Tuesday 19 August 2014

Dup Dap! Jantungku Berhenti







Assalamualaikum semua...
Inilah Cover Novel terbaru ~> Dup Dap! Jantungku Berhenti (e-novel~Ratu Hati Si Putera Arab)

NOVEL OGOS PFP

TAJUK : DUP! DAP! JANTUNGKU BERHENTI
PENULIS : EMMA RUSDI
HARGA : RM23 / RM26
ISBN : 978-967-363-206-8


SINOPSIS


Kulit Belakang



“Aku hanya mahukan seorang putera raja yang bisa membuatkan dunia ini berhenti berputar, jarum masa berhenti sesaat, jantung berhenti berdegup kemudian semuanya bergerak pantas. Dup! Dap! Dup! Dap!”

Tiada siapa yang akan faham dengan impian Audra Laily ini. Semua orang menyatakan impiannya itu hanya satu angan-angan kosong. Memang Audra suka berangan, tetapi dia pasti angan-angannya itu adalah satu impian yang pasti. Pertemuan kali pertamanya dengan Zack membuatkan Audra membenci lelaki itu. Tanpa mereka mengenali antara satu sama lain, lelaki itu sudah mula memperlekeh impiannya.

“Tuan puteri sedang menunggu putera raja mana untuk datang ambil tuan puteri?”- Zack.

Itulah ayat pertama yang diucapkan Zack pada pertemuan pertama mereka. Ayat yang penuh dengan sindiran itu menyebabkan jantung Audra semakin berlari dengan laju walaupun pada hakikatnya lelaki itu hampir sahaja membuatkan dunianya berhenti berputar dan jantungnya berhenti berdegup. Pertemuan itu berakhir apabila Audra bertindak menanduk hidung Zack dengan kepalanya. Lantas terus melarikan diri. Namun, diari miliknya telah tertinggal di situ.

Melalui diari itu, Zack mula menjejaki siapa diri Audra yang sebenar. Semakin mengenali Audra, semakin hatinya tertaut.

“Kenapa awak pandang saya macam tu, Cik Audra? Apa saya dah buat jantung awak berhenti berdegup? Kemudian, berdegup dengan laju. Dup! Dap! Dup! Dap!”

Angan Audra untuk bertemu dengan seorang putera raja yang bisa membuatkan jantungnya, dunianya, berhenti seketika kemudian bergerak dengan pantas telah menjadi kenyataan. Sayangnya, lamaran yang dibawa oleh Zack untuk menyunting dirinya sebagai ratu hati datang daripada Syed Zikri dan bukan Zack sendiri. Kenapa saat hatinya sudah terpaut kepada Zack, hadir Syed Zikri menjadi penghalang? Namun, kenapa Syed Zikri tidak pernah berani menyuarakan isi hati sendiri, hanya menggunakan bayang Zack? Siapa Zack? Siapa Syed Zikri?


Jom Dapatkan Sekarang!

P/S : Terima Kasih untuk semua kengkawan! Harap novel ini tidak menghampakan. Jika ada kekurangan & kesilapan harap dimaafkan. In Sha Allah, akan diperbaiki dalam penulisan yang akan datang.


Friday 25 July 2014

Dup! Dap! Jantungku Berhenti~Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....

Buat teman2 semua...
Ini info terbaru tentang kisah Audra & Zack..
"RATU HATI SI PUTERA ARAB"

e-novel ini akan diterbitkan ke versi cetak..
(Akan saya update bila dah keluar ya)

INFO : Tajuknya telah di tukar kepada
"DUP!DAP! JANTUNGKU BERHENTI"



Saya memohon maaf kerana tidak dapat postkan cerpen-Aku Bukan Meleficent kerana kekangan masa. Moga saya dapat postkan spesial N3 ini selepas raya. Mudah-mudahan....

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan

Salam Aidilfitri...
Dengan ingatan Tulus Ikhlas  
Maaf Zahir & Batin
Minal AIdil Wal FaiZin..
Tulus dari kami sekeluarga..




Untuk Kawan2 yg akan pulang ke kampung (eeiiii...seronoknya sebab saya x ada kampung...hihi) saya mengucapkan selamat pulang. Berhati2...moga selamat tiba ke destinasi.

Untuk kawan2 yg sudi...boleh add saya di FB seperti link yang diberikan & like untuk page saya ya..


Terima kasih semua..
Lots Of LuVe..

~emmarusdi~

Monday 23 June 2014

RHSPA akan terbit!!

 Assalamulaikum....

Buat semua kengkawan di sini, pengunjung2 yang sudi mejengah walaupun blog ini dah terlalu lama bersawang...

Harap anda semua sihat hendaknya.......
Kengkawan.....
Masih ingat tak lagi dengan semua cover e-novel ini?
Masih ingat pada Audra dan angan-angan tak logiknya?
Masih ingat pada Zack?
pada Zana sahabat baik Audra?
dan juga yang watak2 yang lain....?

Moga anda semua masih tidak melupakan mereka...
In Sha Allah...
Mereka semua akan menemui anda dalam versi cetak tidak lama lagi.

Jika tiada aral melintang, dijadualkan pada bulan Ogos nanti..
Doa2 kan semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada :-

Kengkawan yang setia menunggu kisah ini untuk diterbitkan..
Kengkawan yang selalu pm saya kat FB..
yang selalu bertanya tentang kisah ini...
juga buat kengkawan yang menjengah blog ini..
biarpun sunyi sepi dari N3...
(berdasarkan overview)



Doa2kan ya...
Moga kisah ini dapat ke versi cetak seperti yang dirancang..

Jika kengkawan ada apa2 pertanya, cadangan, pendapat...apa sahaja...
boleh comment di sini @ pm saya di FB @ emel pd saya...


SEKADAR INFO :

Manuskrip Senyumlah Sayang masih dalam penulisan....kadang2 progress banyak...kengkadang tak ada langsung. Bergantung pada kesibukan saya di pejabat. Jadi, blog ini akan sunyi dan sepi sehingga saya selesaikan manuskip Senyumlah Sayang.

Usai Senyumlah Sayang, saya akan terus ke manuskrip yang berikutnya. Iaitu berdasarkan sepesial N3 'Lucky Hana'. Jika ada sedikit idea, saya akan postkan spesial N3 ya...(Saya baru dapat idea untuk sebuah cerpen-spesial N3. Tajuknya : Aku bukan MELEFICENT). 

In Sha Allah...dah siap spesial N3 ni, saya akan postkan di blog PSB.

Terima kasih. Wassalam.