Sunday 6 September 2015

Kidland


Ini ada lagi satu story ER nak share dengan korang. Lepas sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Bandar Perda, ER bawa putri2 ER ke Kidsland.

Kebetulan Putri yang kecik memang dah ajak ER ke taman permainan dari minggu lepas. Tapi, kadang2 masa tu menyulitkan. Dah kebetulan ada masa hari tu, ER bawa mereka ke sana sebab ER sendiri nak cari lappy untuk ER menulis. Selama ni, ER menulis guna Ipad aje. Tapi dah rasa susah pula bila masuk part edit-edit nih.

Mula-mula tu kena daftar dan buat kad dulu. satu kad RM2. Harga games lain pulak ye. Hari tu, ER pilih permainan paling murah RM10. Entah apa namanya. Tapi untuk permainan tu tempatnya besar. 4 tingkat dan setiap tingkat ada permainan.


Total bayaran yang ER kena bayar hanya RM36. RM 6 untuk kad dan RM10 untuk permainan. Sebab ER nak masuk temankan budak-budak ni, ER pun kena charge harga yang sama.

Kebanyakan permainan ada limit time. Tapi untuk permainan yang ER pilih ni tak ada limit. Duduklah berapa lama korang nak. 


ER tak ambil setiap angle tempat ni. tapi, tempat ni memang truly kidland. Parent pun bole relax-relax sebab di depan tu ada tempat duduk dan lanskapnya sangat menarik.





















Ini cuma foto untuk tempat permainan yang ER bayar tu aje. Tapi banyak sangat permainan yang lebih menarik. Korang boleh datang dan tengok sendiri.

Have fun!


------------@@------------
TERIMA KASIH - ER
------------@@------------



No comments:

Post a Comment