Friday 11 September 2015

Saat Hati Merelakan - Excerpt

Assalamualaikum..
Salam sejahtera.
ER tak pernah post petikan untuk novel ini, kan? Kali ini ER nak share sikit kisah ini dengan awaks. Ini novel pertama ER. Jomlah tengok review di bawah. walaupun 50-50 tapi ER suka baca review ni...hehehe





Jika awaks nak baca dari bab awal, boleh klik link ini - Link Novel 
Jika awaks nak novel ni sebagai koleksi, boleh hantarkan pesanan kepada Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - Hubungi ER / dan pilih medium yang mudah untuk awaks.

Jemput baca naaaa....
------------@@-------------


“Saya tak kenal awak pun. Kenapa pula saya nak buat macam tu pada awak?” Wes cuba berlembut. “Begini, kita cuba pertahankan perkahwinan kita untuk sekurang-kurangnya setahun. Lepas tu baru kita fikirkan jalan seterusnya.”
“Kenapa lama sangat? Saya nak awak ceraikan saya malam ni jugak.” Qismyna membentak seperti anak kecil.
“Saya pun kalau boleh nak buat macam tu. Tapi kita kena jaga maruah keluarga kita. Lagi pun mereka sendiri mahukan perkahwinan kita diteruskan. ” Wes menjeling Qismyna yang merenungnya.
“Dia orang yang mahukan? Awak yang mereka-reka cerita. Maklumlah, lelaki....sekurang-kurangnya kalau tak bercinta pun, ‘ikan’ depan mata takkan ditolak! Apatah lagi halal.” Qismyna cuba memancing kemarahan Wes. Lantas dia teringat kejadian malam itu. Wes memang sengaja nak mengambil kesempatan!
“Kalau dah tahu, baguslah.” Wes membuka beg bajunya yang masih belum dimasukkan ke dalam almari. Lantas dia membuka baju Melayu yang dipakainya di depan Qismyna.
Qismyna berpaling. Malu melihat seluruh badan Wes yang hanya ditutupi tuala mandi. Dia hanya memerhati setiap kelakuan Wes melalui ekor matanya.

“Kejap lagi abang habis mandi, kita memadu asmara ya sayang....” satu cubitan hinggap di pipi Qismyna. Pantas dia menepis. Wes ketawa. Seronok mempermainkan gadis yang sombong itu. Gadis itu memang tak boleh berkompromi.

-----------@@-------------
TERIMA KASIH - ER
-----------@@------------

No comments:

Post a Comment