Friday 18 September 2015

Dup Dap! Jantungku Berhenti - Excerpt

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini

Jika awaks berminat nak beli novel ni dan buat koleksi rak buku awaks yang penuh tu, awaks boleh klik di sini. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi saya.


---------@@---------




Zack berpaling memandang Che Enon. “Berita baik,” Dia tersenyum pada Che Enon. “Saya pasti Tuan Syed dah bersedia untuk masuk ke Rumah Warisan malam ini jugak!”

“Betulkah?!” Wajah Che Enon berseri-seri. Matanya sudah terbuka luas, dan mulutnya sedikit tenganga. Bukankah itu bermakna Tuan Syed Zikri suka dengan kerja Audra? Bertuahlah Audra!

Excuse me, awak yang datang tengok, jadi, macam mana awak tahu Syed Zikri akan datang dan tinggal di sini?” Audra cuba memandang mata yang berselindung di balik cermin mata hitam itu. Saat ini, memang Audra tidak tahu di mana pandangan mata lelaki itu dihalakan.

Pantas Zack memandang Audra. Dia tidak menyangka Audra akan bertanya begitu. Dia mendekati Audra dan berdiri di hadapan gadis itu. Wajah Audra terus diperhatikannya.

“Apa yang saya suka, Tuan Syed pasti suka. Mata saya adalah mata Tuan Syed. Kalau saya kata ya, maka jawapannya juga ya,” balas Zack. Kemudian, dia bergerak menjauhi Audra dan berjalan mengelilingi kamar itu.

Terkedu Audra dan Zana. Masing-masing sudah berpandangan. Masing-masing menghantar isyarat dengan pandangan mata. Wah! Rapat benar Encik Zack dan Tuan Syed Zikri! Pandangan mata mereka seolah-olah sedang berinteraksi dalam diam.

“Dan saya juga ada berita baik untuk kamu berdua,” sambung Zack. Seraya dengan itu, tubuhnya berpusing memandnag Audra dan Zana. “Saya suka dengan hasil kerja kamu berdua. Mungkin, peratus untuk kamu berdua datang ke temuduga juga tinggi.”

Zana sudah tersenyum lebar. Dia memang bercita-cita untuk bekerja di syarikat ini. Kata-kata Zack itu merupakan satu harapan untuknya.

Berlainan pula dengan Audra. Dia tidak suka dengan cara Zack. Lelaki itu berkata seolah-olah mereka berdua sedang menyogok Tuan Syed Zikri dengan jasa mereka. Patutkah?  Hello Encik Zack, kami bukan kaki bodek, okey!

“Itu memang satu berita yang baik,” Audra mengakuinya. Dia sudah memeluk tubuh. “Tapi, F.Y.I, Encik Zack, waktu kami berdua datang ke sini niat kami hanya mahu membantu Che Enon. Kami langsung tak tahu yang Rumah Warisan ini adalah milik Warisan Syed. Jadi, apa yang kami lakukan ini bukan untuk meminta jasa kami di pulangkan. Biarlah Warisan Syed menilai kelayakan kami melalui perstasi bukan melalui jasa ikhlas kami.”

Zack mengetatkan senyumannya. Kedua-dua tangannya di bawa ke belakang tubuh dan jari-jemarinya bersatu  di situ.

“Tidak! Saya tak kata pun macam tu. Awak ingat dengan menyusun rumah ni dengan tak seberapa macam ni, Tuan Syed akan ambil awak bekerja?” Sengaja Zack berkata begitu.


“Apa? Susunan yang tak seberapa?” Terguris hati Audra dengan kata-kata itu. Sudahlah penat dia menyusun kamar ini, membuang waktu dan tenaga, hanya itu sahaja yang mampu dikatakan Zack? Sangat menyakitkan hati! “Terima kasih atas pujiannya,” sindir Audra.


-----------@@-----------
TERIMA KASIH-ER
-----------@@----------

No comments:

Post a Comment