Tuesday 29 September 2015

Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Hai awaks!!
MahapX3 sebab lama tak pos apa-apa di blog ni. ER sekeluarga tak sihat. Hari ni baru rasa okey sikit. Kalau awaks yang ada di FB tentu dah tahu kemunculan novel ini yang telah dijadualkan pada bulan Oktober, kan? Hanya tinggal beberapa hari aje lagi.....yeay!!

Ini lah covernya...

Taraaaaa.....



ISBN : 978-967-365-245-7
HARGA : RM27/RM30





Terima kasih PFP!!!
ER suka sangat dengan cover yang sweet ni.

So, order dah mula dibuka. Awaks boleh melanggan dengan Penerbitan Fajar Pakeer. Kalau awaks melanggan dengan PFP awaks akan dapat sticker TT dari ER (hanya 100 keping sahaja).

Tapi, kalau awaks melanggan dengan ER sendiri, tak ada sticker TT sbb ER akan tinggalkan 'kesan' ER di buku terus. Tapi, ada gift untuk awaks. Nanti bila ER dah siapkan gift tu, ER tunjukkan di blog ya...

Subhanallah....Alhamdulillah...Allahuakhbar

------------@@-------------


Amani, dia dingin dan kaku. Namun kerana dirinya begitu membuatkan Izz jatuh hati kepadanya. Namun, Amani sukar untuk didekati. Sikap Amani ada kalanya mencabar kesabaran Izz.

"Berani awak?!"
"Awak marah sebab saya pegang awak?"
"Lepaskan!"
"Awak nak pergi? Baiklah. Assalamualaikum."
Amani diam.
"Assalamualaikum. Awak tahu tak yang memberi salam itu sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Kalau awak tak tahu, anggap saja ini pelajaran awak yang pertama untuk hari ini. Kalau awak nak saya lepaskan awak, jawab salam saya!"
"Waalaikumsalam."

Kekasaran Izz membuatkan Amani membencinya. Namun dalam kebencian itu, dia akui bahawa hanya Izz yang selalu berada di sisinya. Saat hatinya mula lembut dengan Izz, Izz pergi meninggalkannya. Setelah lapan tahun Izz kembali semula. Namun saat itu, kepercayaannya kepada Izz telah hilang.

Sekali lagi Izz berusaha mendapatkan kepercayaan Amani. Apakah kali ini Izz akan berjaya setelah hati Amani terluka?

"Hei, Amani. Kalau awak malu, cukuplah kalau awak senyum. Senyum tanda suka."
"Kalau tak senyum?"
"Senyumlah, sayang..."


-----------@@-----------
TERIMA KASIH - ER
-----------@@-----------


No comments:

Post a Comment