyah bertanya.

“Kamu adalah wanita yang saya tunggu Aisyah. Dan saya sentiasa yakin, kalau saya tak punya kesempatan untuk pulang berjumpa kamu, kamu pasti datang mencari saya! Saya selalu percaya ada cinta dalam hati kamu, Aisyah.”

Aisyah tersenyum lalu mengganggukkan kepalanya tanda setuju.

“Kalau begitu, marilah ikut saya. Kita hadapi semua juri dunia bersama-sama dengan penuh rasa pasrah padaNYA.”