Wednesday 23 November 2011

Putera Arabku (6)




Sedikit sedutan Putera Arabku bab 6


“Tapi aku ada satu permintaan….” ujar Zack lambat-lambat. “Aku nak tahu tentang seorang pelajar yang bernama Audra Laily binti Hj. Ashaari.” Memang dia khuatir untuk bertanyakan soal itu. Mana tahu Hisyam akan salah sangka padanya. Tapi keinginannya untuk mengenali Audra Laily lebih mengatasi perasaan khuatirnya.

Hisyam diam seketika. Dahinya berkerut. “Dari mana kau kenal dengan pelajar ni? Kenapa dengan dia?” tanya Hisyam pula mula khuatir jika Audra terlibat dalam apa-apa masalah dengan Zack. Atau mungkinkah kebijaksanaan Audra sudah sampai ke telinga Zack?

“Dia pelajar tahun akhir?” tanya Zack kembali. Hisyam mengangguk. “Kalau boleh aku nak kau senaraikan sekali nama dia untuk datang interview.”

Hisyam ketawa kecil. Dia menarik nafas kelegaan. Garis kerisauan mula hilang dari wajahnya. “Macam mana kau boleh kenal dia? Dia ni tersenarai dalam calon pelajar terbaik. Pointer dia selalu tinggi! Kalau kau choose dia……..” tergeleng-geleng kepala Hisyam. “……terbaik!! Always in the top!!”

“Biar betul kau??!!” Dahi Zack sudah berkedut. Gadis yang suka berangan entah apa-apa tu tersenarai dalam calon pelajar terbaik? First place? Macam tak masuk akal je!! “Tak salah kau ni??”

“Audra, she’s the best student in account! For real!!” ujar Hisyam dengan yakin sekali. “By the way, kalau kau tak tahu tentang ni, kenapa kau mahu aku calonkan dia?” Pelik juga, jika Zack tak tahu yang Audra adalah pelajar akaun terbaik, bagaimana dia boleh mengenali Audra?

Zack diam seketika. Berfikir sejenak. Satu pengajaran yang dibelajarnya hari ini. Audra, dia bukan calang-calang gadis. Kalau begitu kata Hisyam, tentu ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Jika tidak tak mungkin dia menjadi terbaik biarpun dia suka berangan. Maknanya, dia seorang gadis yang suka berangan tetapi anganannya tidak pernah tenggelamkan dunia nyata!! “Okey….kalau macam tu, kau tolong uruskan ya. Bila dan di mana interview, aku akan update. Deal?” Soalan Hisyam dibiarkan menyepi.

Deal!!! Aku akan uruskan semuanya.” Terangguk-angguk kepala Hisyam.

“Tapi aku ada satu syarat……!!” ujar Zack sambil memandang Hisyam dengan serius. “Semua pelajar-pelajar tak boleh tahu siapa aku. Tak ada siapa yang akan kenal dengan Tuan Syed Zikri Syed Zarkasyi. Mereka hanya perlu mengenali aku sebagai Zack, orang kanan Tuan Syed!!”

Tercengang Hisyam dengan syarat yang dikenakan. “How come….??!! You’re the famous Tuan Syed!!” Terpinga-pinga Hisyam di situ. “Dalam akhbar, majalah, semuanya ada muka kau!”

“Tak pe….dalam majalah dengan luar tak sama! Pandai-pandailah aku ubah apa-apa yang patut. I’ll change my style!!” Tegas Zack. “Pelajar-pelajar tu tak mungkin akan kenal aku!! And for time being, aku akan batalkan semua fotoshoot dengan majalah dan akhbar!” ujar Zack. “Yang penting, aku mahu mencari pekerja terbaik dan boleh dipercayai!!”

Kini mengertilah Hisyam dengan tujuan Zack. Mungkin dengan menyamar sebagai orang kanan Tuan Syed, dia boleh menyiasat dan mencari pekerja-pekerja yang berpotensi lebih teliti dan bukan pekerja yang hanya suka mencuri tulang.

Tetapi berlainan pula dengan Zack. Dia mahu mengenali siapa Audra Laily yang berjaya membuatkan hari-hari suramnya menjadi ceria. Adakah Audra Laily seorang gadis yang lain dari perempuan yang dikenalinya? Atau adakah dia juga seperti mereka yang hanya mahukannya kerana mahukan kemewahan dunia? Atau mungkin seperti mereka yang tertarik hanya kerana ketampanannya?


Untuk membaca karya ini selanjutnya sila layari:-

Monday 21 November 2011

Saat hati Merelakan





Sedikit sedutan Bab 40....


“QIS!” Terdengar satu suara memanggilnya. Seraya dengan itu bahunya disentuh lembut. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan kelibat Wes di depannya. Pantas dia bangun dan terduduk di atas sofa.

Dia menggosok-gosok matanya. Terasa berat sekali untuk dia membuka mata. Dengan mata yang separuh buka dan separuh sedar dia melirik jam di dinding. Hampir jam tiga pagi. Dia menggosok-gosokkan matanya lagi seperti tidak mempercayai jam itu. Jam masih lagi menunjukkan angka yang sama.

Kerana tidak berpuas hati dia bangun dan mengambil jam tanggannya yang diletakkan di atas meja solek. Memang benar, hampir jam tiga pagi. Tiba-tiba darahnya seakan mendidih. Rasa ngantuknya tiba-tiba hilang.

“Apa hal pagi-pagi buta awak kejutkan saya ni?” dia menahan suaranya.

“Kenapa awak tak kejutkan saya?” tanya Wes.

“Suka hati sayalah nak kejutkan awak ke tak. Kenapa awak tak boleh set alarm sendiri ke pukul berapa yang awak nak bangun?”

“Untuk apa saya set alarm kalau saya dah beristeri.” Wes seakan tidak berpuas hati.

“Awak ingat saya ni kuli awak?!” Qismyna mencekak pinggang.

“Dah tanggungjawab isteri ikut perintah suami. Kalau awak rasa awak tu kuli, kulilah....” Wes tersenyum sinis. Qismyna semakin berang.

“Awak nak saya kejutkan awak supaya kita boleh bertengkar ke?” Qismyna menahan nafasnya yang turun naik. “Kenapa awak suka sakitkan hati saya?”

“Memang saya suka sakitkan hati awak! Kenapa? Tak suka?” Wes menyindir lagi. Qismyna benar-benar terasa hati. Perasaan marah dan benci mula menguasai diri.

Tanpa membidas kata-kata Wes dia terus membaringkan dirinya ke sofa semula lalu menutup mukanya dengan bantal. Wes tidak berpuas hati melihat Qismyna yang tidak memperdulikannya.

Dia menarik bantal Qismyna. Qismyna menarik kembali. Kemudian mereka menarik dan berebut bantal yang satu. Dek kerana geram Qismyna melepaskan bantal itu dan Wes terus terjatuh ke belakang.

Wes mengerang kesakitan sambil memegang belakang pinggangnya. Qismyna mencebik mukanya tanda meluat. Namun dia tidak sampai hati melihat lelaki itu yang sedang menahan kesakitan.

Walaupun tanpa ikhlas dia memimpin Wes ke atas katil dan membaringkan lelaki itu. Kemudian dia mengambil peti kecemasan yang tersimpan di bawah katil lalu mengeluarkan minyak urut.

Setelah dia meminta Wes tidur secara meniarap dan mengangkat sedikit baju, dia terus menyapukan minyak dan mengurut perlahan belakang pinggang lelaki itu.

Wes merasa senang sekali merasa urutan Qismyna. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Terbit rasa gembira di hati.

“Kenapa awak buat macam ni?” tanya Qismyna sambil tangannya masih lagi mengurut lelaki itu. Wes terdiam seketika. Senyuman yang terukir tiba-tiba mati mendengar soalan Qismyna.

“Sebenarnya, saya ada hal nak bincang dengan awak.”

“Hal apa yang penting sampai kena kejutkan saya malam-malam. Kan dah jadi hal bila awak sakit macam ni. Esok saya nak kerja. Nak bangun pagi. Dah lah semalam saya balik lambat. Kenapa dengan awak ni?”

“Yang tu pun awak nak marah ke?” Wes bersuara lantang. Qismyna yang merasa geram, menepuk pinggang Wes yang sakit. Walaupun dia menepuk perlahan namun sudah cukup untuk membuat Wes mengerang kesakitan.

“Awak tak payah nak tinggikan suara! Kalau awak buat macam tu lagi, saya pukul awak!” ugut Qismyna. Wes terdiam. Nampaknya Qismyna mengambil kesempatan atas dirinya. Tak pe.

“Jom kita pindah.” Akhirnya Wes bersuara. Qismyna terlopong.

“Pindah?!” Dia ketawa kelucuan.

“Kenapa awak ketawa?!” Wes merasa geram mendengar tawa itu. “Apa yang kelakar?!”

“Mestilah kelakar.” Qismyna tertawa lagi. “Sedangkan begini pun asyik bertengkar. Inikan pula nak pindah dan hidup berdua.” Tanpa banyak soal dan memperdulikan Wes, Qismyna bangun untuk menyambung tidurnya yang tergendala.

“Nanti dulu. Awak belum dengar penjelasan saya.” Wes cuba untuk bangun, tetapi pinggang sakit membuatkan pergerakannya terbatas. “Qis....” panggilnya. Qismyna yang mendengar hanya membisu dan memekakkan telinga.

Malas dia hendak melayan kerenah Wes. Dia memejamkan mata dan membelakangkan Wes. Wes mendengus geram. Jaga kau!

 
************************************
 
TAJUK KARYA : SAAT HATI MERELAKAN
TERBITAN : FAJAR PAKEER SDN BHD
HARGA : RM20.00

Thursday 17 November 2011

Putera Arabku (5)





Sedikit sedutan bab 5.......

Zack tersenyum sinis. Bukan dia tak sedar sepasang mata itu sedang memerhatikan tingkahnya. “Kenapa pandang macam tu? Apa…… saya dah buat jantung tuan puteri berhenti berdegup?!” usik Zack.

Audra memandang Zack sambil mengecilkan matanya. Wajah Audra merona merah. “Eeiii…..jangan perasanlah!!” Audra mencebik. “Lelaki tak sopan macam awak ni takkan boleh buat jantung saya berhenti berdegup!” Audra melampiaskan marahnya. “Kalau awak nak tahu, jantung saya ni tengah berdegup kencang sebab sikap awak yang tak tahu hormatkan orang lain!”

Zack masih lagi tersenyum melihat wajah yang kemerahan itu. Dia membalas pandangan Audra. Kulit gadis itu memang putih serlah tak hairanlah jika cepat benar wajahnya merah bila marah atau menahan malu. “Baguslah kalau macam tu, tentu jantung awak tengah dup dap…dup dap…kan? Kalau berdegup kuat bukankah itu tanda positif dari awak nak jantung awak berhenti berdegup. Kalau berhenti tak berdegup balik, macam mana?” Zack ketawa

Ketawa Zack itu membuatkan wajah Audra semakin merah. Nampaknya, semua perbualan dia dengan Zaid telah didengar lelaki itu! Pendapat lelaki ni sama pula dengan Zana. Dia tidak maksudkan jantung berhenti berdegup terus! “Awak ni siapa nak ambil tahu hal orang?” Audra mencekak pinggangnya. “Awak curi-curi dengar ye?!”

Hampir sahaja tawa Zack terburai namun sedaya upaya ditahannya. “Pleaselah! Tak de masa saya nak ambil tahu hal budak-budak tak matang ni! Saya dari tadi dah ada kat sini. Baring-baring di sini. Awak dengan kawan awak tu yang mengganggu ketenteraman saya!” balas Zack. “Tapi okeylah jugak, boleh jadi hiburan untuk saya.”

Hah??!! Hiburan?! Melampau!! Audra sudah tercengang kegeraman. Mamat ni melampau sungguh! Lancang betul mulut dia! Berani dia kata Audra budak tak matang! Kesabaran Audra teruji. “Awak ni memang melampau!!”

“Sebenarnya yang melampau di sini, awak dan kawan awak tu,” ujar Zack merujuk pada Audra dan Zaid. “Saya yang datang berehat kat sini dulu. Kamu berdua yang dah ganggu saya.”

“Awak jangan tipu! Dari tadi saya tak nampak awak pun!”

“Awak tak nampak sebab saya baring kat belakang pokok ni.” Zack menunding pada pokok besar di mana mereka berada sekarang. “Tak percaya? Cer tanya pokok ni!” usik Zack lagi.

“Awak ingat saya ni gila macam awak nak tanya kat pokok ni?”

“Eh….mana ada!” ujar Zack. “Saya tak pernah cakap pun yang awak ni gila. Tapi, awak ni memang mereng sikit.” Zack ketawa lagi.

Ini tak boleh jadi ni! Lelaki ni perlu diajar cara menghormati orang lain! Audra berjalan menghampirinya dengan mencekak kedua-dua belah pinggangnya menunjukkan rasa marah. Dua langkah sahaja dengannya Audra berhenti. Melangut Audra memandang lelaki di depannya. Lelaki di depannya memang tinggi!

Zack memandang Audra. Terjungkit-jungkit kening Zack seakan-akan mengusik gadis itu. Kelakar dirasakannya melihat gaya Audra yang begitu. “Agak-agaknya, putera raja mana yang akan jatuh cinta pada puteri yang…….” Zack memandang Audra dari atas ke bawah dan ke atas semula. “…….pendek macam awak ni?”

Mata Audra sudah terjegil besar mendengar kutukan itu. Pendek??!!! Mamat di depannya ni memang kurang makan asam jawa! Berani terang-terangan dia mengata Audra begitu!! Tanpa berfikir panjang, Audra yang dikatakan pendek ni terus melompat lalu menggunakan kepalanya sebagai senjata dan sasarannya adalah hidung mamat tu yang mancung. Lebih kurang macam aksi dalam bola sepak bila player menggunakan kepala untuk menanduk bola. Begitulah Audra membidik hidungnya.

“Auowwhhh……!!!!” Zack yang tidak dapat menjangkakan serangan gadis itu terus terduduk sambil memegang hidungnya yang kesakitan akibat dibidik dengan kuat.

Audra memerhatikan lelaki itu yang sudah terduduk sambil menangkup hidungnya. Tanpa menunggu lebih lama, pantas Audra mencapai beg galasnya dan terus berlari dari situ. Padan muka!!!

“Hei…!!!! Nanti!!!” teriak Zack. Tetapi gadis itu terus berlari tanpa menoleh ke belakang.

Untuk membaca karya ini selanjutnya, sila layari...

http://www.penulisan2u.my/2011/11/novel-putera-arab-ku-5/

Wednesday 2 November 2011

Putera Arabku (4)




Sedikir sedutan Putera Arabku-4


“What??!” Dia tak buat jantung Audra berhenti berdegup.? Benarkah apa yang didengarnya? Sudah berhambur tawa Zaid. Dia ketawa dan terus ketawa sampai mengeluarkan airmata! Sampai sakit perutnya!

Sedangkan Audra pula sudah terasa panas hati dengan tawa Zaid. Kecil saja Zaid dalam pandangannya. Macam nak dilempang je lelaki itu.

“Saya tak buat jantung awak berhenti berdegup?!” Satu lagi tawa besar dilepaskan Zaid.

Audra sudah mencekak pinggang dengan wajah yang menyinga.

Melihatkan reaksi Audra, Zaid cuba mengawal diri. “Opss….sorry…” Audra yang sudah merona merah wajahnya dipandang sekilas. “Jadi, awak mencari lelaki yang boleh buat jantung awak berhenti berdegup?” tanya Zaid yang masih ada sisa senyuman dari wajahnya.

Tahu benar Audra senyuman itu hanyalah kerana Zaid sedang berusaha agar tidak tertawa lagi di depannya.

“Betulkah awak ni? Ke main-main je?” tanya Zaid. Dia ingatkan Audra hanya bergurau. Tak sangka pula Audra benar-benar maksudkannya.

“Tak de maknanya main-main! Serius!” ujar Audra dengan tegas. “Saya bukan setakat mencari lelaki yang boleh buat jantung saya berhenti berdegup! Tapi putera raja…!! Putera raja yang boleh membuatkan jantung saya berhenti berdegup dan kemudian jantung saya akan bergerak laju…..dup dap…dup dap….” ujar Audra lagi sekadar mahu menyakitkan hati Zaid. Sengaja dia meletakkan ‘putera raja’ dalam kata-katanya untuk menyedarkan Zaid yang Zaid langsung tiada dalam senarai pilihannya.

Dalam dunia realiti, tak mungkinlah ada putera raja yang mahukan gadis kampung macamnya. Tentang itu, Audra masih sedar diri. Tapi yang peliknya, mengapa tiba-tiba Zaid diam membisu. Sangkanya Zaid akan ketawakannya seperti tadi. Terasakah zaid dengan kata-katanya? Rasa bersalah pula timbul untuk orang yang telah berbuat baik padanya.

“Saya ingatkan nak kahwin dengan Putera William, tapi dia pulak dah kahwin dengan Kate!” gurau Audra apabila melihat kebisuan Zaid.

Zaid memandang Audra lalu tersenyum. “Okey……” Zaid mencapai beg galasnya. “Kalau itu yang awak cari, saya harap…..” Zaid menarik nafas panjang. Audra dipandangnya. “……saya harap awak akan berjumpa dengan putera raja yang boleh buat jantung awak berhenti berdegup!”


utk cerita sepenuhnya, sila klik:-


Cintai Aku Seadanya







2011

Sambil membawa fail yang bertingkat di tangan aku berjalan keluar dari ruangan fail menuju ke mejaku. Sampai sahaja di depan meja, kaki aku terhenti bila mata aku memandang esuatu yang berkilau dan bewarna merah di letakkan di tengah meja. Fail-fail ditangan ku letakkan di sebelah. Aku mencapai kaca berbentuk hati yang bewarna merah itu. siapa pula yang letak benda ni?

“Hi darling?” Aku memandang Pardip Singh yang tiba-tiba berdiri di depan. “You suka? Itu khas untuk you tau!” ujarnya.

Persoalan hati aku sudah berjawab. Aku mengerling Pardip Singh. AKu menarik kerusi dan duduk. Aku tak membari balasan pada kata-katanya. Sengaja aku mengerlingnya tajam. Padahal aku sudah mahu ketawa melihat wajahnya yang seolah-olah menagih simpati.

“Ayo darling! I bagi hadiah pun you marah sama I!”

I bukan marah dengan you lah!” Aku pandang dia semula. “You kalau buat baik dengan I ni mesti nak apa-apa, kan?” Aku menyerkap jarang. Tapi aku yakin firasat aku benar. Faham betul aku dengan perangai Pardip Singh ni.

“Hahaha…..sudah tiga tahun kerja dengan you, you sudah tahu perangai I!” Dia ketawa besar. Aku tersenyum. “You tahu kan hari ni hari apa, darling?”

I tak tahu!” Usik ku. Tanggal 16 Disember memang cukup aku ingat walaupun tanggal ini tidak ada apa-apa makna buat aku. Tapi tanggal ini begitu bermakna untuk Pardip Singh, teman kerjaku. Hari ini adalah hari ulangtahun perkenalannya dengan teman wanitanya.

“Sampai hati you darling….” Pardip Singh pura-pura merajuk.

“jangan panggil I, darling boleh tak? Geli tau!” Aku mengerutkan keningku. Pardip Singh hanya tersengih. Dia mengenyit matanya pada aku. “Yelah….yelah….pergilah…pergilah….” Aku membenarkan juga Pardip Singh keluar untuk menyambut ulangtahun perkenalan mereka. Wajah Pardip Singh terus berseri-seri. Senyumannya lebar terbuka.

“Thank you, darling!” Dia terus terbangun untuk keluar dari unit data. Sampai di depan pintu dia menoleh memandang aku semula. “tolong cover I, okey! Balik nanti I bawakan you mee goreng mamak punya!” Dia terus lesap dari pandangan. Aku hanya tersenyum. Walaupun adakalanya Pardip Singh ni menyakitkan hati, tapi dia tak pernah lupa kesukaan aku.

Aku mengambil kaca merah berbentuk hati yang diberikan pardip singh. Terus terbayang keceriaan lelaki berketurunan singh itu dimataku. Tentu dia sedang berbahagia dengan kekasih hatinya. Aku mengeluh pula bila terkenangkan hati ini.

Sampai saat ini aku masih belum berani untuk belajar mencintai dan dicintai. Sungguh, cintaku hanya satu dan akan ku serahkan cintaku itu untuk orang-orang yang benar-benar layak dan menerima siapa diri ini seadanya.

Satu ketukan di cermin unit data membuatkan aku berpaling pada susuk tubuh seorang lelaki yang segak bersama kot hitamnya. Aiman, teman sepejabat itu tersenyum. Aku membalas senyumannya sambil menganggukkan sedikit kepala.

“Sufi dah makan pagi?” tanyanya.

“Dah Aiman,” ujarku.

“Owh….” Ada riak kecewa di wajahnya. “tak pelah, saya baru ingat nak ajak Sufi keluar makan.” Aku hanya tersenyum. Nampaknya Aiman tak pernah berputus asa untuk mendekatiku. “Mungkin lain kali agaknya.” Aku masih tersenyum. Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. “sufi nampak cantik hari ni,” Aiman berlalu pergi. Itulah buahnya setiap kali berjumpa dengan aku.

Cantik??? Itu yang membuatkan aku takut untuk memberi hati aku pada lelaki. Aku takut jika aku tersalah beri hatiku yang satu ini pada lelaki yang hanya menilai aku dari luaran. Aku tak perlukan lelaki yang menilai aku dari parasku sahaja kerana aku mahu lelaki itu menerima diri ini seadanya. Bukan kerana rupaku!

Dulu, aku pernah memberikan hati ini pada seorang lelaki atau mungkin lebih tepat aku katakan, seorang teman rapatku. Sayangnya, dia menolak cintaku kerana menilai aku dari luaranku. Aku yang dulu, dan aku yang sekarang memang jauh berbeza. Dulu, tak ada seorang lelaki pun yang mahu memandang aku apatah lagi memuji, jauh sekali. Tapi sekarang, ada sahaja pujian yang akan dilemparkan.



Awak cantik hari ni…….

Sweetlah awak ni…..

Baju ni sesuai dengan awak. Awak nampak lagi cantik!



Itulah antara pujian yang biasa aku terima. Malah, ramai juga lelaki yang mahu berkenalan denganku sedangkan sebelumnya, sebelah mata pun mereka tak mahu menoleh padaku.

Aku memusing-musing lagi kaca hati merah itu. Aku hanya akan memberikan cintaku yang satu untuk si dia yang sudi menyintai aku dengan seadanya! Yang mencintai aku bukan kerana rupa!

Aku menyambung semula kerja-kerjaku yang tertangguh. Kaca hati merah itu aku letakkan di atas CPU. Aku sudah malas mahu memikirkan soal hati lagi. Biarlah Allah yang menentukan segalanya.

Rutin harian ku dipejabat tetap penuh seperti selalu. Hingga adakalanya, aku terlupa untuk makan tengahari. Tetapi hari ini perut ku sudah memberi isyarat lebih awal tanpa aku menjeling jam ditangan. Dek kerana perut yang sudah menggelodak ini, aku putuskan untuk berhenti kerja seketika dan mengisi perut ku dengan secawan milo. Lagipun, waktu makan tengahari masih awal satu jam.

Aku menyusun fail-fail di hujung meja sebentar. Kemudian aku bangun dan mendekari mesin fax untuk mengambil semua dokumen yang baru masuk. Entah kenapa aku terasa seperti diri aku sedang diperhatikan. Sedangkan ketika itu, aku hanya sendirian di unit data.

Aku memandang sekitarku. Bila sahaja pandanganku menoleh ke belakang, aku melihat ada sekujur tubuh sedang memerhatikan aku. Aku memandang lelaki itu semula lalu mengukirkan senyuman. Lelaki yang berbaju T kuning dan berjeans biru dan mengenakan topi di kepalanya hanya memandang aku tanpa membalas senyuman yang aku lemparkan. Sehinggakan senyuman aku menjadi ketat semula. Terasa malulah pula bila kita melemparkan senyuman ikhlas tetapi tidak dihargai.

Aku berpaling semula ke mesin fax. Aku tahu lelaki itu masih terus memandang aku. Bayangnya nampak jelas sekali dari biasan cermin di unit data. Walaupun aku membelakangkannya, aku masih boleh melihat dia.

Beberapa saat berlalu dan lelaki itu masih seperti itu. berdiri tegak dan memandang terus pada aku. Aku mula menjadi cuak dengan perlakuannya. Aku berpaling semula dan memandangnya. Mungkin aku perlu bertanya keperluan apa lelaki itu di sini. Mungkin juga dia mahu berjumpa dengan staff yang ada di sini atau mungkin dia memerlukan bantuan.

Aku sudah mahu membuka mulut dan bertanya, namun aku mula terfikir. Jika lelaki itu mahukan apa-apa tentu dia akan bertanya di kaunter depan. Jika lelaki itu sudah masuk hingga ke dalam pejabat begini, sudah tentu dia telah dilayan sebentar tadi.

Aku membalas renungan lelaki itu yang tidak lepa memandang aku. Aku rasa, aku pernah melihat lelaki ini. Sepasang matanya yang merenung tajam itu membuatkan aku teringat pada seseorang. Bentuk wajahnya yang tirus. Aku cuba mengamati betul-betul wajah di depanku.

“Ya Allah! Mukhriz!” Aku baru teringat seraut wajah yang sudah lama tidak aku temui. Walaupun wajahnya sudah jauh berubah dan ditumbuhi rerambut halus di sekitar wajahnya, namun aku masih ingat wajah itu. Lelaki yang sudah sepuluh tahun tidak ku lihat, sudah semakin banyak perubahannya. Perubahan yang menunjukkan kematangan usianya.

Mata kami terus bertentangan. Aku mula tertanya. Kenapa dia terus memandang aku? Adakah dia masih ingat pada aku? Mustahil! Rata-rata teman lama yang aku jumpa kesemuanya tidak mengenali aku kerana perubahan penampilan aku yang jauh berlainan. Setelah aku mengenalkan diriku, barulah mereka mengimbas diri ini kembali. Aku yakin, lelaki di depanku di saat ini juga tidak mengecam aku. Mungkin dia memandang aku kerana tertarik dengan penampilan aku seperti mana lelaki lain.

Aku menjelingnya sekilas lalu kembali menoleh menyambung kerja-kerjaku. Tiba-tiba, aku teringat semula tujuan asalku untuk ke pantri. Tapi, kalau aku nak ke pantri aku perlu melalui Mukhriz. Ah…biarkan sajalah dia! Bukan dia kenal aku pun!

Aku membuka pintu berjalan keluar dari unit data. Tanpa memandang susuk tubuh yang masik tegak berdiri di depan unit data itu, aku terus berjalan sehingga melepasi tubuh itu. Lebih kurang lapan langkah aku melepasi Mukhriz, aku dengar suara yang amat aku kenali itu.

“Sufi…..” Langkah kaki aku automatik terhenti. Benarkah pendengaran aku? Dia memanggil namaku? Kenal lagikah dia dengan aku? Dada aku terus berdegup kencang. Aku menoleh ke belakang. Mukhriz memandang aku. Benar, sepasang matanya masih terus menangkap wajah ini. Aku menelan air liurku.

“Sufi….” Sekali lagi aku mendengar suaranya memanggil namaku.

Tiba-tiba sahaja ku mahu menangis. Sebak dada ini. Tapi aku tak tahu kenapa aku merasakan sebak di dada. Adakah perasaan ini kerana terharu yang dia masih mengenali aku walaupun aku sudah jauh berbeza dari dulu. Atau adakah perasaan ini timbul kerana aku mula terimbas kenangan lalu bersamanya?

Aku terus terpaku di situ. Tubuh aku terasa kaku. Hendak melangkah pergi sahaja seakan tidak mampu. Kami terus berbalas pandangan. Akhirnya, aku menarik nafas panjang dan cuba menyelitkan nasihat untuk diri ini.

Come on Sufi! Jangan hanya berdiri! Kau hanya memalukan diri kau sendiri sahaja!

Mendengar sahaja bisikan hatiku, aku berpusing untuk pergi.

“Tunggu Sufi!” Mukhriz terus menghampiri ku dan berdiri di depanku.

Melihatkan tubuhnya yang sudah terpacak di depanku, aku kembli berpusing dan masuk ke dalam unit data.

“Sufi….” Sekali lagi dia menyebut namaku dan ingin mengekoriku masuk ke dalam unit data.

“Maaf, Encik. Encik tak dibenarkan masuk ke dalam bilik ini. Bilik ini sulit untuk pengunjung yang bukan kakitangan.”

“Sufi….saya perlu bercakap dengan awak.”

“Maaf, saya tak kenal awak!” Aku pura-pura tidak mengenalinya.

“Awak kenal saya lebih dari yang awak tahu!”

Aku terkedu sekejap. Bahasa apa yang digunakan Mukhriz. Aku lebih mengenalinya dari apa yang aku tahu? Tak masuk akal!

“Saya perlu berjumpa dengan awak!”

Aku diam seketika. Rasanya aku tak perlu berpura-pura yang aku tidak mengenalinya. Aku bukanlah pelakon yang baik! Lebih baik aku berterus terang sahaja dengan dia.

“Seseorang pernah berkata pada saya, seorang sahabat yang baik takkan pernah melepaskan tangan sahabatnya biar dalam keadaan apa pun. Andai kata sahabatnya itu jatuh ke dalam jurang yang dalam, dia sebagai sahabat perlu memegang tangan sahabatnya itu dan menariknya dari terus jatuh ke dalam jurang yang lebih dalam,” ujarku tanpa sedikit pun memandang wajahnya. “Apa yang awak lakukan pada saya, menunjukkan sebaliknya.”

“Maafkan saya, Sufi. Berilah ruang pada saya untuk perbetulkan semula keadaan.”

“Tak de apa yang perlu dibetulkan. Apa saja yang berlaku sudah terletak pada tempat yang betul! Saya dengan kehidupan saya. Awak dengan kehidupan awak. No heart feeling dan jauh dari rasa dendam!”

“Okey….kalau awak rasa masa lalu tak perlu diungkit, boleh tak kita mulakan hari yang baru dengan hubungan yang baru?”

“Nantilah saya fikirkan. Lagipun, buat masa sekarang ni saya tak berminat nak jalin apa-apa hubungan baru biarpun hanya sebagai kawan.”

“Please….Sufi…” rayunya. Aku memandangnya.

“Insya Allah….” Ujarku kemudian.

“Awak tentu tengah sibukkan sekarang? Bila kita boleh jumpa?”

“Insya Allah…tengoklah…”

“Pleasa, Sufi…”

“Kan saya cakap, Insya Allah. Kalau Allah izinkan kita akan jumpa!”

“Tapi saya tak lama kat sini. Saya balik sini sebab ada urusan kerja. Saya akan balik semula ke Brazil.”

Aku terdiam seketika. Mukhriz sudah berhijarah ke Brazil? Patutlah ramai kawan-kawan yang tidak tahu tentang dirinya lagi. Sepuluh tahun yang berlalu terlalu banyak mengubah segala-galanya. Perjalanan hidup aku dan kawan-kawan yang pernah singgah dalam kehidupan ini.

“Insya Allah….saya tak janji. Kalau Allah izinkan, kita akan jumpa. Tapi bukan dalam waktu ini!” Tegas ku. Mustakim terdiam.

******************************************



SEPULUH TAHUN LALU………………….



Aku mengenakan T-shirt hitam dan jeans biru lusuh bersama topi di kepala. Memang cara aku berpakaian begitu. Dari kecil, belum pernah aku mengenakan baju kurung, kecuali pada pagi hari raya. Selebihnya, aku lebih selesa berpakaian seperti lelaki. Rambut aku juga dikikis pendek. Aku selesa dengan keadaan begitu walaupun berbuih mulut mak dan akak nasihatkan aku.

Aku juga menjadi ‘tanda pangkah’ pada guru-guru di sekolah. Berlebih-lebih lagi uztazah dan ustaz. Maklumlah, mana ada pelajar perempuan di sekolah yang berkelakuan seperti aku. Sebab itulah aku ni hanya dipandang sinis dari kalangan guru.

Tabiat aku yang kasar dan suka berpakaian seperti lelaki bukan sengaja dibuat-buat. Sememangnya dari kecil beginilah tabiat aku. Mak sendiri pernah bercerita pada aku. Sejak aku berusia dua tahun, aku sudah pandai demand dalam soal berpakaian. Kalau dipakaikan gaun, aku akan meraung sekuat-kuatnya sampaikan arwah abah terpaksa juga membenarkan mak menukar pakaianku.

Menurut mak, setelah kelahiran akak, mak dan abah teringin sangat untuk dapatkan anak lelaki. Ketika mak mengandungkan aku, tak henti-henti mak dan abah berdoa agar anak kedua yang bakal dilahirkan adalah lelaki. Tapi sayangnya, setelah aku dilahirkan, aku tak dilahirkan sebagai lelaki tetapi perempuan. Yang lebih menyedihkan, sifat aku lebih ketara pada lelaki berbanding fizikalku.

Walaupun abah dan mak sedikit kecewa kerana aku lahir sebagai perempuan, abah dan mak tak pernah membesarkan aku sebagai lelaki. Tetapi sifat itu muncul sendiri dari usiaku dua tahun lagi.

Bila arwah abah meninggal ketika usiaku dua belas tahun, sikap kasarku semakin menjadi-jadi. Bukan sengaja aku nak berlagak seperti lelaki. Tetapi bila melihat akak yang selalu diusik oleh pelajar lelaki, aku rasa keluarga kami perlukan sedikit perlindungan apatah lagi bila arwah abah dah tak ada. Jadi, aku yang sudah sedia kasar, semakin menguatkan diri agar dapat melindungi akak dan mak.

“Adik nak ke mana ni?” Satu suara halus muncul ketika aku sedang menghadap cermin dan mengenakan topi kesukaan aku.

“Adik nak keluar kejap. Lepak dengan geng…” Selamba sahaja aku berkata.

“Akak nak minta tolong sikit boleh?”

“Ada apa kak?” Aku mula penasaran bila mendengar suara akak seperti dalam masalah. Akak aku ni, usianya hanya setahun lebih tua dari aku. Berbanding dengan aku, akak memang ayu, lemah lembut dan feminine. Siap bertudung litup lagi. Kalau berdiri sebelah dengan akak, mesti orang tak percaya aku ni adik dia.

“Ni hah…..adik bacalah…” Akak menyerahkan sepucuk sampul biru.

Aku pun membaca isi kandungan warkah cinta dari seorang senior bernama, firoz. Satu lagi surat cinta untuk akak. Akak aku ni memang ramai sangat peminatnya. Sebab tulah, aku sebagai adik harus menjaga dia dari lelaki-lelaki buaya darat ni.

“Dia kacau akak?” Aku sudah mengepal-ngepal penumbuk aku.

“Tak…..Tapi masuk ni dah banyak kali dia bagi surat cinta kat akak.” Akak hanya tunduk.

“Habis tu, akak nak adik buat apa?”

“Tak payahlah buat apa. Cuma, akak rasa kurang selesalah dengan surat-surat dia.”

“Tak pelah. Biar adik settle hal ni!” Itulah tugas aku. Menjaga keselamatan keluarga, lebih-lebih lagi akak aku seorang ni.

“Adik nak buat apa dengan dia?” akak sudah khuatir dengan tindakan yang bakal aku ambil.

“Akak janganlah risau. Tahulah adik nak buat apa,” aku tenangkan akak. Lagipun, aku ni bukanlah berani sangat nak henyak-henyak orang ni. Habis kuat pun, geng aku yang akan handle.

“Jangan buat benda yang bukan-bukan. Firoz tu senior kita. Dia pun banyak kawan. Karang, adik pulak jadi mangsa dia.”

“Kan adik dah cakap, akak jangan risau. Nanti adik minta tolong dengan Mukhriz.”

Mukhriz adalah teman baik aku. Kami sudah berkawan dari sekolah rendah lagi. Apa saja yang aku lakukan, pasti bersama dengan Mukhriz. Apatah lagi kalau berkaitan dengan hal keluarga aku, Mukhriz selalu menolong sampai aku pernah merasakan yang Mukhriz pasti menaruh hati pada akak sebab tulah dia rajin sangat bantu aku menjaga keluarga. Tapi rupanya tidak. Tapi kalau dia sukakan akak, aku tak kisah sebab Mukhriz baik. Sesuai sangat dengan akak. Sayangnya, akak pun tak de perasaan pada Mukhriz. Tak pelah…..

**********************************************



2011



“Darling!!!” Pardip Singh dengan sengihan yang tak lekang-lekang dari bibirnya terus mendekati aku. Seri wajahnya yang baru pulang dari berjumpa dengan kekasih hati, masih jelas diwajah.

“Macam mana dating?”

“Banyak happy! What a wonderful day!”

Aku mengherotkan bibir. Dia yang dapat ‘wonderful day’. Aku kat sini? Bukannya dapat wonderful day! Tapi pain day! Tambah-tambah bila berjumpa dengan Mukhriz tadi. Bila mengingatkan Mukhriz, aku tak sangka yang dia masih kenal dengan wajah aku walaupun aku sudah jauh berbeza. Macam tak percaya.

“Ayo adik manis! Apa pasal you termenung?” Pardip Singh ketawa. “Itulah, you ni suka jual mahal. Dalam ofis kita ni saja ada dua orang yang suka sama you. Tapi, you tak layan!”

I tak minatlah!”

“Love is beautiful….You should try to love someone, dear. Then, you will feel like…..” Pardip Singh mendepakan tangannya. “ Flying without wings!”

Aku hanya memandang kelakuannya dengan hati yang berbelah bahagi. Rasa nak ketawa pun ada, tapi geram juga dengan mamat singh depan aku ni!

“Hmmm…..sudah-sudahlah tu Pardip! Mana mee mamak I? I dah lapar ni!” Perut aku yang dah berkeroncong sekali gus mengingatkan tentang mee goreng mamak yang dia janji nak belikan aku tadi.

“Ayo Sufi!!! Saya sudah terlupalah……hehehe……Jangan marah hah!” Ada riak bersalah dari ketawa kecilnya itu.

Aku menghembuskan nafas kecewa. Aku baru saja bermimpi makan mee goreng mamak. Terpaksalah aku keluar cari makan memandangkan aku belum makan apa-apa dari pagi tadi.

“Disebabkan you tak belikan I makan, I nak you pulak cover I. I nak keluar, cari makan. Lapar tau!!”

“Okey adik manis….” Dia mengukirkan senyuman lebar. Lega barangkali sebab aku tak menyinga padanya.



Keluar sahaja dari bangunan pejabat, aku mula terasa ada gerak kaki yang mengekori aku dari pintu utama. Aku nak pandang belakang, tak berani. Kalau benar ada orang yang mengekori aku, tentu masalah bagi aku bila dia tahu yang aku sedar diriku sedang diekori. Mujurlah kawasan sekitar ada ramai pejalan kaki yang melalui kawasan itu.

Aku meneruskan langkah dengan perlahan menuju ke restoran yang paling dekat. Sampai di satu bangunan yang bercermin hitam, aku mengambil kesempatan untuk melihat susuk yang mengekori aku melalui cermin gelap itu.

“Mukhriz?!” Terus langkah aku terhenti. Aku berpaling ke belakang. Memang benar, Mukhriz sedang mengekori aku.

Dengan perasaan marah, aku mendekati Mukhriz. Tiga langkah dari dia, aku berhenti dan merenung matanya dengan tajam. Dia juga membalas pandangan mataku.

“kenapa awak ikut saya?”

“Saya nak jumpa awak.”

“Kan saya dah kata, Insya Allah, nanti kita jumpa!”

“Saya faham! Dan sekarang, anggaplah kita berjumpa sekarang kerana Allah mengizinkan. Kalau tak, kita takkan jumpa, kan?”

Pandainya dia buat ayat selamat! Malas aku nak layan! So, aku pun terus masuk ke dalam restoran. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan aku. Aku hanya menjeling dia sekilas.

“Mahu makan apa? Minum?” tanya seorang pelayan restoran.

“Menu apa yang paling istimewa?” tanya Mukhriz.

“Encik nak western food atau local?”

“Ada masakan kampung?” tanya Mukhriz.

Aku hendak ketawa mendengar pertanyaannya. Nampak benar yang dia terlalu rindukan masakan Melayu.

“Nasi putih dua pinggan, bawakan ulam untuk dua orang makan. Telur dadar special. Bawal goreng. Kalau ada masak asam, bawakan sekali ya.” Akhirnya, aku yang tolong pesan makan untuk kami berdua.

“Minum cik?”

“Bawa air suam je.” Pelayan itu mengangguk lalu pergi. “Tak kisahkan kalau minum air suam?” Seingat aku, Mukhrizlah yang paling liat nak minum air kosong. Hari-hari air manis saja yang diteguknya.

“Tak pe…..saya dah biasa. Kalau dulu, lainlah….” Ujarnya. “terima kasih ya sebab pesankan untuk saya sekali.”

Aku hanya membisu. Sungguh, aku tak tahu untuk berbual apa dengan Mukhriz.

“Awak nampak lain sangat! Saya hampir saja tak kenal dengan awak,” ujarnya.

“Saya tak sangka awak boleh cam saya dengan penampilan sebegini,” balas aku kembali. “Kebanyakan kawan-kawan lama, semuanya tak camkan saya. Bila saya kenalkan diri, barulah mereka cam.”

Aku dapat menangkap anak matanya yang memerhatikan tudung yang menutupi rambut dan sebahagian dadaku. Satu perasaan malu mula terbit dalam diri.

“Awak cantik bila bertudung.” Aku hanya mampu tersenyum. Cantik? Aku fobia mendengar perkataan itu. mungkin bagi setengah wanita, ramai yang suka dikatakan cantik. Ya, secara jujurnya, siapa yang tak suka bila dipuji begitu, kan? Tapi pujian ini semakin lama semakin menyesakkan dadaku. Apa hanya cantik sahajakah yang dipandang seorang lelaki?

“saya tertanya, kalau saya masih seperti dulu…..” Aku memandang dia. “Maksud saya, jika saya masih saya yang dulu, nak ke awak tegur saya macam sekarang ni?”

“Kenapa tidak? Ada masalah besarkah antara awak sekarang dan awak dulu?”

“terlalu banyak bezanya Mukhriz. Saya dulu, adalah saya yang ditinggalkan….” Aku terus memandangnya tajam. Walaupun aku tak menjelaskan perasaan sebenar aku, aku berharap dia dapat membacanya melalui pandangan mataku.

Ada satu keluhan yang keluar dari bibirnya. Mungkinkah dia masih ingat peristiwa yang lalu? Peristiwa yang akhirnya membuatkan dia meninggalkan aku sedangkan tatkala itu tangan ku tarkapai-kapai menunggu huluran tangannya.

“maafkan saya. Saya tahu saya bersalah pada awak. Saya balik semula ke Malaysia, semata-mata nak cari awak.”

Satu kenyataan yang jauh benar dari firasat aku.

“Untuk apa awak cari saya?”

“Sepuluh tahun berlalu, saya cuba melupakan awak. Tapi awak begitu dekat di hati saya hingga kenangan bersama tak dapat saya lupakan.”

Benarkah apa yang aku dengar? Kenyataan yang dikeluarkan sekarang, begitu jauh dari apa yang berlaku sepuluh tahun lalu.

********************************************



SEPULUH TAHUN LALU………….



“Mana Mukhriz?” Aku bengang betul dengan Mukhriz. Dia ni memang susah sangat nak menepati janji. Apatah lagi berkaitan dengan masa. Kalau janji jam tiga petang, tiga setengah baru nampak muka dia.

“Biasalah! Kau macam tak kenal dengan Mukhriz tu!” ujar Roslan membalas pertanyaan aku.

“Hello guys!!!” Tiba-tiba sahaja muncul Mukhriz. Terus dia menapak tangan kanannya atas bahu aku.

“Hello….not all guys here, okay!” ujar aku dengan merujuk diriku satu-satunya bunga yang ada dikalangan kumbang di situ.

“Eh, perempuan ke?” usiknya. Aku terus memukul pipinya dengan surat cinta milik akak yang aku bawa.

“Ni surat apa ni?” dia terus menarik dari tangan aku.

“Akak….dapat surat cinta lagi!” ujar aku lalu duduk di anak-anak tangga di padang.

“Dari siapa pulak kali ni?” Laju sahaja pertanyaan Mukhriz.

“Dari kawan sekelas kaulah, Firoz!”

“Firoz?!” Ekspresi terkejut ditonjolkan.

“Kau ni macam tak tahu je yang Firoz tu dah lama syok dekat kakak aku?!”

“Tahu! Tapi aku tak tahu pulak dia tu jiwang! Siap tulis surat cinta lagi!!”

“Ini bukan kali pertama dia bagi surat dekat akak aku tahu! Dah banyak kali!”

“Iyakah? Apasal sebelum ni kau tak pernah beritahu aku?”

“Aku pun baru tahu ….” Aku mencebikkan bibir.

“So, kau nak aku buat apa?” Mukhriz sudah melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Kalau boleh, aku nak kau nasihat sikit dengan kawan kau tu. Aku tak sukalah dia asyik kacau kakak aku! Kakak aku tu tak minat nak bercinta-cinta buat masa ni. Lagipun, dia tu langsung tak layak dengan kakak aku tahu! Dia tu kasar, sombong, perasan handsome! Mentang-mentanglah anak datuk! Kakak aku pulak, wanita Melatu terakhir. Lemah lembut, sopan santun, penyayang.” Aku mula terbayangkan watak akak yang tak ubah bak puteri-puteri dalam cerita dongeng.

“Hmmm betullah…..! Kakak kau tu memang perempuan sejati. Tapi hairannya, kenapa kau macam ni?”

Aku terus pandang pada Mukhriz. Roslan dan teman-teman yang lain sudah ketawakan aku. Makin merahlah muka aku ni!

“Kau jangan nak mengutuk aku tau! Mak aku dan akak aku tu,kan wanita sejati! Jadi, aku perlulah jadi macam ni. Jadi kuat!! Kalau tak siapa nak jaga diorang tu? Lainlah kalau arwah abah aku ada lagi!”

“Hello kawan, aku kenal dengan kau dari kecil lagi tau! Masa arwah abah kau ada, kau tu macam ni jugak! Nak-nak bila arwah abah kau dah tak de! Lagi menjadi-jadi kau ni!” Mukhriz melambai-lambai tangannya di depan muka aku seolah-olah menyuruh aku sedar diri! Tak guna betul!

“Kau ni dah melampau ni!! Aku datang sini nak minta tolong kau settle masalah kakak aku! Ni terang-terang kau kutuk aku pulak!!” Walaupun aku kasar dan sikit pun tak macam perempuan, tapi aku masih ada sifat malu. Kutukan dia di depan kawan-kawan lain tatkala ini memang memalukan aku. Apalagi bila aku dijadikan bahan ketawa mereka.

“Kitorang semua ni….” Mukhriz menunjukkan dirinya dan kawan-kawan yang lain. “…..sayang dengan kau!”

“Kalau sayang kenapa kutuk aku?”

“Kau dengar sini Sufi……cuba kau berdiri sebelah kakak kau…..bandingkan kau dengan dia! Sepatutnya kau jadi macam dia. Barulah ada lelaki yang nak kat kau. Kalau kau terus macam ni, siapa yang nak dekat kau nanti? Betul tak?” tanya Mukhriz. Kawan-kawan yang lain mengiakan kata-katanya.

“Ini pun dah kira baik kitorang ni semua nak jadi kawan kau! Kalau tak kitorang, ada ke orang nak kawan dengan kau? Kawan pompuan pun kau tak de!” sampuk Karim pulak.

“Korang cakap ni macam nak suruh aku keluar dari geng ni je?!” Hangat sungguh hati aku ni!

“Bukan macam tu!” Mukhriz bersuara kembali. “Kitorang cuma nasihat je. Kang tak deorang nak kahwin dengan kau, baru tahu!”

“Aku? Kahwin?!” Tergelak besar aku kat situ. Diorang semua tengok je aku yang berdekeh-dekeh ketawa. “Adakah lelaki yang nak kat aku?”

“Itulah pasal dia!! Sebab tulah kitorang nak kau berubah!!”

Aku berdiri. Aku paling tak suka kalau ada orang suruh aku berubah. Aku adalah aku!! Kenapa aku perlu jadi orang lain?

“Aku, sejak azali lagi memang dah macam ni! Aku tak retilah nak pakai macam awek-awek korang tu pakai! Lagipun, aku tak pernah ada hati nak kahwin pun!! Eeii…geli geleman!”

“Kau tak nak kahwin?!” tergeleng-geleng kepala Roslan. “Suka hati kau lah. Karang bila kitorang semua dah kahwin, tinggallah kau sorang-sorang!”

“Ish mana ada!! Mukhriz kan ada!” Aku tersenyum-senyum kat Mukhriz. Kenapa pulak nak kena risau, sedangkan Mukhriz pun sama je macam aku. Dia bukannya ada awek. Lainlah geng-geng yang lain. Masing-masing dah ada buah hati.

“Aku pulak?” Mukhriz mendekati aku. “Buat masa sekarang ni memanglah aku solo sebab belum ada lagi perempuan yang dapat mencuri hati aku…..”

“eleh….tak de perempuan dapat mencuri hati kau konon….” Aku mencebik. “Engkau tu yang tak de pompuan nak!” Aku ketawa. Rasanya belum pernah aku dengar ada mana-mana awek yang tangkap cintan dengan Mukhriz ni!

“Eh, kalau ada awek yang tangkap cintan dengan aku, takkan aku nak kena bagitahu kau kot?” Mukhriz sudah menjeling. Marahlah tu dengan sindiran aku. Tapi kemudian dia tersenyum.

“Kenapa pulak kau senyum-senyum ni? Dah buang tebiat?”

“Hmmmm sebenarnya……” Mukhriz diam semula. Dia pandang kami semua. “Ini rahsia!! Antara aku dengan Sufi je!!” Terus dia tarik tangan aku dan membawa pergi jauh dari geng yang lain.

“Apahal kau ni? Sampai nak kena lari dari kawan-kawan ni!” I smell something fishy here! Mesti rahsia besar ni!

“Kau kenal tak sorang awek yang baru masuk kolej kita ni?” tanya Mukhriz dengan riak yang sangat…….teruja!! Aku mengecilkan mataku, sedang berfikir.

“Siapa?”

“Inilah yang aku nak cerita ni. First time aku tengok dia….terus aku rasa macam…….” Dia tersengih lagi. “Aku rasa, hati aku dah dicuri.”

“Siapa pompuan tu?”

“Aku belum kenal lagilah. Nama pun aku tak tahu…..Kau tolong aku ek?” Beriya-iya benar nampaknya kawan aku sorang ni. Rasa macam tak percaya pulak dia dah jatuh cinta. Tapi rasa kelakarlah pulak!

“Kenapa aku?”

“Kau saja yang boleh tolong aku! Please…please….”



“Itulah…..” Mukhriz menunjukkan pada seseorang. Dari jauh aku cuba mengintai gadis yang mula menjadi perhatian Mukhriz. Orangnya, kecil molek, bertudung, tapi aku tak dapat melihat wajahnya dengan jelas. Hanya dari sisi sahaja aku melihat.

“Kau cubalah dekat dengan dia!” Mukhriz mencuit aku.

“Ish!!!! Seganlah aku! Kenal pun tidak! Kau pergilah sendiri!”

“Aku lagilah segan. Akukan lelaki?! Lainlah kau, kau tu ……..” dia pandang aku atas bawah. Faham benar aku dengan pandangan dia tu. Dia nak kata aku ni perempuan, tapi bila pandang aku, tak jadi nak mengaku aku ni perempuan.

“Tu mulalah nak kutuk aku…!!!”

“Eh…tak! Bukan!!!” Dia menafikan walaupun aku apa yang mahu dikatakan sebentar tadi. “Sorrylah Sufi..... Cuba kau tengok dia. Perhati dia betul-betul…..”

Walaupun ada sedikit marah dengan Mukhriz dan rasa macam nak pergi je dari situ aku tetap pandang budak perempuan tu.

“Perhatikan pada keayuannya…..kelembutan tingkah lakunya…….senyuman manisnya…….betul-betul wanita melayu terakhir….”

Ya benar kata-kata Mukhriz. Pandangan pertama sahaja, gadis itu tampak cukup sempurna. Terkenang pulak aku pada akak yang juga lemah lembut ala-ala begitu. Aku ingatkan Mukhriz tak sukakan wanita sejati macam tu, sebab dia langsung tak tertarik dengan akak. Jadi, aku ingatkan mungkin taste dia pada gadis-gadis moden macam geng-geng yang lain.

“Ya…..betul-betul perempuan melayu terakhir! Tapi, apasal dengan akak aku kau tak jatuh cinta pun?”

“Ada pulak! Kau ingat hati ni boleh suruh jatuh cinta macam tu je?”

“Aku tangok budak perempuan tu, lebih kurang akak aku je. Tapi dengan dia kau boleh tangkap cinta, tapi tak dengan akak aku!”

“Engkau ni, kan?! Payahlah nak cakap dengan kau! Esok ni, kalau kau jatuh cinta, baru kau faham. Tapi…...engkau tu ada perasaankah nak jatuh cinta??” Mukhriz ketawa. Aku mencebik. Tak habis-habis nak mengutuk aku!

*************************************



2011



“Awak macam mana?” tanya Mukhriz.

Aku mengangkat wajah dan memandang dia.

“Macam biasa,” jawab aku walaupun sebenarnya, aku tak tahu maksu soalannya tu.

“Macam biasa tu, maksudnya apa?” Dia pulak yang bertanya pada aku. Aku menggaru-garu kening aku yang tak gatal. Sebenarnya, aku langsung tak de mood nak bersembang dengan Mukhriz. Aku malas nak ingat benda-benda lama ni. Selama sepuluh tahun, aku belum buang rasa kecewa aku pada Mukhriz. Dek kerana itulah aku sukar sangat nak meneruskan hidup ni tanpa prasangka pada orang. Dan kini dia pula cuba nak ungkit-ungkit kisah lama yang sememangnya tak mampu nak aku hilangkan ingatannya dari kepala ni.

“Biasa-biasa saja. Hidup saya tak pernah luar biasa. Semuanya biasa dan tak de apa yang luar biasa.” Sengaja aku menekan suaraku sedikit.

Aku lihat riak wajahnya berubah. Nampaknya, bukan aku sahaja yang sudah berubah dalam tempoh sepuluh tahun ni. Mukhriz pun begitu. Kalau dulu, tak maknanya dia nak merajuk-merajuk atau tersentuh dengan kata-kata aku. Tapi saat ini, aku boleh lihat riak wajahnya berubah dengan sedikit ketegasan yang aku tunjukkan.

“Awak dah ada keluarga sendiri?!” Mukhriz masih cuba mahu menarik minatku untuk berbual dengannya.

“Kalau saya tak de keluarga, macam mana pulak saya boleh lahir kat dunia ni?!” sengaja aku pura-pura tak faham.

“Maksud saya, awak dah kahwin?!” Kali ini dia berterus terang.

“Awak dah berapa anak?” Sebab tak tahu nak jawab soalannya, aku pulak yang bertanya soalan.

“Huh?” Nampak jelas dia terkejut dengan soalan aku.

“Soalan mudah macam tu tak tahu jawab ke?” aku menjeling. Sengaja menyakitkan hatinya.

“Jadi soalan saya susahlah sampai awak tak jawab dan bertanya soalan balik pada saya?" Aku biarkan sahaja kata-katanya berlalu.

“Sepuluh tahun lalu, awak pergi dengan cita-cita untuk berkahwin dengan Misha. Tentu sekarang anak-anak dah ramai, kan? Misha apa khabar? Awak tinggal di Brazil dengan dia?” Aku pura-pura tersenyum sedangkan hati aku bergetar kencang saat aku bertanya soalan ini.

Mukhriz memandang ke tempat lain. Dia kelihatan tak selesa dengan pertanyaan aku tentang Misha. Entah apalah yang berlaku lepas mereka berdua pergi dulu.

“Awak ingat saya pergi dengan Misha?” tanya Mukhriz.

“Mana saya tahu! Awak sendiri yang cakap awak nak ikut Misha!”

Mukhriz mengeluh. Dia menterbalikkan topinya yang depan ke belakang. Baru nampak jelas wajahnya! Aku perhatikan terus wajah yang lama aku rindui itu. rindu?? Oh, tidak!!! Aku tak boleh rindukan dia!

“Awak jadi kahwin, kan dengan dia?” Aku bertanya perlahan. Entah kenapa aku rasa khuatirlah pulak jika soalan itu akan menyakiti hatinya.

“Tak!”

“Kenapa?” terkejut aku mendengarnya. Mati-mati aku dang geng-geng yang lain ingat dia ke pergi sebab nak kahwin dengan Misha.

“Sebab……” dia diam. “Awak kena jawab dulu soalan saya baru saya boleh jawab soalan awak. Awak dah kahwin?”

Aku mengerut keningku. Confuse betul aku dengan sikap Mukhriz. Apa kaitan soalan aku dengan soalan dia pulak ni? Aku menggeleng juga sebagai menjawab pertanyaannya.

“Dah ada boyfriend?”

Kali ni aku betul-betul rasa nak ketawa.

“Saya bertanya tentang awak dan Misha! Kenapa sekarang saya pula yang menjadi isunya?”

“Awak tolong jawab dan saya akan jawab soalan awak tentang saya dan misha!”

Giliran aku pula yang mengeluh. Lagaknya seolah-olah tak nak aku tahu tentang dia dan Misha. Rasanya, dia pun tahu aku paling tak suka orang tanya aku tentang hal tu. Dari dulu lagi, telinga aku berbulu bila ada orang tanya soalan tu!

“Saya tak sukalah orang tanya hal peribadi saya! Kalau awak tak nak cerita tentang diri awak dan Misha, okey! Fine! I’m not forcing you!”

Mukhriz menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia memandang aku.

“Okey, sorry! Mungkin saya terlalu mendesak.” Mukhriz memohon maaf. “Awak tinggal kat mana sekarang?” tanya Mukhriz.

“Awak dah lupa kat mana saya tinggal?” aku bertanya kembali. Sengaja ja aku tanya begitu. Manalah tahu kalau-kalau Mukhriz masih sediit tentang aku.

“Awak dah tak tinggal kat sana, kan?” Dia bertanya kembali. Dan soalan itu benar-benar mengejutkan aku. Macam mana dia tahu yang aku dah tak tinggal kat sana lagi? Seingat aku, lepas dua tahun Mukhriz pergi, kami sekeluarga pun berpindah ke tempat lain. Memanglah sayang sangat nak keluar dari rumah yang banyak menyimpan kenangan arwah abah. Tapi, keadaan mendesak untuk kami berbuat begitu. Tapi, aku dan akak sama-sama dah berjanji, suatu hari nanti kami akan dapatkan kembali rumah itu sebagai hadiah untuk mak.

“macam mana……..” Dek kerana terlalu terkejut, aku sampai tak mampu berkata-kata.

“tujuh tahun lalu, saya ada balik ke sini dan cari awak. Tapi awak dah tak ada!”

“Awak cari saya?” Terkebil-kebil mata aku.

*****************************************



SEPULUH TAHUN LALU………..



“Terima kasih Sufi sebab kau dah bantu aku rapat dengan Misha!” Berseri-seri wajah Mukhriz. Jelas terpancar kegembiraannya sejak dia mula rapat dengan Misha.

Aku pun tumpang gembira dengan kebahagiaannya. Tapi dalam masa yang sama, aku dapat merasakan jarak hubungan kami semakin jauh. Banyak masa yang biasanya terluang yang kami habiskan bersama, kini sudah menjadi milik Misha. Aku bukan cemburu, tapi Mukhrizlah satu-satunya teman yang paling rapat dengan aku. Tapi aku perlu akur dengan hakikat hidup ini.

“kenapa kau diam ni? Kau ada masalah?” tanya Mukhriz.

Ya, memang sejak akhir-akhir ni aku jiwa aku selalu resah. Aku tak tahulah kenapa. Tapi apa yang lebih merisaukan aku, bila tuan rumah minta kami berpindah sebab dia mahu memberikan rumah itu untuk anaknya yang akan mendirikan rumah tangga. Kesian aku tengok mak yang merayu-rayu agar menyewakan terus pada kami sehingga kami mampu untuk membeli rumah itu. Walaupun agak keberatan, tapi akhirnya tuan rumah tetap juga memberi tempoh dua tahun lagi pada kami. Kami perlu membeli rumah itu dalam tempoh dua tahun, jika tidak, kami perlu keluar dan mencari tempat berteduh yang lain. Aku tahu, dalam waktu sekrang, mak masih belum mampu untuk membeli rumah. Dalam dua tahun lagipun, belum tentu kami mampu. Itulah yang merisaukan aku.

Biasanya aku akan berkongsi masalah dengan mukhriz. Tapi memandangkan Mukhriz sekarang, bukan lagi Mukhriz yang dulu, aku jadi ralat untuk menceritakan semua masalah aku. Aku benar-benar rasa ditinggalkan dan kehilangan. Aku terasa kehilangan Mukhriz, teman baikku dan aku rasa aku dan keluarga aku akan kehilangan rumah yang satu-satunya menyimpan kenangan kami bersama arwah abah.

“Hei….Sufi….Kau ni kenapa? Kau tak pernah macam ni!” Aku pandang wajah mukhriz. Dia merenung aku kembali. Entah kenapa aku bagai dapat merasakan kerisauannya tentang aku. Tiba-tiba saja aku rasa bahagia. Terasa bagai diri ini disayangi. Tapi, kenapa pulak aku perlu rasa macam tu?

“Cuba cerita masalah kau dekat aku! Aku tahu kau ni ada masalah!”

Aku mengukirkan senyuman. Mukhriz benar-benar kawan yang baik. Untungnya Misha!

Aku pun menceritakan masalah aku pada Mukhris. Tentang kerisauan yang melanda keluarga aku. Tentang rumah kesayangan kami.

“Sufi, Insya Allah, aku yakin dalam tempoh dua tahun, pasti mak kau berjaya buat pinjaman perumahan,” ujar Mukhriz. Tak masuk akal betul kata-kata Mukhriz. Macam mana nak dapatkan pinjaman? Mak berniaga kecil-kecilan di gerai makan hujung jalan. Macam mana nak buat pinjaman perumahan pulak? Pendapatan pun hanya cukup-cukup keperluan saja. Kalau nak beli tunai, wang simpanan masih belum mencukupi. Aku tak rasa dalam dua tahun kami berjaya beli rumah tu.

“Kalau tak, macam mana?”

Mukhriz diam, seolah-olah sedang berfikir cara yang sesuai.

“tak pe. Kalau dalam masa dua tahun, korang masih belum mampu, aku akan tolong!” Yakin benar Mukhriz dengan janjinya.

Aku hanya menggeleng. Aku tahu, Mukhriz mampu untuk membantu kami sebab keluarganya dri kalangan orang berada. Tapi, tegakah aku mempergunakan kawan sendiri untuk kepentingan keluarga?

“Aku janji!! Betul!!” beria-ianya Mukhriz.

“Mukhriz…..” Satu suara halus memanggil Mukhriz. Kami berpaling ke belakang. Kelihatan misha bersama senyuman manisnya. Mukhris tersenyum pada Misha. Mata mereka bertentang, lama. Aku seolah-olah dapat melihat panahan-panahan cinta yang sedang berbalas antara mereka.

Entah kenapa, aku rasa kurang senang dengan perasaan yang wujud dalam hati aku sekarang. Takkanlah aku mula terasa sesuatu dalam hati aku dekat Mukhriz ni?! Mustahil!! Eeiii….taknaklah aku!! Dah macam cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai lah pulak.

“Hai Misha….” Aku tersenyum memandang Misha. Aku cuba buang jauh-jauh rasa pelik yang tiba-tiba menjengah sekejap tadi.

“Hai…..Sufi…” Dia membalas senyuman aku.

“Tak pelah….aku minta diri dululah,” Aku pamit. Seganlah pula bila ada diantara mereka berdua begini.

Aku pun berjalan pulang ke rumah. Di pertengahan aku bertembung dengan akak yang baru balik kelas.

“Jom temankan akak jalan-jalan…” Pelik benar ajakan akak kat telinga aku ni. Akak ajak aku jalan-jalan? Tak pernah akak buang-buang masa macam aku. Lepas kelas, akak selalu balik rumah dan tolong mak buat kerja-kerja rumah. Bukan macam aku!! Hai…..banyak betul kekurangan dalam diri aku!! Kenapalah aku tak macam perempuan yang lain?

Tanpa menunggu jawapan aku, akak terus tarik tangan aku ke taman.

“Alah….tak naklah ke taman!”

“Jomlah!! Bukan selalu!!” Aku turut juga kehendak akak. Kami berjalan-jalan di taman. Sampai sahaja di bawah pohon yang rendang, kami melabuhkan punggung di situ.

“Akak tengok sejak akhir-akhir ni, adik macam ada masalah je….”

Aku menggaru kening aku. Baru tadi, Mukhriz bertanya, kini akak pulak.

“Tak de apalah kak, adik cuma risau je kalau-kalau kita akan kehilangan rumah kita!”

“Akak faham perasaan adik. Akak pun sayang rumah tu. Adik janganlah risau! Akak dah buat keputusan, akak nak cari part time job! Duit tu nanti, bolehlah bantu mak sikit-sikit!”

“Eh, akak janganlah buat macam tu!”

“Jangan risau! Akak bukan nak berhenti belajar. Itukan cita-cita arwah abah yang nak sangat kita pegang ijazah. Akak cuma nak buat part time je. Lagipun, kita masih ada masa dua tahun lagi.”

Aku hanya membisu. Apa dah jadi dengan aku? Bukankah sepatutnya aku yang menjaga keluarga kami? Tapi, kenapa aku lihat akak yang lemah lembut tu, lebih tegar dari aku?

“Akak tengok, Mukhriz sekarang ni rapat dengan Misha…” Tiba-tiba saja akak bangkitkan isu Mukhriz. “Adik pun dah jarang keluar dengan geng.”

“Diorang tu semua sibuk dengan awek. Dulu, adalah jugak Mukhriz. Tapi sekarang ni…..” Aku menjungkitkan bahu. “Entahlah…malas nak kacau dia dengan Misha tu.”

“Adik susah hati pasal Mukhriz?”

“Hah? Kenapa pulak adik nak kena susah hati pasal dia? Cuma, entahlah….sejak dia asyik dengan Misha ni, adik dah tak de kawan.”

“Kawan-kawan kelas adik, kan ramai.”

“tapi diorang semua tak sama mcam Mukhriz! Mukhriz lain! Adik dah lama berkawan dengan dia! Tiba-tiba je datang Misya….”

“Adik sayangkan Mukhriz!!”

“Sayang?” Aku tergelak kecil. “Mana ada kak! Mukhriz tu sama je dengan kawan-kawan yang lain!”

“Kalau sama dengan kawan-kawan yang lain, kenapa Mukhriz tak boleh diganti?”

Aku terdiam. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, yang pasti Mukhriz adalah teman baik aku. Aku senang dengan kehadiran Mukhriz dan aku rasa kehilangan sejak hadirnya Misha.

Tapi, aku tak cemburukan hubungan Misha dan Mukhriz. Aku tumpang bahagia dengan hubungan mereka. Cuma, aku rasa sunyi. Namun, ikhlaskah aku? Sebab, adakalanya aku merasa kurang senang dengan Misha. Mungkin aku patut berkawan baik juga dengan Misha sebagaimana aku berkawan baik dengan Mukhriz. Mungkin dengan cara itu, hati aku akan lebih ikhlas.

“Adik……Mukhriz….” Akak mengunjuk ke satu arah.

Itu Mukhriz dan Misha. Diorang di sini? Aku dan akak melihat mereka dari jauh. Lagaknya macam orang yang sedang bertegang urat walaupun suasananya kelihatan tenang. Namun, raut wajah Mukhriz yang tegang cukup membuatkan aku faham ada situasi yang tak menyenangkan sedang berlaku.

“kenapa dengan diorang tu. Macam ada yang tak kena je?” Aku penasaran. Sedangkan tadi, aku lihat panahan mata mereka bukan main lagi! Sampai tak ingatkan aku ada bersama! Tapi lain benar situasinya sekarang.

“Apa yang tak kena? Biasa je…” ujar akak.

Tak! Bukan biasa! Aku rasa ada yang tak kena!

“Akak rasa, adik perlu dekati Misha sebagaimana adik rapat dengan Mukhriz!” Ya, benar. Aku pun rasa perkara yang sama. “Mungkin inilah saatnya untuk mendekati mereka berdua dalam masa yang sama. Dengan cara tu, maybe Misha akan lebih senang dengan adik dan tak kisah sangat hubungan adik dengan Mukhriz.”

Pelik benar ayat akak kat telinga aku. Selama ni, aku lihat Misha tu tak pernah cemburu dengan aku. In fact, perempuan manalah nak cemburu dengan orang macam aku, kan?

“Perempuan tetap perempuan dik. Walaupun adik macam ni, tapi….ya…manalah tahu Misha tetap rasa cemburu dengan adik sebab adik lebih kenal Mukhriz dari dia.”

“Adik dan Mukhriz kenal dari kecil. Dia baru je kenal Mukhriz! Lain situasinya!”

“Akak faham. Tapi, Misha tak faham! Dahlah, adik pergi je. Cuba rapat waktu diorang ada berdua. Cuba lihat, sama ada misha cemburu atau tak.”

Betulkah akak ni? Tapi, apa salahnya aku cuba,kan? So, aku bangun untuk mendekati mereka berdua. Akak pulak, sudah bergerak pulang.

“Hai Misha, Mukhriz!”

Terkejut mereka berdua dengan teguran aku. Nampak jelas seolah-olah mereka tak menjangka kedatangan aku.

“Kau buat apa kat sini, Sufi?” tanya Mukhriz.

“Tadi aku lepak dengan akak! Nampak korang, tu yang aku datang.”

“Mana akak kau?” Meliar mata Mukhriz mencari kelibat akak.

“Dia baru saja balik.”

Mukhriz mencekak pinggang. Kedengaran hembusan nafasnya yang sedikit kuat. Nampak macam dia tak berpuas hati. Aku menoleh pula pada Misha. Dia hanya mengerling aku dan pandang kat tempat lain. Tiba-tiba saja aku rasa aku ni macam dah buat salah dengan diorang berdua.

“Kau sengaja intip kitorang, kan?” tanya Mukhriz kembali.

“Intip? Tak de maknanya!!”

“saya nak balik!!” Tiba-tiba saja Misha bangun dan pergi.

“Misha!!” panggil Mukhriz.

“Nanti kita bincang lain! Awak settlelah masalah kawan awak ni!!” Misha terus pergi dan melemparkan sedikit senyuman untuk aku. Aku membalas. Misha senyum pada aku!! Jadi, tak mungkinlah dia kurang senang dengan aku, kan?

“Kau ada masalah dengan Misha?” aku bertanya pada Mukhriz. Kesian pulak aku tengok Mukhriz macam ni.

“Kau buat apa kat sini? Kau tahu tak, aku tengah serabut!! Yang kau pulak datang sini, bertambahlah serabutnya!”

Aku menambah serabut?! Selalunya, kalau dia ada masalah, akulah tempat mengadunya!

“Kau blahlah Sufi. Perempuan macam kau ni memang menyusahkan hidup macam aku! Dahlah hidup tak serupa perempuan! Dah tu bawa bala dalam hidup aku pulak!!”

Aku dan Mukhriz memang sering bergurau senda. Kadangkala kami guna bahasa yang kasar. Tapi hati aku tak pernah terguris dengan setiap gurauan kasarnya. Tapi, kata-kata Mukhriz kali ni memang…..membuatkan hati aku sangat….sangat….sangat… terguris!

Mukhriz berlalu meninggalkan aku sendiri. Hati aku semakin sebak melihat dia yang jauh berubah. Belum pernah aku merasa sesedih ini sehingga……aku yang tak pernah menangis, akhirnya menangis di situ. Sebak dada ini sehingga aku merasakan seperti aku tak bisa bernafas. Hanya tangisan yang bergema.

*****************************************



2011



“Saya minta diri dulu,” aku bangun untuk pergi.

“Bila kita boleh jumpa lagi?”

Aku mengeluh. Dia masih mahu berjumpa aku? Tapi aku tak mahu jumpa dia lagi. Aku tak nak perasaan aku ni bercambah padanya. Apatah lai aku tak tahu apa akhirnya hubungan dia dengan Misha. Adakah sekarang dia sudah manjadi suami Misya, atau dia sudah menjadi suami orang lain, atau mungkin masih sendiri. Tapi mustahillah dia masih sendiri.

“Bergantung pada jawapan awak….” Ujarku.

“Soalannya?”

“Awak dah berkahwin?”

“Belum….”

“Dah berpunya?”

“Belum…” Mukhriz tersenyum. “Kenapa awak tanya soalan macam ni?”

Tentu sahaja aku punya alasan kenapa aku perlu bertanya perkara ini. Aku yang dulu, takkan pernah kisah untuk berkawan dengan mana-mana lelaki sebab aku tahu, takkan ada perempuan lain yang akan cemburu buta hingga menjadikan aku alasan terputusnya hubungan mereka. Tapi, aku yang ada sekarang ni, adalah seorang wanita yang sering diberi pujian tentang kecantikan dan sering menjadi bahan cemburu wanita yang melihat aku bertegur sapa dengan suami atau kekasih mereka. Perlukah aku jelaskan itu, sedangkan pasti Mukhriz akan menganggap aku ni riak!

“Tapi ….saya tak rasalah saya nak jumpa awak lagi…..”

“Sebab?”

Sebabnya aku takut!! Takut nak hadapi kenyataan hidup!! Kenyataan yang hati aku selalu gelisah mengingatkan dia!! Yang paling penting, aku takut Mukhriz semakin rapat dengan aku sebab aku yang jauh berbeza dari dulu.

Sebenarnya, hingga saat ini aku masih belum membuang perasaan itu pada Mukhriz. Tentu akulah wanita yang paling bahagia jika Mukhriz memilih diri aku. Tapi aku tak nak Mukhriz pilih aku sebab rupa aku. Aku nak dia mencintai aku dengan seadanya! Aku mahu dia mencintai aku kerana keikhlasan hatinya.

“Tak de sebab! Saja tak nak jumpa!”

“Awak masih marahkan saya sebab tinggalkan awak macam tu saja?”

“benda dah lama. Buat apa nak marah!”

“Jadi?”

“Kan saya dah kata, tak de sebab! Awak jumpa saya pun buat apa?! Orang macam saya ni, mana layak nak berkawan dengan orang macam awak!”

“Saya tahu awak marahkan saya sebab menghina awak dulu. Percayalah, perkara itu adalah kesilapan terbesar saya dalam hidup. Selama tiga tahun kat sana, saya simpan rasa bersalah tu. Sebab tulah saya balik cari awak. Tapi awak dah tak de! Saya tak tahu kat mana lagi nak cari awak!”

“Lepas tiga tahun baru awak nak rasa menyesal?” Kalau dia rasa bersalah, kenapa perlu tunggu sehingga tiga tahun? “Awak janji nak bantu keluarga saya kalau kami tak berjaya nak beli rumah tu. Tapi……” Aku diam. Tak guna mengungkit kisah lalu. Semuanya hanya kenangan yang memedihkan. Biarkanlah! Aku yakin, Mukhriz juga terlupa tentang itu.

“Saya minta maaf Sufi….”

“Saya dah maafkan awak. Dan sekarang ni, saya minta awak jangan ganggu saya lagi!”

“Bukankah itu membuktikan yang awak tak pernah maafkan saya?”

Penat betul bercakap dengan muhkriz ni. Kalau dia faham kenapa asyik nak mendesak. Nak maafkan orang bukan semudah itu, apatah lagi bila hati ini tak pernah sembuh dari lukanya!

“Awak sekarang, dengan awak dulu, memang jauh berbeza. Bukan saja dari segi luaran, tapi juga sikap awak! Kalau Sufi yang dulu, saya yakin dia akan maafkan segala kesalahan saya dan tetap berkawan dengan saya walaupun saya selalu kasar dengan dia. Tapi Sufi yang ada depan mata saya, cukup cantik dari luar. Tapi sombong!”

Terpempam aku dengan kata-katanya. Aku rasa macam satu penghinaan. Sufi yang dulu pernah dihina oleh Mukhriz dan Sufi sekarang sedang dihina!

“Tapi saya lebih suka Sufi yang dulu. Kasar dari luar tapi lembut dari dalam. Sufi yang ada depan saya, Sufi yang hanya cantik dari luar, tapi keras di dalamnya!” Mukhriz terus berlalu meninggalkan aku.

Siapa yang membuatkan hati ini keras? Kaulah puncanya Mukhriz!!

*************************************



SEPULUH TAHUN DULU…….



Aku baru bersiap-siap nak jumpa geng. Tapi kali ni, kami berkumpul tanpa Mukhriz. Biasalah, Mukhriz pun dah nak join geng lagi sekarang. Hubungan aku dengan mukhriz pulak, semakin jauh sejak kejadian di taman tempoh hari.

Baru sahaja nak melangkah keluar, telefon aku berbunyi. Panggilan dari akak.

“Ada apa kak?” soal aku terus.

“Assalamualaikum…..adik…”

“Erk…..Waalaikumussalam…..” Satu lagi kekurangan aku. “Ada apa kak?”

“Adik boleh ambil akak kat masjid tak? Akak takutlah nak balik sorang.”

“Kawan akak tak balik sekali?” Seingat aku, akak selalu ke masjid dengan seorang rakannya.

“Dia dah balik dari tadi. Adahal katanya. Sekarang ni, tinggal akak sorang. Datang ambil akak ek…..please!!”

“Okey! Lima belas minit lagi adik sampai!” Takkanlah aku tak nak ambil akak yang keseorangan balik sendiri malam-malam hari. Memanglah malam masih muda. Tapi kalau akak aku tu macam aku, aku tak kisahlah. Tapi, diakan perempuan Melayu terakhir?!

Belum sempat aku melangkah akak telefon balik.

“Adik jangan lupa tukar baju. Pakai baju kurung. Kalau tak nak pakai tudung pun, tutup rambut dengan selendang.”

Betul jugak ek? Akukan nak ambil akak dari masjid. Takkanlah aku nak berseluar pendek dan berbaju T macam ni? Berdosa!! Eh, kenal jugak aku dengan dosa ek!!

Aku masuk dan pakaian aku ke baju kurung. Akak punya pasal, baju kurung pun baju kurunglah! Kemudian aku mencapai selendang dan menutup rambut aku. Eeii…comel jugak aku ni! Hehehe….

Lima belas minit kemudian aku sampai di depan pintu masjid. Tapi kelibat akak tak masih belum ada. Mungkin akak masih di dalam. Aku melihat pondok di hujung jalan yang selalu menjadi port kami melepak. Pondok diterangi cahaya. Pasti ada geng kat dalam. Lagipun, aku masih belum beritahu Karim atau Roslan yang aku takkan datang malam ni sebab nak bawa akak pulang.

Akak pun belum keluar masjid, jadi, aku pun mendekati pondok. Sampai saja depan pondok aku lihat semua geng sedang diam seolah-olah sedang berfikir. Mukhriz pun ada sekali. Terus langkah kaki aku terhenti. Hati aku berbelah bahagi untuk masuk. Manalah tahu Mukhriz tak suka.

“Sufi!!” Belum sempat aku habis berfikir, aku dengar suara Mukhriz memanggil nama aku. Seraya dengan itu Aku lihat semua mata memandang pada aku. Kemudian, Ketawa besar pecah antara mereka. aku bingung sekejap. Kenapa diorang ketawa dengan aku? Rupa-rupanya baju kurung dan selendang yang aku pakai menjadi puncanya. Termalu aku sendiri.

“Aku pakai macam ni sebab nak ambil kakak aku kat masjidlah!”

“Sedar jugak kau tu perempuan, ek?!” usik Karim.

“Blahlah korang!!!” Aku benar-benar terasa malu dengan situasi itu. tambah-tambah lagi bila Mukhriz juga ada di situ.

“sufi tunggu!!” Aku berhenti dan berpaling melihat mukhriz yang sedang menghampiri aku. Sampai dia di depan aku, aku tertunduk malu.

“Kan lebih baik kalau kau macam ni selalu.” Mukhriz tersenyum.

Terkedu aku bila dia cakap macam tu. Aku ingatkan dia nak kutuk aku macam geng yang lain.

“Tak de maknalah! Aku pakai macam ni sebab nak ke masjid ambil akak!”

“Apa salahnya kalau kau terus jadi macam ni. Belajar jadi perempuan yang sejati.”

“Aku mana reti. Kang habis satu kolej ketawakan aku!”

“Kau berubahlah perlahan-lahan. Bukannya drastic terus.”

“Tapi aku takut orang ketawakan akulah!”

“Biarlah orang ketawakan kau! Tapi aku janji…..aku akan ada dengan kau sampailah kau boleh berubah jadi perempuan sejati.”

“Betulkah?” biar betul mukhriz ni!

“Seorang sahabat yang baik takkan pernah melepaskan tangan sahabatnya biar dalam keadaan apa pun. Andai kata sahabatnya itu jatuh ke dalam jurang yang dalam, dia sebagai sahabat perlu memegang tangan sahabatnya itu dan menariknya dari terus jatuh ke dalam jurang yang lebih dalam,”

“Janji?”

“Janji!”

Mukhriz tersenyum pada aku. Aku kira, inilah detik terindah dalam hidup aku. Aku berpaling pergi. Kelihatan kelibat akak sudah pun ada di pintu masjid.

“Sufi…..” panggil Mukhriz. Aku berpaling, tapi kemudiannya dia menggeleng menandakan tiada apa. Mungkin dia mahu minta maaf tentang kejadian tempoh hari. Tapi, kenapa dia berhenti pula?



Dua minggu selepas tu, aku tak pernah bertemu Mukhriz lagi. Aku ingatkan dia sibuk dengan Misha. Tapi, kalau sebab Misha, kenapa sampai tak datang kolej? Kelibat Misha pun aku tan nampak.

“Kau tak tahukah? Mukhriz dah pergi!” ujar Roslan.

“Pergi?! Pergi mana?” berdegup kencang jantung aku.

“Misha dah sambung belajar di Singapore! Mukhriz pergi ikut dia!”

Terduduk aku di situ. Mukhriz dah pergi? Tanpa beritahu aku? Tapi….dia dah janji nak bantu aku untuk menjadi seorang perempuan yang sejati!! Dia janji akan selalu ada dengan aku!! Tapi kenapa dia tinggalkan aku??!! Kenapa dia tipu aku??!!!

Untuk sekali lagi, aku menangis!! Aku menangis kerana aku benar-benar kehilangan Mukhriz!! Aku dah tak peduli dengan kawan-kawan yang ada sekeliling. Mereka pun seakan terkejut melihat tangisan aku!! Sufi menangis!! Sufi menangis!!

Ya aku menangis!! Aku menangis kerana kehilangan! Aku menangis kerana ditinggalkan! Aku menangis kerana janji itu dilupakan! Aku menangis kerana…..kerana….Mukhriz!!!

************************************************



2011



Aku menyapu airmata yang mengalir lagi. Walaupun Mukhriz telah pergi meninggalkan aku, mujur aku punya akak dan mak yang sering manjadi kekuatan aku untuk berubah. Merekalah yang menjadi tulang belakang aku dan banyak menyedarkan aku tentang agama. Banyak rupanya yang telah aku tinggalkan.

Akak dan mak tak pernah jemu membantu aku. Rupa-rupanya, pandangan aku silap selama ini. Luaran yang kasar, tak menjamin kita akan menjadi kuat dan tegar dalam menghadapi cabaran hidup. Buktinya, akak dan mak yang bertudung litup dan berlemah lembut, rupanya lebih kuat dan tegar!

“Adik….” Akak menyiku bahu aku. “Ada orang nak jumpa!”

“Siapa?”

“Entah….katanya keluarga Mukhriz.”

“keluarga mukhriz?” Terkejut aku. Dengan pantas aku berlari turun ke bawah. Kelihatan sepasang manusia sedang duduk di bangku bersama mak.

“Sufi?” tanya si wanita.

“saya….” Aku mengangguk.

“Akak ni akak Mukhriz. Ini suami akak.” Aku mengangguk pada si lelaki. “Akak datang sini nak beritahu yang….Mukhriz kemalangan!!”

“Ya Allah!!! Mukhriz!!” Baru tiga hati lepas aku berjumpa dengan Mukhriz dan beritahu dia aku tak nak berjumpa dengan dia lagi. Aku tak sangka akan jadi macam ni.

“Macam mana dengan Mukhriz?”

“Dia koma.”

“Ya Allah……” Airmata aku mengalir lagi. Sekian kalinya aku menangis untuk insan bernama Mukhriz.

“Ini……” wanita itu memberi sebuah diari pada aku. “Kami sebenarnya tak pernah tahu tentang Sufi. Tapi dalam diari dia banyak dia bercerita tentang Sufi. Kebetulan dalam tu ada gambar Sufi dan belakang tu ada alamat rumah ni. Itu yang kami ke mari!”

Macam mana Mukhriz boleh tahu alamat rumah ni? Banyak rupanya yang Mukhriz tahu tentang aku!

Aku menyelak lembaran diari itu dan mencapai foto sepuluh tahun dulu yang diambil bersama dengan Mukhriz sebelum hubungan kami retak dengan kehadiran misha.

“Sufi nampak lain sangat dengan gambar tu!” ujar wanita itu lagi. Aku hanya membiarkan persoalan itu berlalu.

“Boleh saya jumpa Mukhriz?”

“Kami datang dengan niat yang sama. Kalau boleh, kami nak minta tolong bantu Mukhriz bangun dari komanya.”

Aku mengangguk.

“Ini Mukhriz yang dulu ke?” Akak berbisik di telinga aku. Aku mengangguk.



Aku mengikut Kak Harmani dan Abang Reza ke hospital. Sebak hati aku melihat sekujut tubuh Mukhriz terlentang di atas katil. Aku benar-benar menyesal sebab mengeluarkan kata-kata yang kasar pada Mukhriz. Sedangkan niatnya hanya mahu memohon maaf pada aku. Aku duduk di sebelah Mukhriz.

Kak Harmani dan Abang Reza mahu aku berbual-bual dengan Mukhriz agar Mukhriz boleh mendengar suara aku. Tapi apa yang mampu aku lakukan hanya menangis. Kak Harmani dan Abang reza meninggalkan aku bersama Mukhriz.

Aku menyelak lembaran diari ditulis Mukhriz. Mukhriz menulis diari? Seingat aku, Mukhriz paling tak suka dengan penulisan. Tapi macam mana lelaki ni boleh menulis diari. Diari itu aku selak hingga habis. Rupanya, diari itu bukanlah diari harian. Hanyalah diari untuk dia meluahkan perasaan pada waktu-waktu tertentu. Helaian pertama adalah dari tahun sejak dia meninggalkan aku dan helaian yang terakhir, berakhir dengan tarikh ketika kami bertemu tiga hari sudah. Aku membaca tulisan yang terakhir.



Aku tak sangka Sufi benar-benar marah pada aku. Dia dah bencikan aku! Dia bukanlah Sufi aku yang dulu. Sufi aku yang dulu dan yang aku baru jumpa terlalu jauh berbeza. Aku rinsukan Sufi yang dulu. Yang sentiasa jujur dan ikhlas dalam setiap perbuatannya.

Sufi….aku dah banyak melukakan hati kau Sufi sehingga kemarahan kau menjadi dendam!

Sufi, sepuluh tahun dulu aku meninggalkan kau demi Misha. Aku terlupa dengan janji aku untuk membantu kau berubah. Dan aku lupa tentang janji aku untuk membantu keluarga kau dapatkan rumah tu.

Dua tahun aku bersama Misha. Aku mengikut Misha kerana Misha tak mahu aku dekat dengan kau. Kalau kau ingat, ketika di taman sewaktu aku marahkan kau, ketika itu kami sedang bertengkar kerana Misha cemburukan kau. Dia tak mahu aku dekat dengan kau. Sedangkan kau kawan baik aku. Dia terlalu cemburu dengan kau.

Sebab aku sayangkan Misha, aku ikut kehendak dia yang mahu kami menyambung pengajian di Singapura. Dua tahun di sana bersama misha aku kesunyian. Aku tak de tampat mengadu. Misha, dia juga pendengar yang setia dan setia di sisi aku. Tapi aku tetap rindukan kau Sufi. Dek kerana rindukan kau, aku selalu juga bercerita detik-detik kita bersama dengan misha. Sehingga akhirnya hubungan aku dengan Misha berantakan. Pelikkan, walaupun kau dah tak de di antara kami, tapi kau tetap menjadi punca keretakan hubungan kami.

Akhirnya, Misha minta putus. Katanya, aku cintakan kau, bukan dia. Aku memang tak boleh terima itu. aku sayangkan Misha dan kau hanya kawan! Misha tak pernah mengerti aku. Selama setahun aku cuba menyakinkan cinta aku pada Misha dan Misha pulak selalu meyakinkan aku yang cinta aku untuk kau Sufi. Lama kelamaan, barulah aku sedar yang aku benar-benar cintakan kau! Rupa-rupanya, bukan Misha yang tak kenal aku, tapi aku yang tak kenal diri aku sendiri.

Tiga tahun berjauhan dari kau, barulah aku sedar tentang hati aku. Terima kasih untuk Misha. Sebab tulah lepas tiga tahun, aku pulang ke sini mencari kau. Sayangnya, kau dah pindah sebab keluarga kau tak mampu nak beli rumah tu. Kau tahu tak betapa menyesalnya aku!! Aku malu dengan diri aku dan pada kau sebab dah khianati janji sendiri!! Aku dah gagal bantu kau untuk dapatkan rumah tu!

Sebab tulah aku merantau ke Brazil dan mulakan hidup baru di sana. Aku malu nak berjumpa dengan kau lagi! Lima tahun di sana, aku mula terfikir, sepatutnya aku pulihkan keadaan dan bukan melarikan diri macam ni! Kalau aku terus macam ni, aku akan kehilangan kau sufi!

Diam-diam aku cuba dapatkan sebanyak mana informasi tentang kau. Dan Alhamdulillah….akhirnya aku berjumpa juga dengan kau. Terukkan aku ni? Aku ambil masa yang lama untuk tahu cinta aku, aku ambil masa yang lama untuk mencari kau!! Sehingga semuanya telah terlambat!

Tapi aku harap aku masih belum terlambat untuk mendapatkan semula kemaafan darimu, Sufi. Aku harap sangat kau akan buka pintu hati kau untuk maafkan aku. Sufi, Aku dah beli semula rumah lama kau. Susah juga nak dapatkan rumah tu sebab tuan rumah yang baru dah sayang kat rumah tu. Terpaksalah aku letak harga yang sangat tinggi. Akhirnya, barulah tuan rumah tu bersetuju nak jual rumah kau pada aku. Rumah tu, aku dah beli dan aku letak atas nama kau. Lega rasanya sebab satu janji yang aku lepaskan dulu dah aku tunaikan.

Tapi janji aku pada kau untuk ada dengan kau, tak dapat nak aku betulkan kembali. Kau dah berubah seperti mana yang kau janjikan tapi tanpa bantuan aku. Maaf sufi….

Dan aku minta maaf…sebab penghinaan aku pada kau dulu. Rasa bersalah itu tersu menghantui aku. Aku juga minta maaf sebab tinggalkan kau tanpa sebarang kata. Aku tak sanggup nak ucap selamat tinggal pada kau Sufi. Waktu tu aku pun pelik kenapa susah sangat aku nak beritahu kau tentang pemergian aku. Aku lambat sedar, kan?

Sufi, ada perkara lain yang mahu aku beritahu kau selain minta maaf. Tapi sayangnya, kau dah bencikan aku.

Tak lama lagi, aku akan kembali semula ke Brazil. Aku rasa mungkin aku tak sempat nak beritahu kau sebab kau dah tak nak jumpa aku lagi. Memang semuanya salah aku!!!

Sufi……aku cintakan kau…..Sufi….cinta yang mendalam. Aku cintakan kau sejak dulu lagi. Sejak kau berpakaian seperti lelaki hinggalah kau berubah sebegini. Bagaimana pun diri kau, apa yang aku tahu, aku cintakan kau apa adanya. Aku mencintai hatimu yang tulus Sufi….Aku cinta kan Kau….



“Mukhriz…..” Aku menangis teresak-esak. “Mukhriz…..maafkan aku!!!” Adakah aku terlambat? Adakah aku akan kehilangan Mukhriz sekali lagi. “mukhriz bangunlah! Aku tak nak kehilangan kau lagi! Cukuplah aku kehilangan kau dulu! Aku tak nak kehilangan lagi! Aku cintakan kau mukhriz! Aku juga cintakan kau!! Dari dulu….sejak dulu…..Aku pun tak sedar tentang itu sehinggalah misha muncul. Mukhriz!! Bangunlah!!”

Mukhriz masih kaku begitu. Aku tak dapat menahan perasaan aku. Aku menyambam wajahku di atas katil disisinya.

“Aku cintakan kau Mukhriz…..” Airmata aku terus mengalir.

“Aku juga cintakan kau Sufi…..” Aku seperti mendengar suara Mukhriz. Pantas aku mengangkat kepala. Mukhriz tersenyum pada aku.

“Mukhriz…..” Aku bantu dia untuk bangun. “Sejak bila kau sedar???”

“Baru….” Ujarnya. “Tapi aku dengar semua kata-kata kau tadi. Suara kau buatkan aku sedar. Bukan saja tersedar dari koma. Tapi juga dalam hidup. Aku harap aku masih belum terlambat untuk dapatkan cinta kau.”

“Almost! Kau memang hampir terlambat nak dapatkan cinta aku sebab kau nak balik ke brazil dan tinggalkan aku lagi. Kalau kau terus tinggal di sini, aku akan beri cinta aku!”

Mukhriz tersenyum walaupun dia masih kelihatan letih.

“Kau tak nak panggil doktorkah? Aku nak cepat-cepat sembuh supaya aku boleh beritahu mak dan akak kau yang aku dah jatuh cinta dengan kau!!”

Aku tersenyum. Kami berbalas pandangan.

“terima kasih Sufi sebab masih beri peluang pada aku.”

“terima kasih sebab dapatkan balik rumah tu!” Airmata aku mengalir lagi. Aku benar-benar tak sangka dia sanggup mendapatkan kembali rumah kenangan arwah abah tu.

“Anggaplah itu sebagai tanda maaf aku pada kau. Apa yang aku buat tu tak sebesar mana. Apa yang penting dalam hidup aku ialah cinta kau. Berikan cinta itu untuk aku Sufi. Cintailah aku Sufi…..”

Mukhriz mahu aku cintakan dia. Inilah saat yang paling bahagia dalam diri. Mukhriz, aku terima cinta kau kerana kau menerima aku apa adanya. Kau teman yang paling rapat dan tahu akan baik burukku. Kau cintakan aku kerana diri aku. Apa lagi yang aku mahukan selain itu? Cinta kaulah yang paling aku mahukan!

Aku terasa malu untuk mengaku cinta aku padanya. Aku hanya mengangguk sebagai balasan untuk kata-katanya. Mukhriz tersenyum…

“Aku tahu kau malu, kan Sufi? AKu tak perlukan jawapan kau sebab bila keluar saja dari hospital, aku akan terus hantar rombongan. Kau sudi jadi isteri aku kan Sufi?”

Aku diam lagi. Nak mengaku cinta pun aku malu, apatah lagi nak mengaku mahu menjadi isteri.

“hahaha…..tak mengapalah…. Aku rasa aku tahu kau tentu mahukan?” Mukhriz mengusik. “Aku janji dengan kau Sufi dan kali ini aku bukan saja janji dengan kau, aku akan janji dengan diri aku dan dengan Allah yang aku akan jaga kau sehingga akhir nafasku bila kau menjadi isteri aku. Aku takkan tinggalkan kau lagi sampailah maut menemuiku! Aku janji!!”

Terima kasih atas janjimu Mukhriz. Aku sebenarnya tak mahu terlalu berharap. Tapi, aku yakin, Allah telah memberi peluang ada kita untuk membetulkan semula masa lalu yang telah di sia-siakan. Jika benar kau mahu menjadi suamiku, aku akan jadi isterimu yang paling setia. Kerana syurgaku bergantung padamu.

“Terima kasih kerana menerima aku seadanya!”










**************************************

Selamat membaca......