Tuesday 8 September 2015

Teaser-Senyum Tanda Suka

Akan datang..
Senyum Tanda Suka

-----------@@----------

"Selamat datang ke pondok saya. Pondok ni namanya, Pondok Kecil sebab saiznya yang kecil," Izz cuba bergurau sebaik sahaja tiba di hadapan Amani.

Amani diam.

"Pondok Kecil saya tak jauh saja dari Rumah Utama. Kalau ada apa-apa, bolehlah awak cari saya di sini," sambung Izz.


Pondok Kecil itu memang bersebelahan sahaja dengan Rumah Utama. Namun, kedudukannya agak tersorok menyebabkan Amani tidak menyedari kewujudan pondok itu.

"Saya dah tahu nama awak. Awak Amani, kan?" tanya Izz.

Amani tidak menjawab tetapi matanya terus bertaut pada wajahnya sehingga Izz menjadi tidak keruan. Pandangan mata Amani yang sejuk beku itu bisa meluluhkan hatinya.

"Saya Izz." Iss mengenalkan dirinya dan cuba mengawal perasaan.

Amani menjeling Izz dengan tajam lalu berpaling pergi.

------------@@---------

Nantikan!

------------@@------------
TERIMA KASIH - ER
------------@@------------




No comments:

Post a Comment