Thursday 10 September 2015

Takkan Pernah Hilang - Excerpt

.Assalamualaikum....


Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel
Ada preview di sebelah. Maaf ya sis Nisha Aini, ER ambil komen awak....hehehehe
Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.
Jom baca.
Jemput naaaa....

-----------@@-----------

“Sara?!” tegur Fariz.
Maisara keget seketika mendengar suara di belakangnya. Tetapi kemudian dia berpaling ke belakang memandang Fariz.
“Kenapa?” Sejak beberapa ketika yang lalu dia berdiri di belakang Maisara dan memerhatikan gadis itu yang hanyut dalam dunianya sendiri. Tiba-tiba sahaja dia melihat Maisara mengangis? Kenapa? Apa yang membuatkan gadis itu bersedih?
Maisara menggelengkan kepalanya lalu perlahan-lahan melangkah ke depan dan duduk di bangku. “Ilyana apa khabar?” tanya Maisara.
Fariz menjungkitkan keningnya mendengar pertanyaan itu. Sangkanya, Maisara pasti menjauhkan diri bila dia mendekati. Tak disangka pula Maisara memulakan perbualan sebegitu. Fariz tidak menjawap terus soalan itu. Dia berjalan mendekati bongkah kayu yang berdekatan dengan bangku yang sedang diduduk oleh Maisara lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia mengetap bibir seketika. “Macam biasa.”
Maisara mengerling Fariz. Dia masih berkira-kira dengan dirinya sendiri. Apakah ini masa yang sesuai untuknya memberitahu keputusan yang sudah diambilnya? Bagaimana agaknya penerimaan Fariz nanti? Tambahan pula, dia sudah ada Ilyana sebagai peneman. “Saya tahu saya tak berhak masuk campur dalam hidup awak,” Maisara bersuara. “Tapi rasanya, kalau berkaitan dengan Aiman...” Maisara menggeleng-gelengkan kepalanya. Kata-katanya mati di situ.
Maisara dipandang Fariz. Kelihatannya seperti Maisara mahu berbincang sesuatu dengannya. “Kenapa?” Berkerut dahi Fariz.
Maisara memejamkan matanya. Dia duduk di bangku dan membelakangkan Fariz. Dia tidak mahu Fariz memandang wajahnya. “Soal awak nak kahwin dengan Ilyana, itu terpulang pada awak. Tapi, saya......” Kelu lidah Maisara untuk menerangkan maksudnya.
Argh......!! Tak kisahlah perigi cari timbakah, timba cari perigikah, .kau tetap kena cakap Sara!!!
Maisara menggenggam tangannya kuat-kuat seolah-olah memberi kekuatan pada dirinya sendiri. Matanya dipejam rapat. “Saya tetap nak jadi mama Aiman!” Maisara tertunduk. Dia sudah terasa wajahnya panas.
Fariz mengetap bibirnya melihat reaksi Maisara yang sedikit aneh. “Kan saya dah beritahu awak, kalau awak nak jadi mama Aiman, awak kena kahwin dengan saya!”
Wajah Maisara merona merah menahan malu dan marah. Kenapalah Fariz tak faham maksudnya?! Walaupun di posisi sebegini di mana Fariz tidak dapat melihat wajahnya, namun Maisara terasa darahnya menyelubungi seluruh wajahnya. “Itulah.....maksud saya.....” Perlahan sahaja suaranya. “Saya nak jadi mama Aiman!” Maisara mesih tertunduk.
Suasana sepi seketika. Fariz masih memerhati Maisara sambil dahinya berkerut cuba memahami maksud gadis itu. Tiba-tiba Fariz ternganga. Rasanya seperti dia sudah dapat menangkap maksud Maisara. Kemudian matanya bersinar.  “Maksud awak? Awak setuju nak jadi satu-satunya mama Aiman?” soal Fariz inginkan kepastian.
Maisara menganggukkan kepalanya sekali.
Syukur Ya Allah........Fariz menadah tangan memanjat kesyukuran pada Yang Esa. Kemudian dia menagkup tangannya ke wajah. Tak di sangka Maisara akan membawa berita gembira ini sedangkan dari tadi mereka sekeluarga sudah kehilangan idea untuk membuat Maisara setuju.
“Tapi,” Maisara bersuara. “Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekali pun.”

Fariz diam seketika sambil tertunduk ke bawah. Perasaannya agak terguris sedikit. Memang dia berharap masih ada cinta Maisara untuknya. Namun seandainya cinta itu telah hilang dan Maisara menerimanya hanya kerana Aiman, dia redha. “Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”


------------@@-------
TERIMA KASIH -ER-
-----------@@---------

No comments:

Post a Comment