Thursday 17 September 2015

Hotel Transylvania 2

Assalamualaikum...

Kali ni ER nak post pasal movie animasi Hotel Transylvania 2. Tengok preview macam best. Boleh la bawa anak ke pawagam, kan.

Movie ini akan ditayangkan di pawagam bermula 24 September 2015. Masa Raya Korban nanti. Tapi, kita beraya-lah dulu ye. Lepas2 tu, bolehlah bawa anak tengok citer ni.

Ini adalah sambungan daripada kisah pertama. Kalau korang tak pernah tengok lagi citer ni, meh ER nak story kan sikit.


--------------@@-------------

Hotel Transylvania adalah hotel yang dibangun oleh seorang Dracula untuk melindungi keluarganya dan para monster dari ancaman manusia yang 'kejam'. Hotel ini sentiasa dijaga agar tiada seorang manusia pun yang boleh datang ke situ. 

Pada hari ulang tahun ke-118 anak perempuan Dracula, Marvis, Dracula telah menjemput semua watak-watak monster datang ke sana. Tanpa disangka, seorang pemuda juga telah berjaya menemui tempat itu. Pelbagai cara dilakukan dracula agar anak perempuannya tidak bertemu dengan pemuda tersebut. Namun akhirnya mereka bertemu dan  telah jatuh cinta.





Hotel Transylvania ialah filem komedi animasi komputer Amerika Syarikat 2012 diterbitkan Sony Pictures Animation dan diedarkan Columbia Pictures


Hotel Transylvania 2



Ini pula adalah sinopsis untuk filem yang akan ditayangkan nanti.



Dari blog sinopsis filem

Sinopsis Film Hotel Transylvania 2 – Sambungan daripada filem sebelumnya. Kali ini Dracula sudah mempunyai cucu. Sayangnya, cucunya itu tidak menunjukkan tanda untuk menjadi dracula. Ayah kepada Dracula mula mengesan yang cicitnya itu tidak ada ciri-ciri drakula dan mula mendapat tahu bahawa di Hotel Transylvania, ada seorang manusia yang tinggal di situ.

Sama-samalah kita tonton untuk lihat apa yang terjadi seterusnya. ya.

Selamat menonton!

----------@@----------
TERIMA KASIH-ER
----------@@-----------




No comments:

Post a Comment