Saturday 10 October 2015

Saat Hati Merelakan (excerpt)

Assalamualaikum...



Hai awaks....ER nak jemput awaks baca sikit kisah Wes & Qismyna. 
Jika awaks nak baca dari bab awal, boleh klik link ini - Link Novel 
Jika awaks nak novel ni sebagai koleksi, boleh hantarkan pesanan kepada Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - Hubungi ER / dan pilih medium yang mudah untuk awaks.
Jemput baca naaaa....

--------------@@-------------







“Awak panggil saya sebab nak bincang pasal hal ni?” Qismyna mencebik mukanya. “Rancangan saya tak de kaitan dengan awak. Macam mana awak nak uruskan cuti awak, terpulang kepada awaklah.” Qismyna menjeling sekilas pada Wes sebelum melangkah bangun meninggalkan lelaki itu.

Wes membontoti langkah Qismyna dengan matanya. Lalu dia menggeleng-gelengkan kepalanya dengan tindakan gadis itu.

“Degil!” Wes mendengus geram.

“Apa?!” tiba-tiba Qismyna muncul semula.

Wes agak terkejut melihat Qismyna masih di situ. Sangkanya Qismyna telah pun melangkah masuk ke dalam rumah.

Qismyna menghampiri lelaki itu dan berdiri tegak di depannya sambil memeluk tubuh. Qismyna mengangkat-ngangkat keningnya. Wes mengerutkan keningnya lalu mengangkat-ngangkat semula keningnya pada Qismyna.

“Apa awak cakap kat saya tadi?! Berani mengata belakang tapi depan senyap!”

“Heh!” Wes ketawa sinis. “Awak ingat saya takut dengan awak?!” Tangan kirinya mencekak pinggang. “Saya cakap awak degil! De....giiiil!!!”

Qismyna mengetap bibir menahan rasa geram. Dia mencekap pinggangnya sambil matanya terjegil memandang Wes. Wes rasa ingin ketawa melihat gadis itu tetapi dia menahan tawanya.

“Saya degil?! Suka hati awak je nak nilai orang. Awak tu kenal sangat ke dengan saya?” Qismyna menjeling. “ Baru kahwin sebulan dah berlagak,” ujarnya perlahan tetapi dapat ditangkap oleh Wes.


“Sebulan tu dah cukup untuk saya kenal awak. Degil! Sombong!” Wes sengaja menyakitkan hati Qismyna. Qismyna mengetap bibir menahan rasa marah.




-----------@@-----------
TERIMA KASIH-ER

-----------@@----------



No comments:

Post a Comment