Friday 28 June 2013

Ratu Hati Si Putera Arab 20






SAlam Jumaat......Happy reading ya....harap anda enjoy!!
> LotZ of LuV<

----------------@@----------


FARAH memandang Audra silih berganti dengan borang permohonan cuti yang ada ditangannya. “Betul-betul kecemasankah Audra?” tanya Farah dengan ragu-ragu. Audra baru memulakan kerja sebulan yang lalu, dah minta cuti kecemasan. Dia tak rasa cuti Audra akan diluluskan.Tapi Audra kelihatan terdesak untuk pulang ke kampungnya.

“Audra kena balik kampung. Ada masalah keluarga sikit, kak. Audra tahu, Audra tak layak mohon cuti kecemasan. Tapi, Audra harap sangat Syed Zikri boleh bertolak ansur.” Walaupun dia tahu posisinya sekarang, namun tak salah jika dia mencuba. Manalah tahu Tuan Syed Zikri masih berbaik hati mahu meluluskan permohonannya.

Farah memandang Audra. “Tak apalah. Audra tunggu sini, biar akak masuk jumpa Tuan Syed dulu.” Farah hilang bersama borang permohonan cuti kecemasan Audra.

Audra duduk di sofa panjang yang disediakan bertentangan dengan meja Farah. Dia menarik nafas panjang. Semalam, mak telefon dari kampung. Kata mak, Along pulang ke rumah bersama Iman. Bukan hal yang pelik jika Along pulang ke kampung bersama Iman. Tetapi kepulangan Along kali ini adalah untuk selama-lamanya.

Rupa-rupanya, Along telah ditalakkan oleh Abang Nin yang mahu beristeri lain. Sampainya hati Abang Nin! Sedangkan selama sepuluh tahun mereka mendirikan rumahtangga, tergamak dia talakkan Along semata-mata mahu berkahwin dengan gadis yang jauh lebih muda. Kasihan Iman. Iman baru enam tahun ibu dan ayahnya pula berpisah.

Memang mak dan Along melarang dia untuk pulang ke kampung kerana mereka tahu dia baharu sahaja bekerja di Warisan Syed. Tetapi dia tidak dapat menenangkan diri selagi tidak melihat keadaan Along dan Iman. Tentang Along, dia tak begitu khuatir kerana dia tahu Along sangat tabah orangnya. Bagaimana pula dengan si kecil Iman? Dia tak sanggup mengenangkan Iman yang telah ditinggalkan ayahnya sendiri. Sebak dadanya mengingatkan satu-satunya anak saudara yang disayangi itu diperlakukan sebegitu.

Kedengaran bunyi pintu di buka. Kemudian, dia melihat Farah keluar dan masuk pula ke kamar sebelah iaitu kamar kerja Encik Zack, orang kanan yang paling dipercayai Tuan Syed Zikri. Sejak dia mula bekerja di sini sehinggalah saat ini dia belum pernah terserempak dengan Encik Zack.

 Tapi, berkemungkinan juga dia pernah terserempak dengan Encik Zack. Cuma, dia sahaja yang tidak mengenali wajah itu. Sebab, ketika dia berjumpa dengan Encik Zack di Rumah Warisan, wajah itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

“Audra!” tiba-tiba sahaja Farah sudah berdiri di sebelahnya.

Pantas Audra yang sedang duduk di sofa ikut berdiri. Dia memandang Farah. “Macam mana, kak?”

“Audra boleh masuk jumpa dengan Encik Zack.”

“Encik Zack?” Riak wajah Audra berubah. “Syed Zikri tak nak jumpa dengan Audra?”

“Tuan Syed ada mesyuarat penting lepas ni. Dia tengah prepare untuk itu. Jadi, Tuan Syed minta Encik Zack handle perkara ni,” terang Farah setelah melihat raut wajah Audra mula berubah.

Audra hanya mengeluh sambil mengangkat keningnya. Audra tahu itu hanyalah alasan sedangkan Zana pernah memberitahunya yang Tuan Syed Zikri memang takkan memperuntukkan waktu untuk para pekerjanya. Segala urusan, Encik Zack yang akan ambil alih.

Mengingatkan Encik Zack, entah mengapa tiba-tiba sahaja jantung Audra bergetar kencang. Audra memegang dadanya. Getaran ini sama seperti saat kali pertama dia dan Encik Zack dipertemukan di Rumah warisan. "Encik Zack, okey tak?” Apa yang dimaksudkan Audra adalah bagaimana orangnya yang bernama Encik Zack itu. Adakah persepsinya tentang Encik Zack adalah benar?

“Jangan risau! Encik Zack baik orangnya.” Farah sudah tersenyum apabila melihat kerisauan di wajah Audra. Namun di dalam hatinya sudah berhambur tawa kerana geli hati. Manakan tidaknya, baik Tuan Syed Zikri atau Encik Zack, kedua-duanya orang yang sama. Hanya Audra sahaja yang belum tahu.

Betulkah Encik Zack tu baik orangnya? Dari pertemuan pertama sahaja lelaki itu sudah menyakiti hatinya. “Audra boleh masuk jumpa dengan Encik Zack?”

 “Pergilah masuk. Akak dah minta izin untuk Audra berjumpa dengan Encik Zack.”

Audra memusing badannya dan berjalan sehingga ke depan pintu pejabat Zack. Sampai di situ, dia berhenti seketika. Satu nafas panjang di tarik. Bagaimana agaknya penerimaan lelaki itu apabila melihatnya? Adakah dia masih ingat wajah Audra yang pernah mencari pasal dengannya dahulu? Mengingatkan itu semua, Audra melepaskan satu keluhan. Seraya dengan itu dia mengurut dadanya yang masih penuh dengan debaran. Dengan lafaz bismillah, Audra mengangkat tangan dan mengetuk pintu.

Setelah mendengar suara yang menyuruhnya masuk dari dalam, lantas Audra memulas tombol pintu dan melangkah masuk. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk di kerusi sambil membelakangkanya.

“Assalamualaikum Encik Zack,” tegurnya dengan penuh debaran di dada. Mungkin kerana debaran itu masih kencang, suara Audra kedengaran sedikit serak.

“Waalaikummussalam. Awak sakitkah Audra?” Zack yang sedang membelakangkan Audra, menjawap salam. Kenapa dengan suara Audra? Audra tak sihat?

Tergamam mendengar pertanyaan itu, Audra menggelengkan kepalanya tanpa sedar yang Zack masih membelakangnya dan tidak menoleh sedikitpun ke arahnya.

Zack masih menanti jawapan Audra. Tapi, Audra masih membisu. Dia menelan air liur. Inilah kali ketiga dia akan bertentang mata dengan Audra sejak pertemuan mereka yang lalu. Apakah Audra akan mengenalinya wajahnya di saat pertemuan pertama mereka berdua di tepi tasik tempoh lalu? Bertuahlah dia seandainya Audra masih ingat dengan wajahnya. Mungkin dia tak bisa membuatkan jantung Audra berhenti berdegup, tetapi dia tentu sangat gembira jika wajahnya ini masih diingat Audra. Itu bermakna, Audra tak pernah melupakannya.

Audra masih menunggu kata-kata Zack selanjutnya. Tetapi lelaki itu tetap berdiam diri. Debaran di dadanya kian berkurangan. Setelah dia merasa tenang, baharulah dia mula bersuara. “Encik Zack, saya rasa encik pun dah tahu tujuan saya berjumpa dengan encik,” Dia melirik borang permohonan cutinya yang ada di atas meja Encik Zack. Lelaki itu seperti tidak berminat untuk membicarakan tentang permohonan cutinya. “Saya tahu, saya baru bekerja di sini. Tapi, saya perlu pulang ke kampung.”

Zack diam. Suara Audra tidak kedengaran serak seperti tadi. Jadi, Audra tidak sakit. “Awak tentu tahu undang-undang Warisan Syed.” Mustahil Audra tak tahu sedangkan kali pertama Audra dan Zana menyertai Warisan Syed, mereka berdua telah di dedahkan dengan latar belakang, peraturan dan objektif syarikat.

“Saya tahu Encik Zack.” Audra dengan suara yang perlahan sudah tertunduk dengan rasa bersalah. “Saya minta maaf.” Dia melirik Zack yang masih tetap membelakangkannya. “Tapi saya sangat terdesak untuk pulang ke kampung.”

“Atas urusan apa?” Tentu ada perkara yang tidak kena di sana. Tiba-tiba sahaja ingatan Zack melayang mengingat keluarga Audra di kampung.

Audra sudah mengetap bibirnya. Tak mungkin dia akan menceritakan semuanya satu-persatu tentang perihal keluarganya pada Encik Zack. “Atas urusan keluarga.”

Urusan keluarga? Keluarga Haji Ashaari dilanda masalah? Jauh di sudut hati Zack, menyimpan rasa gusar dan simpati. Baru dua minggu lepas dia pulang ke kampung Audra. Semuanya dalam keadaan baik waktu itu. “Ada yang sakit di antara ahli keluarga kamu?”

Audra mengerutkan keningnya. Nada Encik Zack sudah kedengaran agak lembut dari sebelumnya. Dia mengetap bibirnya. Tapi apa yang tak disukainya, kenapa lelaki itu perlu membelakangkannya ketika bercakap? Bukankah itu kurang sopan namanya? Lagipun, dia lebih suka memandang mata orang apabila sedang bercakap. “Alhamdulillah, semuanya sihat. Cuma, keluarga saya ada sedikit masalah. Jadi, kalau boleh saya mahu pulang dan hadapi masalah itu bersama mereka.”

Alhamdulillah, Zack menarik nafas lega. Syukurlah Pak Aji dan Mak Aji tak ada apa-apa. Mungkin ini masa yang sesuai untuk dia mendedahkan dirinya pada Audra.

Audra masih menunggu kata-kata dari Encik Zack. Entah kenapa dia merasakan bagai ada sesuatu yang tak kena dengan sikap Encik Zack. Kemudian, dia melihat Zack bangun dari kerusinya dan berdiri tegak tetapi masih dalam posisi membelakangnya.

Entah kenapa, tiba-tiba debaran di dadanya datang kembali. Dup dap! Dup dap! Urat nadinya berdenyut dengan pantas. Dia memegang dadanya. Kenapa dengan dia?! Dia tak pernah merasakan sesuatu seperti ini.

Audra terus memerhatikan Zack dengan debaran di dadanya. Perlahan-lahan dia melihat tubuh di depannya berpusing lalu menghadap ke arahnya. Dia mengangkat pandangan mata yang pada asalnya tertala pada tubuh lelaki itu dan kemudian memandang pada wajah di depannya. Ya Allah! Audra terlopong.

Dengan itu juga, terus sahaja getaran di dadanya yang berdegup kencang terasa bagai terhenti. Jarum jam berhenti berdetik, dunia berhenti berputar. Benarkah apa yang dirasakannya ini? Dunianya terhenti seketika?! Dan sesaat-dua kemudian, dunianya kembali berputar dengan laju. Jarum saat berdetik dengan begitu pantas. Jantungnya mengepam darah dengan pantas. Dadanya berdebar kencang! Dup dap! Dup dap! Dup dap! Sehingga dia dapat merasakan seolah-olah nafasnya tersekat-sekat.

Wajah itu! bukankah itu Putera Arab yang ditemui di tasik?! Bukankah lelaki itu yang dicederakan hidungnya?! Tiba-tiba sahaja dia merasakan pandangannya kabur. Audra mengerdipkan matanya untuk beberapakali agar pandangannya semakin jelas. Tetapi entah kenapa, dia terus merasakan pandangannya semakin kelam.

“Ya Allah! Audra!” Zack yang terkejut apabila melihat tubuh Audra tiba-tiba sahaja longlai, terus berlari dan menangkap tubuh yang hampir jatuh ke lantai. “Audra!” Dia menepuk-nepuk pipi Audra. Kenapa pulak dengan Audra ni?! Terus sahaja di papahnya Audra yang separuh sedar itu ke sofa. Kemudian, dia mengambil sedikit air di bilik air, lalu merenjis-renjis di muka Audra.

Audra yang masih separuh sedar membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya dipicit. Apa yang sebenarnya berlaku padanya? Yang pasti, mula-mula dadanya bergetar kencang. Lepas tu, dengan tiba-tiba dia terasa semuanya terhenti untuk sesaat-dua dan kemudian, semuanya bergerak terlalu pantas. Begitu juga dengan jantungnya hingga dia bisa merasa getaran yang kencang. Dup dap! Dup dap! Dup dap!

Zack menarik nafas lega apabila melihat Audra sudah kembali segar. Dia berdiri tegak, membiarkan Audra bersendiri seketika.

“Putera Arab!” Lelaki itulah puncanya! Barulah Audra teringat apa yang membuatkannya jadi seperti ini. Audra terus mengangkat kepalanya dan memandang Zack yang tercegat di depannya. Audra bangun dan berdiri bertentangan mata dengan Zack. Benar! Di depannya ini berdiri seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Putera Arab.

Encik Zack adalah lelaki itu! Lelaki yang ditemuinya di tepi tasik satu tahun yang lalu. Dan, ini adalah lelaki yang sama ditemuinya di Rumah Warisan! Jadi, Encik Zack telah mengenalinya terlebih dahulu tanpa membenarkan dia mengenali wajah itu ketika pertemuan kedua mereka?

Walaupun Putera Arab yang ditemuinya di tasik hampir setahun yang lalu mempunyai rambut yang lebat, namun sepasang mata coklat dan hidungnya yang mancung itu masih sama. Apa yang paling tak bisa dilupakan Audra ialah pada jambangnya itu. Jambang itulah menampakkan Putera Arab itu semakin kacak walaupun kini rambutnya telah rapat hingga ke kulit kepala. Rambutnya yang keperangan itu telah dipotong rapat.

Putera Arab? Zack memeluk tubuhnya sambil matanya terus bertentangan dengan mata Audra. Kenapa dia digelar Putera Arab? Zack masih membisu, membiarkan sahaja Audra menatap wajahnya itu. Tetapi di dalam hatinya sudah mendesah hebat. Adakah Audra masih ingat pada wajahnya? “Kenapa awak pandang saya macam tu, Cik Audra? Apa, saya dah buat jantung awak berhenti berdegup? Dan kemudian, berdegup dengan laju. Dup dap! Dup dap!” Akhirnya Zack bersuara setelah terlalu lama menanti Audra bersuara. Satu senyuman mengusik diukirkannya.

Sah! Memang Encik Zack dan Putera Arab adalah orang yang sama! Soalan Encik Zack itu membuktikannya. Sungguh! Dia mengaku, jantungnya telah berhenti berdegup. Tapi yang pasti, bukan wajah tampan Encik Zack yang membuatkan jantungnya berhenti. Tetapi kerana terkejut melihat wajah itu. Sudah hampir setahun peristiwa itu berlaku sehingga dia tak pernah berharap dapat ketemu semula dengan orang yang menyimpan diarinya.

Tiba-tiba satu perasaan malu muncul dalam dirinya. Bagaimanalah dia boleh pitam sekejap apabila melihat wajah Encik Zack? Apa agaknya yang difikirkan Encik Zack tentang dirinya? “Diari saya!” Audra mengenepikan rasa malu yang mula terbit dalam diri. Banyak yang mahu diperkatakan Audra pada Encik Zack. Namun, hanya dua perkataan itu yang terkeluar dari bibinya.

Zack sudah tertawa kecil. Kepalanya tergeleng-geleng. Sudah hampir setahun tetapi Audra masih ingat dengan diarinya. Maknanya, Audra juga masih mengingati wajahnya walaupun dia telah mengubah penampilannya. Terselit rasa gembira dalam hatinya. “Kenapa dengan diari awak?” Zack bermain tarik tali, pura-pura tak mengerti dengan soalan itu.

“Encik Zack simpan diari saya, kan?” soal Audra.

Zack menjungkitkan keningnya lalu berjalan semula ke kerusinya. Setelah duduk, wajah Audra yang sudah tercegat di depan mejanya dipandang. “Awak datang sini nak bertanya tentang permohonan cuti awak atau tentang diari?”

“Kedua-duanya!” ujar Audra dengan pantas. “Tapi saya nak tahu tentang diari saya dulu!” tegas Audra.

Zack memberi isyarat agar Audra kembali duduk. Audra menurut perintah itu. “Diari apa yang awak maksudkan?” Zack pura-pura tidak mengerti dengan omongan Audra.

“Masa kita jumpa dekat tasik tahun lalu, saya ada tertinggal diari. Tapi diari tu dah hilang bila saya cuba cari. Saya tahu, Encik Zack yang ambil, kan?”

Zack memandang Audra, tepat ke dalam anak matanya. “Lepas awak lari tinggalkan saya dengan hidung yang berdarah, awak datang balik dekat tasik untuk cari diari awak?” Keningnya sudah terjungkit.

Audra menelan air liurnya. Hidung Encik Zack berdarah? “Tak.” Audra menggeleng perlahan. “Hari kemudiannya baru saya pergi semula dekat tasik untuk cari diari saya,” ujar Audra dengan nada yang rendah. Rasa bersalah muncul dalam hatinya.

Zack menyandarkan tubuhnya. “Kalau macam tu, siapa saja boleh ambil diari awak. Tak semestinya saya.” Di dalam hati, Zack sudah menghembuskan nafas lega apabila berjaya menyembunyikan rahsianya.

Audra menarik nafas panjang. Kata-kata Zack ada benarnya. Tak semestinya Zack yang mengambil diarinya. “Teruk tak hidung Encik Zack berdarah?” tanya Audra dengan rasa bersalah. Seraya dengan itu pandangan Audra jatuh pada hidung Zack. Mujurlah hidung itu masih mancung seperti keadaan asal. Kalaulah hidung itu herot atau kepek disebabkab tindakannya, tentu rasa bersalahnya pada Zack semakin menggunung.

Zack sudah mengukirkan senyuman. Sejuk hatinya mendengar pertanyaan itu. Tak sangka, dalam sikap garang Audra masih wujud kelembutan. “Teruk tu tidaklah. Tapi, lama juga hidung saya berdarah. Adalah dalam dua hari.” Sengaja Zack mahu mengenakan Audra. Tiba-tiba sahaja, mengusik Audra telah menjadi hobinya.

“Dua hari?” Membulat mata Audra. Tak sangka sampai begitu sekali pendarahan yang dialami Encik Zack akibat dari tindakannya. “Saya minta maaf tentang hal tu, Encik Zack.” Walaupun terasa berat untuk mengungkapkan kata maaf, namun Audra tetap menyatakannya. Dah memang salahnya, jadi memang dia patut meminta maaf.

“Tak apa. kita simpan saja soal itu. Saya anggap tindakan awak itu sebagai satu hutang.” Zack meletakkan tangannya di atas meja dan memandang Audra dengan sinis. “Suatu hari nanti, saya akan tuntut balik hutang awak pada saya.” Zack sengaja mahu menghangatkan suasana.

Apa maksud Encik Zack? Kening Audra sudah berkerut. Rasa bersalah dalam diri Audra sudah bertukar menjadi perasaan kurang senang. Adakah itu membawa maksud, suatu hati nanti Encik Zack akan membalas semula perbuatannya? Memang dasar pendendam! Audra menjeling kasar.

“Kenapa? Awak ada masalah?” Raut wajah Audra yang berubah cukup membuat Zack meneka apa yang ada dalam hati kecil gadis itu.

Sekali lagi Audra menjeling. “Jadi, Encik Zack berdendam dengan saya? Oh, sebab tulah Encik Zack menyamar, tutup muka semua! Pakai topi, pakai spek hitam masa jumpa saya di Rumah Warisan dulu. Encik Zack sengaja nak masukkan saya ke sini sebab nak dekat dengan saya, kan? Supaya senang Encik Zack nak balas dendam. Macam tu?” Walaupun perlahan, namun nada suara Audra kedengaran sangat keras.

Zack hanya mengukirkan senyuman sinis. “Baguslah kalau awak dah tahu. Tak payahlah saya sembunyikan tujuan saya untuk balas dendam pada awak.” Semakin galak Zack mengusik.

“Huh!” Audra mendengus. Encik Zack dan Tuan Syed Zikri, sama-sama menyakitkan hati! Bagaimana tuannya, begitulah orang kepercayaannya!

Hati Zack sudah ketawa kecil melihat sikap Audra. “Okey, Audra. Dah terlanjur awak ada di sini, ada beberapa perkara yang saya mahu selesaikan dengan awak.” Zack kembali menegakkan tubuhnya. “Pertama, awak boleh lupakan soal kot hitam Tuan Syed yang awak dah rosakkan. Kedua, memandangkan awak dah kenal saya, jadi dengan ini saya isytiharkan yang awak mempunyai hutang dengan saya sebab cederakan saya duhulu. Dan yang ketiga,” Zack memandang jauh ke dalam mata Audra. “Saya dah berjaya buat jantung awak berhenti berdegup, kan?” Betulkah dia dah buat begitu? Dia tak pasti tetapi dia sekadar menyatakan begitu kerana mahu tahu apakah benar firasatnya.

Audra terdiam sambil membalas pandangan mata Zack. Tatkala ini, dia langsung tak bersedia untuk mengakui kebenaran itu. Kenapa lelaki yang menyakitkan hati ini yang berjaya membuatkan jantungnya berdegup untuk seketika? Kalaulah Zack orangnya, dia takkan mengaku!

“Okey, kita matikan saja soal tu! Sekarang ni, saya nak tahu tentang cuti saya.” Audra terus mengubah topik apabila dia mula merasakan bahangnya. Nampaknya, di dalam syarikat ini dia bukan sahaja menghadapi masalah dengan Tuan Syed Zikri, tetapi juga dengan orang kanan Tuan Syed Zikri sendiri. Kenapalah dia terjerat dalam masalah dengan orang-orang besar dalam syarikat ini?

Zack menghembuskan satu keluhan. Lalu, dia bersandar di kerusi semula. “Tentang cuti awak tu, saya tak boleh nak luluskan,” Zack memandang Audra dengan serius. “Awak tentu tahu-kan undang-undang bagi pekerja sambilan?”

“Saya tahu, cuti kecemasan tidak diperuntukkan untuk pekerja sambilan seperti saya. Namun, dalam undang-undangnya juga ada tertakluk - ‘atas budi bicara pihak atasan’. Sebab itulah saya datang berjumpa dengan Encik Zack untuk meminta sedikit sikap perikemanusiaan yang ada dalam diri Encik Zack!” Audra tahu dia tidak pantas berbicara sebegitu dengan Encik Zack. Namun, dia sudah semakin senak dengan situasi dalam syarikat ini.

Zack diam seketika. Audra kelihatan sedikit berang. Seorang gadis yang bernama Audra Laily sangat mudah hilang sabarnya. Tetapi keberanian Audra sangat dikaguminya. “Cik Audra, sebagai seorang pegawai tinggi saya ada satu nasihat untuk pendatang baru seperti Cik Audra.”

Audra melirik Encik Zack dengan ekor matanya.

“Terus terang saya katakan, saya kagum dengan ketegasan Cik Audra dalam menegakkan pendapat dan keinginan Cik Audra.” Sudah hilang perkataan ‘awak’ dalam bicaranya. Kali ini, Zack kelihatan lebih formal berbanding tadi. “Ketegasan itu tidak salah, tetapi jangan sampai hilang hormat pada orang atasan.”

Audra diam seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Benar kata Encik Zack. Dia telah tenggelam dalam api kemarahannya. Dia berhak untuk marah tetapi dia sepatutnya dapat mengawal kemarahannya. “Maafkan saya Encik Zack. Saya terbawa dengan masalah peribadi kita dalam perbincangan. Begini sajalah, Encik Zack buatlah keputusan mengikut prosedur syarikat. Jika Encik Zack rasa saya layak untuk diberi cuti kecemasan, saya berterima kasih. Jika tidak, tak mengapalah.”

Zack mengangguk. Kali ini Audra kelihatan lebih tenang dalam kata-katanya. Nampaknya, Audra tidak cepat melata dengan tegurannya. “Baiklah Cik Audra. Sebelum  lunch nanti, saya akan beri jawapan pada Cik Audra melalui Farah.”

“Baiklah, Encik Zack. Terima kasih,”

Zack hanya menganggukkan kepalanya pada Audra. Audra bangun dari duduknya dan berjalan hingga ke pintu. Sampai sahaja di pintu, langkah kakinya terhenti. Dia berpaling memandang Zack. Ketika itu, Zack juga sedang memandang padanya. Pandangan mereka bertaut seketika. Zack mengukirkan senyuman buat Audra. Tanpa membalas senyuman itu, Audra berpaling dan terus meluru keluar. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia perlu menoleh semula pada lelaki itu. Audra terus melangkah kaki ke tempatnya.

Zana yang sedang ralit melakukan kerjanya, mengangkat wajah dan memandang Audra yang baru duduk di kerusinya. Dia terus memandang Audra yang duduk mendiamkan diri. “Audra, kau ni kenapa?” tegur Zana.

Audra mengangkat kepalanya dan memandang Zana. Satu keluhan dilepaskan.

“Cuti kau lulus tak?”

“Entahlah. Petang nanti baru Encik Zack beri jawapan,” ujar Audra.

Encik Zack? Terkedu Zana di situ. Adakah ini bermakna Audra telah menemui Putera Arabnya itu? “Encik Zack mana ni?” tanya Zana, berpura-pura tidak mengenali Zack.

Mata Audra terus terancap pada Zana. “Kau belum pernah jumpa dengan Encik Zack, kan?” soalnya.

Pantas Zana menggeleng.

“Kau tahu tak siapa Encik Zack tu?!” tanya Audra.

Zana menggeleng lagi.

Audra menangkup mukanya dengan telapak tangan. “Ya Allah! Aku memang tak sangka akan berjumpa dengan dia lagi.” Satu persatu detik ketika berjumpa dengan Zack sebentar tadi menerpa di ruang ingatan.

“Siapa?” Zana sudah menghampiri Audra dan berdiri di depan mejanya. Wah! Cerita hebat ni!

“Putera Arab!”

Dua perkataan yang keluar dari bibir Audra sudah membuatkan Zana melopong. “Kau jumpa dengan Putera Arab?!” Dia tak menyangka Encik Zack mengambil keputusan untuk menonjolkan dirinya pada Audra secepat ini.

Audra mengangguk. “Rupanya, orang kanan Syed Zikri itu adalah Putera Arab yang aku jumpa kat tasik dulu.” Satu hembusan panjang dilepaskan Audra. “Patutlah dia sembunyikan wajah dia masa kita jumpa dia di Rumah Warisan hari tu. Saja nak nyorok muka dia dari aku!”

“Ish! Pandai-pandai je kau ni. Jangan-jangan dia pun dah lupakan kau tak.”

“Dia masih ingat aku lagilah! Kalau tak, tak delah dia anggap tindakan aku yang buat hidung dia berdarah dulu tu satu hutang!”

“Dia anggap macam tu?” Mata Zana sudah terbeliak. Ini sah Encik Zack sengaja nak kenakan Audra!

Audra mengangguk lalu menghembus nafanya. Kemudian, dahinya dipicit.

Melihatkan reaksi Audra, Zana mula merasakan sesuatu pasti telah berlaku ketika Audra menemui Encik Zack. “Apa yang dah jadi sebenarnya?” soal Zana dengan rasa kurang sabar.

Audra memejamkan matanya rapat-rapat. Sungguh, kalau diberikan putaran masa semula, dia mahu memadamkan kejadian sebentar tadi. Dia benar-benar terasa malu dengan apa yang berlaku. “Aku pitam sekejap.” Dia memicit-micit kembali kepalanya. “Eeii, malu aku!”

“Kau pitam?” Terukir riak kerisauan di wajah Zana. “Kau tak sihat?”

“Aku okey. Aku cuma terkejut tiba-tiba Putera Arab berdiri di depan aku!” Audra mengetap bibirnya.

“Kau pitam sebab melihat Putera Arab?” Berkerut kening Zana. Sampai begitu penangan Encik Zack pada Audra!

“Taklah pitam terus. Tapi, bila aku tengok dia pandangan aku terus kelam,” ujar Audra. “Jantung aku,” Audra diam pula. Tangannya memegang dada.

Zana menarik kerusi dan duduk di depan Audra. “Kenapa dengan jantung kau?” Tiba-tiba Zana teringat semula peristiwa lalu di mana Putera Arab itu hampir membuatkan jantung Audra hampir berhenti berdegup. Adakah kali ini jantung Audra berhenti berdegup sehingga membuatkannya pengsan?

Audra memegang dadanya. Dia melirik Zana. “Jantung aku berhenti berdegup.”

Zana sudah terlopong. Sangkaannya benar! “Betul?”

Audra menganggukkan kepala. “Lebih hebat dari kali pertama aku melihat Putera William!”


XXXXXXXXXXXXXXXXX

ops...Audra dah berjumpa dengan putera arabnya...harap anda terhibur dengan n3 kali ini...LOL

Friday 21 June 2013

Kau Suka Dia?





Salam Jumaat semua. Kali ini special N3 ya.... Happy reading ya. Kalau boleh, tinggalkan komen anda ;)


************


"ASSALAMUALAIKUM...." Luna membuka pintu lantas melangkah ke dalam.

"Waalaikumussalam," Farish melipat suratkhabar lalu menjatuhkan pandangannya kepada Luna yang baru pulang. "Dari mana Luna?" Soalnya dengan sedikit tegas.

"Jumpa kawan," jawab Luna acuh tak acuh.

"Siapa?" Kali ini suara Farish lebih tinggi.

Langkah Luna yang sudah menginjak satu anak tanggal untuk naik ke atas, terhenti. Satu keluhan dilepaskan. "Kawan lah."

"Abang tahulah kawan. Tapi siapa? Siapa nama dia?" tanya Farish. Menikam wajah Luna dipandangnya.

Tanpa menjawab apa-apa, Luna terus memanjat anak tangga dengan pantas. Farish tak berhak bertanya dengan siapa dia keluar. Itu adalah haknya.

Farish mendengus kasar melihat sikap Luna. Lantas, kakinya dihayun ke dapur.

"Ibu, Luna keluar dengan siapa?" Tanya Farish.

"Kenapa ni?" Lebut suara Hanim bertanya sambil melirik sekilas kepada anak terunanya. Tangannya masih ligat menggiling cili. Dia lebih gemar menggunakan cili giling dalam masakan. Apatah lagi, jika diguling sendiri.

"Farish bukan apa mak, sejak akhir-akhir ni anak dara mak tu asyik keluar dengan kawan aje. Dia tak beritahu mak?" Soal Farish. Dia sudah membuka peti sejuk lalu mencapai jus oren lalu menuang ya ke dalam gelas. Kemudian, dia menarik kerusi lalu duduk di depan Hanim.

Hanim hanya tersenyum.  "Katanya, keluar ramai-ramai. Dengan kawan-kawan satu kolej."

"Tapi, Faris pelik lah dengan sikap Luna ni. Kalau ye pun dengan kawan, takkanlah hampir setiap hari balik lambat." Seteguk jus oren yang sejuk masuk ke dalam maka tekaknya.

"Tu, minum air tu baca bismillah tak?" Kerling Hanim.

"Bismillahi Rahmanir Rahim." Memang dia terlupa nak memulakan dengan bismillah. Ah...kongsi air dengan syaitan lah tadi. Keluh Farish.

"Farish, Kan abang Luna. Farish berhak tahu ke mana Luna pergi dan dengan siap dia keluar. Ibu ada di rumah, jaga rumah, buat kerja rumah. Ibu tak tahu dengan siapa dia keluar. Kalau dia kata dengan kawan, dengan kawan lah yang ibu percaya." Rutin hariannya lebih banyak di rumah. Walaupun, dia risau dengan pergaulan Luna yang semakin dewasa, tiada apa yang mampu dilakukan selain berdoa kepada Allah agar Luna sentiasa meletakkan Iman di dadanya.

"Baiklah kalau macam tu. Farish akan minta bantuan Zarul untuk pantau pergerakan Luna." Terbayang di ruang mata Farish tentang Luna yang mungkin sedang berpacaran bersama teman lelakinya. Hanya itu sajalah alasan yang mungkin untuk sikap adiknya itu.


#########



"Itu dia?" Kelibat seorang lelaki yang sedang bersandar selesa di sebuah kerusi di kafe itu menjadi perhatian Farish. Sesekali lelaki itu akan tersenyum dan ketawa kecil apabila membelek-belek telefon bimbitnya.

“Itu tak ada lain, mesti sms dengan Luna,” tuduh Farish.

“Tak juga Rish. Luna-kan ada kelas pagi ni. Aku dah selidik dah lelaki ni. Playboy besar tu,” balas Zarul. Teh yang masih panas dan berkepul-kepul asapnya, dihirup sedikit. “Kita tunggu dan tengok dulu.”

Tak lama kemudian, kelihatan seorang wanita menghampiri lelaki yang dikenali sebagai Hafizi. Farish dan Zarul terus memerhatikan kelakuan Hafizi dan wanita yang tersebut yang tampak begitu mesra. Sesekali kelihatan tangan mereka bersatu.

Berombak dada Farish. “Luna tu buta agaknya. Lelaki macam ni yang dia gilakan.” Rapat bibirnya diketap menahan rasa marah.

“Biasalah. Cinta...” ujar Zarul yang kelihatan tenang. Sesekali matanya masih mengerling sepasang sejoli itu. “Selagi dia tak sentuh Luna, biarkanlah. Luna baru nak kenal erti cinta,” sambungnya. Bukan dia tak tahu Farish terlalu mengawal pergerakan adiknya sejak dari bangku bangku sekolah.

Luna yang pada asalnya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah juga terpaksa menolak kerana keengganan Farish membenarkan dia pergi. Sekarang, Luna hanya menyambung pelajarannya di kolej yang berdekatan supaya Farish bisa mengawal pergerakan adiknya.

Namun, itu tak semudah yang disangka Farish. Walaupun masih mengawal Luna, tetapi apabila Luna berada di dalam kolej, Farish tak mampu mengawal Luna lagi.


***********



Dari jarak hampir seratus meter itu, Farish dan Zarul memerhatikan susuk tubuh Luna bersama Hafizi.

Walaupun keduanya tampak mesra, namun Hafizi langsung tidak cuba menyentuh tangan atau melakukan perkara yang keterlaluan terhadap Luna. Tidak seperti tempoh hari di mana mereka melihat Hafizi memegang tangan wanita yang bersamanya dengan mesra.

Zarul menyandarkan tubuhnya di tembok kawasan parkir. Mulutnya sedang mengunyah gula-gula getah. Ke kiri, ke kanan giginya berlaga. Walaupun gula-gula getahnya sudah tidak terasa manis, namun dia masih lagi menguli di dalam mulutnya.

"Kau janganlah risau, aku rasa Luna takkan semudah itu untuk membenarkan lelaki ajnabi menyentuhnya," ujar Zarul. Risau juga dia apabila mengenangkan kemungkinan besar, Luna akan menjadi mangsa Farish apabila tiba di rumah nanti.

“Tak sentuh sekali pun, aku tetap tak suka Luna keluar berdua saja dengan lelaki tu. Kita tak tahu apa akan jadi nanti bila asyik kerap berdua begini. Dah tu, siap bohong dengan mak aku lagi! Kononnya, keluar ramai-ramai dengan kawan sekelas.” Farish sudah melepaskan satu tumbukan di tembok yang keras itu. Namun, dia langsung tidak merasakan kesakitannya walaupun ada jarinya yang berdarah.

“In Sha Allah, Luna pandai jaga diri sendiri.” Walaupun kata-kata Farish ada benarnya, namun Zarul lebih senang berprasangka yang baik-baik sahaja. Dia mengenali Luna dari kecil, dia tahu bagaimana diri Luna.

“Perempuan Zarul. Keras lama mana sangat? Kalau hari-hari melambung ayat jiwang, berkecai juga iman." Keluh Firash. "Aku abang dia. Tanggungjawab aku besar untuk menjaga dia sejak arwah abah dah tak ada."

"Takkanlah setiap masa kau nak pantau dia? Habis, macam mana dengan kerja kau?" Soal Zarul. Sangat mustahil untuk Firash terus menjaga Luna setiap masa.

Tatkala ini, mereka melihat Luna bersandar di sebuah kereta Proton Saga  merah. Hafizi berdiri di depannya. Begitu dekat sekali.

Dada Farish berombak. "Ini tak boleh jadi ni!" 

Dengan pantas, Zarul menahan dada Farish yang mahu bergerak dari tempat berdirinya. Semakin kuat Zarul mengunyah gula-gula getahnya. Terasa seperti dia sedang mengunyah Hafizi di dalam mulutnya.

Tanpa memperdulikan Farish, Zarul terus bergerak mendekati pasangan itu apabila melihat Hafizi seakan cuba mencapai tangan Luna yang sedang mengelak manja dari kekasihnya itu.

Sampai saja di tepi pasangan itu, Zarul terus menarik kolar baju Hafizi.

Hafizi dan Luna terkejut dengan kemunculan Zarul. Kemudian, terlihat kelibat Farish pula. Wajah Luna sudah pucat.

"Kau nak buat apa dengan dia?" Kedua-dua tangan Zarul sudah melekap kemas di kolar baju Hafizi. Mata mereka bertentangan begitu dekat sekali. Jelas kelihatan api yang marak menyala di dalam mata Zarul.

Farish terkedu di situ melihat tindakan Zarul.

"Saya tak buat apa, bang. Kami cuma sembang-sembang kosong je," terketar-ketar suara Hafizi.

"Siapa perempuan ni dengan kau?" Bentak Zarul.

"Dia?" Hafizi melirik Luna seketika lalu memandang lelaki bengis di depannya itu. "Abang ni siapa?"

"Kau sibuk apa tentang aku? Aku tanya, siapa perempuan ni dengan kau?!" Semakin kuat Zarul mencengkam kolar baju Hafizi.

"Kawan aje bang. Tak ada apa-apa pun," jawab Hafizi.

Terkejut Luna dengan pengakuan Hafizi. Bagaikan renjatan, matanya terus menikam wajah lelaki yang dicintainya itu. Kawan?

"Kawan? Sembang kosong? Kenapa rapat sangat? Dah tak reti nak duduk jauh-jauh?" Tanya Zarul lagi.

"Erk....erk... " Hafizi terus kelu.

"Cakap! Kenapa kau berdiri rapat-rapat dengan dia!" Suara Firash semakin meninggi.

"Saya tak buat apa-apa, bang. Tapi, dia pun tak kisah," balas Hafizi.

Kali ini Farish sudah mengerling Luna. Luna tertunduk terus.

"Habis tu, kelmarin aku nampak kau dengan seorang perempuan di kafe simpang empat tu. Yang tu siapa? Kekasih kau?" Zarul terus memainkan peranannya.

Kali ini, Luna mengangkat wajahnya semula dengan rasa yang tidak percaya dengan omongan Zarul.

"Hah?" Tergamam Hafizi. "Tak. Itu pun kawan aje bang."

"Kawan sampai pegang-pegang tangan, suap-suap makan? Rapat betul, kan?" Sindir Zarul.

Hafizi terus terdiam.

Melihat Hafiz yang terdiam itu, hati Luna hancur berkecai. Apakah selama ini Hafizi tidak setia dengan cinta mereka? Luna terus berlari pergi dari situ.

Zarul melepasi Hafizi apabila Luna sudah pergi. "Aku tak nak lihat kau dekat dengan Luna lagi."

Hafizi membetul-betulkan semula bajunya.

"Kau ingat bro," Zarul mengibas-ngibas seolah-olah sedang membunuh habuk pada bahu baju Hafizi. "Kalau kau dekat dengan dia, aku hantar kau ke katil hospital, bro," ugutnya. "Sudah, pergi...pergi..."

Tanpa mengunggu lebih lama, Hafizi terus berlalu pergi.

"Bro, kau ni kenapa?" Tanya Farish.

Soalan Farish itu serta merta menyedarkan Zarul apa yang telah dilakukannya.

"Aku cuma nak tolong kau aje," dalih Zarul.

"Aku kenal kau. Apa yang kau buat tadi tu, sepatutnya aku yang buat. Luna tu, adik aku. Bukan adik kau," Farish cuba menjerat Zarul.

"Adik kau, adik aku juga. Lagipun, aku dah kenal Luna dari dia kecil- kecil lagi," Zarul mencipta alasan.

"Kau suka dia?" Tanya Farish.

"Mana ada!" Pantas sahaja Zarul menjawab. Kenal benar dia dengan sikap Farish. Kerana itu, lebih baik dia menyembunyikan perasaannya terhadap Luna.

"Kau ingat bro, aku tak suka kau cuba dekat dengan Luna. Kalau pun kau kawan aku, jangan ingat aku akan benarkan. Luna tu masih belajar. Aku tak nak masa depan dia hancu sebab cinta!"


************

“Luna! Luna!” Hafizi mengejar langkah Luna yang dihayun laju.

“Tolonglah sayang.” Terus Hafizi mencapai lengan Luna apabila dia Berjaya mengiringi langkah gadis itu.

“Lepaslah!” Luna menarik tangannya dengan kasar. Dia langsung tidak memandang wajah Hafizi. Dia percaya, apa sahaja yang diperkatakan tempoh hari oleh Zarul semuanya benar belaka. Semuanya kelihatan benar dengan melihat reaksi daripada Hafizi sendiri.

“Luna, apa yang yang berlaku semua hari tu Cuma salah faham,” rayu Hafizi.

“Salah faham?” tergeleng-geleng kepala Luna. Dia membuka zip beg converse lantas mengeluarkan kepingan foto yang telah di ambil daripada Farish. “Ini semua salah faham?”

Kepingan gambar itu dilemparkan di dada Hafizi sehingga berserakan di lantai. Hafizi mengutip setiap kepingan itu. Tak guna!

“Perempuan ni cuma kawan!”

“Whatever! Aku lebih percayakan abang aku berbanding kau!” Luna terus berlalu dari situ. Namun, sekali lagi tangannya dicapai dan digenggam Hafizi.

“Lepaslah” Luna cuba melepaskan diri namun sia-sia.

Ketika Luna sedang cuba melepaskan tangannya dari genggaman Hafizi, tubuh Hafizi tiba-tiba sahaja melayang sehingga terhempas ke lantai. Apabila Luna menoleh, kelihatan Zarul sedang mengganggam penumbuknya. Dia beralih memandang Hafizi yang sudah mengerang kesakitan.

“Aku dah beri amaran pada kau, jangan ganggu Luna!” Zarul mahu mendekati Hafizi untuk ‘mengajarnya’ lagi.

Hafizi bangun untuk melarikan diri. Zarul mahu mengejarnya.

“Jangan! Jangan!” Luna menahan tubuh Zarul dari mengejar Hafizi yang sudah melarikan diri. Mata Luna melekat terus kepada mata Zarul. Lalu dia menggelengkan kepalanya seolah-olah memohon simpati Zarul agar melepaskan Hafizi pergi.

Melihat ke dalam anak mata itu, Zarul menarik nafas panjang lalu melepaskan satu keluhan.

“Jangan jalan sendiri Luna. Tak tahu apa akan jadi pada kau. Lain kali, jalan dengan kawan-kawan. 
Sudahlah budak tu pun satu kolej dengan kau,” gusar hati Zarul mengenangkan Luna.

“Pandai-pandailah aku jaga diri aku sendiri,” ujar Luna. “Apa kau buat di sini?”

“Abang kau minta aku datang sini ambil kau. Dia baru berlepas ke Langkawi. Mungkin, malam esok baru dia pulang. Esok pun, aku akan ambil kau balik kolej. Pagi esok, aku datang ambil kau di rumah,” beritahu Zarul.

“Tak perlu susah kerana aku. Abang pun satu, terlalu risau tentang aku,” rungut Luna.

“Dia abang kau. Kau tu tanggungjawab dia,” Zarul meneruskan langkah dan meminta Luna mengikutnya.

“Aku dah besar,” balas Luna sambil matanya memandang ke kanan dan kiri untuk melintas.

Apabila melihat jalan sedikit lengang, Zarul menyeberang dan Luna mengikutnya agak rapat.

“Selagi kau belum berkahwin dah menjadi tanggungjawab dia untuk jaga kau. Kau kena ingat tu,” pesan Zarul. Pintu kereta dibukanya dan menyuruh Luna masuk ke dalam. Sebaik sahaja Luna masuk ke dalam kereta, Zarul segera menutup pintu dan meloloskan diri di tempat pemandu.

“Kau pun satu, ikut saja cakap abang aku. Kadang-kadang, aku rasa macam aku dah ada dua orang abang!” Walaupun dia kurang selesa dengan keadaan itu, namun jauh di sudut hati Luna dia merasa bertuah kerana ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.

“Kau anggap aku macam abang kau?” ada kesal dalam nada soalan Zarul.

Luna terdiam. Tiba-tiba sahaja dia seakan dapat merasakan soalan Zarul seakan beban di dalam hatinya. Namun, dia tetap tersenyum.

“Tentulah! Kau kan kawan abang aku. Kau pun dah macam abang aku juga.”

“Kalau aku nak lebih dari tu, boleh?” Zarul tersenyum.

Luna sudah terkedu. Wajah Zarul yang penuh dengan senyuman itu dipandangnya. Berguraukah lelaki ini?

“Tak payahlah tengok aku macam tu. Aku berguraulah.” Zarul ketawa walaupun hakikatnya berlainan dengan perasaannya. “Orang bergurau pun nak ambil serius.”

Luna mengetatkan senyumannya. Bergurau saja? Kalau bukan berguraukan bagus. Sebenarnya, sejak dari kecil dia memang selesa dengan Zarul. Tapi, perasaan ini tidaklah sampai tahap cinta. Dia hanya sukakan Zarul kerana Zarul sangat baik kepada mereka sekeluarga.

Lagipun, dia tak pernah rasa Zarul suka padanya lebih dari perasaan seorang abang kepada seorang adik.


************


“Assalamualaikum makcik,” ujar Zarul sambil melangkah ke dapur untuk melihat hidangan apa yang disediakan Hanim.

“Waalaikummussalam,” Hanim tersenyum melihat kelibat Zarul. “Awal kamu sampai pagi ni.”

Zarul menarik kerusi dan siap duduk di meja makan. Dia mencapai cucur udang lalu memasukkan ke dalam mulut usai membaca basmallah.

“Sajalah datang awal. Takut terlewat hantar Luna ke kolej,” Zarul terus mencapai secawan kopi yang baru dihulurkan Hanim kepadanya. “Kalau macam nilah tiap-tiap pagi makcik siapakan sarapan, mahu hari-hari saya datang.”

Hanim ketawa. “Datanglah. Makcik pun suka kamu datang sini.” Hanim melirik anak tangga ke atas. “Tak siap lagi budak si Luna ni. Macam tu-lah setiap pagi. Selagi Farish tak menjerit nama dia, tak turun sarapanlah budak tu. Bersiap macam pengantin!”

Zarul ketawa. “Biasalah makcik. Perempuan. Agak-agak sikap dia turun makcik tak?” gurau Zarul.

“Haiss!” Hanim menampar lengan Zarul. “Sempat lagi kamu sindir makcik lagi!” Hanim menghirup kopi panas. “Maaflah, Farish tu suka menyusahkan kamu tentang Luna. Dia tu, langsung tak percaya pada Luna. Bila dia tak ada, kamu pulak yang jadi mangsanya. Kamu pulak yang disuruhnya kawal si Luna tu.”

“Tak apalah makcik, bukan selalu. Tapi, kalau makcik nak saya jaga Luna selalu pun saya sanggup.” Zarul ketawa. Namun, dalam gurauannya itu dia sangat berniat apa yang dikatakannya.

“Kamu ni,” tergeleng-geleng kepala Hanim. “Kalau kamulah yang nak jadi menantu makcik, makcik suka sangat!”

“Tapi Farish tak suka saya jadi adik ipar dia,” tambah Zarul.

Kebetulan ketika itu, Luna sudah pun berada di bawah dan berdiri di sebalik tembok mendengar perbualan Zarul dan Hanim.

“Kamu ni betul ke main-main ni Zarul?” Hanim sudah mengambil serius hal itu.

Zarul ketawa. “Makcik ni, Luna tu masih belajar. Baru Sembilan belas tahun. Takkanlah makcik nak bagi saya kahwin dengan Luna pulak. Saya bergurau sajalah.” Berdekeh-dekeh tawa Zarul untuk menyembunyikan perasaan hatinya yang sudah begitu mendesah.

Luna mencebikkan bibirnya. Dia melangkah mendekati mereka. “Iyalah, orang tu-kan akauntan. Manalah layak dengan kita, kan.” Sindir Luna lantas menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Zarul. Satu kerlingan dilemparkan buat lelaki itu.

Zarul berdehem. Sejak bila pula Luna mendengar perbualan mereka.

“Sarapan dulu Luna. Jangan buat muka macam tu,” tegur Hanim dengan lembut apabila melihat wajah masam Luna.

“Ibu beritahulah dengan budak tu, kalau dia tak suka dengan Luna tak perlulah susah payah nak hantar Luna ke kolej. Luna boleh pergi sendirilah.” Dengan perasaan yang sebal, Luna mengambil sekeping roti lalu menyapukan mentega di atasnya dengan kasar.

Zarul hanya tersenyum melihat sikap Luna.

“Biarkanlah Zarul. Kamu macam tak kenal Luna ni. Minumlah,” Hanim memandang Zarul.

“Belalah orang tu daripada anak ibu sendiri,” Muncung Luna sudah panjang.

Zarul dan Hanim ketawa mengusik. Semakin panjang muncung Luna. Dek kerana geram melihat Zarul, Luna terus mengambul tisu lalu mengepalkannya. Kemudian, tisu itu dilemparkan kepada Zarul.

“Aduh, makcik....sakitnya,” usik Zarul dan ketawanya semakin menjadi-jadi.

Luna yang tidak tahan diusik oleh Zarul, lalu mencapai begnya dan berlalu pergi.

“Anak makcik dah merajuk. Biar saya pergi pujuk,” Zarul memangkat punggungnya dan menghilangkan diri.
Hanim yang masih tersenyum itu menggelengkan kepala. “Ada-ada saja budak-budak ni.”




Bersambung..........



Cerita ini bersambung ya....In Sha Allah akan disambung pada minggu special N3 yang akan datang. Harap anda terhibur dengan N3 minggu ini.... (^______~)


************