Friday 25 September 2015

Saat Hati Merelakan - Excerpt

Assalamualaikum...

Tentu ada di antara awaks yang masih bercuti, kan. Dah alang-alang cuti, meh le baca sikit kisah Wes dan Qis ni.
Jika awaks nak baca dari bab awal, boleh klik link ini - Link Novel 
Jika awaks nak novel ni sebagai koleksi, boleh hantarkan pesanan kepada Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - Hubungi ER / dan pilih medium yang mudah untuk awaks.
Jemput baca naaaa....


-----------------@@-------------


“Awak tidur bawah,” Qismyna terus melabuhkan badannya di atas tilam dan berpaling ke belakang.

“Kenapa pula saya kena tidur bawah. Kalau awak tak suka saya tidur dengan awak, awak jelah yang tidur kat bawah.” Tanpa memperdulikan reaksi Qismyna, Wes terus meletakkan badannya di sebelah Qismyna. Dengan pantas Qismyna terus duduk dan merenung tajam pada Wes. Wes yang tidak mahu mengalah, ikut duduk dan membalas renungan Qismyna.

“Awak memang melampau!” Qismyna bersuara geram walau pun perlahan. Mungkin dia tidak mahu mengganggu ketenteraman orang di dalam rumah itu yang barangkali sudah pun lena di buai mimpi.
“Awak jangan mimpilah nak sentuh saya. Untuk pengetahuan awak, hanya orang yang saya sayang saja yang layak berada di atas katil ini. Bukan awak!”

“Siapa? Kekasih? Tunang? Oh....lupa pulak. Ex-bakal tunang, jadi kekasih lah, kan?” Wes menepuk dahi. Qismyna mencebik geram. “Apa hak kekasih awak? Saya suami awak tahu.” Wes tersenyum sinis.

‘Inilah masanya untuk menunjukkan kuasa sebenar seorang suami.’ Wes tersengih lagi. Mungkin kerana geram, Qismyna bingkas turun dari katil.

“Hanya orang yang saya cintai saja layak manyentuh tubuh saya, faham!” Kali ini suaranya agak tinggi.  “Walau pun kita telah bernikah, tapi bagi saya awak bukan sesiapa dalam hidup saya.”

“Awak pun bukan sesiapa dalam hidup saya,” balas Wes kemudian. “Saya ada  pilihan hidup sendiri. Seseorang yang jauh lebih baik daripada awak.”

“Kalau macam tu, tak susah. Lepaskan saya!” Qismyna merenungnya tajam. “Awak sebenarnya dah rancang semua ni. Awak memang sengaja nak musnahkan hidup saya, kan?”  Wes pura-pura tidak mengendahkan Qismyna.

Qismyna yang melihat kelakuan Wes yang tidak mengendahkannya merasa amat marah dan geram. Lelaki itu seperti tembok yang berdiri tegak tapi tidak mempunyai telinga. Kemudian dia tersenyum. Dia mendapat akal.

“Atau.....awak sebenarnya dah jatuh cinta dengan saya? Sebab tulah awak rancang semua ni. Supaya awak boleh bersama dengan saya.” Dia tersenyum sinis.

“Saya jatuh cinta pada perempuan yang sombong macam awak? Perempuan yang tak tahu 
mengucapkan terima kasih bila ditolong?” dia ketawa mengejek. “Jangan-jangan awak takut kalau kita berkongsi katil, awak akan jatuh cinta dengan saya dan merayu pada saya jangan ceraikan awak.” Wes sengaja membakar kehangatan perdebatan mereka.

“Tolong....sikit! Setakat berkongsi katil tak memungkinkan saya untuk berkongsi hati dengan awak!” Qismyna begitu yakin dengan setiap pengucapannya. “Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga.”

Pandangan mata Wes jatuh pada rambut lurus Qismyna yang melepasi paras bahu. Maya memiliki rambut lurus yang cantik semulajadi dan kelihatan lembut. Sayang jika rambut itu dipotong.

‘Ah...tak mungkin aku akan lakukan itu. Adam tak suka aku berambut pendek. Rambut ku mesti panjang. Sekurang-kurangnya melepasi paras bahu.’

Wes kaget dengan kata-kata Qismyna. Seolah-olah syarat untuk jatuh cinta sesama mereka akan diikat dengan perjanjian. Tapi bunyinya seperti menarik juga. Nampak gayanya ada pertandingan dalam rumahtangga ‘paksanya’.  Wes termenung seketika kemudian bersuara.

“Baiklah, saya pula akan hias setiap sudut bilik ini dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak.”

‘Jangan harap. Sampai mati pun aku takkan hiaskan bunga matahari untuk kau. Aku hanya akan hiaskan jika yang menjadi suri hidupku adalah Farah kerana itu adalah bunga kegemaranku. Tapi sayang, Farah lebih menyukai mawar merah. Lagipun, aku bukannya reti bab hias-menghias ni.’

Qismyna terkejut dengan balasan dari Wes. Dia sendiri kurang pasti, adakah dia penyebabnya hingga perjanjian ini termeterai? Ah...nampak gayanya memang dia perlu menunggu lebih lama lagi untuk dibebaskan. Tapi untuk menarik balik....Tak mungkin! Ego menguasai diri. Dia takkan kalah dalam pertarungan ini.

‘Apa dia ingat aku akan jatuh cinta dengan tidur sekatil dengan dia?!’

Qismyna mematikan pertengkaran mereka dengan melabuhkan semula badannya di atas katil. Sempat dia memberi amaran agar Wes tidak sesekali menyentuh dirinya. Wes turut berbaring di sebelahnya.

Namun, dia tidak terus tidur di situ. Setelah pastikan Qismyna telah lelap, dia bangun dan tidur di atas comforter yang disediakan Qismyna sebentar tadi. Dia sebenarnya tak ingin bermusuh dengan isterinya itu, tapi ada kalanya dia geram kerana isterinya sukar di bawa berbincang. Walau pun mereka baru bernikah selama sebulan, namun sedikit sebanyak Wes dapat membaca sikap Qismyna.

Wes menghembus nafas panjang. Dia memandang mentari pagi yang mula menampakkan dirinya. Wajah Farahymma muncul bersama sinaran mentari sambil tersenyum padanya.

-----------@@------------
TERIMA KASIH - ER
-----------@@------------

No comments:

Post a Comment