Wednesday 28 September 2011

Sempurnakan Aku













Adam memandang wajah sayu Fatin di depannya. Apa yang harus dilakukannya kini? Jiwanya resah. Secara logik, tak mungkinlah dia sanggup mempertanggungjawabkan sesuatu yang bukan kesalahannya. Tapi disebaliknya, perasaan simpati masih juga tersimpan jauh dilubuk hatinya. Apatah lagi keluarga itu selalu membantunya sejak dia berkelana di sini.

“Tolonglah kami, Adam!” Sekali lagi Hadi merayu.

“Hanya kepada Adamlah kami merayu! Tolonglah!” rayu Mahyon pula.

Pandangan Adam sudah bersilih ganti antara Mahyon, Hadi dan Fatin. Sedari tadi, Fatin hanya membisu dan tak henti-henti menangis.

“Kenapa saya, pakcik, makcik?”

“Pakcik tahu, berat untuk Adam terima semua ni. Tapi….” Hadi sudah memegang kedua-dua nahu Adam. “Tolonglah keluarga kami, Adam!”

Adam tertunduk. Bukan mudah untuk menolak permintaan Hadi dan Mahyon. Setiap budi mereka yang selalu menganggapnya anak sendiri telah memakan diri. Inilah natijahnya bila sering termakan budi.

**********************************************

Hari ini merupakan hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia buat Adam. Selama ini dia mengimpikan hari ini untuk menjadi hari yang paling bahagia dalam hidupnya. Namun, bukan itulah yang berlaku di saat ini. Biarpun perit baginya untuk menerima semua ini, namun suratan takdir perlu dilalui. Dia yakin, pasti ada mentari dan pelangi indah yang disediakan Allah dibalik semua ini.

Adam membuka daun pintu. Dia mengintai Fatin yang baru sahaja diterima akadnya untuk menjadi suami kepada wanita itu.

Fatin mematung di depan cermin. Baju jurung yang dikenakannya masih belum berganti.

Adam duduk di birai katil. Sesungguhnya, dia memang tidak tahu untuk berkata apa dengan isterinya itu. Biarpun apa yang berlaku, sejak dia melafazkan akad dia sudah memberitahu dirinya, biarpun dia tidak pernah menyintai Fatin, tetapi kini, Fatin adalah isterinya dan kini wanita itu adalah tanggungjawabnya.

“Maafkan saya,” suara halus Fatin memecahkan kesunyian antara mereka.

Adam menarik nafas yang panjang. “Tak perlulah dikesalkan Fatin. Apa yang berlaku, sudah tertulis. Semuanya berlaku atas kehendakNYA. Saya harap, awak akan terima saya sebagai suami awak.”

Fatin beralih memandangnya. Kenapa Adam berkata begitu. Sepatutnya, ayat itu keluar dari bibirnya, bukan Adam!

“Saya yang sepatutnya mohon pada awak….bukan….” esakan Fatin membuatkan kata-katanya tergantung.

Adam menghampiri isterinya dan memegang kedua-dua bahunya.

“saya terima awak dan bayi dalam kandungan awak seikhlasnya. Anak dalam kandungan awak adalah anak saya.” Ikhlas dia berkata begitu. Lagipun, dalam perkara ini Fatin tidak bersalah. Dia hanyalah mangsa nafsu serakah.

Fatin memandang sinar keredupan dari mata itu.

“Terima kasih!”

***********************************************

Fatin memegang erat lengan Adam. Dadanya berdebar kencang. Kini, mereka sudah tiba dikampung Adam. Sekilas, Fatin memandang wajah suaminya. Dia tahu, Adam juga keresahan. Mereka resah kerana mereka berdua telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga Adam. Bagaimana agaknya penerimaan keluarga Adam?

“Mari!” Adam menguatkan hatinya. “Apa saja yang berlaku, kita tempuh sama-sama. Awak jangan risau. Saya tetap bersama awak.”

Fatin mengangguk.

Kaki mereka melangkah mendekati pintu rumah kampung yang sangat luas itu.

“Assalamualaikum….”

“Waalaikumsalam…” Kedengaran suara mak menjawab salam seraya dengan itu muncullah mak di muka pintu. “Adam!!” Terpancar wajah cerianya.

“Mak!” Adam terus bersalam dan memeluk mak.

“Kenapa tiba-tiba balik tak beritahu ni?” Mak begitu gembira menerima kedatangan Adam. Namun, pelukannya pada Adam dileraikan saat matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita di belakang Adam. “Siapa ni?”

Adam menoleh memandang Fatin yang tertunduk memandang lantai.

“Ini Fatin…..” ujar Adam. “Isteri Adam.”

“Isteri!!!” Mak mula merasa matanya berbinau dan akhirnya pandangannya kelam.

***********************************************

Abah sudah mundar mandir di depan Adam. Adam tahu, dari reaksi yang ditunjukkan mak dan abah ternyata mereka tidak sudi menerima Fatin.

“Kamu berkahwin tanpa pengetahuan kami!” Abah sudah menyatakan kekesalannya. “kalau kami dah tak penting untuk kamu, kenapa kamu balik lagi ke rumah ni?!”

“Maafkan Adam, abah, mak! Adam tak bermaksud nak ketepikan mak dan abah. Semuanya berlaku…..” Adam terdiam. Tak mungkin dia menceritakan perkara yang sebenarnya. Semuanya berkaitan dengan Fatin. Fatin isterinya, jika dia menceritakan keburukan masa lalu Fatin, sama sahaja dia memalukan dirinya sendiri.

“Hari tu kamu minta mak carikan seorang isteri untuk kamu!” Mak menghela nafas marahnya. “Bersusah payah mak mencari! Bila mak dah jumpa seorang gadis yang baik untuk kamu, kamu pulak bawa balik ‘isteri’! Mak dah merisik dia untuk kamu! Kamu sengaja nak malukan mak!”

Adam menundukkan kepalanya. Sekilas dia memandang pintu kamar. Dia tahu, Fatin yang berada di dalam kamar sudah tentu sedang mencuri dengar perbualan mereka tiga beranak.

“Ni! Anak siapa yang kamu bawa balik ni?! Entah-entah kena tangkap basah, sebab tu kamu berdua bernikah!”

“Astaghfirullahal a’zim…” Adam menggeleng. “Tak mak! Bukan macam tu!”

“Kalau kamu buat perkara yang betul, takkanlah sampai tergesa-gesa macam ni sampai tak sempat nak buat secara beradap?!” Abah menggeleng, kesal. “Malu abah pada orang kampung!”

“Entah-entah, dah mengandung pun budak tu. Sebab tulah jadi macam ni. Esok lusa, dapatlah aku cucu!!” Mak bergumam lagi.

Adam tertunduk. Tiada gunanya menyangkal setiap butir bicara orang tuanya, kerana semuanya memang benar. Hanya yang tidak benar, dia bukanlah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab itu!

************************************************

Tujuh bulan kemudian………….

Adam mengusap-ngusap perut Fatin. Tak lama lagi, bayi dalam kandungan Fatin akan lahir ke dunia. Walaupun itu bukanlah zuriatnya, namun dia tetap gembira. Malah, dia sudah berjanji pada dirinya sendiri. Anak dalam kandungan itu adalah anaknya, bukan anak orang lain!

Namun, ada sesuatu perkara yang mengganggu fikirannya. Bagaimana agaknya penerimaan keluarganya nanti? Dia boleh sahaja berbohong anak itu lahir tidak cukup bulan. Tetapi, mahukah mereka percaya sedangkan sudah terang-terangan mereka menyimpan syak wasangka pada pernikahannya dengan Fatin.

“Abang….” Fatin memegang tangannya. “Perut fatin sakitlah bang.”

“Kenapa ni Fatin? Fatin dah nak……Ya Allah!!” Belum sempat dia bertanya apa-apa, darah mula mengalir dari kangkangan Fatin.

“Abang!! Tolong Fatin Abang!! Sakit!!”

“Ya Allah!!” Adam tidak tentu arah. Dia tidak pernah menghadapi situasi ini. Apa yang perlu dilakukannya. “Kita ke hospital!!”

“Abang…..Ampunkan semua kesalahan Fatin, bang. Kalau jadi apa-apa pada Fatin, abang tolonglah jaga bayi Fatin. Janji dengan Fatin yang abang akan jaga anak Fatin seperti anak abang sendiri!”

“mengucap Fatin. Jom kita ke hospital!”

“Abang!!” Fatin merentap tangan Adam. “Janji dengan Fatin yang abang akan pastikan hidup anak Fatin terjamin!”

“Insya Allah…Insya Allah….abang janji akan jaga anak kita!!”

***************************************************

Hadi memandang Adam dengan wajah yang mencuka. Sekilas dia memandang bayi yang dipangku Adam.

“Maaflah, abah tak boleh terima budak ni!”

“Adam bukan nak terus tinggalkan Husna dengan abah. Adam cuma nak minta tolong ibu dan abah untuk jaga Husna bila Adam pergi kerja. Bila balik kerja Adam akan ambil Husna. Adam janji, segala keperluan Husna, Adam akan tanggung!” Adam cuba mengelakkan kesalafahaman di hati Hadi.

“Ini bukan soal duit! Masalahnya, kami tak nak budak tu! Budak tu anak haram! Dia bawa malang. Kau tengok apa jadi pada Fatin! Sebab dia, Fatin mati!!” Mahyon pula bersuara.

“Astaghfirullahal a’zim…” Mengucap panjang Adam dengan kata-kata ibu mertuanya. “Husna cucu kandung abah dan ibu! Dia anak Fatin!”

“Dia anak haram!! Anak sial!! Kau bawa dia keluar dari rumah ni!! Nanti melekat sial dia!!” Hadi menolak tubuh Adam yang sedang mendukung Husna.

“Abah!!” Adam berteriak apabila Hadi menutup pintu. Tangisan Husna bergema. Adam menatap wajah Husna. “Kasihan anak abah…” Setitis airmatanya mengalir.

*************************************************

Adam pulang semula ke rumah. Sebaik sahaja dia sampai di depan pintu, kelihatan mak dan abah sudah sedia menunggu di situ.

“Mak! Abah! Bila sampai?” tanya Adam. Terus tangannya mencium tangan mereka.

“Baru saja sampai. Baru saja kami nak telefon Adam,” beritahu mak. “Mana anak kamu?” matanya sudah terjengul ke dalam kereta.

Adam mengeluarkan Husna dari kerusi bayi.

“Inilah anak saya, Husna.”

Mak dan abah melihat Husna. Berubah riak wajah mak dan abah.

“Selama ni apa yang kami fikirkan, memang betul!” ujar abah. Adam memandang abah dengan tanda tanya. “Kamu dah rosakkan Fatin, sebab tulah kamu kahwin dengan dia, kan?”

“Mak dan abah lebih dulu makan garam dari kamu, Adam. Kamu tak boleh tipu kami. Budak ni, budak ni bukan tak cukup bulan. Dia lahir cukup bulan! Badannya sihat!! Anak kamu ni anak luar nikah!!” bentak mak pula.

Adam menghela nafas kekesalan. Sudahlah tadi keluarga mertuanya juga tidak sudi menerima Husna. Kini, keluarganya pula menghina Husna. Dia baru terfikir untuk meminta bantuan mak menjaga Husna di kampung.

“Kalau tujuan mak dan abah datang sini semata-mata nak hina Husna, lebih baik mak dan abah tak payah datang!”

“Kurang ajar!! Macam tu kamu cakap pada kami!!” bentak abah.

“Husna anak saya! Dia anak luar nikahkah….apakah….dia anak saya!!”

“Adam!!! Ini anak luar nikah!!” tengking abah. “Budak ni bawa malu! Abah nak kamu hantar budak ni dekat rumah anak yatim. Abah tak nak ada anak luar nikah dalam keluarga kita. Lagipun, Fatin dah tak de!”

Berderau darah Adam dengan kata-kata abah.

“Ini anak saya, abah! Dia ada saya! Dia bukan anak yatim!” Adam tetap dengan pendiriannya. Wajah Husna dipandang. Apalah malang nasibmu, anakku. Biarpun dirimu suci dan tidak tercalit walau sedikit dosa, namun mereka tetap memandang hina padamu.

“Sekarang ni, mak nak kau pilih. Kau pilih kamikah, atau kau pilih budak tu? Kalau kau tetap pilih budak tu, jangan sesekali kau balik ke rumah kami! Faham!”

Airmata Adam sudah bergenang. Sampai hati keluarganya melakukan begini. Sepatutnya, mereka sama-sama membantunya membesarkan Husna apatah lagi Fatin sudah tiada.

“Husna anak saya, mak, abah!!”

“Baiklah kalau macam tu. Mulai saat ini, kau bukan anak kami lagi!” ujar abah seraya menarik tangan mak. “Jangan sesekali kau balik ke rumah kami!”

**********************************************

Airmatanya menitis jatuh ke pusara Fatin yang masih kemerahan. Wajah Husna di dalam pangkuannya dipandang sayu.

“Fatin…sampai hati fatin tinggalkan abang dan Husna. Apa yang harus abang lakukan sekarang? Abang buntu! Tiada siapa pun yang mahu terima Husna.”

Airmatanya menitis lagi sehingga membasahi pipi. Selama hidupnya, dia belum pernah menangis sebegini.

“Sabarlah anakku, papa tetap akan jaga Husna. Papa akan sayangkan Husna lebih dari seorang papa kandung yang mampu sayangkan anaknya. Papa janji! Papa akan membesarkan Husna agar menjadi anak yang solehah dan lebih baik dari anak-anak yang bukan lahir tanpa nikah yang lain. Husna anak yang suci, bukan anak sial!”

*********************

Lima Tahun kemudian…..

Balqis menyusun buku-buku di rak bacaan. Dia melirik jam ditangan. Hampir jam tujuh pagi tiga puluh minit pagi. Hari ini adalah hari pertamanya bertugas di pusat asuhan itu. Tak sabar rasanya untuk melihat anak-anak yang bakal diletakkan di bawah asuhannya.

Menurut pengetua, seramai lima belas anak asuhan diletakkan dibawahnya. Dia juga diberi seorang pembantu untuk meringankan tugasnya.

Balqis menyelak jadual harian anak-anak di situ.

Sebaik sahaja jam tujuh tiga puluh pagi, seorang demi seorang anak-anak kecil dihantar kepadanya. Memandangkan dia adalah guru baru, maka, setiap kali ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dia perlu mengenalkan diri dan memberi nombor telefonnya agar senang untuk ibu bapa menghubunginya nanti.

Balqis menyelak buku kedatangan. Masih ada seorang lagi anak muridnya yang belum dihantar waris. Balqis melirik jam ditangan. Sudah hampir lapan pagi. Setelah merasakan seorang pelajarnya itu tak akan datang, lalu Balqis menutup pintu kelas untuk memulakan pembelajaran hari itu.

Sebaik sahaja dia memulakan kelas satu ketukan kedengaran. Balqis membuka pintu. Kelihatan seorang lelaki tercegat di situ.

“Erk….maaf…” lelaki di depannya melirik ke dalam.

“Encik cari cikgu Syamsinar?” tanya Balqis. Lelaki itu mengangguk. “Cikgu Syamsinar dah ditukarkan ke kelas lain. Saya cikgu Balqis.” Balqis perkenalkan dirinya lalu pandangannya jatuh pada seorang kanak-kanak perempuan di sisi lelaki itu. “Ini mesti Husna, kan?” Hanya Husna sahaja yang masih belum tiba lagi.

“Macam mana cikgu tahu?” tanya Husna teruja. “Cikgu ada magik ek?”

Balqis sudah ketawa. “Husna masuk dalam dulu ya.” Balqis kembali memandang lelaki itu. “Encik ni ayah Husna?”

“Ya. Saya Adam, ayah Husna. Maaf ya cikgu sebab datang lambat.” Adam melirik jam ditangan. “saya minta dirilah dulu. Kalau ada apa-apa, cikgu hubungi saya, ya. Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam….” Balqis menutup semula pintu. Namun seketika kemudian dia baru teringat yang dia belum memberikan nombor telefonnya pada Adam. Pintu kembali dibuka. Namun bayang Adam sudah hilang.

*********************************************

Balqis masuk ke dalam kamar tidur, memantau anak-anak yang dibawah pengawasannya. Usai makan tengahari tadi, mereka semua telah dibawa ke dalam bilik untuk tidur tengahari selama satu jam setengah sebelum mereka menghadiri kelas mengaji pula.

Satu persatu wajah anak-anak comel itu dipandangnya. Namun, bila tiba sahaja di katil Husna, dia melihat anak itu masih belum tidur. Balqis menghampirinya.

“Husna,” Balqis duduk di sebelah katilnya.

Husna memusingkan badan dan memandang cikgu Balqis.

“Kenapa Husna tak tidur lagi ni?”

“Husna memang tak pernah tidur tengahari!”

“Tak pernah?”

Husna mengangguk.

“Kenapa?”

“Husna tak boleh tidur!” Husna menggosok-gosok matanya.

“Selama ni Husna tak pernah tidur tengahari?”

Husna menggeleng.Balqis diam berfikir seketika.

“Husna nak berbual dengan cikgu?”

Husna mengangguk.

“Tentang apa?” tanya Balqis.

“Kat rumah cikgu ada ramai orang tak?”

“Tak! Kat rumah cikgu cuma ada cikgu, adik cikgu, emak dan abah. Empat orang saja.”

“Ramailah juga. Husna cuma tinggal berdua dengan papa saja.”

“Mama Husna?”

“Mama Husna dah tak de. Papa kata, mama meninggal ketika lahirkan Husna.”

Terdiam Balqis di situ. Mengapalah dia tidak menyelidik dahulu latar belakang Husna?! Dia mula marahkan dirinya sendiri.

“Maafkan cikgu Husna.” Tubuh Husna dipeluknya. Husna hanya tersenyum. Dahi Husna dikucupnya.

“Tapi Husna mesti ada atuk, nenek, opah, pakcik, makcik, kan? Mesti Husna ada keluarga besar.” Niat di hati Balqis hanyalah untuk membuatkan anak itu ceria namun sebaliknya pula yang berlaku. Husna tertunduk membisu. “Kenapa ni sayang?”

“Husna cuma ada papa. Husna tak de orang lain.” Husna sudah menangis.

Sekali lagi Balqis menarik tubuh kecil itu dalam dakapannya. Mustahil! Tak mungkin Husna tak punya keluarga lain selain papanya. Siapa sebenarnya Husna?

********************************************

Balqis melirik ruangan kelas. Semua anak-anak asuhannya sudah pulang. Hanya yang tinggal, Husna seorang. Balqis melirik jam ditangannya. Sudah hampir jam enam tiga puluh petang. Balqis menyelak rekod dan mencari nombor telefon Adam. Setelah menjumpai, dia mendail nombor itu. Namun tidak bersambung. Dia menghembus nafas kehampaan.

“Balqis…” satu suara menegurnya. Balqis berpaling memandang susuk tubuh Syamsinar yang sudah tercegat di muka pintu. “Tak balik lagi?”

“Belum. Papa Husna belum datang lagi. Balqis dah try call tapi tak dapat.”

“Biasanya memang macam tu. Papanya sibuk, dia pulak tak de mama. Kadang-kadang akak bawa Husna ni balik sekali. Nanti papa dia datang ambil kat rumah.”

“Habis tu, macam mana sekarang ni? Balqis lupa nak kasi nombor fon Balqis kat papa Husna. Kalau balqis bawa balik Husna, papa dia tentu tak tahu kat mana rumah Balqis.”

“Maaflah, akak tak boleh nak bawa Balqis balik dengan akak hari ni. Malam ni akak dah nak bertolak!”

Balqis menganggukkan kepalanya. Memang malam ini Syamsinar akan berangkat ke Terengganu bersama keluarganya.

“Macam ni, apa kata Balqis bawa saja Husna balik dengan Balqis. Lepas tu, hantar message kat papa dia beritahu yang Husna ada dengan Balqis. Letakkan sekali alamat Balqis.”

“Hmmm…..okay jugak!”

*****************************************

“Assalamualaikum…..” Satu suara menyapa dari luar.

“Waalaikummussalam….” Khalid menyambut pemuda yang sedang berdiri di luar pintu pagar.

“Maaf ya, saya Adam, papa Husna,” ujar Adam setelah bersalaman dengan Khalid.

“Silakan masuk!”

“Tak mengapalah. Dah lewat sangat ni. Maaflah, saya dah menyusahkan pakcik dan orang rumah ni.”

“Ish!! Mana ada! Langsung tak menyusahkan!”

“Papa!!!” Adam memandang susuk tubuh yang comel sedang berlari mendapatkannya. Adam memeluk Husna. Kemudian, matanya menangkap susuk tubuh Balqis yang sedang tersenyum memandangnya.

“Maafkan saya cikgu. Saya terlupa yang sekarang ni cikgu dah ambil alih Husna dari cikgu Syamsinar.”

“Tak apa!” Balqis hanya tersenyum. “Kalau En. Adam sibuk sangat, En. Adam boleh hubungi saya. En. Adam dah ada nombot telefon saya, kan?”

“Ya! Terima kasih ya!”

“Sama-sama.”

“Saya pulang dulu, cikgu, pakcik!”

“Baik-baik jalan ya!” Sempat lagi Khalid berpesan pada Adam.

******************************************

Adam menyelimuti tubuh Husna. Sedari tadi senyuman yang menguntum di bibir Husna masih belum lekang. Adam duduk di sebelah Husna di tepi katil.

“Anak papa ni, dari tadi asyik senyum je. Kenapa?” Belum pernah dia melihat wajah Husna berseri begitu.

“Husna gembira sangat papa! Husna sayang dengan cikgu Balqis. Dia baik! Atuk dan nenek pun baik! Kakak Hani pun baik! Diorang semua sayangkan Husna.”

Adam hanya tersenyum. Apalah yang difahami anak sekecil Husna. Dia akan menyayangi sesiapa sahaja yang baik dengannya. Sedangkan dia tidak pernah tahu, kasih sayang mereka itu hanya bersifat sementara. Mereka semua akan meninggalkannya bila mendapat tahu kebenaran itu.

“Papa minta maaf ya sebab lambat lagi hari ni.”

“Tak pa! Kalau papa lambat lagi, bolehlah Husna pergi rumah Cikgu Balqis!”’ Adam hanya tersenyum.

*******************************************

Anak-anak lain semuanya sudah berpusu-pusu keluar apabila keluarga masing-masing sudah sedia menunggu di depan pintu pagar. Hanya husna sahaja yang masih tinggal, mengemas barang-barangnya perlahan-lahan.

Balqis menghampiri Husna dan membantunya mengemas meja dan barang-barangnya. “Hari ni, papa balik balik awal. Kejap lagi dia datanglah.”

“Dah lama Husna tak pergi rumah cikgu. Husna nak main dengan atuk dan nenek.” Ujarnya perlahan dengan kepala tertunduk.

Balqis hanya tersenyum. Sejak hari dia mengambil Husna ke rumahnya tempoh hari, Husna belum pernah lagi ke rumahnya lagi. Adam tak pernah lagi terlewat mengambil Husna. Dia tidak tahu mengapa, disebalik nalurinya ada merasakan Adam seakan cuba menjauhkan Husna dari keluarganya. Abah pula, tak lekang-lekang dari bertanya tentang Husna. Nampaknya, abah sudah jatuh kasih pada anak itu.

“Husna nak ke rumah cikgu?”

“Nak!” laju sahaja Husna menganggukkan kepalanya.

Balqis tersenyum. “Cikgu telefon papa, ya!”

Balqis menjauhkan diri dari Husna. Tangannya ligat mencari nama Adam dalam telefon bimbitnya. Dia menghubungi Adam.

“Assalamualaikum….”

“Waalaikummussalam….cikgu! Maaflah saya terlambat. Lagi setengah jam saya sampai.”

“Tak pe, Encik Adam. Sebenarnya, saya nak minta izin Encik Adam nak bawa balik Husna hari ni. Nanti malam, saya sendiri yang akan hantar dia!”

“Erk…..tak mengapalah cikgu. Lain kali sajalah. Saya dah nak sampai dah ni. Kejap je lagi. Suruh Husna bersiap. Assalamualaikum….”

“Encik Adam….!” Belum sempat Balqis berkata apa-apa, talian sudah di matikan. “Waalaikummussalam….” Mungkin dia salah, tapi dia cukup merasakan yang Adam kurang selesa dengannya. Tapi kenapa? Apa yang telah dilakukannya?

****************************************

Adam bergegas mengemas mejanya. Jam ditangan dilirik. Dia terlewat lagi hari ini.

“Encik Adam! Kita ada masalah!” Tiba-tiba sahaja Nora muncul di dalam pejabatnya. “Kita kena turun ke site, sekarang juga!”

“Tapi saya….”

“Urgent!”

Adam meluru menghampiri, Rini, setiausahanya. “Telefon cikgu Syamsinar, minta tolong dia jagakan Husna. Nanti saya datang ambil Husna.”

“Baik Encik Adam!”

**************************************

“Balqis….” Tegur Syamsinar. Dia menghampiri Balqis. “Setiausaha Adam telefon. Dia minta tolong akak bawa balik Husna hari ni.”

Berkerut kening Balqis. Kenapa perlu mencari Syamsinar, dia kan ada! Dia boleh jagakan Husna.

“Kenapa dia tak call Balqis? Balqis boleh jagakan Husna.”

Syamsinar mengetap bibir. Serba salah pula dirasakan. “Mungkin dia belum kenal dengan Balqis, sebab tu dia minta akak jagakan. Lagipun, akak dah biasa dengan Husna. Suami akak pun tak kisah.”

Balqis diam sekejap. “Macam ni kak. Biar Balqis bawa balik Husna. Nanti Balqis telefon Encik Adam.”

“Tapi…”

“Please akak. Abah, mak dan adik Balqis sayang dengan Husna. Walaupun baru sekali mereka jumpa dengan Husna, mereka dah mesra.”

Syamsinar beralih memandang Husna yang sedari tadi memerhatikan mereka dari jauh. Syamsinar dan balqis menghampiri Husna.

“Hari ni papa Husna balik lambat. Husna nak tinggal dengan cikgu atau dengan cikgu Balqis?” tanya Syamsinar.

Mata Husna bersinar. Dia memandang Balqis. “husna nak ikut Cikgu Balqis, boleh?”

Balqis sudah tersenyum.

*************************************

Balqis membawa dulang ke ruang tamu. Dari jauh dia sudah tersenyum melihat abah dan mak yang tak henti-henti ketawa dengan keletah Husna. Husna kelihatan ceria sekali.

Balqis meletakkan dulang air di meja. “Mak, abah, jemput minum. Husna nak air?”

“Nantilah….Husna nak main dengan atuk ni!” Husna yang berada atas riba Khalid terus ketawa apabil diusiknya.

“Husna!!” Suara Hani yang baru pulang dari kelas tusyen bergema keriangan apabila melihat Husna.

“Kak Hani!!” husna sudah berlari mendapatkan Hani. Hani terus memeluk Husna lalu mengangkat dan memusing anak itu. Berdekeh-dekeh ketawa Husna. Balqis tersenyum gembira melihat keluarganya yang biasanya sunyi, diceriakan dengan gelak tawa seorang anak.

“Kenapa lama sangat baru akak nak bawa Husna datang sini?” tanya Hani pada Balqis.

“Ish! Ada pulak tanya macam tu. Husna ada keluarga! Takkanlah suka-suka hati akak nak bawa dia balik pulak!”

“Kak Hani sayang sangat kat Husna. Kak Hani tak de adik,” ujar Hani pada Husna.

“Kenapa kak Hani tak de adik?” tanya Husna.

“Sebab atuk dengan nenek tak nak kasi adik kat Kak Hani!” usik Hani. Hani ketawa bila mak dan abah sudah mencubitnya.

“Nakal betul anak abah ni!”

“Mak dan abah dah tak sanggup dah. Dah tua! Sepatutnya, Hani tanya akak ni. Bila dia nak bagi cucu pada mak dan abah!”

“Ish! Balqis pulak!”

“Yelah….kamu tu, bila nak kahwin. Abah dan mak nak sangat timang cucu tau!” Abah pula masuk campur.

“Alah…susah susah sangat, kahwin je dengan papa Husna, kan?! Boleh Husna main dengan akak hari-hari! Betul tak Husna?” usika Hani lagi. Husna sudah terangguk-angguk sambil ketawa.

“Nanti Husna tanya papa ye cikgu!”

“Ish!! Jangan pandai-pandai ye Husna!” Balqis menjegilkan matanya. “ini semua adiklah ni! Pandai-pandai ajak Husna yang bukan-bukan!” Balqis sudah menampar bahu Hani.

Hani ketawa mengekek.

Balqis mengetap bibir. Bukan dia tidak mahu mendirikan rumahtangga. Wanita mana di dunia ini yang tidak mahu berkahwin? Bila diingatkan kejadian lima tahun dulu, dia menjadi takut dengan jodoh. Pernah dia dirisik oleh sebuah keluarga yang punya pertalian darah yang jauh dengan keluarga abah. Setelah keluarganya menerima, tiba-tiba sahaja mereka dikhabarkan bakal pengantin lelaki sudah pun berkahwin.

Walaupun ada ketikanya dia merasakan sedikit lega kerana dia sendiri tidak mengenali lelaki itu, namun disebaliknya dia merasa kecewa juga. Bukan kerana mereka tidak jadi untuk bernikah, tetapi kerana keluarganya merasa malu dengan apa yang terjadi dan perhubungan antara dua keluarga terputus. Tapi, Alhamdulillah, sekarang ni keluarganya dengan keluarga di sebelah lelaki yang tidak jadi dijodohkan dengannya sudah kembali akrab.

Sehingga saat ini, dia tidak pernah mengenali lelaki yang bekal dijodohkan dengannya dahulu kerana dia telah dipulaukan oleh keluarganya. Sudah berkali-kali abah dan mak nasihatkan mereka agar buang yang keruh ambil yang jernih, tetapi mereka tetap dengan ketegasan mereka. Dengar cerita, anak lelaki mereka sudah pun mempunyai seorang anak.

************************************

Adam membawa Husna masuk ke dalam kereta. Dia menoleh Balqis yang masih melambai-lambai pada Husna sambil tersenyum manis. Dia mendekati Balqis.

“Cikgu, terima kasih sebab jagakan Husna. Tapi saya harap, lepas ni biarlah Cikgu Syamsinar yang jaga dia.

“Kenapa?” Balqis memandang Adam. Dia tahu ada yang tidak kena tentang pandangan Adam padanya. “salahkah kalau keluarga saya nak pinjam sedikit kasih sayang dari Husna?”

Adam menarik nafas panjang. “Bukan macam tu. Saya tak nak kasih sayang keluarga cikgu pada Husna, akan buatkan dia derita.”

“Maksud Encik Adam?”

“Saya rasa saya tak perlu jelaskan apa-apa di sini. Saya Cuma harap, cikgu dan keluarga cikgu akan hormati keputusan saya!”

Adam terus melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu membelah kepekatan malam. Dia tahu dia tidak sepatutnya melayani Cikgu Balqis sekasar itu. Dia hanya mahu berhati-hati. Bukan semua orang dapat menerima diri Husna apa adanya dia. Mereka tidak tahu latar belakang Husna. Bila mereka tahu, mereka juga akan menganggap Husna sebagai anak sial sama seperti orang lain.

Walaupun Cikgu Syamsinar dan suaminya juga tidak tahu latar belakang Husna, namun dia tidak khuatir tentang itu. Tetapi dengan Cikgu Balqis, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya sejak pertama kali melihat cikgu baru itu. Dia tak mahu dia atau Husna semakin dekat dengan keluarga itu. Dia tidak mahu perasaan sayang itu wujud lalu terlerai. Tentu itu satu penderitaan buat Husna.

Dia melihat hubungan antara Husna dan cikgu Balqis lebih erat berbanding cikgu syamsinar. Walaupun cikgu itu masih baru, namun sepertinya dia dapat menguasai seluruh kehidupan Husna. Sikapnya, kata-katanya. Setiap kali ingin membuat sesuatu, pasti Husna akan berkata-Cikgu balqis pesan….buat begini, buat begitu, tak baik buat begini dan macam-macam lagi. Setiap hari, nama cikgu Balqis tak pernah lekang dari bibir Husna.

**********************************

Adam memandang wanita yang di depannya. Memang dia agak terkejut dengan kedatangan kak Syifa ke pejabatnya. Dia sendiri tidak pernah menjangka ada antara ahli keluarganya yang masih sudi memandang wajahnya yang telah dibuang oleh keluarga sendiri.’

“Mak dan abah apa khabar?” Walaupun dia kecewa dengan sikap orang tuanya, namun tidak terdetik pun rasa dendam pada mereka. Setiap hari dia akan mengenang mereka disetiap doanya.

“Mak, abah, kami semua sihat!” ujar Kak Syifa. “Adam tak nak balik?”

Adam mengeluh hampa. “Mak dan abah takkan terima Adam dan Husna.”

“Mak dan abah rindukan Adam!” Mereka diam seketika.

Sukar untuk Adam percaya mak dan abah rindu padanya. Jika benar, mengapa tidak mereka sahaja yang datang berjumpa dengannya.

“Percayalah Adam. Biar apa pun yang berlaku, Adam anak mereka. Selama mana mereka akan marahkan Adam.”

“Macam mana Adam nak percaya? Kenapa diorang sendiri tak datang jenguk Adam?”

“Biasalah Adam…orang tua. Ego! Tapi percayalah, diorang rindukan Adam.”

Adam membisu. Entah mahu dipercaya atau tidak pun dia tidak tahu.

“minggu depan, mak dan abah nak buat kenduri. Adam datang tau! Jangan lupa!”

Adam menarik nafas panjang. Perlukah dia hadir atau tidak?

**********************************

Balqis tersenyum gembira melihat para tetamu lain yang turut bertandang ke rumah itu. Sedari tadi dia dan Hani tak lekang dengan gelak tawa. Orang-orang di rumah ini dan tetamunya sangat baik melayani mereka. Siapa sangka, keluarga yang bakal menjadi keluarganya dahulu, menjemput mereka menghadiri kenduri untuk meraikan cucu sulung dalam keluarga ini.

Tapi entah mengapa, hatinya asyik terfikir tentang lelaki yang bakal dijodohkan dengannya dulu. Tentu suasana di rumah ini akan lebih meriah jika dia hadir bersama keluarganya. Sedangkan dia dan keluarga tidak pernah merasa berdendam, mengapalah keluarga lelaki itu sendiri yang sangguo menghukum lelaki itu sedemikian?

“Kenapa kau datang sini?” sayup-sayup kedengaran satu suara yang sedang berbicara.

“Saya datang nak jumpa mak.”

Balqis memasang telinganya lagi. Dadanya tiba-tiba sahaja bergetar kencang. Dia belik dinding sia cuba mengintai siapa gerangan yang sedang berbicara. Kelihatan, makcik rokiah bersama susuk seorang lelaki yang sedang membelakangkannya. Sekali pintas, lelaki itu seperti dikenali.

“Aku dah kata, kau bukan anak aku! Kau tak faham?!”

“Tapi mak….”

“Dah tu siap bawak budak sial tu sekali! Kau dah lupa yang kami semua dah tak perlukan kau!”

“Mak! Sampainya hati mak….” Kedengaran seperti suara lelaki itu sedang menahan tangisannya.

Balqis berperang dengan perasaannya sendiri. Apakah lelaki itu adalah lelaki yang bakal dijodohkan dengannya dahulu? Balqis terus memerhati. Kali ini kelibat pakcik Hassan pula muncul.

“Kami boleh terima kau kalau kau datang sini! Tapi jangan bawa budak sial tu!”

“Abah! Mak! Tolonglah jangan panggil Husna macam tu! Dia anak saya!”

“Sudahlah! Lebih baik kau pergi dari sini. Kami semua tak mati kalau kau tak de. Kau bawa anak sial kau tu!”

“Mak….” Kelihatan lelaki itu cuba mencapai tangan ibunya.

“Pergi!!” pakcik Hassan pantas menahan.

Dengan rasa sebak lelaki itu mengusap airmatanya. Dia menoleh ke belakang dan menghulurkan tangan kepada seseorang. Tatkala itulah Balqis melihat seraut wajah itu. Adam! Kemudian Husna menghampiri Adam dan memegang tangannya. Mereka berdua keluar dari situ.

“Husna!” Tanpa menghiraukan sesiapa dengan pantas Balqis berlari mendapatkan kedua beranak itu. Hiba perasaannya dengan apa yang dilihatnya. Husna….

“Adam!” panggil HBalqis apabila semakin menghampiri mereka.

“Cikgu…..” Terpaku Adam di situ. Mereka bertentang mata.

Melihat sisa airmata yang masih ada pada wajah Adam, entah mengapa hatinya juga turut merasa kepiluan itu. Dia membuang pandangannya pada wajah murung Husna. Airmatanya pula kini yang mengalir.

“Adam….” Satu suara menyapa membuangkan pandangan mereka beralih.

“Akak! Kenapa akak bohong dengan Adam?” tanya Adam pada Syifa.

“Akak tak bohong! Memang mak dan abah rindukan Adam. Tapi kenapa Adam kena bawa anak Adam? Diorang akan terima kalau Adam tinggalkan dia!” Syifa melemparkan pandangan kurang senang pada Husna.

Husna yang masih kecil itu seakan mengerti dirinya tidak disukai, lantas menyembunyikan diri dibalik tubuh Adam.

Adam menggeleng kehampaan. “Kalau keluarga ni tak boleh terima Husna, anggap sajalah Adam dah mati. Jangan cari Adam lagi!”

Adam terus memegang tangan Husna dan membawanya pergi. Sekilas satu pandangan diberikan buat Balqis yang masih terpinga-pinga.

“Kenapa akak bencikan Husna?” tanya Balqis setelah Adam dan Husna hilang dari pandangan.

“Budak tu, budak sial!” jawab Syifa dengan selamba.

Terkejut Balqis dengan jawapan itu. Dia beristighfar di dalam hati. “Kenapa akak kata macam tu? Husna tu,kan anak Adam!”

“Husna tu, anak haram! Dia tu bawa sial! Mak dia mati masa melahirkan dia, tahu!”

“Ya Allah….bawa mengucap kak!” Hati Balqis sangat terguris dengan penghinaan itu.

“Sudahlah…kau tu bukan faham apa-apa. Kalau tak kerana Husna, aku rasa kau sekarang dah jadi adik ipar aku!” Syifa menjeling. “kan budak tu dah bawa sial dalam hidup kau!” Syifa terus berlalu.

Perasaan sebak Balqis semakin tidak dapat di tahan. Jadi, bakal calon suaminya dahulu adalah Adam?

*********************************

Sejak akhir-akhir ini, Balqis merasa agak tertekan. Dia bisa bertenang bila Adam semakin cuba menjauhkan Husna darinya. Sejak hari dia bertemu dengan Adam di rumah keluarga Adam, sepatah perkataan pun tidak pernah keluar dari bibirnya walau satu patah perkataan. Apa sahaja tentang Husna semuanya disampaikan kepada Syamsinar. Tapi apa yang membuatkannya tertekan, apabila Adam mahu menghantar Husna ke pusat penjagaan yang lain.

Walaupun dia tahu itu adalah hak Adam sebagai orang tua husna, namun disebalik itu dia tetap merasakan perbuatan Adam adalah salah!

Dia perlu nekad! Dia akan bawa balik Husna sebelum sempat Adam mengambilnya. Mungkin dengan cara itu dia akan dapat berbual dengan Adam dengan lebih jelas!

************************************

Adam memeluk tubuhnya dan memandang jauh ke depan. Dia tidak menyangka Balqis akan bertindak nead sebegitu. Membawa husna tanpa minta izin darinya. Malah ketika dia ke rumah Balqis untuk mengambil Husna, Balqis menghalang. Dia mahu mereka berbual seketika sebelum Husna diambil pergi. Kerana itulah sekarang, dia berada di sini bersama Balqis. Husna ditinggalkan sebentar.

“Saya minta maaf. Saya tahu saya tak berhak buat Encik Adam dan Husna begini.”

“Kalau dah tahu, kenapa awak bertindak seolah-olah awak ada hak pada Husna?”

“Maafkan saya Encik Adam. Tapi sejak dari awal lagi saya rasakan sesuatu yang……” Balqis memejamkan matanya. Bagaimana untuk dijelaskan perasaannya pada Adam.

“Awak tahu, kasih sayang awak dan keluarga awak adalah racun buat Husna. Sebab itulah saya terpaksa bawa dia ke tempat lain!”

“Kenapa Encik Adam terlalu negatif sebegitu? Encik Adam tak kasihankan Husna. Dia tak punya sesiapa melainkan Encik Adam. Apa salahnya menerima kasih sayang dari orang lain?”

“Awak takkan pernah tahu apa yang sebenarnya! Kalau awak tahu, awak takkan menerima Husna!”

“Apa yang telah berlaku sebenarnya encik Adam?”

Ada keluhan dari bibir Adam. “Awak tak perlu tahu. Apa yang perlu awak lakukan adalah menerima keputusan saya untuk membawa Husna ke nursery yang lain?”

“Encik Adam nak melarikan Husna kerana statusnya?” Balqis sudah tidak dapat menahan perasaannya. “Encik Adam ingat semua orang dalam dunia ni berfikiran sama dengan keluarga Encik Adam?”

Adam memandang Balqis. Apa maksudnya? Adakah Balqis mengetahui tentang husna?

“Saya tahu Isteri Encik Adam mengandungkan Husna sebelum Encik Adam dan isteri bernikah. Tapi itu semua kisah lalu! Husna berhak mendapat kasih sayang dari orang lain! Bercampur dengan orang lain! Bukan dengan bersendirian begini!” Bila mengenangkan Husna yang kerap bersendirian, dia sentiasa merasa lelah. Husna tak mahu bercampur dengan anak-anak yang lain kerana Adam melarangnya untuk melakukan itu.

“Awak bercakap seolah-olah awak tahu semuanya! Sedangkan awak tak tahu apa-apa!”

“Sikap Encik Adam bukan saja memakan diri encik Adam tapi juga Husna. Husna perlu hidup seperti anak-anak lain. Bercampur dan bermain seperti anak-anak lain! Kasihan Husna! Saya tahu Encik Adam dah besarkan dia seorang diri. Sepatutnya Encik Adam lebih mengerti keinginan Husna!”

“Saya tak mengert?i!” Adam ketawa sinis. “Kerana mengertilah saya jauhkan dia dari orang disekitarnya yang selalu menghina dia! Awak yang tak pernah mengerti!”

“Jahillah untuk mereka yang memandang hina pada anak yang suci. Tetapi lebih jahil lagi orang yang menghalang mereka untuk mendapat penghidupan yang sewajarnya!”

“Saya jahil?!” Adam menahan perasaannya. “Saya jahil bila cuba melindungi anak saya?! Awak tahu tak, hati saya sakit setiap kali ada orang yang panggil dia anak haram! Anak sial! Hati saya sakit!!” Adam menangis lagi. “Keluarga kandung Husna sendiri pun tak menerimanya, apatah lagi keluarga saya dan orang lain?”

“Keluarga kandung Husna?” Balqis agak keliru. “Maksud Encik Adam, Husna bukan anak Encik Adam?!”

Adam yang baru tersedar keterlanjuran kata-katanya memandang ke tempat lain.

“Saya tak salah dengar, kan Encik Adam?!” Balqis menghampiri Adam. “Husna bukan anak kandung Encik Adam, kan?” Balqis bertanya dengan lembut. Dia mahu tahu apa kisah sebenarnya. Dia dapat merasakan terlalu banyak keperitan yang dipendam seorang lelaki yang bernama Adam.

************************************

Balqis memandang Adam yang sudah tertunduk di sebelahnya. Mendengar cerita Adam, membuatkannya sedar, di dunia yang sudah banyak kehilangan moral ini, masih ada seorang lelaki yang berjiwa basar seperti Adam. Lelaki mana lagi yang sanggup melakukan pengorbanan seperti Adam pada anak yang bukan dari zuriatnya?

“Apa yang saya dah cerita pada awak, saya harap awak akan rahsiakannya.”

Balqis tersenyum kelat. “Ianya satu penghargaan buat saya bila Encik Adam sudi bercerita dengan saya.”

“Saya minta maaf Balqis sebab dah hampakan keluarga awak.” Adam memandang Balqis. “Awak, gadis yang keluarga saya merisik lima tahun lalu, kan?”

Balqis membalas renungan Adam. Dia mengangguk.

“Sekarang awak dah faham, kan kenapa saya selalu jauhkan Husna dari masyarakat. Saya tak nak Husna menderita.”

“Encik Adam, tak semua manusia berfikiran sempit seperti itu Encik Adam. Husna anak yang suci. Lahir ke dunia dari syurga tanpa dosa.”

“Awak fikir macam tu?”

“saya sangat percaya tentang itu. Dalam Islam sendiri menerangkan tentang itu, kan? Hanya masyarakat kita yang telalu memandang status keturunan dan menjatuhkan hukum sendiri. Sedangkan, Allah sendiri berkata semua manusia adalah sama yang hanya membezakan antara mereka adalah amalannya.”

Entah mengapa satu perasaan tenang menjengah dalam jiwa Adam mendengar kata-kata Balqis.

“keluarga awak?”

Balqis tersenyum. “Saya berguru dengan kedua orang tua saya. Mereka adalah pendidik dan teladan untuk saya. Awak boleh menilai mereka melalui saya.”

Adam mengangguk. Bermakna, keluarga Balqis juga berfikiran sama seperti Balqis. Lega dirasakannya.

“Hidup husna takkan sempurna tanpa bergaul dengan orang lain. Encik Adam sibuk mencari rezeki untuk membesarkan Husna, tetapi dia juga perlukan orang yang sentiasa dekat untuk membuatkan dia merasa terlindung, selamat dan yang sentiasa menyayanginya.”

“Saya sedar itu Balqis, tapi hidup saya sendiri tak sempurna. Bagaimana saya nak sempurnakan hidup Husna?” Satu luahan dari hati kecilnya yang sudah lama terpendam.

“Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini encik Adam. Kerana itulah kita memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi dan menyempurnakan segala kekurangan.”

Adam memandang Balqis. Lama. “Saya sedar tentang itu. Cuma, saya belum jumpa orang yang sesuai yang benar-benar ikhlas menerima saya dan Husna.”

Balqis tersenyum. “Ketika Adam bersendirian, Allah menjadi Hawa untuk menemaninya. Bagaimana Adam memerlukan Hawa, begitulah Balqis memerlukan Sulaimannya.”

Adam diam cuba memikirkan maksud disebalik kata-kata Balqis. “Adakah Adam yang mencari Hawa, sama dengan Balqis yang mencari Sulaiman?”

“Itu adalah kenyataannya Encik Adam!” Tegas Balqis. “Adam memerlukan Hawa. Balqis memerlukan Sulaiman. Tanpa Hawa, Adam lelah. Tanpa Sulaiman, Balqis hilang arah.”

“Walaupun hanya sekali keluarga saya menyebut nama penuh awak, tapi saya takkan lupa Hawa Nur Balqis.”

“Saya juga tidak pernah lupa pada satu nama yang keluarganya datang merisik dan akhirnya jodoh itu terputus hingga membuatkan saya takut untuk berfikir tentang jodoh lagi. Adam Sulaiman!”

“Awak ikhlas sedangkan kita tidak pernah kenal dengan lebih dekat sebelum ini?”

“keluarga awak juga datang menemui keluarga saya tanpa kita mengenali antara satu sama lain!”

“Awak yakin?!”

“Yakin kerana Allah! Saya tak pernah seyakin ini.”

Adam tersenyum. “Jika Hawa begitu ikhlas menerima Adam, bagaimana Adam bisa menolak sedangkan Adam sendiri mencari-cari kesempurnaan dalam hidupnya.”

“Balqis yang sentiasa mencari Sulaiman akan menerima segala dugaan dan menghadapinya bersama-sama kerana Balqis yakin, Sulaiman lebih tegar bila ada Balqis di sisinya.”

“Amin!” Adam menarik nafas panjang. Hari ini adalah hari yang paling gembira dalam hidupnya. “Semoga dengan bersatunya Adam dan Hawa, Balqis dan Sulaiman, keluarga yang sepatutnya menerima Husna akan terbuka mindanya!”

“Jika Husna adalah anak Adam, maka husna juga anak Hawa.”

“Jika balqis menerima Husna sebagai anaknya, berbahagialah Sulaiman!”

Mereka berpandangan dan tersenyum.


**********************************

BHGN.2


Alhamdulillah……akhirnya, Hawa sudah menjadi milik sah Adam dan Balqis berada disisi Sulaiman dengan setia untuk menempuh suka duka bersama dan saling melengkapi segala kekurangan.

Petang itu ketika Balqis membawa Husna ke supermarket untuk membeli barang-barang keperluan. Tak disangka dia terserempak dengan Kak Syifa dan kakak iparnya menegur dengan nada yang sinis sekali.

“Aku dengar kau dah kahwin dengan Adam,” ujarnya seakan menyindir seraya matanya tidak lekang memandang Husna yang sudah bersembunyi di belakang Balqis.

“Ya. Siapa tahu, jodoh saya dengan dia kuat.”

“Jodoh?” Wajah menyindir terukir. “Kau ni bodoh sangatlah Balqis. Adam kahwin dengan kau sebab tak ada orang nakkan dia! Sebab apa? Sebab budak sial tu!”

“Kak! Mengucap kak! Kalau akak dan keluarga akak memang tak sukakan Husna, jangan dekat dengan kami!”

“Wah…..kau dah lupakah apa yang berlaku dulu? Keluarga kita terpisah sebab Adam tak jadi berkahwin dengan kau sebab budak sial ni! Dan sekarang, disebabkan budak sial ni jugak, keluarga kita terpisah sekali lagi!”

“Keluarga saya tak pernah putuskan silaturrahim dengan keluarga akak! Tapi keluarga akak yang tak boleh terima darah daging sendiri. Keluarga akak buang Adam! Sedangkan Adam sikit pun tak pernah lupakan keluarga akak! Dalam setiap doanya, tak putus-putus dia meminta kebaikan untuk keluarga akak.”

“Adam?! Kau ingat Tuhan nak terimakah doa lelaki macam Adam? Mengandungkan ada dara orang sampai lahir anak luar nikah! Derhaka pada orang tua!”

Balqis menelan air liurnya seakan menelan segala kemarahan demi kemarahan yang mula diwujudkan syaitan dalam dirinya.

“saya tak nak bertegang urat dengan akak. Cuma saya harap suatu hari nanti, Allah akan memberi cahaya dalam hidup akak dan keluarga akak.”

“Engkau jangan berlagak alimlah depan aku! Bukan aku tak tahu, kau kahwin dengan Adam pun sebab tak de orang nak kat kau. Lepas kau dan Adam tak jadi dulu, mana ada orang yang masuk meminang kau, kan? Ada?!”

Sekali lagi Balqis menarik nafas yang panjang dan menelan air liurnya.

“Eh, budak sial!” Syifa cuba menarik rambut Husna.

Balqis menahan dan Husna terus menyembunyikan dirinya di belakang Balqis.

“Akak jangan sesekali panggil anak saya, anak sial!” tegas Balqis. Kemarahannya sudah tidak tertahan. Barulah dia mengerti perasaan Adam yang selama ini menanggung segala penderitaan dan penghinaan.

“Kau pun nak bela budak ni?!” Syifa menjeling Balqis. “Siap mengaku budak ni anak kau! Kau ke yang lahirkan dia?!”

“Anak Adam adalah anak saya. Jika Husna bukan anak Adam sekali pun, Husna tetap anak saya!”

“Sudahlah! Buat sakit hati aje cakap dengan kau ni!” Syifa terus berlalu pergi.

Melihat Syifa yang berlalu pergi, Balqis menarik tangan Husna. Dia duduk melutut dan memandang wajah anak kecil itu yang murung.

“Kenapa ni sayang?” dia bertanya walaupun dia tahu puncanya.

“Kenapa semua orang bencikan Husna?” Airmatanya mengalir.

“Dengar sini,” Balqis memegang kedua-dua pipi Husna. “Hanya mereka saja yang bencikan Husna. Tapi mama, papa, atuk, nenek dan Kak Hani sayangkan Husna. Yang paling penting, Allah sayangkan Husna.”

“Macam mana mama tahu Allah sayangkan Husna?”

“Allah sayangkan pada anak-anak macam Husna. Husna anak yang baik. Husna dengar cakap papa, cakap mama. Husna rajin tolong Kak Hani. Husna rajin sembahyang. Allah sayang pada orang yang baik macam Husna.” Husna berhenti menangis. “Husna kena ingat, biarkan saja orang benci pada kita asalkan kita selalu disayangi Allah.”

***************************************

Dari jauh Adam menangkap sepasang manusia yang sedang berjalan. Dia terus memerhatikan mereka dan akhirnya, pasangan itu menyedari kehadiran Adam.

“Dah lama abang tunggu?” Balqis yang baru tiba bersama Husna dan Hani menegur.

“Mari!” Adam memegang tangan Balqis dan membawanya dan Husna mendekati pasangan itu. Hani mengekor dari belakang.

“Abah! Ibu!” Panggil Adam apabila mendekati mereka.

“Adam!” Hadi dan Mahyon memandang Adam, lama. Hampir enam tahun mereka tidak pernah mendengar khabar tentang Adam.

“Abah dan ibu sihat?”

“Alhamdulillah…” Hadi melirik dua orang gadis dan seorang anak kecil di sisi Adam.

“saya kenalkan, isteri saya, Hawa Nur Balqis dan anak kami, Husna. Itu adik ipar saya, Hani.”

“Husna?” Mahyon seakan pernah mendengar nama itu.

Balqis yang sedari tadi membisu kini mengerti siapa pasangan yang sedang bertentangan dengan mereka.

“Husna adalah anak saya tetapi bukan lahir dari rahim saya. Husna lahir dari rahim arwah isteri Adam, Fatin.” Sengaja Balqis menyebut nama Fatin.

Terkedu Hadi dan Mahyon di situ. Mereka memandang Husna.

“Husna tahu siapa yang berdiri di depan Husna?” tanya Adam pada Husna. Husna menggeleng. Dia belum pernah melihat mereka sebelum ini.

Hadi dan Mahyon berpandangan. “Kau jangan pandai-pandai Adam!” Hadi sudah menggertak. “Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan budak ni!”

“Peliklah dunia ni. Orang yang tak punya pertalian darah, mengaku anak. Tapi darah daging sendiri tidak mahu ada kaitan!” sindir Adam.

“Kau jangan melampau Adam! Abah tak pernah suruh kau bela budak ni! Abah dah cakap, kalau kau tak nak jaga dia, hantar dia di rumah anak yatim!”

Melihat ketegangan itu, Balqis berbisik di telinga Hani untuk membawa Husna pergi. Dia tida mahu jiwa Husna terganggu lagi. Hani menurut kata Balqis.

“Kalau kau sendiri yang nak bela Husna dan anggap Husna anak kau, suka hati kaulah. Tak payahlah nak mengungkit semuanya di depan kami!” mahyon pula bersuara.

“rasanya pakcik dan makcik dah salah faham dengan niat suami saya,” ujar balqis. “Walau siapa pun yang jaga Husna, Adam kah atau rumah anak yatim sendiri, Husna tetap juga perlu tahu siapa darah dagingnya. Dia ada keluarga.”

“Aku tak pernah menganggap dia darah daging aku. Budak tu anak haram!” ujar Hadi.

“Tiada bayi yang lahir ke dunia ni haram! Semuanya adalah suci! Yang haram adalah perbuatan ibu dan bapanya!” ujar Balqis.

“Kau jangan nak mengajar aku pulak! Kau tu bagus sangatlah sebab boleh terima anak haram tu?!” tengking Hadi.

“Bukan itu niat saya,” Balqis cuba berlembut.

“Abah dan ibu tak pernah fikirkan tentang Fatin? Mungkin sekarang ni dia sedang menangis kerana abah dan ibu tak menerima anaknya,” Adam bersuara.

Hadi dan Mahyon terdiam sebentar.

“Kalau Fatin masih ada, mungkin aku boleh terima budak tu. Tapi sebab budak tulah Fatin mati!” ujar Mahyon.

“Itu semua kuasa Allah! Siapa kita untuk menentukan semua itu?” Adam bersuara. “Hidup mati kita, Allah yang tentukan.”

Tanpa bersoal jawab lagi dengan Adam dan isterinya, Hadi menarik tangan Mahyon agar pergi.

Balqis menggenggam tangan Adam erat seolah-olah memberitahu Adam agar tabahkan hatinya.

“Nasib baik sayang ada.” Adam melirik Balqis.

Balqis hanya tersenyum. Semakin erat genggaman tangannya pada Adam.

“Allah menciptakan Hawa untuk berkongsi kehidupan dengan Adam. Berdoalah pada Allah semoga Hawa yang sedang berdiri di sebelah Adam ini, akan terus setia bersama di saat suka dan duka.”

“Selalu!” ujar Adam. “Tapi kadang-kadang, masalah yang berlaku membuatkan abang rasa tertekan.”

“Tabahlah bang. Sabar itu adalah keimanan.”

“Kadang-kadang abang rasa terkilan. Keluarga arwah Fatin tahu Husna adalah cucu kandung mereka dan fatin hanyalah mangsa perkosaan. Kenapa mereka tergamak membuang Husna begitu saja?” Adam mengeluh. “Sepatutnya mereka yang terlebih dahulu makan garam lebih tahu tentang kehidupan.”

“Ini bukan soal kehidupan, bang. Ini soal keimanan. Ramai manusia yang mengaku beragama islam dan mengucap kalimah syahadah untuk menunjukkan keislaman mereka. tapi tak ramai yang bernar-benar beriman dengan agamaNYA.”

“Benar kata sayang. Maaf, kadang-kadang abang terlupa untuk bersabar atas setiap ujiannya.”

“Lupa itu adalah sifat manusia. Kerana itu manusia dipanggil ‘insan’. Tapi….” Sekali lagi Balqis menggenggam erat tangan Adam. “Selagi kita bersama, Insya Allah, kita akan saling ingat-mengingati, nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan saling menyempurnakan segala kekurangan.”

“Insya Allah…..amiin…”

***************************************

Lima bulan kemudian………..



“Abang! Kak Syifa!” Terpanah Balqis dengan pandangan yang sedang dilihatnya. Sekumpulan manusia sedang berkumpul dan melangit ke atas.

Rupa-rupanya kelihatan seorang wanita sedang berdiri di hujung bangunan tujuh tingkat yang paling atas sambil memandang ke arah kumpulan manusia yang sedang memandang padanya.

Terkejut dengan teriakkan Balqis, Adam turut memandang ke atas.

“Ya Allah! Kak!”

*************************************

Balqis meninggalkan Kak Syifa sendirian bersama mak. Biarlah Kak syifa dengan mak. Mak lebih tahu bagaimana untuk hadapi perkara ni.

Siapa sangka, perkara yang sama pernah berlaku pada arwah fatin akhirnya berlaku kembali pada Syifa. Alhamdulillah dia dan Adam cepat bertindak. Jika tidak tentu, Syifa sudah terjun dari bangunan tujuh tingkat itu. Balqis melepaskan keluhan. Kasihan dia melihat Syifa yang meraung-raung minta dilepaskan saat pihak berkuasa datang untuk membawanya turun.

“Macam mana, abah, abang?” tanya Balqis pada Khalid dan Adam.

“Tak mengapalah. Balqis dengan Adam tak perlu buat apa-apa. Biar Syifa tinggal di sini buat sementara. Tahulah abah dan mak nasihatkan dia. Bila dia dah tenang, abah hubungi keluarga Adam dan minta mereka ke sini.”

“Adam risaulah bah. Takut kalau abah dan mak Adam tak nak terima kak Syifa.”

“Kita serahkan semuanya pada Allah. Adam berdoalah banyak-banyak agar dibukakan pintu hati abah dan mak Adam untuk menerima Syifa dan bayi dalam kandungannya.”

Balqis menggenggam erat tangan Adam yang tertunduk memandang lantai.

“Mungkinkah ini balasan untuk Kak Syifa kerana penghinaannya pada Husna?”

“Adam, tak baik kata macam tu. Apa yang berlaku semuanya atas kehendakNya. Jangan kita mengadili sesuatu yang tidak kita ketahui.”

Walaupun Balqis bersetuju dengan pendapat Adam tetapi dia juga bersetuju dengan abah. Siapalah kita untuk menentukan itu adalah hukuman untuk seseorang sedangkan kita juga manusia biasa yang sentiasa lalai dan alpa.

***************************************

Dari jauh Balqis memandang Syifa yang termenung di laman. Mungkin dia masih memikirkan nasibnya kelak. Alhamdulillah, Syifa sudah boleh menerima musibah yang menimpa dirinya. Terima kasih buat mak yang selalu memberi nasihat untuknya.

Baju Balqis ditark. Kelihatan Husna disebelahnya. Balqis melutut sambil memandang wajah itu dengan penuh rasa sayang.

“Kenapa sayang?”

“Husna dengar auntie Syifa nak dapat baby, betulkah mama?”

“Hmm….Husna suka tak?”

“Suka!” ujarnya tetai kemudian dia tertunduk sayu.

“Kenapa sayang?”

“Papa kata, Husna kena pandai ambil hati auntie Syifa. Barulah auntie syifa tak sedih lagi. Tapi, kenapa auntie syifa sedih mama? Husna dengar papa kata dekat nenek, auntie Syifa tak suka baby tu.”

Ada keluhan yang keluar dari bibir Balqis. Dia masih berfikir jalan terbaik untuk menjawap soalan Husna.

“Husna suka baby tak?” tanya Balqis. Husna mengangguk. “Kalau anak kecil macam Husna sayangkan baby, tentu orang dewasa macam auntie syifa pun sayangkan anaknya, kan?”

“Tapi auntie syifa bencikan husna!”

“Mama pernah beritahu Husna, kan yang syaitan adalah makhluk yang paling gigih berusaha dan tidak pernah putus asa?” Husna mengangguk. “Syaitan takkan pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia. Kita pula, manusia yang lemah dan selalu alpa sehingga syaitan selalu menguasai kita. Sebab tu Husna kena selalu memaafkan orang yang sentiasa menyakiti hati Husna kerana waktu itu, syaitan sedang menguasai fikirannya.” Balqis diam seketika. Dia sendiri tidak tahu sama ada Husna faham kata-katanya atau tidak.

“Maksud mama, kita kena selalu berbuat baik walaupun orang tu tak suka dengan kita?”

“Hmmm…..”

“Kalau macam tu, husna kena berbuat baik dengan auntie syifa?” Balqis mengangguk.

Kemudian Husna berlari menghampiri Syifa. Balqis hanya memerhatikan di balik pohon yang terlindung.

Syifa memandang wajah Husna yang tiba-tiba muncul di depannya. Seraya dengan itu dia memegang perutnya. Anak dalam kandungannya sama seperti Husna yang selalu dicacinya. Tapi, Husna lebih bertuah kerana Adam menikahi Fatin setelah merosakkannya. Tetapi berlainan dengan sia, dia diperkosa oleh orang yang tidak dikenali. Apakah ini balasan untuknya.

“Husna sayang pada baby dalam perut auntie.”

“Uh?” Syifa yang kurang mendengari kata-kata Husna terkedu. Dia tenggelam dalam angannya dan kurang menumpukan pada kata-kata Husna.

“Auntie kena sayangkan baby dalam perut auntie.”

“kenapa?”

“Sebab Allah sayangkan dia.”

“Macam mana husna tahu Allah sayangkan baby ni.”

“Sebab atuk kata pada husna, semua manusia datang ke dunia dengan kasih sayang Allah.”

“Tapi Allah tak sayangkan auntie sebab tu Allah buat macam ni dengan auntie!” marah Syifa. Husna terdiam.

“Auntie sayang pada Allah?” tanya Husna.

Syifa terkedu. Rasanya dia tak mampu jawab soalan itu. Dia sayangkan Allah? Kalau dia sayangkan Allah kenapa rasa sayang itu bagaikan tidak ada.

“Allah sayang pada Husna.”

“Macam mana Husna tahu Allah sayang pada Husna?”

“Atuk ada cakap dengan Husna. Mama pun ada beritahu dengan Husna. Kalau kita sayang pada Allah, Allah akan sayang pada kita. Kalau kita lari dari Allah, Allah akan keluar dari hidup kita. Jadi, kita kena sayangkan Allah dulu baru Allah sayangkan kita!”

Syifa terus memandang Husna. Kata-kata Husna berbekas dihatinya. Mungkinkah kerana selama ini dia melupakan Allah, maka Allah menimpakan musibah ini padanya? Tiba-tiba Syifa menangis. Dia menarik tangan Husna agar mendekatinya. Sesungguhnya, anak kecil di depannya berkata sesuatu yang sangat mudah untuk difahami tetapi sangat berat untuk manusia melakukan seperti apa yang difahaminya.

Syifa terus menarik tubuh kecil Husna dalam dakapannya. Balqis yang hanya memerhatikan dari jauh mengalirkan airmata kesyukuran. Dia mendekati Syifa dan duduk disebelahnya. Syifa mengangkat wajah disaat dia merasakan kehadiran Balqis.

“Kita menangis ketika hati berduka. Kita menangis ketika ditinggalkan. Kita menangis ketika kehilangan anak, saudara dan makhluk Allah. Ironinya, kita sebagai manusia tidak pernah menangis saat Allah meninggalkan kita.”

**************************************

Adam memerhati abah yang tertunduk sayu. Mak sudah meraung dan ditenangkan oleh Balqis dan mak mertuanya, Bahiyah. Abah benar-benar kelihatan tertekan.

“Tak guna!! Siapa yang buat macam tu pada anak aku!!” Abah tertunduk memegang kepalanya.

“Kami dah buat laporan polis. Insya Allah, polis akan cari pelakunya,” pujuk Khalid pula. “Sabarlah. Ini dugaan untuk kita.” Khalid mengelus bahu besannya.

“sabarlah mak….” Pujuk Adam pula cuba menenangkan maknya yang sukar menerima kenyataan ini. Syifa disebelah hanya tertunduk membisu.

“Maafkan Syifa mak, abah. Mungkin inilah balasan untuk Syifa sebeb menghina Adam, Fatin dan Husna.” Sebenarnya, Syifa sudah mengetahui bahawa Husna bukan anak Adam setelah diceritakan Balqis tempoh hari. Rupa-rupanya Fatin mengalami nasib yang sama sepertinya. Dia benar-benar rasa berdosa kerana telah menuduh Fatin dan Adam melakukan perkara terkutuk sehingga mengandungkan Husna. Malah dia juga telah berjanji dengan Balqis untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan abah dan mak sehingga sampai waktu yang sesuai.

Abah dan mak terkedu dengan kata-kata Syifa. Mereka mula terfikir, mungkinkah benar kata Syifa, ini balasan Tuhan untuk mereka.

“Syifa, tak baik kata macam tu. Sabarlah….Apa yang boleh kita lakukan sekarang, jaga anak dalam kandungan Syifa ni baik-baik. Dia adalah anugerah dan amanah yang diberikan Allah pada kita,” pujuk Bahiyah pula.

“Syifa banyak berdosa…..” Syifa menangis semahu-mahunya. Itulah yang dirasakan kini.

Abah dan mak mula menunjukkan penyesalan mereka. Apa yang berlaku pada Syifa membuatkan mereka merasakan semua ini adalah balasan dari Allah.

“Mana Husna?” tanya abah.

Mereka yang lain berpandangan.

“Husna ada dalam biliknya,” ujar Khalid.

“Saya minta izin nak jumpa Husna.”

Setelah diizinkan abah dan mak mendekati kamar Husna. Abah mahu membuka mengetuk pintu namun dia berhenti melakukan itu apabila terdengar suara-suara halus yang berbisik. Dia mendekatkan telinganya di pintu. Tetapi pendengarannya kurang jelas. Maka, dengan perlahan dia membuka pintu sedikit dan mengintai ke dalam. Begitu juga dengan mak. Kedengaranlah suara-suara halus sedag berbicara.

“Ya Allah…..Husna sayang sangat dengan atuk dan nenek sama macam husna sayangkan atuk Khalid dan nenek Bahiyah. Kesiankanlah mereka Ya Allah. Tolonglah sayang mereka juga. Tolonglah auntie Syifa. Husna sayang semua walaupun mereka tak suka dengan Husna. Husna tak nak minta apa-apa, Cuma tolonglah sayangkan mereka juga Ya Allah…”

Melihat anak kecil yang bertelekung putih dan duduk di atas sejadah, mengadap kiblat sabil menadah tangan memohon kepada Allah untuk mereka, abah dan mak terus menangis hiba. Tangisan mereka akhirnya disedari Husna. Husna terkedu apabila tiba-tiba sahaja abah dan mak masuk dan memeluk Husna dengan erat.

Tiada kata yang dapat diluahkan Adam melihat situasi itu. Hanya airmata gembira dan rasa syukur dipanjatkan Adam atas segalanya.

**************************************

“Ada apa sebenarnya, bang?” Adam benar-benar penasaran dengan kedatangan abang sulungnya, Aizat.

Wajah Aizat benar-benar tertekan. Apa masalah yang sedang membelengu abangnya.’

“Kak Ros dah lari,” ujar Aizat perlahan.

“Lari?!” terkejut Adam seketika. “Kenapa?”

“Sebenarnya…….” Aizat mula bercerita masalah rumahtangganya. Setelah berkahwin selama sepuluh tahun dengan Kak Ros dan mereka masih belum diberikan zuriat, Aizat telah berkahwin seorang lagi setahun lalu. Lepas dia bernikah lain, barulah Kak Ros mengandung dan tiga bulan kemudian, isteri keduanya juga mengandung. Setelah mempunyai anak dari kedua-dua isterinya, barulah Kak Ros dapat tahu Aizat sudah berkahwin lain. Kerana itu dia lari meninggalkan Aizat.

“Abah dan mak tahu?” Adam menggosok dahinya.

“Dah!” jawap Aizat. “Soal itu, abang nanti uruskan. Cuma sekarang ni, macam mana abang nak pujuk Kak ros balik semula. Abang rasa bersalah dengan dia.”

Adam diam lama. Sebenarnya, dia juga tak tahu untuk berbuat apa. Rasanya, baru sahaja Mak dan Abah membuat kenduri meraikan cucu sulung mereka. tetapi tak sangka, rupanya bukan seorang cucu tapi dua, dari isteri yang berlainan.

“Assamualaikum…..” satu suara menyapa mereka berdua.

“Waalaikummussalam……” jawab mereka sambil pandangan mereka beralih memandang Balqis yang membawa hidangan minuman untuk mereka.

Balqis meletakkan dulang itu kea atas meja.

“Abang tak nak masuk dalam dulu?” tanya Balqis pada Aizat.

“Tak apalah. Biar abang berbincang dengan Adam di luar sudahlah.” Aizat menolak.

“Maaf. Sebenarnya, Balqis tak sengaja terdengar perbualan abang dengan Abang Adam.” Balqis tertunduk rasa bersalah. Bukan niat dihati untuk menguping perbualan mereka. dia memang tak sengaja terdengar.

Aizat mengeluh.

“Tak perlu minta maaf, Balqis.” Tak guna marahkan Balqis sedangkan lama kelamaan semua orang pasti tahu yang dia sudah beristeri dua.

“Kalau abang Aizat tak keberatan, boleh Balqis cakap sesuatu?”

“Duduklah Balqis,” Adam menarik tangan Balqis agar duduk disebelahnya.

“Cakaplah….” Aizat mengizinkan.

“Walaupun apa yang berlaku pada Kak ros tak menimpa pada balqis, tapi sebagai seorang isteri Balqis tahu perasaan Kak Ros sangat terluka. Mana tidaknya, cinta abang telah terbahagi antara dia dan isteri kedua.”

“Abang tak minta semua ni berlaku Balqis. Abang tak minta untuk jatuh cinta lagi. Semuanya berlaku dengan sendiri.”

“Balqis bukan nak salahkan abang. Jodoh dan suratan semuanya bergantung pada Allah. Balqis tak pernah lupa rukun iman yang ke-enam untuk percaya pada Qodak dan Qodarnya. Cuma di saat ini, hati Kak ros pasti sangat terluka. Apa yang boleh Balqis pesan pada abang, hapuskanlah airmata Kak Ros sebelum terlambat.”

“Abang tak tahu caranya. Abang takut kalau Kak Ros tak nak terima semua ni.”

“Bukan mudah untuk seorang isteri terima semua ni, bang. Tapi sebagai seorang muslimah, Balqis tahu ini adalah hak yang diberikan Allah untuk seorang lelaki. Kak Ros pasti terima, tapi perlukan masa dan dia perlukan sokongan abang supaya dia tak rasa disisihkan bila abang dah beristeri lain.”

“Abang tahu…..abang faham maksud Balqis. Balqis mahu abang adil,kan? Terus terang, bila dah beristeri dua barulah abang sedar, sangat sukar untuk adil pada setiap isteri.” Kerana sukar berlaku adillah, akhirnya Ros sedar yang dirinya sudah diduakan.

Balqis diam seketika. Dia memandang Adam yang hanya membisu dan setia menjadi pendengar sahaja.

“Sebenarnya, para isteri boleh terima kalau suaminya beristeri lebih dari seorang. Tapi ramai suami yang tak menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati dan sebagai suami yang adil. Itu sebab kebanyakkan isteri tak boleh nak terima poligami. Ramai suami yang tidak solat, tidak puasa dan beramal seperti yang disuruh dalam agama. Tapi bila masuk soal kahwin, rata-rata ramai yang mengatakan Islam membenarkan seorang lelaki untuk berkahwin empat? Tiba-tiba saja mereka membangkitkan isu agama. Abang rasa itu adilkah untuk para wanita?”

Adam dan Aizat memandag terus ada Balqis.

“Maaflah kalau ada yang terkasar.” Balqis memohon maaf. “Entahlah bang, dalam soal ni rasanya lebih baik abang tanya pada mereka yang lebih banyak ilmunya. Kalau Balqis cakap pun, Balqis hanya bercakap dari sudut hati seorang isteri. Tapi, sebagai seorang wanita, Balqis nasihatkan abang. Jangan pernah putus asa mendapatkan kembali cinta Kak Ros. Tapi dalam masa yang sama jangan lupa tanggungjawab pada isteri kedua dan anaknya. Hak setiap isteri adalah sama.”

“Abang takut kak Ros tak nak terima abang.”

“Dia pernah minta untuk berpisah?” tanya Balqis. Aizat menggeleng. “Itu bermakna dia sayangkan abang. Pujuklah dia bang. Insya Allah dia akan terima semua ketentuan Tuhan. Bila seorang wanita menangis kerana terluka atas perlakuan seorang lelaki, walaupun sakit, itu bermakna dia masih sayangkan lelaki itu. Jadi, janganlah putus asa untuk menyapu kembali airmatanya. Jangan terlalu takut untuk mengambil langkah untuk betulkan semua keadaan hingga semuanya sudah terlambat. Kalau abang bertangguh, Balqis takut airmata Kak ros akan terheti dengan sendirinya tanpa abang yang menyapu tangisannya. Kalau perkara itu berlaku, maknanya, abang sudah tak bermakna dalam hidup dia.”

Aizat terngadah.

“Bila abang sudah tidak bermakna dalam hidup kak ros, dia akan ambil kembali hatinya yang telah diserahkan pada abang. Kalau sampai hatinya diambil kembali, takkan ada peluang lagi untuk dia serahkan semula hatinya pada abang.”

****************************************

Balqis duduk di buaian sambil berfikir sendiri. Aizat baru sahaja pulang setelah berbincang dan meminta sedikit nasihat dari abah. Dia masih lagi terfikirkan tentang Kak Ros dan isteri kedua Aizat. Untuk kali pertama sahaja Aizat sudah tidak adil. Dia merahsiakan kewujudan isteri kedua sehingga isteri kedua terpaksa bersembunyi dan tidak mengenali keluarga sebelah suami dan sebaliknya. Kemudian, keluarga Aizat membuat kenduri besar-besaran untuk Kak ros dan anaknya tetapi isteri keduanya, hanya meraikan kegembiraan itu bersama suaminya sahaja.

Bila difikirkan kembali, bagaimana para isteri bisa menerima poligami sedangkan jika suaminya dari awal sudah tidak berlaku adil?

“Sayang…..termenung apa ni?” tanya Adam sambil menggenggam jari jemari Balqis.

“Sayang cuma terfikirkan tentang abang aizat dan isteri-isterinya.” Balqis mengeluh. “Balqis tahu, mungkin agak sukar keluarga abang untuk terima orang lain selain Kak Ros. Tapi hak setiap isteri adalah sama. Balqis harap keluarga abang akan faham.”

“Dengan bantuan Balqis dan keluarga Balqis, abang yakin, keluarga abang akan faham itu,” ujar Adam. “Dari cara Balqis cakap tadi, seolah-olah Balqis tak kisah jika lelaki beristeri dari seorang,” balas Adam.

“Siapalah Balqis untuk mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah.” Balqis tersenyum. “Tetapi secara jujurnya, tak ada seorang wanita didunia ni yang sanggup diduakan. Wanita hanya punya satu cinta dan cinta itu akan diserahkan pada seorang lelaki. Jadi dia juga mengharapkan balasan yang sama.”

Adam hanya mengangguk.

“Rasulullah pernah berkata, ‘Sebaik-baik perempuan yang menghuni syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri firaun’,” sambung Balqis. “Malah, Rasulullah tidak pernah berkahwin lain selama Khadijah menjadi isteri Baginda kerana Baginda tidak mahu hati Khadijah terluka sehinggalah Khadijah wafat. Setelah itu, barulah Baginda beristeri dengan Aisyah dan isteri-isterinya yang lain.” Balqis memandang Adam. “Bukankah itu bukti bahawa hati wanita akan terluka jika suaminya beristeri selainnya?”

Adam mengangguk. Ada benarnya kata-kata Balqis.

“Abang ada niat nak kahwin lain?” usik Balqis. Adam ketawa.

“Adam yang ada sebelah Balqis ni pun susah nak cari Hawanya. Bagaimanalah dia boleh mencari wanita lain?” Memang benar, bertahun-tahun bersendirian kerana tiada siapa yang sudi menerima dirinya dan Husna seadanya, kemudian datang Balqis menyempurnakan hidupnya, bagaimana bisa dia mencari lain selain Balqis?

“Manalah tahu….”

“Selama ni, dunia abang cuma ada Husna sehinggalah Balqis datang dan menyempurnakan semua kekurangan kami. Sehingga akhirnya, keluarga abang dapat menerima abang dan Husna seadanya. Keluarga Balqis merawat Kak Syifa. Dan abang percaya, rumahtangga abang Aizat yang goyah sekarang ni akan dapat bertahan dengan kehadiran Balqis dan keluarga Balqis. Balqis bukan sahaja melengkapkan hidup abang, malah hampir seluruh keluarga abang. Balqis sangat istimewa dalam hidup abang.”

Balqis terharu mendengar kata-kata itu. Bagaikan dia sangat bererti untuk Adam.

“Tapi Balqis takut hati abang berubah.”

“Sayang, dengar sini. Adam ini akan setia pada satu Hawa seperti mana Balqis yang setia pada Sulaiman. Abang nak janji lebih-lebih, tak berani. Manalah tahu, Allah mengubah hati abang. Untuk itu, kita berdua, perlu sama-sama berdoa pada Allah agar rumahtangga kita bahagia hingga ke akhir hayat.”

“Bagaimana Hawa dan Balqis setia pada Adam dan Sulaiman, begitulah yang diinginkan oleh Hawa dan Balqis dari Adam dan Sulaiman.”

“Insya Allah, dengan redhanya Allah pada rumahtangga kita, sepanjang hidup ,Adam Sulaiman akan setia menyintai dan menyayangi Hawa Nur Balqis. Selagi hayat dikandung badan dan dengan izinNYA, abang akan setia pada Hawa dan Balqis yang sama.”

“Terima kasih, abang.”





Aku bersyukur kau di sini kasih

Dikalbuku mengiringi dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati

Dulu ku palingkan diri dari cinta

Hingga kau hadir ubah segalanya

Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku….cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku…

Kau anugerah Yang Maha Rahim

Semoga Allah berkahi kita

Kekasih, penguat jiwaku

Doakan kau dan aku di Jannah

Temukan kekuatanku disisimu

Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

Inilah janjiku kepadamu*

Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku….cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku…

Bersamamu ku sedari inilah cinta

Tiada ragu dengarkanlah

Kidung cintaku yang abadi

Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku….cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku…



****************************************

Selesai……