Tuesday 22 September 2015

Fit Malaysia 2015


Hai korang..
Baru2 ni ER ada join Fit Malaysia yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sehari sebelum event berlangsung, semua peserta diminta mendaftar dan ambil nombor di Sunshine Kepala Batas. Disebabkan penganjur dah ingatkan agar jam 7 pagi dah perlu ada di sana, so kita orang dah siap-siap sebelum azan Subuh berkumandang. Lepas aje azan Subuh, terus solat dan bergegas keluar.




Inilah Rainbow Jersey Event. ada 2 kaler, oren & hijau. Ni sempat lagi posing sementara tunggu masuk waktu Subuh. Hehe

Di pendekkan citer, kami sampai sana jam 6.50 pagi setelah kejap-kejap berhenti ke tandas. Maklumlah, musim hujan lebat. sejuuuukkkkk....Sampai sana cari toilet jugak lagi. 


Yang ini gambar curi dari blog rasmi Fit Malaysia. Sebab kitorang punya stress takot x boleh nak habiskan maraton ni sampai tak sempat nak ambil gambar ramai-ramai.



Saat yang paling happy bagi kitorang bila hon permulaan dibunyikan. Bergema tepukan daripada para peserta. Memang meriah. Lebih teruja bila lihat ada family yang bawa anak-anak. Rasa macam....alaaaa....ruginya tak bawa kakak n adik....huhuhu...

Masa waktu larian tu, ada jugak yang main koner-koner nih. Konon nak cilok dan patah balik. Tapi sorry guys, sampai kat check point korang kena tick di nombor jersey korang. Barulah korang boleh patah balik dan dapatkan medal dan sijil penyertaan.





Inilah buktinya ER dah tamatkan 5km. Hehe...semangat tuh!


Sampai aje kat finish line, mata pun dah berbinau-binau. Ditambahkan lagi dengan matahari yang mula berdiri atas kepala. Waktu tu, dah ramai juga yang balik. So, masing-masing pun mula beransur. ada juga yang baru datang dan meneruskan cabaran.

Yang bestnya, kali ini tak ada timer. Siap dapat medal dan sijil dengan syarat cukupkan cabaran yang diambil itu sahaja. Jadi, masa kitorang dah nak balik, masih ada yang mendaftar.

Sebelum ER beransur dari event tu, sempatlah jugak tinjau-tinjau kiosk apa yang ada di situ. 









Bila dah penat, kami pun singgah cari tempat makan. Maklumlah, sarapan cuma roti sekeping dan sekotak air dutchlady.

ER tak tahu nama kedai ni, tapi kedai ni terletak di Permatang Pauh. Nak rasa masakan Melayu Kampung, memang boleh datang sini. Kedai bersih dan ramai pengunjung. Makanan pun sedap.



Dalam ramai-ramai, last skali tinggal kami makan berdua....hahaha

Dah cukup isi perut, teringat pulak dengan anak-anak, mak, sedara yang ada di rumah. Singgah kat sini pulak.









 Beli Green Tea Ice, Strawberry dan moist cake 2. Makan lagi. 





Kek Ceklat! My pebret!


Yang ini habuan untuk kat rumah. Sedappppp-Milk Chocolate


Yang bestnya, bawa balik 3 cawan besar air ni, kitorang kat rumah boleh kongsi. Itu pun tak habis. Ada juga saki baki kat bawah-bawah tu. Sempat jugak ER tapau goreng pisang dan cempedak goreng.

Dalam jam 12 tengah hari macam tu, ER dah sampai rumah dengan kepenatan. Best sangat moment pertama sertai maraton ni.



----------@@----------
TERIMA KASIH-ER
----------@@----------




No comments:

Post a Comment